Saturday, March 12, 2011

bencana.

bismillahi awwalu wal akhiru..
alhamdulillah nikmat sihat ku nikmati amat ku syukuri..
andai nikmat ini tak ku nikmati hari ini,, mana mungkin jari-jemariku mampu menari di atas keyboard yang tersergam ini..
masha-Allah..
kekuasaan Allah terbukti lagi..
nyatalah tiada makhluk atau kuasa yang mampu menandingi kehebatan Allah yang maha berkuasa ini..
ya Allah ya 'Aziz..
maha dahsyat musibah yang kau timpakan kepada kami..
alhamdulillah ya Rabb..
atas musibah ini..
atas dasar musibah yang menimpa ini..
kita hambaNya tersedar dari lamunan dunia yang maha dusta..
astaghfirullah.. banyakkan beristighfar..
sesungguhnya Allah maha ADIL..

marilah semua,, kita renungkan..
apakah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di dunia ini..?
adakah anda merasakan bahawa tsunami ini hanyalah disebabkan faktor geografi..?
tidakkah anda terfikir,, kita patut merasakan bah itu sebenarnya disebabkan kelalaian kita juga..?
janganlah kita asyik bersuka-ria di bumi Allah ni..
cukuplah sudah musibah banjir yang dinihari menyerpa kita..
tidak cukupkah amaran Allah kepada kita..?  

 *maha dahsyat! bah menimpa sekelip mata, sesaat jantung berdegup..*

 *tsunami hits.. sedarlah semua! dunia semakin tua..*

sedikit sedutan dari utusan malaysia..

Lebih 1,000 dikhuatiri mangsa tsunami

12/03/2011 3:16am



TOKYO 12 Mac - Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.
Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.
Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat. - Reuters

 *dunia ini kecil,, mungkinkah musibah ini kan menjengah negara aman dan sejahtera ini..?*
*jadi berwaspadalah semua.. jaga diri,, ISLAM yang utama!*

 *maha hebat kuasa Allah..*
*tsunami indonesia-26 disember 2006! masid tak roboh..*

sudah terang lagi bersuluh..
amarah Allah baru sedikit..
jangan biarkan tragis ini berulang kembali..
tadahlah tangan memohon keampunan kepada yang ESA..
agar kita sentiasa dalam mardhatillah.. insyaAllah!

wallahu a'alam..
doakan yang terbaik buat penduduk JAPAN!
renung-renungkan..
hebatnya ALLAH..

2 comments:

Myrul Afiz-iyye (Amirul Hafiz Zulkifli) said...

Selain bertujuan menginsafkan manusia dari segala kelalaian diri tu, boleh jadi segala bencana alam yang berlaku sekarang ni adalah peringatan Allah kepada manusia supaya membangunkan alam ni dengan penuh berhemah. Kalau tengok sekarang ni,sejak permulaan Revolusi Perindustrian dulu, manusia semacam membangunkan alam ni tanpa kawalan sampaikan bumi ni dan angkasa lepas pun dah tercemar dengan pelbagai jenis sisa buangan manusia.


1. Manusia membina banyak struktur mega seperti bangunan tinggi dan empangan. Kesemua struktur tu mengenakan beban yang besar kepada kerak bumi ni seterusnya boleh menyebabkan berlaku gempa bumi seperti yang pernah berlaku di kawasan empangan terbesar di China dulu, Empangan Three Gorges, disebabkan berat empangan dan berat air yang ditakung mengenakan tekanan yang tinggi ke atas permukaan bumi di kawasan tu.

2. Sejak Revolusi Perindustrian dulu, manusia telah melepaskan berbilion tan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dan jumlah ini semakin meningkat setiap tahun. Perlu diketahui gas tersebut adalah dikenali sebagai 'gas rumah hijau'(gas yang menyerap haba) yang memerangkap haba dari matahari (paras normal CO2 dalam atmosfera sepatutnya dalam anggaran 0.039 peratus). Dengan meningkatnya kandungan CO2 dalam udara, jumlah haba dalam atmosfera yang diperangkap akan meningkat seterusnya menyebabkan suhu dunia semakin tinggi. Bila suhu dah tinggi tu, mulalah berlaku bencana alam seperti ribut taufan (hurricane)yang lebih dahsyat kerana haba merupakan sumber tenaga bagi menjanakan ribut itu. Semakin tinggi haba, semakin berkuasalah ribut itu.

Rasanya sudah cukup penerangan yang di atas tu. Tapi kalau nak tau lebih lanjut, bolehlah diajukan soalan itu kepada penulis, Insya-Allah penulis akan cuba menjawabnya. Minta maaf untuk bahasa yang tak seberapa itu...~

~ farhana selamat ~ said...

terima kasih atas pendapat yg amat terprinci..
tak apa.. bukan bhsa yg dinilai,, tapi isinya..
apa yg ana boleh simpulkan ialah..
masing-masing punyai pndpt sendiri..
ana lebih pandang pd musibah,, tapi anda lbih kpd bncana..
bkn nk fight.. sbb 2" ad btul dn ad slhnye..
semuanya milik Allah.. :)