Friday, June 01, 2018

struggle.

Throughout the years, the most powerful thought I learned is.. the change you wanna do always starts with you, really. It took a lot of sacrification to leave your bad habits and change to a better one. Its really hard that you need to never give up on yourself. Despite of you always surrounded by good friends and environment, if you dont have the eagerness to change, you wont be able to change. Sometimes you are really tired of trying, you cried on yourself, you start questioning why it's so hard for you to change but on the bright side, always feel grateful for those feeling. For that you know, Allah has put you to the state that He want to look at your best effort to be a better you. Seek for His forgiveness and make a lot of dua. Tell him your struggleness and ask Him to make it easy for you to leave your bad habit. Thank allah that He doesn't let you feel normal (no bad feeling) about doing a bad habit.

Hmmm. Everytime I mistakenly doing my bad habit, I feel really down with myself. All the things I wanna do on that day seems failed. Yes, everytime I will feel like that. Then I start thinking about what if someone I really love, someone who always sees the good side of me, know about my bad habit which is actually out of their brain. It's freaking shame on me. I know. I'm sorry that I'm not that strong. But I know being 'not that strong' is not the excuse for me to feel comfortable with that. And I also know I cant let it destroy my life since day to day I will have a lot more commitments. I have to be the best version of myself. I don't want this bad side of me makes my relationship with others become worst too. I just can't imagine it. Im sorry.. 😔

I hope I can survive this. I really hope for that. I really hope Allah guide me all the way. Only him can help me out of this darkness. Yes. I only need Him. Allah..

Monday, May 28, 2018

dosa.

Kalau lah dengan bersolat, Allah boleh hapuskan kesemua dosa dosa kita.
Kalau lah dengan berpuasa, Allah boleh hapuskan kesemua dosa dosa kita.
Kalau lah dengan bertaubat, Allah boleh hapuskan kesemua dosa dosa kita.

Dosa yang ringan mahupun yang berat.
Tak rasa ke betapa baiknya Allah kat kita.
Kita yang buat dosa, nak sangat ikut hawa nafsu kita, tak fikir elok elok bila buat dosa.
Pastu mintak ampun kat Allah, terus Allah beri keampunan kat kita.

Rasa tak layak pulak. Rasa mudah sangat. Entahlah.
Tapi itulah Dia yang Maha Mengampuni hambaNya.
Kita ni tak layak pun diberi keampunan. Sebab entah entah nanti buat balik dosa yang sama.
Tapi scaryyyyy kot kalau Allah tak ampunkan. 😭

Walaupun rasa tak layak, tapi dalam hati tu teringin sangat nak masuk syurga.
Nak jumpa dengan Allah, rasulullah, sahabat sahabat dan yang paling penting nak gather semua orang yang kita sayang kat syurga.

Semoga bulan ni kita dapat buat yang terbaik.
Walaupun dalam kepadatan masa dan tenaga.
Tapi cuba lah usaha sebaik mungkin.
Masih ada masa lagi. 💪

PS. Doakan aku dapat siapkan thesis ni cecepat ye! 😂

Saturday, January 20, 2018

teguran.

Tuhan menegur hambaNya kerana Dia cinta.

Tersentak aku pada lamunan.
Di kala kitab suciNya ingin ku capai.
Terlihat seketul kantung lipas terlekat di situ.

Wahai diri, bilakah kali terakhir kau menyentuhnya?
Aku menangis kelu dengan soalan yang membenak di fikiranku.

Wahai Tuhan, teguranMu begitu tepat di jiwa.
Telah lama tidakku hayati kalam cintaMu.

Sungguh, aku benar benar terbuai oleh dunia yang penuh tipu daya. 😢

Monday, January 01, 2018

azam 2018.

Run without limit.
Gain normal BMI.
Graduated flying colors.
Free and easy traveller.
Knowledge seeker.
Loving unconditionally.
Loyal companion.
Independent women.
Passionate volunteer.
Enjoying foods again!
Work-life balance.
Better slave of Him.

Let it be general, only you know what you really want to achieve, and leaves it all to Allah. :)

2017.

Perasaan membuak buak untuk spill out apa yang ada dalam kepala hari ni. Yes, finally I have my own time to actually sit down and write up something here. I'm going to list down everything that built me up through out the year 2017. So here we go! ^_^

Running, Paragliding & Hiking. 

Alhamdulillah. Tahun ni aku berjaya join 6 larian sepanjang 2017. Nampak macam sikit pulak bila list out kan balik larian ni. Sebab aku expect sebulan sekali run tapi kekangan masa kan, so 6 ni pun dah kira a good achievement jugak la bagi aku. Hehe. Tapi still tak puas hati sebenarnya, tahun ni semua 6 larian tu just fun run je. Paling jauh pun 6km! Haha. Teruk betulll. Okay, #azam2018 should be more run events with a longer distance inshaAllah. B) Among the 6 run, the best run event goes to Symphony Run! Sebab ada orang perform in the middle of the run. Pastu perform dalam hutan pulak tu. Lol lawak gila bila ingat balik. Haaa. Dino Fun Run pun best jugak sebab medal dia comel gambar dainesor. Hihi. Okay next, paragliding. Alhamdulillah. One of my achievement unlocked! Dengan ketinggian *tak ingat berapa* meter dari paras laut aku berjaya terbang mengelilingi dunia. K overrr! Mengelilingi Bukit Jugra tu je. Huhu. Aku rasa benda camni memang kena cuba once in a lifetime. Walaupun terpaksa spend sikit untuk terbang beberapa minit je tapi the experience will never be forgotten. Lastly, hiking. Aku baru perasan tahun ni aku hiking kat Bukit Gasing je. Should have more bukit or perhaps gunung in 2018, rite? :)

Weddings & Events.

2017 memberi aku peluang untuk ke majlis majlis perkahwinan kawan kawan ku. Alhamdulillah, sorang sorang dah naik pelamin. Aku ni nak naik kereta pun lesen takde lagi, apatah lagi nak naik pelamin. Lol. Ok hambar. Dan disebabkan wedding dorang ni ada yang jauh jauh, so dapatlah weekend gateway sekejap bersama teman teman yang lain. To Kelantan, for Riri & Ubai wedding. To Penang, for Farid & Farah wedding. To Seremban, for Azira & Wahab wedding and so on. Kalau nak list out satu persatu memang tak habis bila member member terdekat kahwin. I'm sorry for those I'm not able to attend theirs, but my prayers always be with you guys. :) I hope I could spend more times in 2018 to attend as many wedding as I can. I believe, that's one way of appreciation that I could do after everything seems too busy in future. :) 

Next, on the events. Alhamdulillah. Tahun ni aku dapat luangkan masa ke event yang selalu aku nantikan setiap tahun. Seperti biasa, my loyal bodyguard who always accompany me for such events is Kak Alia Diyana or I called her Kakya. I guess it has been 3 years since we always plan for the events together. Alhamdulillah, Allah has made easy for us despite of our pack schedule throughout the year. The events that we manage to attend this year - Reviving Islamic Spirit (RIS Malaysia), Umbrella of Darkness by Yasmin Mogahed, Unity Convention. Alhamdulillah. This year also I get the chance to meet Mufti Menk in person during the book signature ceremony. He always been an inspiration for me. May Allah gives us the chance (Health & Money since it's quite priceyyy. Hihi) to attend this kind of events more cause I need it the most! And I also hope for #azam2018 I can bring my family and my close friends to this kind of event too.

New business.

Uhuuu. Mungkin tak semua orang tahu, aku sebenarnya jual pau dan biskut kelapa. :D Biskut kelapa jual masa raya or kalau ada orang request. Untuk pau pulak aku jual throughtout the year. Kenapa tak semua orang tahu? Sebab aku tak hebahkan kat social media. Kenapa aku tak hebahkan? Sebab order yang aku dapat sekarang ni pun tak putus putus setiap minggu, Alhamdulillah! Dan jugak sebab kenapa aku tak hebah adalah kerana semua yang beli ni makcik makcik dan akak akak TNB je. Hehe. Aku rasa cukuplah dorang je yang order setakat ni sebab aku takde kereta lagi nak ambil stok dan ulang alik freely. So since ramai yang suruh aku komited dengan jual pau ni walaupun secara kecil kecilan, so here I am writing this down here. Aku mula start jual ni awal tahun ni. Untuk makluman semua, aku intermediary je sebenarnya. Tukang ambil order dan runner delivery pau. Bukan aku yang buat pau tu. Pau dibuat oleh Makcik Yam, kat Klang. Huhu. Ofismate aku semua kata aku gigih jual pau sebab setiap minggu kena ulang alik jauh semata mata pau. Tapi entahlah, aku memang suka jual jual ni sebenarnya. Kepuasan yang tak terkata bila kita dapat fulfill kehendak kedua dua belah pihak. Alhamdulillah, doakan aku dapat focus business ni ye. Haaa. Sape nak order pau ayam, kacang merah, kelapa, kaya dan cokelat boleh roger aku. Masheh korang. :')

Family & Friends.

Alhamdulillah. Managed to spend lots of my time with my beloved ones this year. Haaa. Kenapa aku berkata begitu? Sebab kebanyakan weekend dan weekdays after work aku terisi dengan family dinner and friends hangout memanjang. Kekadang memang penat gak nak manage masa nak ke sana ke mari, tapi berbaloi kot! We don't know how much time left that we could seize the day and cherish the moments together. Dan sememangnya aku pegang prinsip ini sejak dulu lagi. InshaAllah I will always give my very best to put everyone else first before me. Maybe certain people don't really agree with this, but I don't know. I feel happier when I can make others happy. Don't worry, I really love myself too! Basically, among the highlight events are millions of dinner with delicious foods with family and friends (I want to spell out all the dinners that we had cause each of it has its own meaning, but it will be too lengthy here for that I save it for myself only. Lol sorry to attached with memories!), Sukan Sea opening and closing with siblings and cousins, photographer masa Kakcik kawad, sending off Muaz, attending my friends graduation day (Convo UKM & Convo UNITEN) and going to Langkawi with my cousins. Tak sangka boleh jadi serapat ini dengan sepupu sepupu ku sebab tahun ni semua dah kerja and kerja kat KL pulak tu. So, banyak lah masa spend kat rumah dorang. Huhu. Kalau tak, jumpa masa raya je since pakcik makcik semua kat Johor. And tahun ni jugak membawa aku mengenali kawan kawan Amareka. Kenal baru sekejap tapi dah boleh ngam dengan cepat sekali. Hihi. Alhamdulillah, thanks for the nikmah ya Rabb!

Financial.

Okay dah masuk bab serius sikit. Tahun ni tahun yang banyak aku spend rather than saving. Frankly speaking I don't really have much time to analyse my financial daily but from what I can feel, it's true yang tahun 2017 aku agak boros. Haha. But I'm not sad, I feel happy instead. I spend the most for food! And beberapa self reward yang aku pun tak sangka aku akan terbeli. :P But I never regret it. Seorang kawan pernah berkata padaku, sementara kau sihat ni gunakanlah nikmat yang Allah bagi untuk mencuba kesemua makanan yang kau nak cuba. So, here I am. Trying all the foods without feeling guilty! :P Haha perhaps, my food expenses are more manageable in future. Sebab bila terlalu boros ni, macam insaf la pulak bila memikirkan boros kan amalan syaitonnnnn! And 2018 would be the year filled up with so many commitments. So I have to focus more on how to manage it wisely. InshaAllah :)

Study.

Seperti yang korang tahu, aku tak habis habis merungut pasal thesis yang tak siap siap. Haha. Tulah padan muka! Tak focus. So sebenarnya aku patut siap thesis by January ni. Tapi aku extend. Doakan aku kawan kawan. Aku nak grad October ni. Lol! T_T Semoga aku menjadi pelajar yang lebih berdisiplin, tekun, consistent untuk meneruskan apa yang telah aku mulakan. Gittew! Doakan. :)

Work.

Alhamdulillah, getting more stable. Tapiiiiiiiiiiiiiii, more stress jugak! Haha. I have reach a limit that positive vibes can no longer soothing me. So, sebenarnya aku dah boleh slow slow undur diri dari department ni dan mulakan hidup baru di department baru. Kan? Doakan aku weyh! Hmmm. Penat. Tulis pasal kerja aku terus jadi penat. Lol.

Hashtag of the year: #foodisbae <3

Paragliding @ Jugra

Raya Korban dan ayah terpaksa berkorban pergi kerja. Hukhuk.

4 beradik + 1 adik (photographer) = 5 adik beradik. Lol.

Closing ceremony @ Stadium Bukit Jalil

Light And Motion Putrajaya :D

The Avengers sending off Muaz to the States. Lewl.

Boat Noodle in Autumn

Cuzzie @ Bukit Ampang

Para - opening ceremony @ Stadium Bukit Jalil

Umbrella of Darkness with Sis Alia :P

FaridXFarah @ Penang

AziraXWahab @ Seremban

RiriXUbai @ Kelate

Convo iSyaida @ UNITEN

Akhirnya, ada lah sesuatu yang aku coretkan hari ni untuk aku ingati sampai bila bila. Terima kasih 2017 yang disulami warna warni kehidupan. Terima kasih untuk segala kebaikan dan kenangan. People come and go, only memories that stay! :) 

2017 is indeed a year of free, wild, love and passion. How about 2018? Would it be a year of commitment and seriousness? Huhu. No matter what we describe, may Allah gives us all His guidance to lead our life in a better ways. Ameen. :)

Will writing down my #azam2018 very soon inshaAllah!

Sunday, October 29, 2017

perjalanan.

Jarang sekali aku bercerita pasal UKM dan mungkin inilah buat pertama kalinya aku menceritakan perjalanan diriku di sini. Haa kenapa jarang? Kerana. Kerana UKM lah yang menyebabkan aku kurang masa untuk melayan hobi-hobiku (blogging, reading, pergi event, volunteering) yang selalu aku buat hujung minggu dahulu. Huhu. Tidak. Aku bukan nak menyalahkan UKM kerana mengambil sebahagian daripada masa-masa lapangku. Tetapi sebenarnya aku amat berterima kasih kepadanya kerana di UKM lah aku dipertemukan dengan mereka-mereka yang hebat ini. Siapakah mereka? Haa. Nanti aku perkenalkan 1 per 1. :)

Rasa nak share sedikit macam mana aku boleh decide untuk ambil master ni. Semua ini bermula bila aku rasa stress dengan kerja. Haha. Over kan? Orang lain kalau stress duduk diam diam jelah kat rumah time weekend tapi aku nak jugak sambung belajar sebab aku nak otak aku escape sekejap dari fikir hal-hal kerja. Seingat aku, aku redah je daftar master tu time hari terakhir pendaftaran. Masa tu memang 50/50 punya decision. Dengan tak discuss pun dengan parents aku. Dengan tak fikir langsung pun pasal financial masa tu. Nak bayar dengan duit apa semua. Apa yang penting dalam kepala aku masa tu, aku nak daftar je dulu. Yang penting aku dapat sambung dan dapat larikan diri dari fikir pasal kerja. Haha. Gila jugak aku ni kalau difikirkan balik. Pepun, alhamdulillah lepas jugak akhirnya dan aku diterima masuk di UKM pada Mac 2016 dan sekarang aku tengah bertungkus lumus (padahal tak gerak pape pun lagi :P) menyiapkan thesis aku. InshaAllah tinggal thesis ni je yang aku perlu siapkan by Januari 2018 dan lepas tu aku boleh convo. Yeay! Dan kahwin. Oppsss! Gatal. :P

Bak kata orang, "Hanya yang mengalaminya sahaja dapat merasakan pahit manis sesuatu perjalanan." Dan aku sangat bersetuju dengan statement tu. Mungkin pada luaran orang hanya nampak yang manis-manis sahaja tetapi hakikatnya diri yang melaluinya sahaja dapat merasakan kesusahan pahit getir kehidupan. Huhu. Banyakkk sangaattt yang aku pelajari dalam perjalanan master aku ni dengan macam macam jenis orang yang aku jumpa. Segalanya bisa membuatkan aku menjadi seorang yang bersyukur di atas nikmat-Nya. Berbeza dengan zaman degree yang rata-rata umur sebaya dengan aku, yang master ni pula semua classmate aku lebih tua dari aku. Terasa kecil bila bergaul dengan mereka. Dah lah aku ni memang kecil. Hihi. Ada yang dah jadi CEO syarikat, ada yang dah ada PHD Biology tapi sambung course ekonomi ni, ada yang dah beranak pinak, ada yang dari Sabah bhaaa, Johor, Perak dan seluruh pelosok Malaysia lah, tapi still sambung master. Pergi class Sabtu Ahad tetiap minggu. Haaaa kau rasaaaa. Patut ke aku yang duduk kat Bangsar ni je pun asyik mengeluh kalau stress belajo. Huhu. Tak patut tak patut. Tapi itulah kehidupan. Yang sentiasa mengajar dan melatih kita erti kesabaran dan pengorbanan. ^_^

Dan seperti yang kalian semua tahu, minggu ni adalah minggu Konvokesyen di UKM. Ada 2 orang dari batch aku yang dah convo dulu iaitu Yana Qilah dan Abang Karim. Tahniah! Tahniah! Dorang convo awal lah kiranya sebab kalau ikutkan batch kitorang memang sepatutnya tahun depan. Well, dorang memang rajin gila dan bijak gila. Tu yang boleh convo awal. Huhu. Apa pun doakan aku dan sahabat lain yang bakal convo tahun depan ni supaya dipermudahkan menyiapkan thesis dan dapat amalkan segala yang dipelajari dalam kehidupan. Aminnnn. :D

Momen-momen yang pasti dirindui suatu ketika nanti. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya semua orang. :')

Semester 1: Class Dr. Aisyah

Time ni struggle gila nak adapt dengan subject yang killer plus baru nak belajar manage masa antara study dengan kerja. Best sangat sebab dilayan seperti adik-adik sebab most of them yang dalam class ni dah senior Sem 3. Seperti biasa, aku tak banyak cakap dalam class sebab aku rasa aku paling sikit pengalaman untuk di-share. Haha. Tapi, paling best sebab dapat kenal dengan dorang sebab memang sangat expert dalam industry dan tak lokek untuk share sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar benda. Haaa. lagi 1 paling best jugak sebab dapat kenal dengan Kak Aida (tudung kelabu) yang sangat baik hati. Bayangkan setiap minggu mesti dia akan taja kitorang lunch lepas habis class. Bukan taja yang belanja tu. No no no. Dia akan masak okay! Ada je menu yang dia masak untuk kitorang, bukan yang light light tau. Contohnya, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tomato. Waduhhhh. Memang rindu gila! Plus respect gila dia bahagi masa dengan kerja, belajar, anak-anak, masak untuk kitorang lagi. Wuuuuu terharu sungguh!

Semester 2: Class Dr. Rubayah

Inilah batch aku yang sebenar. Berapa ketul je kan. Hehe. Semester 2 yang menarik sebab lecturer sporting gila. Layankan je kitorang kalau wekeend tu nak cuti ke apa. Siap boleh request lagi. Hehe. Subject pun tak berat sangat (Yeke?) Kitorang belajar pasal Fiqh Ekonomi, Takaful dan Analisis Ekonomi. Assignment pun tak banyak. Ada member tu siap ambil 4 subject lagi, tapi aku tak laaa. Nak follow the flow je kalau boleh. Hehe. Dan paling best sem ni, kitorang rajin gila food hunting area Bangi. Al-maklumlah, tak bangi lah kalau tak merasa makanan-makanan kat situ. Nasi manggey, Wong Solo, D'Limau Nipis, Nasi Kak Wok dan sebagainya.

Semester 3: Class Dr. Norlin (Aku takde dalam gambar ni. Ponteng kot? Hihi)

Sem 3 ni adalah sem yang paling aku akan ingati sampai bebila kot. Haha. Sebab aku banyak kali nangis time sem ni. Over betul! Biasalah dah sem akhir kan. Struggle dia tu lain macam weh. Ada 1 subject ni aku sampai kena repeat banyak kali buat working paper from A to Z kot. Kau bayangkan lah dengan masa yang takde, lepas tu nak kena cari bahan, nak baca journal tu lagi, nak cover subject yang lain-lain lagi. Ingat aku mampu ke. T_T Time sem ni jugaklah aku banyak jadi pelajar harom kat UM tu. Tumpang study kat sana sebab itu je yang dekat dengan tempat keje aku. Sobsobs. Lepas tu buat study group pergi UKM balik tu dah pukul 1 pagi dan terpaksa tumpang rumah kawan untuk tidur. Huhu. Bukan nak mengeluh. Tapi itulah kehidupan, memerlukan kesabaran dan pengorbanan. :')

Makan dan makan dan makan lagi. :P




The best roti canai pisang in UKM! Setiap pagi wajib makan mende alah ni. >.<

Last but not least, special dedication to the 5 of us yang menghiburkan hari hari ku di UKM.
Tanpa mereka di sisi, takdelah Farhana ni mampu bertahan sampai ke akhirnya. :')

Congrats Qilah si genius! Dia grad dulu tahun ni. The first among us.

Yeay! Qilah dah boleh baling topi. Next year aku pulak. >.<

We believe we can fly ay ay ayyy!

Fatin - Nyssa - Qilah - Dayah - Fann Si Comel Kuikui

Tulang belakang kejayaan gitu bak kata Qilah.

Muah ciked <3

Merenung masa hadapan kita. :P

Saturday, March 12, 2016

love lang.

Lama sangat rasanya meninggalkan belog ini sepi tanpa perkhabaran. Maafkan saya kerana kesibukan melanda dinihari. Hehe, cliche sangat Fann! Maka, di kesempatan ruang waktu ini dapatlah kiranya saya simpulkan agenda-agenda selama ketiadaan saya sepanjang beberapa bulan ini. Orang penting 'sangat'. Tapi banyak yang menyibuk jelah sebenarnya. ^^'

"The greatest gift you can give to someone is your time. Because when you give your time, you are giving a portion of your life that you will never get back."

Tak ada apa pun nak share kali ni. Cuma nak ingatkan diri tentang penggunaan masa. Selama mana masa yang Allah pinjamkan untuk kita, adakah kita gunakan sebaik-baiknya? Atau, membiarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa mendatangkan sebarang kebaikan kepada diri mahupun orang sekeliling kita. InshaAllah. Moga-moga setiap saat yang digunakan untuk keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling diredhai oleh Allah dan Allah kira sebagai amal kerana niat untuk sentiasa merapatkan ukhwah dan menggembirakan hati mereka di sisi. :)

Kalau kalian pernah terbaca tentang 5 love language, kalian pasti tahu tentang ini. Seseorang itu pasti punyai 'bahasa cinta' dia tersendiri. Dan apa yang saya perasan, saya punya love language ialah time and words. Huhu. Jangan salah faham pulak tentang ni ya. ^^' Cuma nak bagitau yang love language ni, kita boleh apply kepada sesiapa sahaja yang kita kenali. Even, dalam dakwah benda ni penting untuk attract mad'u kita. Melalui love language ini, kita pasti akan dapat lebih menghargai dan memahami dirinya. Sebab ada orang lebih suka dihargai dengan pemberian hadiah, ada orang lebih rasa dihargai bila kita spend masa dengan dia dan begitulah rentaknya. Allah jadikan manusia berbeza beza untuk kita lebih saling mengenali (49:13). :)

So tell me what is yours?
:)

Sunday, January 31, 2016

pemergianmu.

Kau masih tersenyum mengubat lara,
Selindung derita yang kau rasa.
Senyuman yang mententeramkan,
Setiap insan yang kebimbangan.

Haziq Janudin
(1993-2016)

Tatkala berita kemalangan ini aku terima. Aku seakan tidak percaya. Sungguh. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku menidakkan berita itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa luluhnya jiwa ragaku tika itu. Lambat laun, setelah disahkan oleh sahabat yang berada di Muadzam bahawa mayat tersebut sememangnya mayat kau dan ayah kau, aku cuba untuk redha dan terima segala qadak dan qadar yang terjadi. Memang dah tak tertahan sebaknya.

Sungguh berat mata ini memandang, apatah lagi keluarga terdekat untuk menerima kehilangan dua ahli keluarga dalam sekelip mata. Allahu.. Sesungguhnya ujian ini sangat berat untuk kami hadapi ya Allah. Kehilangan seorang sahabat yang sangat baik hati, penyayang, penghibur dan tak pernah lokek dengan senyuman. Ada saja celoteh-celotehnya yang membuatkan dirinya disenangi semua orang. 

Jarang sekali aku temui sebaik-baik sosok seperti kau, Ziq. Timbul rasa cemburu aku pada kau yang berbakat serba-serbi dan sangat disayangi oleh semua orang. Tak puas lagi kita menyemai memori bersama selama 4 tahun ini. Sangat sekejap rasanya. Saat akhir aku jumpa kau pun masa nak hantar kau ke Germany. Aku tumpang gembira bila korang nak ke sana, rezeki korang dapat pengalaman belajar dan explore tempat orang. Dan sebagai tanda ingatan, aku hadiahkan korang snickers yang sampai dah expired date pun korang still makan lagi. >.<

Snickers! Appreciation post kat insta kau. Huhu.

Ingat lagi masa kau call aku tanya pasal kitorang dah start kerja ke belum. Kau kata kau risau dengan masa depan yang tak menentu sekarang ni. Aku sedih sangat bila teringat perbualan kita hari tu. Tak sangka seawal ni kau pergi meninggalkan kami. Tapi kami sedar Ziq, Allah lebih sayangkan kau. Kau hamba-Nya yang sangat baik. Allah pasti dah sediakan tempat kau di syurga bersama abang dan ayah kau. 

Kau tahu Ziq, semalam sejurus van jenazah sampai di rumah, hujan tiba-tiba turun. Renyai-renyai dan tiba-tiba berhenti. SubhanAllah, hujan rahmat. Langit pun menangis atas pemergian kau. Raaaamai sangat yang datang semalam. Tengok muka kau semalam pun macam tengah tidur je. 

Wahai sahabat, damailah kau di sana. Kami redha atas pemergianmu. Seluruh penduduk bumi dan langit kan sentiasa mendoakanmu. Terima kasih atas segala kebaikan kau kepada aku selama ni. Kau kawan yang baik, juga abang yang penyayang. Tak pernah lokek dengan nasihat yang membina. Terima kasih Allah kerana meminjamkan sebutir permata untuk menghiasi perjalanan hidup kami. InshaAllah kami juga bakal menyusul. Jumpa di syurga nanti.

Our first picture together, Orientasi YTN 2011.

Btw, Haziq. Aku selalu baca belog kau dulu. Dan semalam, aku baca balik belog kau tu. Ada satu post tahun 2012, yang kau cerita pasal kucing yang kau terjumpa tengah jalan. Kau kata ngeri tengok kucing tu menggeletar. Dan kau harap kau tak alami benda yang sama macam kucing tu.

Aku terkesima kejap bila baca post kau tu, sebab tragisnya kemalangan kau semalam sama tragisnya dengan kucing yang kau jumpa tu. Allahu.. Tiada yang kebetulan dalam hidup ini. Semuanya telah dirancang oleh Allah.


:'(

Allahummaghfir lahu warhamhu wa 'afihi wa a'fu 'anhu.
O Allah, forgive him and have mercy on him, keep him safe and sound and forgive him.

Thursday, December 31, 2015

2016.

Pernahkah manusia bergembira dengan kenaikan kos hidup? Tidak!
Pernahkah manusia bergembira kerana kematian? Tidak?

Maka mengapa manusia bergembira meraikan kehadiran tahun baru yang menjanjikan kos kehidupan yang semakin tinggi dan kehidupan yang semakin dekat dengan kematian?

Sesungguhnya manusia ini memang pelupa dan lalai dalam kehidupan. Terlupa akan pemutus segala kelazatan hidup - MATI!

***

Setuju!
:'(

Terima kasih kepada empunya status yang kutemui di fesbuk ini.
Yang menyedarkan bahawa setiap saat yang berlalu, bermakna setiap saat makin dekatnya kita dengan kematian.
Mungkin kita terlalu kagum dan bangga dengan kehidupan di dunia ini sedangkan yang lebih utama ialah bagaimana kehidupan kita di akhirat nanti.

"Bahkan kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal."
(Al-A'la, 87 : 16-17)

Kerana Allah tahu semuanya tentang segala isi hati penciptaannya.
Dan dia tidak pernah lupa untuk mengingatkan kita di dalam kalam cinta-Nya.

Tetapi, pada suatu sudut pandang yang lain.
Tidak salah untuk kita mengenang kembali masa-masa lalu yang telah kita tempuhi.
Bersyukur dengan segala pemberian-Nya walaupun kadangkala hadiah itu terbungkus dalam bentuk nikmat mahupun musibah.
Syukur. Kerana itu ternyata tanda Allah masih mengingati dan menyayangi kita sedalamnya.

Begitulah misterinya masa hadapan.
Apa yang kita perbuat hari ini serba sedikit mencorak apa yang menjadi rahsia di depan.
Kita bisa merancang perjalanan hidup ini bagaimana, tetapi pasti dengan izin-Nya semua itu kan berlalu.
Jadi, jangan berhenti berharap yang baik baik untuk masa depan yang penuh dengan kejutan ini.
Yakin dengan janji-Nya, "Allah sentiasa mengikut sangkaan hamba-Nya." :)

***

Well. It's a brand new year.
And life continues..

I can't thank you enough to everyone that ever bumped into my life.
Thanks for giving me 'something'. Something to learn in the journey to hereafter.
Jazakumullah khayran katheera!

We might not see each other anymore in this world, but..
May Allah swt reunited us in the best place that we ever dream forever. :)

Current mood: Missing everyone! >.<

Thursday, December 24, 2015

his birthday.

Assalamualaikum, wahai belog!
Maafkan saya kerana lama menyepi.
Baru terbuka hati nak menulis di sini. ^^'

Alhamdulillah.
Tak sangka kita dah hampir di penghujung Disember.
Terlalu banyak momen-momen yang disemai sepanjang 2015 ini.

Kalau saya ada super saiya, mahu saja diputarkan balik masa ke belakang.
Untuk memperbetulkan segala keadaan dan menikmati setiap saat keindahan.
Tapi semua itu mustahil bukan? :)

* * *

Dan hari ini, hari yang paling istimewa sebenarnya. :')

Masa zaman sekolah, kita excited nak berarak.
Lawan sepanduk class mana yang paling cantik.
Siapa yang paling kuat dan seragam berselawat.
Tapi tak tahu pun 'kenapa' kita perlu berarak bagai kannn.

Bila dah besar sikit, kita mula memahami.
Ada benda yang jauh lebih penting dari semua itu.
Ada sesuatu yang perlu kita perbuat sebagai tanda cinta padanya.
Kerana tanpanya, tiadalah kita bernafas dengan udara islam dan iman.

Sejujurnya, terasa malu dengan diri sendiri.
Terlalu jauh sekali diri ini dibandingkan perjuangannya.
Terfikir, layakkah diri di saat ingin meminta syafaat daripadanya.
Baru sedikit teruji, cepat saja ingin mengeluh dan melemah. :'(

Sollu 'ala nabi..
Selamat hari lahir, wahai kekasih Allah.
Yang sentiasa dirindui penduduk bumi ini.
Terima kasih untuk segalanya..

* * *

Sampai salamku buat yang tercinta,
Yang terulung yang mulia,
Bulan pun menunggu kehadiranmu.

Mungkin tak dapat ku melihatmu,
Belum masa untuk kita bertemu,
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu.

Sungguh yang terindah langit dan purnama,
Bagai malam yang hadir mengadukanmu,
Cinta yang terindah gemerlaplah sudah,
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu.

Dalam doa aku selalu kau ada di depanku,
Ku memohon kau selalu berada di hatiku,
Terjatuh ku memohon pada Yang Esa.


Salah satu lagu yang selalu diputar balik dalam playlist.
Sangat terkesan dan sungguh bermakna. :')
Sanah helwah ya Rasulullah.