Monday, November 1

spm.

tiba lah kini masanya untukku perjuangkan.
ilmu yang telah ditimba setelah sekian lamanya.
dari insan yang tidak pernah mengenal apa - apa hingga mengenal apa itu ilmu.
di medan perjuangan yang satu demi masa depan duniawi ukhrawiku.
ayahanda, bonda, guru - guru, sahabat - sahabiah, adik - adikku, TERIMAKASIH atas segalanya.
doakan yang terbaik buat insan ini.
semoga cita - cita diri ini tercapai.
semoga diri ini dipermudahkan urusannya.
semoga diri ini sentiasa dalam keadaan sihat senantiasa.
semoga diri ini sentiasa mencari keredhaan - NYA.
semoga diri ini sentiasa tenang ketika melayari hari - hari di medan HAMKA al - KUBRA!
dan yang pasti 11A+, insya - ALLAH berada dalam genggaman ini!
semangat mula membara! :)
hazzun sa'id buat yang bakal menghadapi SPM 2010 juge!

Friday, January 1

penghujung disember.

sewaktu mereka menanti,
penghujung disember,
aku menyemak diari semalam,
melihat kesilapan dan membuat pembetulan,
ada garis - garis pemikiran,
ada contengan berwarna merah,
maknanya perlu berubah,
ada bekas catatan yang dipadam,
ertinya ada perubahan perancangan,
semuanya aku tafsir,
untuk dirumuskan menjadi,
teladan dan sempadan.

sedang mereka berdebar,
menantikan penghujung disember,
aku bimbangkan kelemahan semalam,
masih adakah maaf yang belum dihalalkan,
atau janji yang terhutang,
pada tuhan, insan, dan alam.

sebelum berakhirnya disember,
aku menghitung apa yang tertangguh,
memungut apa yang dianugerahkan,
menyimpan dalam almari kehidupan,
begitulah setiap tahun,
aku menulis baik dan buruknya,
menjadi insan.

sewaktu menanti berakhirnya disember,
aku tersenyum melukis kenangan,
air mata rontok menjdi pengalaman,
dan ku hulurkan keikhlasan,
gubahan terima kasih pada tuhan,
serta kalian,
sebab aku diberi kesempatan,
menelan dan menghirup kebahagiaan.

biarlah mereka,
bersama penghujung disember,
sebab aku mahu dulu menyambut,
1 muharam dan menemui suatu rahsia,
terkandung nasib dan takdir manusia.

Salam Maal Hijrah 1431h

semoga kita sentiasa.
disayangi ALLAH.
diberi keberkatan kehidupan.
disihatkan tubuh badan.
dilimpahkan rezeki - NYA.
dijauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan.
disebarkan benih - benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang.
serta taqwa tanpa alasan dan dimakbulkan cita - cita yang murni.
amin ya rabbal alamin.