Wednesday, March 2

sushi.

assalamualaikum dan salam marcapada.
semalam, mase tengah rajin berlegar - legar di alam maya,
tetiba ana terfikir nak surf pasal makanan yang halal dan haram dimakan.
lalu, ana singgah kat satu website ni yang mengatakan bahawa sushi haram dimakan.

haaaaaaa? biar betul?
betul! perkara halal haram ni jangan buat main - main.
sekali kita makan, selamanya menjadi darah daging kita. nauzubillah minzalik!

tapi? tapi kenapa sushi tu haram ye?
kerana sushi King telah dicelup dengan arak sebanyak 0.001%
ana pun tak tau perbezaan antara sushi dan sushi King.
lepas itu, aku terus ke website JAKIM untuk mendapat pengesahan.
ana membaca salah satu soalan yang telah dihantar oleh seorang lelaki kepada JAKIM yang menceritakan saat dia makan sushi King ni.

masa dia menunggu di satu sudut makan, ada seorang pelayan yang datang kepadanya dan mengatakan bahawa sushi ini haram dimakan oleh umat Islam.
lelaki tadi terkejut, lepas itu barulah dia sedar bahawa kedai sushi tu tiada pun sijil pengesahan halal dari JAKIM yang ditampal di kedai.
dia mengucapkan syukur kerana pelayan tadi memberitahu. 
lepas kejadian itu, dia menghubungi JAKIM untuk pengesahan 

YA. MEMANG BETUL, SUSHI KING TIDAK MEMOHON UNTUK MENDAPAT PENGESAHAN HALAL DARI JAKIM! 

*cop halal JAKIM YANG SEBENAR!*

lelaki tadi merasa kesal kerana pihak JAKIM tidak memberi pengesahan halal kepada sushi king kerana terlalu ramai orang Islam yang makan sushi kat situ.
ketika dia ada di kedai itu, sekumpulan orang yang berpurdah dan berserban tengah makan sushi.
Jakim tidak dapat memaksa sushi King memohon pengesahan halal kerana ini adalah kehendak kedai atau syarikat itu sendiri bukannya kena buat paksaan kepada setiap kedai untuk memohon sijil halal ini.

pesanku kepada peminat sushi di luar sana, berhati - hati ketika anda hendak makan sushi. pastikan mendapat sijil halal dari JAKIM terlebih dahulu. sebab ana yakin, ramai umat Islam di luar sana yang suka makan sushi.

 
“Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata, dan di antara keduanya perkara-perkara yang masih diragukan, yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahui. orang - orang yang memelihara diri dari perkara - perkara yang syubhat itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya. orang yang tergelincir ke dalam perkara - perkara yang syubhat itu akan tergelincir pula ke dalam perkara yang haram, laksana seorang pengembala yang sedang menggembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai memasuki tempat larangan itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

wallahu a'alam.

4 comments:

Aishah Faisal said...

reject sushi king ^_^

~ farhana selamat ~ said...

marah tauke sushi king..
ape-ape pun,, sebarkan demi k'maslahatn umat Islam.. ;)

Diary of Mine said...

suka mam sushi... TT^TT

~ farhana selamat ~ said...

alolo..
hentikannye!
apa-apa pun elakkan yang shubhah..
wallahu a'alam..