Wednesday, March 9

2012?

salah satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat.. kerana apa? kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman kita yang enam semuanya.

tapi,, kira-kira dua tahun lalu,, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012.. ah-haa,, ingat lagi filem tu..? filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.. ana pun tak lepas peluang jugak tengok filem tu.. bukannya nak percaya,, cuma nak tengok apalah sangat ideologi barat yang semakin tak patah semangat dan sanggup berputih tulang semata-mata ingin melemahkan umat Nabi Muhammad.. waspadalah semua!


malah,, lama sebelum filem 2012 dihasilkan,, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004.. dalam dokumentari ini,, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat..

1) mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.
2) munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak,, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.. mungkinkah penyakit yang dimaksudkan itu.. AIDS? HIV? H1N1?
3) supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali.
4) kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku.. manakala,, dalam filem ’2012′ dinyatakan secara spesifik tarikh kiamat itu.. tak boleh percaya langsung! 

sungguhpun ramai yang mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan,, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya.. inilah sebenarnya yang bertentangan dengan akidah Muslim.. astaghfirullah,, cepat-cepatlah kita beristighfar.. jangan mudah termakan gula yang tak tentu lagi manisnya.. 

seperti yang kita semua tahu,, kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad.. dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat. hakikatnya,, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat,, ahli astrologi dan para ilmuwan.

ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. lama sungguh ramalan ini diadakan, semuanya sebab nak membangkang ajaran Islam yang sebenar. antaranya.

1. Charles - seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi.
2. Charles Laugheda - seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.
3. ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika.. yang lucunya,, disebabkan ramalan itu,, ada orang yang menghasilkan perahu.
4. ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat. tarikh-tarikh tersebut dah lama berlalu meninggalkan kita. sekarang dah 2011.

sesungguhnya. hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang kita pelajari.

tanda-tanda kiamat yang kecil dan kiamat yang besar.
semuanya telah ketara di pandangan kita.
biarkan persoalan ini menjadi soalan buat selamanya,
janganlah kita asyik bermain dengan soalan yang kita takkan tahu jawapannya.

"lakukanlah rutinmu seolah-olah kamu akan hidup selamanya, tapi, lakukanlah ibadahmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.."

dunia ini hanyalah sementara.
garaplah kejayaan di dunia untuk mencapai kejayaan di akhirat jua.
jika kita kejar nikmat ukhrawi,, nikmat dunia pasti bersama kita jua. :)

6 comments:

Myrul Afiz-iyye (Amirul Hafiz Zulkifli) said...

Tapi ade jugak yang kate kalendar Maya tak meramalkan kiamat dunia. Ape yang dimaksudkan kat tahun 2012 tu cuma satu permulaan era baru untuk kaum Maya yang gunakan kalendar tu. Sistem yang diorang pakai tu samalah jugak macam sistem kalendar Hijrah yang orang Islam guna sekarang ni yang ade peristiwanya sendiri dalam tarikh-tarikh tertentu, macam sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal contohnya.

~ farhana selamat ~ said...

terima kasih atas informasi tu..
tapi,, still nak mintak penjelasan..
kenapa kalndar maya tu cm sama ngan kalendar hijrah..?
tak rase ke dua benda tu berbeza..?

Myrul Afiz-iyye (Amirul Hafiz Zulkifli) said...

Memang la kedua-dua kalendar tu berbeza. Aku maksudkan sistem yang same tu sekadar perumpamaan je, bukan aku nak maksudkan kalendar Hijrah tu same macam kalendar Maya tu.

Myrul Afiz-iyye (Amirul Hafiz Zulkifli) said...

Kalendar Hijrah gunakan jumlah pusingan bulan keliling bumi sebanyak 12 kali untuk 1 tahun

Kalendar Maya tu guna sistem matahari dengan perkiraan tertentu

~ farhana selamat ~ said...

owh,, baru faham..
terima kasih atas prkongsian..
bguslah ko,, bnyk perkara yang ko thu..
bce kat mana..?

Myrul Afiz-iyye (Amirul Hafiz Zulkifli) said...

Bace buku-buku yang berkaitan & explore internet pasal artikel-artikel berkaitan dengan kau punye entri ni. Cari kat banyak sumber supaya dapat sahkan ape yang dibace, tak kirelah sumber mane pun dengan niat nak tambahkan ilmu...~