Sunday, January 30, 2011

wanita.

malam pasangannya siang,
jaga pasangannya tidur,
rajin pasangannya malas,
dan lelaki pasangannya mestilah perempuan.


kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, 
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
untuk mendapatkan iman, mesti menurut perintah Allah dan Rasul - Nya dan menjauhi larangan - Nya.

pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai - bagai tafsiran nakal nafsu.
apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
maka akan ditafsirlah berbagai - bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, 
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, 
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, 
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, 
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, 
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, 
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus - terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?

mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya.
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan.
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah!
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah! jangan memakai pakaian yang warnanya terang - terangan sangat.
jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu.
apakah dia mata lelaki itu?

dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai.
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing - masing.
jangan keluar sorang - sorang, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang - kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar.
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

seperti firman Allah,
"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".


dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sebenar - benarnya yang berlandakan AQ dan AS, dan pada kaum lelaki, jauhilah daripada mencuri - curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

ingat - ingatkanlah wahai muslimin muslimat,
"sekilau - kilau berlian paling menarik untuk dicuri. seindah - indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga."

Sunday, January 02, 2011

doa.

kali pertama bumi ini diciptakan,
katanya bumi ini selalu bergoyang,
bergoncang dan tidak beputar pada paksinya.
perkara ini merunsingkan para malaikat menghadap Allah SWT.

"wahai Rabb yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" tanya para malaikat.

"kerana belum dipaku." jawab Allah singkat.

"lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?" tanya para malaikat lagi.

"aku akan menciptakan gunung - gunung." jawab Allah.

setelah itu, Allah terus menciptakan gunung - ganang di berbagai belahan bumi.
apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannnya gunung - ganang.
bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya.
maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.


paku merupakan benda keras yang dibuat dari besi.
setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung - ganang.
kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?" 

"ada!" jawab Allah. "iaitu api, yang panasnya dapat melelehkan besi."

"adakah yang lebih kuat lagi selain api, ya Rabb?" tanya malaikat lagi.

"ada! yakni air yang dapat memadamkan api." jawab Allah lagi.

"jadi ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.

"ada! iaitu angin, yang kerananya dpt membawa air ke mana pun ia menghembus." jawab Allah lagi.

"tapi ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" malaikat bertanya lagi.

"ada! iaitu nafas hamba - Ku yang berdoa kepada - Ku. kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdir - Ku." demikian Allah SWT menjelaskan.

* * *

ayuh kita berdoa! :)