Saturday, March 26

istikharah.






“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya..”

amin-amin ya rabbal alamin..
insyallah doa ini boleh dipanjatkan masa solat istikharah..






Wednesday, March 23

flying result.

*semalam, Allah turunkan hujan.. rupanya nak hadiahkan pelangi untukku hari ini..*


Doa Sujud Syukur..
اللهُمَّ لَكَ الحَمْدُ شُكْرًا
Ya Allah hanya kepadaMu segala puji dengan benar-benar bersyukur..
وَلَكَ الْمَنُّ فَضْلاً
Dan hanya kepadaMu seluruh anugerah dan keutamaan..

alhamdulillah~ alhamdulillah~ all praises to Allah~ all praises to Allah~
terngiang-ngiang pula lagu maher zain ni di corong gegendang ana.. :)

sebelum ini, aku bagaikan hilang punca..
namun, hari ini mendung mula berlalu..
bak kata orang, yang pahit akan manis juga akhirnya..
ya! walaupun aku tahu aku tak selalu merasakannya..
tapi, hari ini.. aku terjemahkan plot hidupku hari ini sebagai pahit yang berganti manis..

*ia lebih manis dari gula-gula nih.. senyum sikit.. :)*

alhamdulillah.. khabaran ini cukup membuatku tertunduk syukur menghadapNya..
alhamdulillah, satu lagi fasa impian yang ku impikan telah kujejaki dengan jayanya..
segeraku panjatkan doa kesyukuran dengan berita ini..
moga-moga aku tidak lalai.. amin!
"segala puji kepunyaan Allah, tuhan yang memelihara segala pujian yang menyamai nikmatNya dan menandingi keutamaanNya.."
*sujudku syukur kepada-Mu.."

syukur~ syukur~ syukur ya Allah~
syukur~ alhamdulillah~ syukur!

alhamdulillah.. syukur sangat tak terkata..
usahaku membuahkan hasil yang sungguh manis sekali untuk dirasai..
alhamdulillah, aku telahku kotakan janji manisku buatmu ibu, ayah, cikgu-cikgu dan sahabat..
aku yakin dengan janjiMu ya Allah..
sesungguhnya aku reda atas nikmatMu ini..
alhamdulillah..
semoga nikmat dunia yang sementara ini membawaku kepada nikmat ukhrawi yang kekal abadi selamanya..

walau-apa-pun..
ingatlah, perjalanan kita bukan sekadar di sini..
banyak lagi pengalaman dan perjalanan yang perlu kita tempuhi..
la tahzan! innallah ma'ana..
sedih juga berada di tapak insan yang mungkin belum sampai rezekinya..
tapi ingatlah semua..
rezeki anda pastinya akan tiba jua..
"hidup ibarat roda! kita pasti akan temui kejayaan dan juga kegagalan.."
itulah rencah kehidupan..
jangan sedih-sedih lagi.. inilah yang terbaik yang Allah berikan..
mungkin ada langkah kita yang tempang membuatkan kita tersungkur akhirnya..
perbaiki diri, insyaAllah rezeki ada di mana-mana..
YAKIN DENGAN ALLAH!

SETERUSNYA,, TAHNIAH! CONGRATS! MABRUK!
ana ucapkan kepada sahabat-sahabat ana yang berjaya..
alhamdulillah.. hari ini hari kita..
jangan kita leka dengan nikmat ini..
bersyukur, bersyukur dan terus bersyukur..
okeyh, cuma nak kongsi sikit apa yang terjadi tadi..
datang-datang je orang dah ramai kat ruang legar tu..
pergh! gigil-geletar semua ada..
tiba-tiba!
"haa! farhana, tahniah! ko straight A!"
"eh ko nih, biar betul..? nak kenakan aku eh.." desus hatiku..
kini, tiba masa aku pulak nak ambil result dari tangan cikgu rosmah..
"TAHNIAH, FARHANA! 11A.."

hai, macam mimpi pulak..
terus tengok slip, akhirnya janji aku terlaksana..
aku dah capai slip 11A.. tapi agak sedih sebab bukan slip 11A+..
tapi takpa, aku sungguh terharu dan teruja dan tak sangka..
syukur.. alhamdulillah! 
Allah dah kabulkan doaku, ibu bapaku, guru-guruku dan kawan-kawanku..
terima kasih kerana mendoakan aku.. :)

*tahniah buat semua studnt batch 1993 yang exactly memang cemerlang, gemilang dan terbilang.."

nak jerit boleh tak!
"SAYA BANGGA MENJADI WARGA 1993!"
kita memang superb..
semakin meningkat bilangan straight A+ dan straight A..
tak kurang juga, bilangan yang gagal pun dah kurang..
tahniah semua!
bangga tak..? bangga-bangga!

apa-apa pun, ana nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada..ayahanda bonda yang banyak lalui jerih-perih membesarkan aku sampai jadi macam ni,
cikgu-cikgu yang sentiasa mendorong kami sampai kami bina bangunan kejayaan SPM yang kami janjikan.. alhmdulillah! kami tak robohkan bangunan kejayaan yang kita bina tu,
seterusnya, sahabat-sahabiah yang tersayang, tercinta, terindu..
ha,, banyak pula ter-nya.. kenangan bersama takkan ku lupa..
aku sangat hargai tali persahabatan kita, walau-apa-pun, terima kasih tak terhingga semua..
huuu~ mood sedih menguasai diri..

*setakat nih, SBPIJ di tangga ke-13 dalam ranking SBP! ALHAMDULILLAH!*



*ALHMDULILLAH! aku tersenarai juga.. nama yang num 14 tu!*

tahniah kepada warga SBPI JEMPOL!
kita dah buktikan! yes! kita memang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia..
alhamdulillah, kita dah melonjakkan nama SBPIJ ke tangga ke-2 selepas SASER!
tahniah warga SASER!
korang memang hebatlah..
dua tahun berturut-turut jadi the best among the best!
hebat-hebat! thumbs up kepada kalian..

baiklah,, apa-apa-pun ingatlah!
setinggi mana punmenara yang kita daki..
seluas mana pun kota yang kita terokai..
Allah tetap ada memerhatikan tingkah laku kita..
jangan lupa, semua percaturan ini dan perjalanan ini adalah dengan kehendak dan izin dariNya..
tanpa DIA, siapalah kita..
berdoalah seperti setianya para nabi memohon pertolongan dan reda Allah.. 
"..dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada ALLAH, lalu ALLAH menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri,, mereka itulah orang-orang yang fasik.."
- surah Al-Hasyr:19 -

alhamdulillah, Allah bagi pelangi!
tahniah kepada semua :)

Tuesday, March 22

bittaufiq wannajah!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
segala puji-pujian bagi Allah.. 

Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian..

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati.. 

Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah kami dari golongan hamba-hambaMu yang soleh..

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan..

Ya Allah bukakanlah hati kami sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, dan kurniakanlah kepada kami kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta'wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani..

Ya Allah, lapangkanlah bagi kami dada-dada kami, dan permudahkanlah bagi kami urusan-urusan kami, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada kami, dan luruskanlah kami dan kumpulkan bagi kami di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah kami daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa..

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui..

Ya Allah, keluarkanlah kami daripada kesamaran dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada kami pintu-pintu ilmu, dan hiasilah kami dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah kami daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani..

Ya Allah, sesungguhnya hari esok hari penentuan buat kami dan telah tiba masanya untuk kami menantikan jawapan yang sebelum ini punyai seribu satu persoalan dalam hati kami..
oleh itu Ya Allah, berikanlah kami kejayaan yang sebenar-benarnya buat kami yang amalannya hanya sekelumit, setia kami yang hanya sekerdil zarah bahkan pula dengan ingkar kami yang melaut luasnya..

Ya Allah, beritakanlah kami perkhabaran yang mampu membahagiakan kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, sahabat-sahabiah kami, saudara-mara kami dan yang paling penting diri kami sendiri..

Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam..

amin ya rabbal alamin..
teruskan pengharapan kepada yang maha KUASA..

"tuhanku, permudahkanlah segala urusanku dan aku mohon terhadkan kesulitan buatku kerana langkah ini ibarat kisah sebuah permulaan.."

berlabuhnya siang, bersuanya maghrib berwajah sinar matahari kian membenam, isyak menyapa disambut sinar bulan..
itulah salah satu peraturan yang diatur Allah SWT tanpa gagal dan tanpa cela..
peraturan yang sempurna ini alangkah indahnya jika dimulakan dengan doa pembuka..
bukan susah malah jauh sekali sukar..
hanya bibir yang perlu memainkan peranan..
sekelumit mengingatiNYA, selaut kerahmatan dijanjikanNYA..

Ya Allah betapa Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..
cuma hambaMu yang seakan lupa diri hingga terpinggir dari kasih dan rezekiMU..
sedangkan Allah SWT lebih dulu memperingatkan hambaNya bahawa dia sentiasa ada untuk kita :D
bergantunglah sepenuh hati kepadaNya kerana demi sesungguhnya dia tidak pernah jauh..


hari keramat buat ku hampir, dekat, terlalu singkat dan akan tiba..
insyaallah farhana selamat boleh!
ye! aku boleh berjaya..
ye! aku akan capai slip 11A+ tu nanti..
ye! inilah bukti yang aku nak beritakan kepada semua..
sesungguhnya Allah maha ADIL..
akan ku buktikan itu semua..
semoga segalanya menjadi kenyataan..
gud luck semua! aja-aja fighting! ;)

Sunday, March 20

not yet muslim.

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM..

apa yang kita akan jawab..?
sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam).. semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi..

1) nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran.. manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali.. mengapa? sebabnya, Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut.. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam..

2) nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? syaitan ke Nabi Isa? sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya.. walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya..

3) dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat.. jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.."

4) dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir.. tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun.. kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.. perumpamaan : jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong..

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa..
kita jawab macam ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? tentu ibu kan? jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? kan Mariam ibu, tentu lagi mulia.. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.. mafhumnya.. "sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti Nabi Adam.. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "jadilah engkau!" maka menjadilah ia..

6) jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' .. tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'..

7) orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh.. itu tidak kejam? bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia..

9) sami Budha menjawab "bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar..?
"kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) sami Budha menjawab lagi "jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik..?"
kita jawab lagi, "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.."

11) sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit.."
kita jawab "penyakit datang kerana kita makan banyak.. bukan kerana makan binatang.. Allah suruh makan secara sederhana.. lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? lagi besar penyakitnya kan? lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila.. sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita..

12) kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan..

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah..?
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat.. dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah cuma ade kiblat.. kita perlu tahu bezakan.. bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah).. jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah.. bukan sembah Kaabah!

14) kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul-betul juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman..
"qulil haq walau kana murran!"
- berkata benarlah anda walaupun ianya pahit.. -

soalan-soalan yang dinyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam..
mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya..
jadi jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang-panjang cukup sekadar ringkas dan padat..
ana hanya menyampaikan sahaja.. segala kekurangan dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... wallahu'alam..

"innaddin 'indallahil ISLAM.."
- sesungguhnya, agama yang baik di sisi Allah ialah ISLAM! -

BANGKITLAH dengan ISLAM :D 
hari ni jari kakiku dibedah..
kiraan masa 10 minit berlalu dengan pantas..
thanx to doctor dan seniorku yang membantu.. :)
semoga kakiku cepat sembuh! amin..

Wednesday, March 16

diet.

pernahkah anda memulakan diet tetapi akhirnya tertekan dengan rasa lapar?

bismillah,, persoalan utama yang inginku lontarkan pada kalian..
bukan apa, sejak dua menjak ni.. ada-ada saja entry dari kebanyakan pem-blogger tentang diet..
nampaknya, masing-masing dah mulai risau bila berat badan bertambah..
bukan sahaja golongaan hawa,, tidak ketinggalan si adam juga..
baiklah, baca baik-baik ye..

sebenarnya, tiada apa yang dapat menjejaskan diet anda selain rasa lapar dan teringin kepada sesetengah makanan yang tidak sihat.. 
biasanya, lagi kita cuba untuk meningggalkan makanan kegemaran kita contohnya macam mee goreng mamak, lagi kuat pula selera dan keinginan kita untuk makan mee goreng mamak tersebut terutamanya ketika perut sedang kelaparan.. betul kan..?
kegagalan mengawal selera makan inilah yang biasanya menggagalkan kita dalam setiap program diet..

kalaulah rasa lapar disebabkan diet ini boleh diatasi sudah tentu anda mampu untuk mengekalkan program diet yang sedang anda ikuti dengan lebih konsisten.. tak gitu?
berita baiknya di sini!
ada cara yang sihat, mudah dan berkesan untuk mengawal selera makan anda..
jeng-jeng-jeng..

kunci utama dalam pengawalan selera makan ialah dengan pengambilan makanan pembuka selera dalam jumlah yang kecil sebelum makan.. 
antara bahan yang berkesan dalam pengawalan selera makan ialah asid lemak berangkaian panjang yang boleh didapati dengan banyak dari minyak zaitun, minyak flaxseed, keju dan mentega kacang.. 
pengambilan makanan yang kaya dengan lemak sihat (healthy fats) ini boleh membantu mengawal selera makan anda.. 
maka anda akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil jumlah kalori yang rendah..

ok, di bawah nih adalah contoh menu pembuka selera..
gunakan lemak sihat yang dicadangkan di sini dalam jumlah yang sedikit..

• 2 cawan salad digaulkan dengan 30ml minyak zaitun..
• 56 gram ayam belanda dengan biskut bijirin penuh..
• 56 gram keju dengan biskut bijirin penuh..
• 56gram tuna dalam 30ml minyak zaitun..
• ½ sudu mentega kacang dengan sayur saderi..

kajian telah membuktikan apabila makanan di atas diambil sebelum makan akan mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhan, memperlahankan perjalanan makanan daripada perut dan memanjangkan rasa kenyang sehingga 4 jam selepas makan..

jika rasa lapar menjadi sebab utama kegagalan diet anda sebelum ini,, bolehlah anda mencuba menu-menu pembuka selera yang mudah dan sihat ini ya tuan dan puan cik adik dan cik abang!
itulah yang kita mahukan kan..?
nak sihat, nak kurus, nak sentiasa kenyang..

selamat beramal,
telitilah sunnah Rasulullah..

"makanlah sebelum anda lapar, dan berhentilah sebelum anda kenyang.."

selamat diet!
sekadar kongsi ilmu. :)

Monday, March 14

menangis.

al-kisah! semoga kita dapat iktibar daripadanya..

pada setiap Jumaat,, selepas selesai menunaikan solat Jumaat.. 
seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain..

pada satu Jumaat yang indah,, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu,, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun..
anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata,,

"ayah! saya dah bersedia.."

ayahnya terkejut dan berkata,,
"bersedia untuk apa?"..

"ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah..?"

"anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat.."

"ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun.."

ayahnya menambah,, 
"ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini.."

dengan merintih anaknya merayu,, 
"benarkan saya pergi ayah?"

ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "pergilah nak dan berhati-hatilah.. Allah bersama-sama kamu!"

"terima kasih ayah!!" 

dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu..
anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.. 
begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya..
setelah dua jam,, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya.. 

dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.. 
dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.. 
akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.. 
apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu,, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali..
ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.. 
diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.. 
ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.. 
dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.. 
akhirnya pintu rumah itu dibuka..

berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an..
mukanya suram dan sedih.. 

"nak,, apa yang makcik boleh bantu?"

wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit..
"makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.. saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah.."

dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi..
"terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.." 
dalam nada yang lembut..

minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.. sebelum selesai dia bertanya,,
"ada sesiapa nak menyatakan sesuatu..?"

tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.. dia adalah perempuan separuh umur itu..
"saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.. saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.. untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.. suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.." 

air mata mulai bergenang di kelopak matanya..
"pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.. jadi saya ambil kerusi dan tali.. saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni.. saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.. apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.. saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.. kemudian ia berbunyi lagi.. kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.. saya bertanya sekali lagi.. belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.. lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu.."

"seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat.." 

"makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.." 

"itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar.."

"saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.. saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.. akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.. aku tak perlukan itu lagi.."

"lihatlah,, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.. di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.. jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka.." 

tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.. 
ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya..
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya..

tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.. iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya.. 
seorang anak yang seumpama malaikat..
biarkanlah air mata itu menitis.. air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang..

*tangisan air mata membawaku ke syurga milik-NYA..*

"sesiapa yang dapat menangis, hendaklah ia menangis.. dan sesiapa yang tak mampu melakukannya, maka hendaklah ia menyedihkan hatinya dan berlaku seperti orang yang sedang menangis kerana hati yg keras itu jauh dari Allah, namun masih ramai orang yang tak menyedarinya.." - HADIS

menangislah kerana Allah..
wallahu a'alam..

Saturday, March 12

fitnah.

salam alaik. :)
salam sinar suria,, salam penuh ceria..
mari kita bertransformasi dalam mengejar nikmat ukhrawi yang berkekalan..
kisah ini berlaku semasa zaman sahabat lagi..

*merenung saujana..*

pada suatu dahulu,, seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah.. nak dijadikan cerita,, keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,, tetapi malangnya.. wanita (tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya..

ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,, wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.. wanita (tukang memandikan mayat) itu berkata, "kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"

astaghfirullahhalazim,, tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.. dia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.. orang-orang yang berada di luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat..

setelah pihak keluarga menyusul,, barulah mereka tahu apa yang terjadi.. keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' di Madinah.. ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dipotong dan ditanam bersama mayat tersebut.. ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dipotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi..

ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut,, sama ada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.. setelah keputusan ini tidak dapat dibuat,, mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a..

selepas mendengar cerita itu,, Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.. lalu beliau minta diberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.. dia bertanya kepada juru mandi itu (dari bilik hijab), "katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?"

wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal, "aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"

setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat, "wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.. dia telah melanggar hudud Allah Ta'ala,, menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.. jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.. kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat.."

setelah hukuman itu djalankan,, barulah kedua tangan wanita itu terlepas dengan sendirinya!


subhanallah,, betapa Allah mengangkat tinggi wanita itu,, walaupun dia telah meninggal dunia, tetapi Allah masih memelihara wanita itu.. semoga kita tidak tegolong dalam insan yang suka menabur fitnah..

ya Allah jauhkan lah aku dari difitnah dan memfitnah orang lain.. amin!

sesungguhnya lidah manusia lebih tajam dari sebilah pedang.. ia menusuk di dalam dan bekasnya sukar untuk hilang begitu sahaja..

pepatah melayu pun ada berkata,,
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa..
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..
diam lebih baik daripada berkata-kata..

ingatlah,
"al-fitnatu asyaddu minal qatl.."
mafhumnya,, fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh..

bencana.

bismillahi awwalu wal akhiru..
alhamdulillah nikmat sihat ku nikmati amat ku syukuri..
andai nikmat ini tak ku nikmati hari ini,, mana mungkin jari-jemariku mampu menari di atas keyboard yang tersergam ini..
masha-Allah..
kekuasaan Allah terbukti lagi..
nyatalah tiada makhluk atau kuasa yang mampu menandingi kehebatan Allah yang maha berkuasa ini..
ya Allah ya 'Aziz..
maha dahsyat musibah yang kau timpakan kepada kami..
alhamdulillah ya Rabb..
atas musibah ini..
atas dasar musibah yang menimpa ini..
kita hambaNya tersedar dari lamunan dunia yang maha dusta..
astaghfirullah.. banyakkan beristighfar..
sesungguhnya Allah maha ADIL..

marilah semua,, kita renungkan..
apakah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di dunia ini..?
adakah anda merasakan bahawa tsunami ini hanyalah disebabkan faktor geografi..?
tidakkah anda terfikir,, kita patut merasakan bah itu sebenarnya disebabkan kelalaian kita juga..?
janganlah kita asyik bersuka-ria di bumi Allah ni..
cukuplah sudah musibah banjir yang dinihari menyerpa kita..
tidak cukupkah amaran Allah kepada kita..?  

 *maha dahsyat! bah menimpa sekelip mata, sesaat jantung berdegup..*

 *tsunami hits.. sedarlah semua! dunia semakin tua..*

sedikit sedutan dari utusan malaysia..

Lebih 1,000 dikhuatiri mangsa tsunami

12/03/2011 3:16am



TOKYO 12 Mac - Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.
Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.
Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat. - Reuters

 *dunia ini kecil,, mungkinkah musibah ini kan menjengah negara aman dan sejahtera ini..?*
*jadi berwaspadalah semua.. jaga diri,, ISLAM yang utama!*

 *maha hebat kuasa Allah..*
*tsunami indonesia-26 disember 2006! masid tak roboh..*

sudah terang lagi bersuluh..
amarah Allah baru sedikit..
jangan biarkan tragis ini berulang kembali..
tadahlah tangan memohon keampunan kepada yang ESA..
agar kita sentiasa dalam mardhatillah.. insyaAllah!

wallahu a'alam..
doakan yang terbaik buat penduduk JAPAN!
renung-renungkan..
hebatnya ALLAH..

Thursday, March 10

persoalan hidup.

ENAM PERSOALAN HIDUP.

suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama..

"apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar..
tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati".. sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.. (Ali Imran : 185)..

lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.. 

"apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?" 

murid -muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang.. lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar..
tetapi yang paling benar adalah "masa lalu".. bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu.. oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan..

lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.. 

"apa yang paling besar di dunia ini?"

murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari.. semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali..
tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179).. maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka..

pertanyaan keempat adalah, 

"apa yang paling berat di dunia ini?"

ada yang menjawab batu, besi, dan gajah.. semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali..
tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72).. tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.. tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya..

pertanyaan yang kelima adalah, 

"apa yang paling ringan di dunia ini?"..

ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.. semua itu benar kata Imam Ghazali.
tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'solat'.. gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat..

lalu pertanyaan ke enam adalah, 

"apakah yang paling tajam di dunia ini?"

murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang.. benar kata Imam Ghazali..
tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".. kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..

tips imam syafie.

PETUA IMAM SYAFIE.

ada empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging..
2. memakai haruman..
3. kerap mandi..
4. berpakaian dari kapas..

ada empat perkara juga yang boleh melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh)..
2. selalu cemas..
3. banyak minum air ketika makan..
4. banyak makan bahan yang masam..

ada juga empat perkara menajamkan mata..
1. duduk mengadap kiblat..
2. bercelak sebelum tidur..
3. memandang yang hijau..
4. berpakaian bersih..

empat perkara yang akan merosakkan mata pula..
1. memandang najis..
2. melihat orang dibunuh..
3. melihat kemaluan..
4. membelakangi kiblat..

empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong..
2. rajin bersugi (gosok gigi)..
3. bercakap dengan orang soleh..
4. bergaul dengan para ulama..

empat jenis tidur..
1. TIDUR PARA NABI
tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi..
2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam..
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan..
4. TIDUR SYAITAN
menelungkup atau tiarap seperti tidurnya ahli neraka..


selamat beramal. :)

Wednesday, March 9

2012?

salah satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat.. kerana apa? kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman kita yang enam semuanya.

tapi,, kira-kira dua tahun lalu,, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012.. ah-haa,, ingat lagi filem tu..? filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.. ana pun tak lepas peluang jugak tengok filem tu.. bukannya nak percaya,, cuma nak tengok apalah sangat ideologi barat yang semakin tak patah semangat dan sanggup berputih tulang semata-mata ingin melemahkan umat Nabi Muhammad.. waspadalah semua!


malah,, lama sebelum filem 2012 dihasilkan,, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004.. dalam dokumentari ini,, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat..

1) mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.
2) munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak,, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.. mungkinkah penyakit yang dimaksudkan itu.. AIDS? HIV? H1N1?
3) supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali.
4) kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku.. manakala,, dalam filem ’2012′ dinyatakan secara spesifik tarikh kiamat itu.. tak boleh percaya langsung! 

sungguhpun ramai yang mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan,, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya.. inilah sebenarnya yang bertentangan dengan akidah Muslim.. astaghfirullah,, cepat-cepatlah kita beristighfar.. jangan mudah termakan gula yang tak tentu lagi manisnya.. 

seperti yang kita semua tahu,, kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad.. dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat. hakikatnya,, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat,, ahli astrologi dan para ilmuwan.

ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. lama sungguh ramalan ini diadakan, semuanya sebab nak membangkang ajaran Islam yang sebenar. antaranya.

1. Charles - seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi.
2. Charles Laugheda - seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.
3. ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika.. yang lucunya,, disebabkan ramalan itu,, ada orang yang menghasilkan perahu.
4. ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat. tarikh-tarikh tersebut dah lama berlalu meninggalkan kita. sekarang dah 2011.

sesungguhnya. hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang kita pelajari.

tanda-tanda kiamat yang kecil dan kiamat yang besar.
semuanya telah ketara di pandangan kita.
biarkan persoalan ini menjadi soalan buat selamanya,
janganlah kita asyik bermain dengan soalan yang kita takkan tahu jawapannya.

"lakukanlah rutinmu seolah-olah kamu akan hidup selamanya, tapi, lakukanlah ibadahmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.."

dunia ini hanyalah sementara.
garaplah kejayaan di dunia untuk mencapai kejayaan di akhirat jua.
jika kita kejar nikmat ukhrawi,, nikmat dunia pasti bersama kita jua. :)

Tuesday, March 8

selamat hari wanita.

1) seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2) seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3) seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4) wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
5) wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
6) wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
7) wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
8) wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
9) wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
10) wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
11) wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
12) wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
13) wanita yang menjaga solat,, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
14) wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
15) wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
16) wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
17) sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
18) jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
19) jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
20) jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
21) jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
22) wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
23) jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
24) semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
25) 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

ajaibnya! semuanya khas untuk kita :)

HAPPY LADIES DAY!
syukur :)

mustajab.

'sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun untuk seminit.'
intereseting kan? :)
  • sebelum tidur.
  • sedang tidur (bisikan di telinga).
  • lepas bangun tidur.
  • lepas mandi.
  • lepas solat.
  • lepas baca Al-Quran.
  • lepas berdoa.
  • lepas riadah.
  • masa emosi anak teransang (eg. lepas marah anak).
selain tu, kalamullah yang digalakkan untuk diamalkan.
  • surah Al-Baqarah - satu malam baca,, tiga malam syaitan tak masuk rumah. 
  • surah An-Nahl, ayat 97 - amalan untuk mencapai kebahagiaan.
mafhumnya.

"sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau wanita, sedangakn dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan."

ayat terakhir surah At-Taubah - bacalah 7 kali lepas solat, insyaAllah anda sentiasa dalam pertolongan Allah.

"jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad). cukuplah Allah bagiku.. tiada tuhan yang berhak disembah melainkanNya.. kepadaNya aku berserah dan Dialah yang memiliki arasy yang agung."

keluarga, satu institusi yang kecil. tapi sekecil-kecil institusi ini.
ia menjadi penanda aras kepada kehidupan manusia di bumi Allah ini.

Monday, March 7

selamatkan mereka.

sayang seribu kali sayang.
ujian Allah datang menimpa.
hidup ini seakan kosong pabila diri tidak terhimpit dengan ujian dan dugaan dari-Nya.
bukan kupinta untuk selalu diuji.
tetapi, mungkin itulah salah satu cara buat manusia kembali kepada-Nya.

hari ini, aku tersentak lagi.
tidak! ni gambar bas sekolah aku!
kenapa gambar ini terpampang di akhbar utusan malaysia?


baru memoriku terpana kembali.
semalam aku ade terbaca pasal accident yang heboh-heboh kat facebook.
owh, baru teringat.
ingatkan accident biasa-biasa je.
rupanya!
MASYA-ALLAH!!

Allah saje yang tahu perasaan ana sekarang nih.
sedih yang teramat.
mana tak nya. lagi-lagi bila dengar teacher kesayangan patah hidungnya.
waaaaaaaaaaaa,, sedih sangat bila tahu.
teacher, bersabar ye. semuanya pasti ada hikmahnya.
dan termasuklah beberapa adik-adik juniorku.
kesiannya mereka.

*hopefully you"ll be fine soon, teacher! be strong!*

macam mana boleh jadi accident ni ye?
ape yang ana baca di utusan malaysia.

Ketika kejadian, keluarga itu dalam perjalanan dari Melaka untuk menghantar baju pertunangan yang disewa di sebuah butik pengantin di Simpang Pertang.

Jurucakap polis memberitahu, kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu Nor Hasikin dikatakan hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan.

Ia kemudian bertembung dengan sebuah bas milik Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Jempol dari arah bertentangan.

"Rempuhan yang kuat itu mengakibatkan kereta mangsa terperosok di bawah bas sebelum diseret sejauh kira-kira 20 meter," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jurucakap polis memberitahu, tiga daripada 26 pelajar yang berada dalam bas berkenaan cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di klinik berhampiran.

* * *

"kun fayakun!"
apa yang Allah kata "jadi!",, maka "terjadilah!"
semuanya pasti ada hikmahnya.
sebenarnya, rombongan bas SBPI JEMPOL tu sedang membawa atlet-atlet sekolah SBP untuk perlawanan basketball kat pilah.
memandangkan hal ini berlaku, terpaksalah ditunda.
apa-apa pun, harap mereka sabar dengan ujian ini.

nak sangat lawat teacher ngan junior-junior.
tapi, pasti ada jua halangan yang melanda.
rindu semua.
semoga cepat sembuh.
saya sentiasa doakan. :)

pejam mata?

apakah anda selalu berfikir tentang satu persoalan dalam solat iaitu: memejamkan mata.
apakah hukum sebenar-benarnya?
adakah wajib? sunat? harus? makruh? atau haram?

persoalan tadi terjawab hasil penemuan satu artikel nih.

sebahagian ulama mengatakan bahawa memejamkan mata dalam solat adalah makruh hukumnya.
tetapi imam Ibnul Qayyim mengatakan: pendapat yang benar ialah apabila membuka mata itu tidak mengurangi khusyuk.
maka, itulah yang lebih utama.

dan jika ada yang mencederakan khusyuk seperti terpandang hiasan-hiasan yang membimbangkan ketika membuka mata.
nescaya, tidaklah dimakruhkan memejamkan mata dalam keadaan tu malah disunatkan.

bila kita memejamkan mata dalam keadaan itu, kita akan lebih dekat kepada Allah, dasar-dasar syarak dan maksud-maksudnya. insya-Allah.

ingatlah! tujuan solat pada asasnya ialah melakukan pengabdian sepenuh hati, jiwa dan raga serta penuh ikhlas kepada Allah.
sekiranya memejamkan mata adalah jalan yang sesuai, maka lakukanlah!
begitu juga sebaliknya.


akhir kalam. marilah kita sentiasa berdoa untuk memperoleh khusyuk seperti khusyuknya para nabi dalam mengabdikan diri kepada Allah. amin! sesunggunya khusyuk dalam solat adalah sangat-sangat dituntut seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud.

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” (Surah Al-Mukminun : ayat 1-2)

firman-Nya lagi.

“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” (Surah Al-Baqarah : ayat 238)

dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

wallahu a'alam.

Sunday, March 6

harga diri.

kisah ini berlaku mase satu sesi motivasi.

sebelum seminar dimulakan, dr. farhana keluarkan duit rm100 dari pursenye.
kemudian, wang tu ditayang-tayangkan ala-ala nak act kepada peserta sesi motivasi tu.

then, dr. tu pun tanya. "siapa nak duit ni?"

maka, semua peserta mengangkat tangan.
"saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

dr. farhana pun meramas-ramas duit tu sampai jadi renyuk. 
kemudian, dia menunjukkan semula duit yang dah renyuk tu dan bertanya, "ada sesiapa yang nak duit ni lagi?"

hampir semua peserta mengangkat tangan.
dr. farhana mengangguk dan mencebik bibirya.

"ok, apa kata kalau saya buat camni?"

duit rm100 tu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya.
dr. farhana memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja.
wang kertas ini bukan saje renyuk tapi sangatlah kotor!

"sekarang ade sesiapa nak duit ni?"

lepas dia tanya, lebih separuh dari jumlah pesertanya yang turunkan tangan mereka.

* * *

apa yang anda paham dari cite tu?

walau apa pun yang dilakukan oleh dr. tu pada duit rm100 tu, peserta-peserta tu tetap mahukannya. kan? kan? tapi tahu tak kenapa? 
kerana nilainya tetap tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.
rm100 tetap rm100 walaupun 1000000000000 kali dipijak.

cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita sekarang.
semua manusia dalam hidup tak lari daripada merasai kejatuhan, hancur hati, ataupun dihina.
hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita ni tak berguna langsung.
tapi walau apa pun terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tak akan hilang harga diri.
bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.

kadang-kadang, kita tak tahu siapa yang sayang kita.
what we do, it will comes around.
harga diri kita bukan datang dari apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal.
tapi, siapa sebenarnya kita.

*Senyum* ^_^