Friday, April 29, 2011

interview karangkraf.

"wahai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya.. bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKAL LILLAH.."
- amanat Luqmanul Hakim buat anaknya -

alhamdulillah, give thanks to Allah! :)
tiap-tiap hari, akanku agungkan kalimah-Mu, wahai Tuhan!
sungguh indah hari-hariku dalam melayari bahtera hidup ini, wahai Allah!

* * *

as-salam alaik, jazakallahu fikum!
apa khabar anda sekalian..?
ana doakan baik-baik sahaja, insha-Allah..
walau kita sakit sekalipun, sentiasalah bersangka baik dengan Allah! :)

alhamdulillah, sempat juga ana coretkan detik-detik yang ana lalui dari hari demi hari..
diharapkan, apa yang ana coretkan, menjadi wasilah untuk kita berkongsi baik dan buruk sekali gus meneguhkan bonding kita sebagai ISLAM..
okeyh, hari-hari yang ku lalui sememangnya merupakan hari yang memenatkan..
tapi, walau penat macam mana sekalipun, hari yang ana lalui, sudah cukup untuk buat ana gembira dan terus gembira.. hee! :D

ok, semalam pergi seksyen 15 shah alam..
buat apa..?
seperti biasa, interview! :)
alhamdulillah, seminggu yang lepas..
ana menerima panggilan temuduga ini dan apa yang ana boleh jangkakan..
mesti tak ramai yang akan hadir..
and guess what, as i thought, memang sikit pun.. tak sampai sepuluh orang pun yang datang..
ok, interview ni scholar dari siapa..? 
dari company ini! :)

*dana pendidikan KARANGKRAF!*

*signboard karangkraf yang menawan, purple!* :)

 okeyh, sekarang, ana nak terangkanlah sikit ye..
apa dia dana pendidikan karangkraf ni..?
siapa yang layak menerima..?
dari mana ana boleh mohon..?
dan sebagainya..

ok, untuk makluman kalian..
secara jujurnya, ana memang tak pernah tahu langsung pasal dana pendidikan ni..
sampailah satu masa yang Allah jodohkan, ana pergi ke booth karangkraf di karnival jom masuk U yang lalu..
hehe, memang ana tabik lah 360 darjah dengan program jom masuk U nih..
segalanya bermula di sini.. hehe! :)


Kelayakkan Pemohon antaranya:
1) Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun..
2) Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setara dengannya perlulah PNKG sekurang-kurangnya 3.0 ..
3) Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum..
4) Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris..
5) Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain..

Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada Institusi Pengajian Tinggi terpilih. Sekian, terima kasih.


okeyh, untuk makluman lebih lanjut sila tekan SINI..
INSHA-ALLAH, segala persoalan akan terjawab.. :)

sekarang, ana nak ceritalah sikit apa yang ana dapat masa interview tu..
ok, from the beginning..
we have to answer 40 IQ questionnare within 20 minutes..
yeah, it was so "great" actually! :)
alhamdulillah, i've done the test on time!
tips.. just shade the answer whether you know or not..
make sure all the answer, you have shade in the OMR, that's important!
okeyh, just wanna share a question with you..
jawab jangan tak jawab ye! hehe..

ada 2 ekor tikus makan 2 keping biskut dalam masa 2 minit..
berapa ekor tikuskah yang makan 18 keping biskut dalam masa 6 minit..?

menarik sangat soalan-soalan IQ karangkraf..
basically, all about maths and science..
ok, soalan kat atas tu, itulah salah satunya dan bagi ana soalan tu, agak susah..
yelah, mana taknya, nak buat calculation, tapi kami tak diberi calculator, tak ada kertas kosong nak conteng-conteng.. hurmm..
tapi, kami redha je lah.. belasah je apa yang patut! :D

ok, then we going through our interview session..
kali ni, takda nombor 'bertuah' yang ana miliki..
cuma, tetiba rasa 'bertuah' sebab jadi orang first kena interview..
hee, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah yang tahu..
ok, maka, bergegaslah ana ke bilik temuduga..
dengan lafaz bismillah, ana mulakan sesi perkenalan diri dan cerita serba-serbi pasal diri..
panel hanya seorang, kira macam face to face betullah dengan encik penemuduga..
dan, pada kebiasaannya.. kerusi untuk kita (orang yang kena interview) terletak berjauhan sedikit dengan meja penemuduga supaya kita dapat diuji dengan kelantangan bersuara..
tapi, kali ini.. nak tahu tak.. hee..
dekat betul! cuba bayangkan..

*kejauhan yang teramat 'jauh' :)*

ok, tak perlu pertikaikan, tapi..
bagi ana, temuduga ini paling relax..
takda isu semasa, hehe.. kalau takda isu semasa je memang relax..
then, just tanya bidang-bidang yang kita nak ceburi dan segalanya yang berkaitan dengannya..
alhamdulillah, lancar..
Allah permudahakan segalanya..
dan, bila tamat sesi temuduga.. semua pandang ana..
then, ada yang cakap..
farhana, orang tu tanya apa kat awak..
lamanya! awak dalam tu, nak dekat setengah jam tau..
aku naik heran.. haaa..?
yeke..? asal aku rasa macam sekejap je dalam tu..
huhu, desus hati, mungkin diskusi ana dengan Encik Azam sangat santai sampai ana pun tak perasan masa berlalu sepantas cik kilat.. :)

walau-apa-pun, nak cakap ana confident dapat..
takdelah kan, rezeki masing-masing..
berharap..?
berharaplah jugak, semuanya menjadi harapan..
lagipun, apa yang ana tahu, karangkraf memang senang nak dapat kerja kalau kita dah dapat dana pendidikan dia ni..
so, why not..? insya-Allah!
kalau ada, ada lah rezekinya.. :)


ok, seterusnya.. 
lepas check-out dari bangunan karangkraf, ana terus straight pergi PWTC!
YEAH! BookFair! i'm coming! :D
sebenarnya, sebelum hari kejadian, dan-dan pulak QILA ajak ana gi sana..
so, alang-alang dah cuti, baik keluar en..
then, bila dah sampai kat KTM tu, maka, bertemulah cik NURUL FARHANA dengan cik SITI AQILAH dan cik AMIRA NABILAH.. :)
hee, excited gilaa jalan ngan depa ni..
al-maklumlah, sebagai tuan rumah, aku dilantik menjadi TOUR GUIDER untuk diorang..
haha, TOUR GUIDER pun TOUR GUIDER lah.. :)
nasiblah, ana dah biasa pergi PWTC, kalau tak.. habislah!


ok, memang seperti yang ana jangka..
ramai bebenor manusia kat situ, lagi-lagi budak-budak sekolah..
memang sesak lah! kat surau sana pun, kena tunggu lama la ambil turn wuduk..
sabar jelah en..
pastu, kat sana, dengan pakaian ana yang baru lepas interview tu, ramai gila tanya..
"ni cikgu dari sekolah mana?"
haha, nampak sangat muka ana nih matang bebenor.. tapi, tak kisah pun..
sebab tetiba rasa orang tu doakan ana jadi cikgu.. hehe!
moga-moga, doa termakbul dan ana lepas untuk ke program KPLSPM tu.. :D


ok, memang kat situ, banyak sangat-sangat-sangat BUKU..
tak tahu nak beli yang mana sebab semua best..
memang rambang matalah..
kalau nak pilih tu pun, memang kena tutup mata, baru boleh pilih.. hehe..
ok, guess what! jumpa seseorang..
eh bukan seseorang.. dua orang!
jumpa encik FY dan adik AP..
siapa..? jeng-jeng-jeng!


 *encik FETRI YAHYA a.k.a abang QILA.. hehe!*


 *adik ADI PUTRA a.k.a adik prof MIRA.. :)*


*sesi promote buku ADI PUTRA oleh bro ANA.. :)*


*alhamdulillah, sejuk mata..*

*aneka buku boleh dicari, mai-mai beli!*

*booth FAVOURITE ana..*

*QILA, sibuk memborong.. :D*

ok, nak tahu, selama 5 jam kat sana, apa yang ana borong..?
ni diaa, life is an open secret! ramadan special.. :)
ok, ana tahu, buku ni memang dah lama dah ada..
cuma, first time bila ana baca buku yang ditulis oleh cik ZABRINA kita nih, ana dah jatuh cinta dengan segala pengisian dalam bukunya..
buku dia yang hijau tu lah, yang buat ana jatuh.. hehe, tak caya, cepat baca!
gerenti punya lah.. :D

*3 buku je yang diborong, dan salah satunya, ini! best, dah habis baca dah pun.. :)*

*2 buku lagi ni, QILA ngan MIRA beli.. hijau-QILA, pink-MIRA..*

haha, kitorang saja beli 3 sekali..
bukannya apa, senang dapat diskaun, lagi 1, senang nak pinjam..
tak gitu..? hehe..
maka, setelah puas meronda-ronda mencuci mata..
diumumkan bahawa QILA dinobatkan sebagai pembeli buku terbanyak antara kami! hehe..
2nd place goes to, MIRA and last, ana laa..
bukan apa, modal tak cukup, kenalah berjimat :)

*promote banner! :) semua dijemput.. 1/5 last date!*

so, the end..
disebabkan hujan yang teramat lebat masa nak balik tu..
ibuku pun menjemput kami, dan hantar QILA and MIRA ke KL SENTRAL..
ok, masing-masing menuju ke HOME SWEET HOME dan aku..
tiba-tiba mengerling ke arah bangunan ini!

*bangunan AXIATA!*

sebenarnya, pada hari yang sama masa ana interview karangkraf, ana dipanggil untuk interview AXIATA nih..
ok, sebelum hari kejadian, memang buntu lah en nak pergi yang mana..
sebabnya, karangkraf start pagi tapi tak tahu sampai pukul berapa..
but, AXIATA pulak, whole day..
from 8AM to 7PM..
kira lebih kurang macam UTP tulah, yang kawan-kawan ana pergi..
bila fikir punya fikir, decide nak pergi yang karangkraf..
sebab . . . . . .
tengok AXIATA tu macam UEM..
budak-budak yang datang kebanyakannya CINA, INDIA..
mak bapak kerja hebat..
tapi, ana bukannya tak nak mencuba ke apa en..
cuma, tulah, hati ni macam berat nak pergi..
ok, biarlah, benda dah berlaku..
jangan fikir dah, yang penting.. karangkraf tu ana pergi..
kalau tak pergi mana-mana lagi teruk en, so, dah pergi 1 tu jadilah..
doa jelah banyak-banyak..
semoga setiap pilihan yang kita putuskan, mendapat rahmat ALLAH..
insha-ALLAH, amin ya RABB!

*ya ALLAH, tunjukkanlah aku jalan..*

*marilah kita berdoa, semoga segala yang kita putuskan sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA.. insha-ALLAH!*

PS. thanx to QILA and MIRA!
PSS. disebabkan interview bertindan, ana dah tolak interview DQ, AXIATA, UEM.. sedih! :'(
PSSS. ana dapat matriks negeri SEMBILAN! panjang betul jodoh dengan n9! alhamdulillah..

Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
NamaNURUL FARHANA BINTI SELAMAT
No Kad Pengenalan93100401****
No MatrikMS1112506264 
Program PengajianPROGRAM SATU TAHUN
KursusM001-SAINS
Nama KolejKOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN-KMNS 
Tarikh Mendaftar23 MEI 2011
*syukran lillah!*

PSSS. doakan ana untuk interview felda holdings pulak selasa nih..

salam mutiara hati,
ana_farhana :)

Tuesday, April 26, 2011

interview spa & uem.

bismillahirrahmanirrahim, as-salam semua :)
semoga kalian sentiasa dilindungi Allah the Almighty!

alhamdulillah, pagi-pagi lagi ana rasa tenang dan sangat bersemangat bangun tidur..
al-maklumlah, temuduga SPA punya pasal..
yeah! tak sabar nak pergi SPA!
nak bersemuka dengan orang-orang hebat SPA lah katakan..

okeyh, anda-anda nih tahu tak SPA tu apa..?
:) haa, ini bukannya SPA Q yang kat TV3 tu..
SPA stands for SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM..
harap maklum! :)

apa yang ana buat di sana..?
nak tahu..? tak payah tahu laa.. ^_^

*bangunan SPA tersergam indah..*

hee, okeyh.. 
dengan rasa penuh takzimnya saya ingin mengumumkan bahawa..
saya dipilih untuk menghadiri temuduga ini!

*promote banner :)*

ana tahu, tak semua tahu pasal nih..
ana akui, ana tahu pasal nih pun lepas ana survey scholar and universiti masa program "JOM MASUK U" awal bulan dulu..
masya-Allah, bagaikan katak bawah tempurung ana rasa..
okeyh, tapi tu dulu..
sekarang, katak dah mampu melihat dunia.. hehe!
orait, dah lupa pulak nak cerita apa nih! :D
tulah, banyak merapu je.. astaghfirullah!
tapi, apa-apa-pun alhamdulillah.. 
"JOM MASUK U" lah yang menapakkan ana ke SPA nih..

ok, SPA ni terletak di tanah "bandar terancang" MALAYSIA..
senang cerita, SPA terletak di PUTRAJAYA, berhampiran dengan bangunan JPA, SPRM dan bangunan-bangunan pentadbiran MALAYSIA yang lain..
maka, bermulalah sesi teruja-menguja sesampainya ana di sana.. :)

seawal pukul 6.45 pagi ana dah sampai di sana..
punyalah awal datangnya semata-mata nak elakkan JAMMED! di bandar teknologi ni..
maka, ana pun isilah masa yang terluang tu dengan membaca serba sedikit maklumat berkaitan pilihan yang ana mohon untuk SPA nih..
okeyh, ana nak bagitahu sikit yang sebenarnya..
program bawah SPA nih lebih kepada permohonan untuk kerja, dan bukan permohonan untuk biasiswa..
kalau pasal biasiswa, semua tu di bawah JPA!
bailah! seperti yang kalian tahu, SPA telah diberi mandat untuk memilih warganegara MALAYSIA yang berumur dari 18 hingga lebih kurang 25 tahun untuk memenuhi prospek kerjaya separa perubatan yang semakin kritikal pada abad ini..

*surat panggilan temuduga SPA!*

alhamdulillah, permohonanku diluluskan..
dan 4 latihan separa perubatan yang telah ditawarkan untuk ana iaitu :
1) penolong pegawai perubatan..
2) jururawat..
3) juruteknologi pergigian..
4) penolong pegawai farmasi..

sesiapa yang berjaya melepasi piawai UJIAN dan TEMUDUGA ini,
anda akan mengikuti latihan a.k.a diploma selama 3 tahun di institusi-institusi yang ditetapkan..
dan seterusnya, serta-merta anda akan diambil bekerja di mana-mana hospital kerajaan atau klinik kesihatan kerajaan selama 4 tahun..
untungnya, semasa pengajian kita..
kita akan diberi biasiswa, elaun buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun jahitan pakaian seragam..
untuk malumat lanjut, bolehlah layari laman web ini..

okeyh, ana nak ceritalah sikit pengalaman interview ala-ala interview kerja nih..
memang first time la selama ana hidup, ana interview campur dengan insan-insan yang lebih tua dari ana..
ada yang berpangkat doktor, ada yang berpangkat jururawat dan mestilah ada jugak yang berpangkat "LEPASAN SPM", macam kita-kita ni.. :)
ok, mesti ada yang pelik, kenapa encik doktor tadi kena interview jugak?
sebenarnya, encik doktor tadi dah memang graduate and dah jadi doktor dah pun dekat INDIA..
so, bila balik MALAYSIA, and nak kerja dengan kerajaan..
maka, wajiblah bagi encik doktor untuk menghadiri temuduga SPA nih..
yang jururawat pulak, ditemuduga untuk kenaikan pangkat..
haaa, sebenar-benarnya, aku baru tahu pasal nih.. T.T
walau-apa sekalipun, interview TETAP interview! :)

MAKA, BERMULALAH SESI UJIAN DAN TEMUDUGA SPA :)

8.00 AM - 8.30 AM : SESI UJIAN..
seperti biasa, sesi ujian tentang sahsiah dan minat diadakan..
soalan yang diberikan sebanyak 227 soalan.. :)
memang serius banyak! dan boleh tahan senang juga..
tak payah pikir panjang, baca elok-elok, dan terus bulat di OMR yang disediakan..
apa yang best masa ujian ni ialah.. hee~
kami diperdengarkan lagu tema SPA sambil-sambil menjalani ujian di bilik mesyuarat yang serba sejuk itu..
dan sebelum itu, segalanya bermula dengan kalamullah, kami semua menadah tangan memohon berkat ilahi tatkala doa dibacakan..
alhamdulillah, first time ujian interview ana bermula macam nih.. syukur! :)

9.00 AM : TEMU DUGA..
maka, seusai ujian, disusuli pula dengan sesi interview..
setelah keluar dari bilik mesyuarat tingkat 7, kami pun turun ke tingkat 6 di mana akan berlangsungnya sesi temuduga ini..
you know what.. aku terpaku seketika..
ramaaaaaaaaaaaai nya MANUSIA.. O.o
haa, memang semua sibuk menunggu giliran masing-masing untuk di temuduga..
bermula dari bilik A sampailah bilik L tak silap ana..
dan aku, terus menuju tempat pendaftaran temu duga..
aku menunjukkan segala dokumen yang dikehendaki dan diberi pula angka giliran..
nombor bertuah kali ini, 0405 bilik D! :D
ternyata kat dalam ruang menunggu tu sangat sejuk.. sampai biru jari aku!
haha, hiperbola semata-mata, padahal aku yang cuak..
okeyh, cool je.. :)

okeyh, satu persatu kuperhatikan calon-calon yang mundar-mandir masuk ke bilik temu duga..
dan tup-tup, giliran aku pun tiba..
dengan yakinnya aku masuk diiringi sekuntum senyuman yang kuharap memberi tuah untukku! :)
ketuk pintu, buka pintu, beri salam.. :)
dan panahan anak mataku terpana terus kepada 3 panel yang bagi aku, sangat peramah dan sporting! :) 1-MR. dan 2-MRS.
okeyh, bila masuk-masuk je, ana diminta untuk memberi segala dokumen yang diminta..
perkenalkan diri dan menjawab isu-isu semasa..
hailaa, ni yang ana lemah..
nasib baiklah panel tu tanya, ceritakan serba sedikit isu semasa yang anda tahu..?
alhamdulillah, Allah permudahkan.. boleh lah "goreng" apa yang patut..
dan aku, kemukakan isu klinik 1MALAYSIA bla.. bla.. bla..
seterusnya, masuk pula isu semasa, semuanya soalan berkenaan..
1MALAYSIA, WAWASAN 2020, PARLIMEN, DEWAN NEGARA, DEWAN RAKYAT, MENTERI-MENTERI.. hadoi! terasa yang sememangnya SEJARAH sangat-sangat penting!
memang serius aku tak prepare pasal nih.. :( tapi apa-pun, ALHAMDULILLAH!
aku dapat juga jawab semua tu, sesungguhnya ALLAH MAHA KUASA! ALLAH tolong ingatkan aku segala ilmu-ilmu yang aku prepare masa interview IPG dulu..
segalanya ada hikmahnya, walaupun isu semasa tak ditanya langsung di IPG, tapi di SPA ditanya pula..
jadi, kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang lain yang berminat memohon kerja di bawah SPA, jangan lupa persiapkan diri dengan segala maklumat tentang kerajaan..
nama pun SPA, mestilah soalan-soalan berunsur kerajaan.. dan memang mustahil ditanya pasal pembangkang! hehe.. gurau je..

baiklah, belum tamat lagi..
itu baru soalan dari panel pertama..
tiba-tiba, panel pertama tadi macam terkejut dan lantas berkata, TAHNIAH! keputusan awak sangat lawa.. :)
owh, panel tu terkejut rupanya bila tahu aku STRAIGHT A!
aku pun dengan sedikit bangga, hehe.. ucapkan TERIMA KASIH dan ALHAMDULILLAH, rezeki saya!
dan tiba-tiba, soalan demi soalan diutarakan oleh panel kedua..
katanya, ana dah cukup layak untuk menerima jawatan tersebut..
tapi, menurutnya, lebih baik ana menyambung pelajaran di tempat yang lebih sesuai untuk orang yang berkelulusan macam ana, di mana ana akan bergelar PEGAWAI PERUBATAN dan bukannya PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN yang kuota sebenarnya sangat sedikit untuk kaum HAWA.. dan gajinya pun setaraf orang yang sederhana pendidikannya..
bila dengar macam tu, ana pun angguk-angguk mengeyakan pendapat panel kedua tadi..
ana macam tak tahu nak cakap apa, tapi rasa nak jugak SPA ni, sebabnya, bila dah graduate nanti, tak payah susah nak cari kerja and whatsoever.. :) hehe..
lepas tu, panel pun tanya, kenapa tak mohon biasiswa yang lain..?
okeyh, ana pun ceritalah yang ana ada mohon biasiswa lain contohnya macam MARA.. tapi, mungkin bukan rezeki ana, ana tak dapat peluang untuk ditemuduga oleh pihak MARA..
seterusnya, bertubi-tubi khidmat nasihat yang panel-panel tu berikan.. semuanya yang menyeru ana supaya mencari peluang yang lebih cerah daripada berkhidmat di bawah SEPARA PERUBATAN ni.. panel-panel tu pun ada cerita yang, bila dah jejakkan kaki ke title "penolong pegawai perubatan" jangan pernah sangka yang akan ada berpeluang untuk ana menjejaki title "pegawai perubatan a.k.a doktor".. apa yang paling ana ingat dalam banyak-banyak nasihatnya, semua ini akan membuatkan anda DILEMA! 
fuhh! cukup bernas pendapat yang diutarakan, sampai hati dah berbolak-balik! T.T
baik, ana tahu, syarat kelayakannya memang senang..
anda cuma perlu lulus kredit dalam subjek SAINS dan MATEMATIK serta 3 subjek lain..
memang senang lah nak dapat, lagi-lagi yang resultnye gempak-gempak..
dia tak mintak pun dapat 5A, 5 subjek yang KREDIT pun dah layak sebenarnya..
tapi, apa yang sebenarnya dalam hati ana, ana nak cuba je semua.. kadang-kadang kita tak tahu rezeki kita kat mana.. tapi, entahlah, macam tutup peluang budak-budak lain pun ada jugak.. tapi..? haih, entahlah!

tapi, apa yang penting, dah macam bukan temuduga dah ana rasa tadi, jadi macam sesi luahan hati pulak! :D
takpelah, sekuarang-kurangnya, banyak juga pengalaman dan ilmu yang ana tahu bila dah jejak ke temuduga tu..
okey, aku akan terus memburu dan memburu..
semoga Allah memahami kehendak hati ini.. :)
terima kasih panel-panel yang bersusah-payah menasihati ana tadi..
walau-apa-pun, ana harap, sekurang-kurangnya ana akan diterima untuk mengikuti program separa perubatan ni..
risau jugak sebenarnya..
lainlah, kalau dah dapat keputusan yang lain-lain.. kan? kan?

YA ALLAH, jauhi aku daripada sifat tamak..
sesungguhnya, hanya PADAMU ku berserah dan PADAMU aku mohon PERTOLONGAN!
okeyh, sekian sahaja dari doctor wannabe :)
EHH! tapi, ada lagi satu benda yang ana nak bagitahu ni.. :D

hari ISNIN bersamaan 25hb, ana telah menghadiri satu lagi assessment di UEM LEARNING CENTRE, PETALING JAYA..
alhamdulillah, rezeki Allah untuk aku merasai suasan berhadapan insan-insan hebat di muka bumi Allah ini..
okeyh, UEM! apakah UEM?
apa yang ana tahu tentang UEM nih, UEM adalah anak syarikat atau mungkin partnership syarikat KHAZANAH!
lebih kurang sama lah taraf dia dengan company-company hebat macam KHAZANAH, SIME DARBY, AXIATA, PETRONAS, TNB dan lain-lain..

okeyh, semalam just ada assessment je..
interview hari lain, tempatnye pun lain, kat KL SENTRAL (the main company)..
bukan assessment apa pun, just macam VIEW PROFILING time eduQuest PETRONAS dulu..
nak korek rahsia sikit, soalan-soalan tu memang sebijik-sejibik macam yang PETRONAS..
hehe.. dah kantoi dah soalannye..
apa-pun, student yang ana jumpa kat sana, kebanyakannya pernah jumpa masa kat PETRONAS..
haa, balik-balik muka yang sama :)
pe pun, doakan ana untuk interviewnye pulak..
tak silap ana, UEM akan ada beberapa stage interview untuk ditapis-tapis..
nak dapat scholar dari orang besar ni, bukan senang, dan bukan calang-calang orang boleh dapat..
UEM nak hantar orang yang dapat scholar dia ni pun bukan dekat university yang low profile, tapi university yang top ranking, cam HARVARD, CAMBRIDGE, OXFORD etc..
then, terus dapat kerja dengan UEM BILA GRADUATED! wahhhh! :D
so, insha-Allah i'll try my very best and hopefully Allah will ease my way..
amin, ya RABB!

*bangunan bersejarah tempatku menjalani ASSESSMENT!*

untuk pengetahuan anda, senior saya, senior kita, KAK NURULAIDA yang dapat straight A+ tahun lepas, kini beliau sedang mengikuti program A-level di bawah tajaan UEM ini..
beliau hebat!! 

*UEM academy!*

*secebis kenangan di UEM!*

"dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya).. bersyukurlah kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.."
- Surah Luqman ayat 12 -

ok, mari balas pantun hamba..
"kajang pak malau, kajang berlipat,
semoga Allah kurniakan rahmat!"
doakan kejayaan kita bersama! :)
wassalam..

Thursday, April 21, 2011

interview kplspm.

peace upon you all and alhamdulillah, we still alive..
hehe, tengok tajuk macam gempak je..
okeyh, nak tahu apa yang gempaknya..
teruskan membaca..
sekurang-kurangnya, siapa yang belum pergi interview nanti takdalah cuak sangat..
so, let's check it out!

*tadaa~ IPG teknik KL..*

tepat pukul 6.30 AM, ana dah bertolak..
awal bona bertolaknya, padahal interview start kul 8 AM..
okeyh, seperti yang telah dijangka.. kawasan tu mesti JAM!
hadoi~ pantang betul pagi-pagi camni.. dugaan~

alright, sebenarnya.. baru ana tahu..
yang IPG nih dekat BANDAR TUN RAZAK..
tempatnye, dekat ngan HUKM, SMT KL (teknik KL) -> sekolah EZZAH!, dan ASiS (sekolah sains alam shah yang hebat uh!) -> sekolah D-SIM! dan ZAKI!..
owh, macam baru melihat dunia je rasa..
walaupun duduk kat KL dari kecik, belum semua tempat ana pernah pergi rupanya..
okeyh, sambung cito..
sejurus sampai di sana, ana pun menuju ke pusat sumber IPG..
di mana tempat inilah yang akan ana lalui ujian INSAK dan temuduga..

8.05 AM : UJIAN INSAK..

apakah itu ujian INSAK?
INSAK ialah Inventori Sahsiah Keguruan..
berbentuk OBJEKTIF.. bulat-bulat je.. :)
ade 135 soalan, dan kena jawab semua tu dalam masa 30 minit sahaja..
so plus-minus semua, lebih kurang 13.3 saat lah masa diperuntukkan untuk 1 soalan..
konklusinya,  lepas baca soalan betul-betul, terus bulat kat OMR ye..

setengah jam berlalu, maka bermulalah sesi temuduga..

8.45 AM : TEMUDUGA BERKUMPULAN..
alhamdulillah~ boleh tahan senangnye.. hee..

kumpulan ana terdiri daripada 6 orang.. 5 perempuan, 1 lelaki..
jauh sekali bilangan lelaki masa IPG ni dengan masa ana eduQuest petronas dulu.. hehe..
perkenalkan, ZIANA, VARUNA, ULFAH, LAVAANYA, NURUL (ana lah ni..) dan MUSTAQIM (the one and only.. hehe!)
kami diberikan soalan yang sama.. hee, mestilah sama kan! 
ok, ada 2 soalan sahaja!
soalan 1..
apakah aktiviti ko-kurikulum yang boleh digiatkan..?
soalan 2..
kena jawab dalam bi..
bagaimanakah ko-kurikulum dapat meningkatkan jati diri pelajar..?

9.10 AM : TEMUDUGA PERSEORANGAN..
quite tough! soalan semuanya provoke!
nasib baik lah semua tu aku mampu tepis.. hehe..

ana, orang ke-5 yang akan ditemuduga..
sempat jugak lah tanya ZIANA, VARUNA, ULFAH dan LAVAANYA..
pasal soalan-soalan yang ditanya kat depa..
okeyh, for your information.. penemuduga kami 2 orang, dua-dua lelaki..
setiap orang akan ditemuduga dalam 20 minit.. lama nak tunggu TURN~ :) 
kalau masa ZIANA, panel banyak provoke pasal course.. 
mereka belit-belitkan soalan pasal ACC yang ZIANA mohon kat UPU ngan IPG nih..
masa VARUNA pulak, panel provoke soalan MATHS dan kaitannya dengan KEHIDUPAN MANUSIA..
apa konsep MATHS yang ada masa lontar peluru, kebetulan pulak si VARUNA pernah wakil sekolah lontar peluru..
lagi satu, panel bagi situasi..
kenapa kapal berlayar, dia guna jalan lengkung.. tak guna jalan lurus..?
haa, ambik kau.. jawab! sian toing kat VARUNA.. 
tetiba ana cam cuak pulak!
then, giliran ULFAH..
dia lagi kesian, panel kata dia "TAK LAYAK!"
MAK AIH, asal sume cam DOWN je nih..
kk, relax jer.. beselah tu kena provoke..
haa, ni lagi sorang.. si LAVAANYA..
masuk tadi bukan main happy! tetiba, kuar ngan airmata..
hadoi~ asal sume orang nih..
ana mula istighfar dan melafazkan kalimah Allah sebanyak-banyaknya..
apa yang ana fikir, CONFIDENT! SENYUM! semoga Allah permudahkan!

10.05 AM..
turn ana pulak untuk bersemuka dengan panel yang hebat-hebat belaka nih!

okeyh, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mengetuk pintu dan memberi salam kepada penel penemuduga..
then, aku dipersilakan duduk..
maka, sesi conversation pun bermula..

tahniah, NURUL.. anda terpilih untuk menghadiri INTERVIEW nih..
alhamdulillah~ terima kasih..
awak anak ayah kan..? soalan pertama pun dah mencabar.. huih~
aah, ye saya.. anak kedua ibu dan bapa saya..
okeyh, awak ada berapa adik beradik dan anak ke berapa..?
saya ada 4 adik beradik dan saya yang sulung..
berapa orang perempuan..?
2 orang, saya dan yang bongsu..
owh, 2 lelaki, 2 perempuan lah ni..
pelik jugak aku, panel tak suruh perkenalkan diri langsung pun.. bukan aku je, yang lain-lain pun sama.. then, terus je tanya semua nih..

ok then, panel tanya..
ambil course apa untuk UPU?
saya pilih UIAM, course SAINS PERUBATAN..
dush~ dalam hati aku.. mesti panel nak provoke aku pasal medic ngan maths lepas nih.. hadoi~ dah mula nak cuak..
owh, awak nak jadi doktor lah ni? inilah harapan ibu bapa awak kan?
owh, memang benar apa yang encik cakap.. tapi, malangnya.. BIO saya, A-.. lagipun sebenarnya, saya minat juga dalam perguruan.. minat saya dalam perguruan lebih tinggi berbanding yang lain-lain.. dan bla.. bla.. bla.. (punya lah panjang aku cakap, semata-mata nak yakinkan panel tu..)
awak mesti ada dapat mana-mana tawaran kan..? selalunya, orang macam awak mesti dapat pergi mesir..
aik! camne panel nih boleh tahu aku dapat gi mesir nih.. psycho toing!
alhamdulillah, ada.. saya dapat tawaran ke mesir tapi memandangkan pengajian ini tiada biasiswa dan memerlukan kos yang tinggi.. saya cuba yang lain-lain dahulu.. lagipun, saya bukan dari keluarga yang berada.. bla.. bla.. bla.. (macam mintak simpati pun ade gak aku rasa.. hehe!)
eh, apa yang saya tahu.. belajar di mesir nih percuma.. cuma kos untuk menetap saja yang mahal..
tapi, masalahnya.. sebagai anak sulung, saya perlu fikirkan keluarga saya yang lain.. bukan kat mesir je saya boleh belajar.. kat mana-mana pun boleh, asalkan kita sendiri rajin berusaha.. bla.. bla.. bla..
okeyh, kalau macam tu.. kenapa awak nak jadi guru? apa kelebihan awak..?
okeyh.. masa nih aku memang jadi orang yang masuk bakul angkat sendiri, masuk lif tekan sendiri.. haha.. paham-paham jelah kan..
saya bagi awak 2 konsep seorang guru.. muaddib! mu'allim! boleh terangkan pada saya apa itu 2 konsep tersebut?
ok, muaddib ialah seseorang yang mengajar tentang adab-adab..
mu'allim pulak, seseorang yang mengajarkan ilmu..
ok, saya dah bagi awak dua konsep menjadi guru.. sekarang saya nak awak tambah lagi satu..
hadoi~ siyes ana tak tahu, tapi alhamdulillah bibirku ringan.. terasa Allah memang mempermudahkan hambaNYA..
ok, satu lagi konsep perguruan yang ingin saya ketengahkan ialah mursyid.. yakni guru merupakan pembimbing ke jalan yang benar..

okeyh, cukuplah sampai sini.. sebenarnya banyak sangat-sangat persoalan yang diusulkan..
ana pun dah tak ingat, soalan mencabar tuh.. hoho~
tapi alhamdulillah, panel tu friendly sebenarnya..
masa ana bagi pandangan, rasa macam tengah menyembang pulak..
cuma kita je yang fikir pelik-pelik..
so, don't judge a book by its cover..
kita kena pandai interact ngan panel.. insyaALLAH, semuanya akan OK!

bila dah tanya semua-semua tu,
ana kena jawab satu soalan dalam BI..
SOALAN MATHS! yelah, dapat panggilan interview pun atas subjek MATHEMATICS SMK..
THE QUESTION IS, what is the characteristics of SQUARE..?
haa, nampak macam senang.. tapi.. hehe..
senang je lah~ jawab je..
it have 4 sides, 4 angle, 2 parallel line, it is 2D..
haha, tembak je.. otak ana pun dah karat.. dah tak tahu nak pikiaq apa dah..

then, last but not least, panel tanya..
ada apa-apa soalan?
aku dengan beraninya bertanya, haha..
ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MENGIKUTI KURSUS KPLSPM INI..?
haa, terkejut jugak panel tuh, tapi aku selamber je.. hehe.. :D
panel tu pun jawab, saya hanya mencatat maklumat tentang kamu dan pihak atasan yang kan menilai anda.. lagipun, lebih kurang 500 orang yang dipanggil untuk ditemuduga dan hanya 50 orang sahaja yang layak.. jadi, banyakkan berdoa.. :)
sebenarnya, macam tak puas hati jugak ngan jawapan tuh.. hehe..

maka, berakhirlah temuduga IPG..
aku pun bingkas bangun dan menerima sijil yang dihulurkan oleh panel..
ungkapan terima kasih sempat ku titipkan kepada kedua-dua panel tersebut..
overall, aku rasa not bad..
my confidence level increase..
alhamdulillah~ interview-interview sebelum nih, memang banyak membantu..
walaupun, kena provoke.. aku tetap gagah bermain kata-kata..
hehe..
apa yang ana suka pasal interview IPG nih, takda soalan isu semasa langsung selain yang pasal koko tadi..
alhamdulillah~ dah la tak prepare apa-apa.. semua ada hikmahnya!

okeyh, kepada rakan-rakan yang lain yang akan ditemuduga lepas nih, 
ana ucapkan tahniah dan semoga berjaya..
apa yang penting, tetapkan pendirian dan jati diri anda..
kalau nak jadi cikgu, mestilah punyai ciri dan nilai seorang pendidik..
bukan hanya pada luaran, tetapi yang penting dalam HATI!
 insyaALLAH, yakinlah dengan ALLAH..

okeyh, jangan takut!
Allah kan ada :)
provoke-provoke sikit tu, biasalah..
takkan nak jadi guru, lembik-lembik kan..
hehe, k.. doakan berjaya!