Wednesday, April 20

anugerah jempol.

assalamualaikum semua..
tirai SPM telah lama berlabuh..
dan kali ini, berkat usaha guru-guru dan semua warganya..
maka, berlangsungnya hari bersejarah pada tarikh keramat..
20 HB APRIL 2011 bersamaan 16 Jamadil Awal 1432 H..
alhamdulillah, fasa bersejarah ini pasti ku sematkan dalam memori terindahku..

alhamdulillah~ satu persatu kejayaan yang diterima..
lebih memberangsangkan, sekolah kami..
~SBP INTEGRASI JEMPOL~
telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai pihak..
SBPIJ telah diangkat martabatnya sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK).. alhamdulillah~
SBPIJ telah berjaya menduduki fasa ke-3 dan tak silap ana, itu adalah fasa terakhir untuk ASAT.. alhamdulillah~
pengetua SBPIJ, PN. HJH. ZAINUN telah dianugerahkan gelaran "PENGETUA CEMERLANG".. alhamdulillah~
dan ada lagi satu yang paling penting.. 
haa, perkara nih semua wajib tahu.. :)
penjenamaan kelas UTHMAN AFFAN..
seperti yang kita biasa sebut.. ini kelas UF..
TAPI, sekarang dah diganti dengan UA..
simboliknya, bila kita cakap UF.. ini seperti mendoakan pelajar kelas tu dapat failed..
"U F -> U FAIL!"
HAA, kalau UA..
semua akan dapat A.. releven kan? hee.. amin, insyaAllah!

okeyh, segalanya bermula dari bawah..
tetiba ana teringat kata pujangga yang ada kat dorm dulu..
"NAIK TANGGA DARI BAWAH.." :)
it very impressed me..
alhamdulillah~ segalanya terbukti..
betapa sayangnya Allah kepada hambaNya yang kadangakala seringkali tersungkur di jalanan dunia..
syukur.. alhamdulillah..
semoga nikmat yang Allah berikan ini, kita jadikan sebagai satu jalan untuk kita sentiasa menjadi hambaNya yang lebih bersyukur dan thiqqah dalam meniti kehidupan..

seimbas memori kutitipkan buat kalian! :)

 *convo SBPIJ..*

 *bersama ayahanda..*

*meet them.. will be missing this moment damn much!*
.mimah.farah.sue.ana.nad.mimi.dibah.wani.

*yeah! snapping time..*
.me.fariza.alaa'.nasot.umai.


*cikgu Kamarularipin pun turut hadir..*
terima kasih cikgu atas segala kata-kata semangat YANG TAK PERNAH PUTUS buat kami..

*tahniah cikgu! atas pencapaian 100% A subjek BM.. :)*
bersama cikgu BAIZURA dan cikgu ROSMAH!


 *seusai menerima hadiah dari tangan YB JEMPOL, TN. HJ. LILAH..*

*FAIZ, TERBAEEEKKKKK~ tahniah, anda memang superb..*

TAHNIAH! CONGRATS! MABRUK!
buat semua yang berjaya..

buat adik-adik SBPI JEMPOL..
belajar rajin-rajin!
teruskan dan tingkatkan kecemerlangan sekolah kita di mata dunia..
insyaAllah, teruslah tunduk dan istiqamah dalam amalan harian kita..
binalah "BANGUNAN KEJAYAAN" kita biar sampai kukuh-sekukuhnya..

buat rakan-rakan seperjuangan SBPI JEMPOL..
tahniah untuk semua!
tak kiralah yang dapat STRAIGHT A atau pun tak..
mungkin rezeki kita tu Allah tunda untuk kesenangan kita masa dewasa nanti.. :)
sesungguhnya, kita telah membuktikan kepada semua yang kita sememangnya SANGAT HEBAT!
aku bangga jadi kawan korang walaupun aku cuma kenal korang selama 2 tahun je..
2 tahun aku hidup di bumi JEMPOL, merubah kehidupan aku ke arah yang lebih terdidik..
ALHAMDULILLAH~ TRIMASS SEMUA!
apa pun, ana doakan semoga anda semua berjaya di dunia dan lebih lagi di akhirat sana..
semoga kehidupan kita dilimpahi BARAKAH YANG MAHA ESA!
insyaAllah.. amin! :)

"andai ada sumur di ladang, 
boleh saya menumpang mandi..
andai ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.."

esok sebenarnya ana ada temuduga IPG..
tapi, hati tetap nak menulis kat blog nih..
hehe.. ok, doakan ana..
yang BAIK sentiasa datang dari ALLAH! :)

4 comments:

Cik Tie Berbicare said...

Goodluck farhana ! yakin boleh ^^

HaNa said...

tahniah!!x sgke skolah kite mlonjak naik....syabas2!!!

~ farhana selamat ~ said...

nura.. thanx! experience kaw sangat membantu! :)
doakan, kita sama-sama dapat jdi cikgu.. hehe~

~ farhana selamat ~ said...

alhamdulillah~ memang banyak peningkatan..
lagi-lagi, bila batch kita no.2 dlm n9 mse SPM hri tu..
untung badan! :)