Monday, March 07, 2011

pejam mata?

apakah anda selalu berfikir tentang satu persoalan dalam solat iaitu: memejamkan mata.
apakah hukum sebenar-benarnya?
adakah wajib? sunat? harus? makruh? atau haram?

persoalan tadi terjawab hasil penemuan satu artikel nih.

sebahagian ulama mengatakan bahawa memejamkan mata dalam solat adalah makruh hukumnya.
tetapi imam Ibnul Qayyim mengatakan: pendapat yang benar ialah apabila membuka mata itu tidak mengurangi khusyuk.
maka, itulah yang lebih utama.

dan jika ada yang mencederakan khusyuk seperti terpandang hiasan-hiasan yang membimbangkan ketika membuka mata.
nescaya, tidaklah dimakruhkan memejamkan mata dalam keadaan tu malah disunatkan.

bila kita memejamkan mata dalam keadaan itu, kita akan lebih dekat kepada Allah, dasar-dasar syarak dan maksud-maksudnya. insya-Allah.

ingatlah! tujuan solat pada asasnya ialah melakukan pengabdian sepenuh hati, jiwa dan raga serta penuh ikhlas kepada Allah.
sekiranya memejamkan mata adalah jalan yang sesuai, maka lakukanlah!
begitu juga sebaliknya.


akhir kalam. marilah kita sentiasa berdoa untuk memperoleh khusyuk seperti khusyuknya para nabi dalam mengabdikan diri kepada Allah. amin! sesunggunya khusyuk dalam solat adalah sangat-sangat dituntut seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud.

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” (Surah Al-Mukminun : ayat 1-2)

firman-Nya lagi.

“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” (Surah Al-Baqarah : ayat 238)

dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

wallahu a'alam.

No comments: