Monday, February 28

sunnah.

Al - Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan ini.

1. mandi pagi sebelum subuh atau sekurang - kurangnya sejam sebelum matahari naik. air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. orang yang mandi pagi kebanyakannya mempunyai badan yang tidak gemuk. sesiapa yang mahu slim. tak payah ler nak pergi gym ke, spa ke, atau mana - mana lah kan. dengan mandi sebelum subuh pun anda boleh kurus. :) 

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. mujarabnya insyaAllah dijauhkan penyakit dan awet muda.

3. waktu sembahyang subuh disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang - kurangnya seminit selepas membaca doa). ia boleh mengelak sakit pening atau migrain. ini terbukti para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. saintis menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. jadi, dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. dalam kitab juga, ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. ini terbukti oleh saintis yang menemui dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala ikan mengandungi ion negatif. jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus.

5. Rasulullah SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan apabila habis hendaklah menjilat jari. saintis telah menjumpai bahawa enzim (sejenis alat cerna makanan) banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

selamat beramal. wassalam :)

Sunday, February 27

penghinaan.

sebenarnya, tadi terbaca satu berita pasal video hina ISLAM. 
haih, memang panas. memang tak boleh dibuat mainan.

sedikit sedutan dari berita di atas.

BUTTERWORTH 28 Feb. – Polis sedang menyiasat isi kandungan sebuah klip video lagu yang dimuat turun dalam laman YouTube selepas didakwa menggunakan lirik memaki dan menghina orang Melayu dan Islam.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya ada menerima beberapa maklumat awal mengenai penerbitan lagu berkenaan berdasarkan satu laporan polis mengenai kewujudan klip video tersebut semalam.

“Berdasarkan laporan itu, kita mendapat beberapa maklumat awal termasuk sumber laman web lagu dimuat naik tetapi kita belum buat sebarang justifikasi.

“Pada masa ini, kita akan meneliti terlebih dahulu sumbernya (klip video itu) dan lihat sama ada ia mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

* * *

apa sudah jadi pada manusia?
feeling angry!

Saturday, February 5

imam dan 20 sen.

beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.
sudah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
pada suatu hari dan satu ketika, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"ah. syarikat bas ni dah kaya. setakat 20 sen ni. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
bila Imam tadi nak turun sahaja daripada bas, tiba - tiba seakan - akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"owh. terima kasih! kenapa awak pulangkan 20 sen ni. kan sedikit je nilainya?" pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "20 sen tu bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. saya sudah berkali - kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "astaghfirullah! ampunkan daku Ya Allah. aku hampir - hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!"

* * *

sahabat - sahabatku sekalian, apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? ingatlah. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. kadang - kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Tuesday, February 1

pemimpin.

"ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan para pemimpin?" tanya sahabat.

"membela yang lemah dan membantu yang miskin." jawab Nabi.

"ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan ulama?" tanyanya lagi.

"memberi contoh yang baik dan mendukung pemimpin yang membela orang - orang lemah." jawabnya.

"ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan orang - orang lemah dan miskin?"

"bersabarlah, dan teruskanlah bersabar. jangan kau lihat pemimpinmu yang suka harta, jangan kau ikuti ulamamu yang mendekati mereka, jangan kau temani orang - orang yang menjilat mereka, jangan kau lepaskan pandanganmu dari para pemimpin dan ulama yang hidupnya juhud dari harta."

"ya Rasulullah, pemimpin seperti itu sudah tidak ada! ulama seperti itu sudah menghilang entah kemana! yang tersisa adalah pemimpin serakah, yang tertinggal adalah ulama - ulama yang tamak, banyak rakyat yang mengikuti keserakahan mereka, ummat banyak yang meneladani ketamakan mereka! apa yang harus aku lakukan, ya Rasulullah! siapa yang harus aku angkat jadi pemimpin? siapa yang harus aku ikuti fatwa - fatwanya? siapa yang harus aku jadikan teman setia? siapa? siapa? siapa?"

"wahai ummatku, tinggalkan mereka semua, dunia tidak akan bertambah baik sebab mereka. bertemanlah dengan anak dan isterimu saja. kerana Allah menganjurkan, 'wa'asiruhunna bil ma'ruf.' (ikutilah fatwa hatimu) kerana hadits mengatakan, 'istafti qalbaka wa in aftaukan nas waftauka waftauka. (dan angkatlah dirimu menjadi pemimpin)."

sumber : sirah tabi'in.

* * *

bukankah,"kullulkum ra'in, wa kullukum masulun 'an ra'iyyatihi?"

"tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan." (Saidina Umar)

pemimpin yang bagaimanakah kita ini?