Tuesday, April 26

interview spa & uem.

bismillahirrahmanirrahim, as-salam semua :)
semoga kalian sentiasa dilindungi Allah the Almighty!

alhamdulillah, pagi-pagi lagi ana rasa tenang dan sangat bersemangat bangun tidur..
al-maklumlah, temuduga SPA punya pasal..
yeah! tak sabar nak pergi SPA!
nak bersemuka dengan orang-orang hebat SPA lah katakan..

okeyh, anda-anda nih tahu tak SPA tu apa..?
:) haa, ini bukannya SPA Q yang kat TV3 tu..
SPA stands for SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM..
harap maklum! :)

apa yang ana buat di sana..?
nak tahu..? tak payah tahu laa.. ^_^

*bangunan SPA tersergam indah..*

hee, okeyh.. 
dengan rasa penuh takzimnya saya ingin mengumumkan bahawa..
saya dipilih untuk menghadiri temuduga ini!

*promote banner :)*

ana tahu, tak semua tahu pasal nih..
ana akui, ana tahu pasal nih pun lepas ana survey scholar and universiti masa program "JOM MASUK U" awal bulan dulu..
masya-Allah, bagaikan katak bawah tempurung ana rasa..
okeyh, tapi tu dulu..
sekarang, katak dah mampu melihat dunia.. hehe!
orait, dah lupa pulak nak cerita apa nih! :D
tulah, banyak merapu je.. astaghfirullah!
tapi, apa-apa-pun alhamdulillah.. 
"JOM MASUK U" lah yang menapakkan ana ke SPA nih..

ok, SPA ni terletak di tanah "bandar terancang" MALAYSIA..
senang cerita, SPA terletak di PUTRAJAYA, berhampiran dengan bangunan JPA, SPRM dan bangunan-bangunan pentadbiran MALAYSIA yang lain..
maka, bermulalah sesi teruja-menguja sesampainya ana di sana.. :)

seawal pukul 6.45 pagi ana dah sampai di sana..
punyalah awal datangnya semata-mata nak elakkan JAMMED! di bandar teknologi ni..
maka, ana pun isilah masa yang terluang tu dengan membaca serba sedikit maklumat berkaitan pilihan yang ana mohon untuk SPA nih..
okeyh, ana nak bagitahu sikit yang sebenarnya..
program bawah SPA nih lebih kepada permohonan untuk kerja, dan bukan permohonan untuk biasiswa..
kalau pasal biasiswa, semua tu di bawah JPA!
bailah! seperti yang kalian tahu, SPA telah diberi mandat untuk memilih warganegara MALAYSIA yang berumur dari 18 hingga lebih kurang 25 tahun untuk memenuhi prospek kerjaya separa perubatan yang semakin kritikal pada abad ini..

*surat panggilan temuduga SPA!*

alhamdulillah, permohonanku diluluskan..
dan 4 latihan separa perubatan yang telah ditawarkan untuk ana iaitu :
1) penolong pegawai perubatan..
2) jururawat..
3) juruteknologi pergigian..
4) penolong pegawai farmasi..

sesiapa yang berjaya melepasi piawai UJIAN dan TEMUDUGA ini,
anda akan mengikuti latihan a.k.a diploma selama 3 tahun di institusi-institusi yang ditetapkan..
dan seterusnya, serta-merta anda akan diambil bekerja di mana-mana hospital kerajaan atau klinik kesihatan kerajaan selama 4 tahun..
untungnya, semasa pengajian kita..
kita akan diberi biasiswa, elaun buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun jahitan pakaian seragam..
untuk malumat lanjut, bolehlah layari laman web ini..

okeyh, ana nak ceritalah sikit pengalaman interview ala-ala interview kerja nih..
memang first time la selama ana hidup, ana interview campur dengan insan-insan yang lebih tua dari ana..
ada yang berpangkat doktor, ada yang berpangkat jururawat dan mestilah ada jugak yang berpangkat "LEPASAN SPM", macam kita-kita ni.. :)
ok, mesti ada yang pelik, kenapa encik doktor tadi kena interview jugak?
sebenarnya, encik doktor tadi dah memang graduate and dah jadi doktor dah pun dekat INDIA..
so, bila balik MALAYSIA, and nak kerja dengan kerajaan..
maka, wajiblah bagi encik doktor untuk menghadiri temuduga SPA nih..
yang jururawat pulak, ditemuduga untuk kenaikan pangkat..
haaa, sebenar-benarnya, aku baru tahu pasal nih.. T.T
walau-apa sekalipun, interview TETAP interview! :)

MAKA, BERMULALAH SESI UJIAN DAN TEMUDUGA SPA :)

8.00 AM - 8.30 AM : SESI UJIAN..
seperti biasa, sesi ujian tentang sahsiah dan minat diadakan..
soalan yang diberikan sebanyak 227 soalan.. :)
memang serius banyak! dan boleh tahan senang juga..
tak payah pikir panjang, baca elok-elok, dan terus bulat di OMR yang disediakan..
apa yang best masa ujian ni ialah.. hee~
kami diperdengarkan lagu tema SPA sambil-sambil menjalani ujian di bilik mesyuarat yang serba sejuk itu..
dan sebelum itu, segalanya bermula dengan kalamullah, kami semua menadah tangan memohon berkat ilahi tatkala doa dibacakan..
alhamdulillah, first time ujian interview ana bermula macam nih.. syukur! :)

9.00 AM : TEMU DUGA..
maka, seusai ujian, disusuli pula dengan sesi interview..
setelah keluar dari bilik mesyuarat tingkat 7, kami pun turun ke tingkat 6 di mana akan berlangsungnya sesi temuduga ini..
you know what.. aku terpaku seketika..
ramaaaaaaaaaaaai nya MANUSIA.. O.o
haa, memang semua sibuk menunggu giliran masing-masing untuk di temuduga..
bermula dari bilik A sampailah bilik L tak silap ana..
dan aku, terus menuju tempat pendaftaran temu duga..
aku menunjukkan segala dokumen yang dikehendaki dan diberi pula angka giliran..
nombor bertuah kali ini, 0405 bilik D! :D
ternyata kat dalam ruang menunggu tu sangat sejuk.. sampai biru jari aku!
haha, hiperbola semata-mata, padahal aku yang cuak..
okeyh, cool je.. :)

okeyh, satu persatu kuperhatikan calon-calon yang mundar-mandir masuk ke bilik temu duga..
dan tup-tup, giliran aku pun tiba..
dengan yakinnya aku masuk diiringi sekuntum senyuman yang kuharap memberi tuah untukku! :)
ketuk pintu, buka pintu, beri salam.. :)
dan panahan anak mataku terpana terus kepada 3 panel yang bagi aku, sangat peramah dan sporting! :) 1-MR. dan 2-MRS.
okeyh, bila masuk-masuk je, ana diminta untuk memberi segala dokumen yang diminta..
perkenalkan diri dan menjawab isu-isu semasa..
hailaa, ni yang ana lemah..
nasib baiklah panel tu tanya, ceritakan serba sedikit isu semasa yang anda tahu..?
alhamdulillah, Allah permudahkan.. boleh lah "goreng" apa yang patut..
dan aku, kemukakan isu klinik 1MALAYSIA bla.. bla.. bla..
seterusnya, masuk pula isu semasa, semuanya soalan berkenaan..
1MALAYSIA, WAWASAN 2020, PARLIMEN, DEWAN NEGARA, DEWAN RAKYAT, MENTERI-MENTERI.. hadoi! terasa yang sememangnya SEJARAH sangat-sangat penting!
memang serius aku tak prepare pasal nih.. :( tapi apa-pun, ALHAMDULILLAH!
aku dapat juga jawab semua tu, sesungguhnya ALLAH MAHA KUASA! ALLAH tolong ingatkan aku segala ilmu-ilmu yang aku prepare masa interview IPG dulu..
segalanya ada hikmahnya, walaupun isu semasa tak ditanya langsung di IPG, tapi di SPA ditanya pula..
jadi, kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang lain yang berminat memohon kerja di bawah SPA, jangan lupa persiapkan diri dengan segala maklumat tentang kerajaan..
nama pun SPA, mestilah soalan-soalan berunsur kerajaan.. dan memang mustahil ditanya pasal pembangkang! hehe.. gurau je..

baiklah, belum tamat lagi..
itu baru soalan dari panel pertama..
tiba-tiba, panel pertama tadi macam terkejut dan lantas berkata, TAHNIAH! keputusan awak sangat lawa.. :)
owh, panel tu terkejut rupanya bila tahu aku STRAIGHT A!
aku pun dengan sedikit bangga, hehe.. ucapkan TERIMA KASIH dan ALHAMDULILLAH, rezeki saya!
dan tiba-tiba, soalan demi soalan diutarakan oleh panel kedua..
katanya, ana dah cukup layak untuk menerima jawatan tersebut..
tapi, menurutnya, lebih baik ana menyambung pelajaran di tempat yang lebih sesuai untuk orang yang berkelulusan macam ana, di mana ana akan bergelar PEGAWAI PERUBATAN dan bukannya PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN yang kuota sebenarnya sangat sedikit untuk kaum HAWA.. dan gajinya pun setaraf orang yang sederhana pendidikannya..
bila dengar macam tu, ana pun angguk-angguk mengeyakan pendapat panel kedua tadi..
ana macam tak tahu nak cakap apa, tapi rasa nak jugak SPA ni, sebabnya, bila dah graduate nanti, tak payah susah nak cari kerja and whatsoever.. :) hehe..
lepas tu, panel pun tanya, kenapa tak mohon biasiswa yang lain..?
okeyh, ana pun ceritalah yang ana ada mohon biasiswa lain contohnya macam MARA.. tapi, mungkin bukan rezeki ana, ana tak dapat peluang untuk ditemuduga oleh pihak MARA..
seterusnya, bertubi-tubi khidmat nasihat yang panel-panel tu berikan.. semuanya yang menyeru ana supaya mencari peluang yang lebih cerah daripada berkhidmat di bawah SEPARA PERUBATAN ni.. panel-panel tu pun ada cerita yang, bila dah jejakkan kaki ke title "penolong pegawai perubatan" jangan pernah sangka yang akan ada berpeluang untuk ana menjejaki title "pegawai perubatan a.k.a doktor".. apa yang paling ana ingat dalam banyak-banyak nasihatnya, semua ini akan membuatkan anda DILEMA! 
fuhh! cukup bernas pendapat yang diutarakan, sampai hati dah berbolak-balik! T.T
baik, ana tahu, syarat kelayakannya memang senang..
anda cuma perlu lulus kredit dalam subjek SAINS dan MATEMATIK serta 3 subjek lain..
memang senang lah nak dapat, lagi-lagi yang resultnye gempak-gempak..
dia tak mintak pun dapat 5A, 5 subjek yang KREDIT pun dah layak sebenarnya..
tapi, apa yang sebenarnya dalam hati ana, ana nak cuba je semua.. kadang-kadang kita tak tahu rezeki kita kat mana.. tapi, entahlah, macam tutup peluang budak-budak lain pun ada jugak.. tapi..? haih, entahlah!

tapi, apa yang penting, dah macam bukan temuduga dah ana rasa tadi, jadi macam sesi luahan hati pulak! :D
takpelah, sekuarang-kurangnya, banyak juga pengalaman dan ilmu yang ana tahu bila dah jejak ke temuduga tu..
okey, aku akan terus memburu dan memburu..
semoga Allah memahami kehendak hati ini.. :)
terima kasih panel-panel yang bersusah-payah menasihati ana tadi..
walau-apa-pun, ana harap, sekurang-kurangnya ana akan diterima untuk mengikuti program separa perubatan ni..
risau jugak sebenarnya..
lainlah, kalau dah dapat keputusan yang lain-lain.. kan? kan?

YA ALLAH, jauhi aku daripada sifat tamak..
sesungguhnya, hanya PADAMU ku berserah dan PADAMU aku mohon PERTOLONGAN!
okeyh, sekian sahaja dari doctor wannabe :)
EHH! tapi, ada lagi satu benda yang ana nak bagitahu ni.. :D

hari ISNIN bersamaan 25hb, ana telah menghadiri satu lagi assessment di UEM LEARNING CENTRE, PETALING JAYA..
alhamdulillah, rezeki Allah untuk aku merasai suasan berhadapan insan-insan hebat di muka bumi Allah ini..
okeyh, UEM! apakah UEM?
apa yang ana tahu tentang UEM nih, UEM adalah anak syarikat atau mungkin partnership syarikat KHAZANAH!
lebih kurang sama lah taraf dia dengan company-company hebat macam KHAZANAH, SIME DARBY, AXIATA, PETRONAS, TNB dan lain-lain..

okeyh, semalam just ada assessment je..
interview hari lain, tempatnye pun lain, kat KL SENTRAL (the main company)..
bukan assessment apa pun, just macam VIEW PROFILING time eduQuest PETRONAS dulu..
nak korek rahsia sikit, soalan-soalan tu memang sebijik-sejibik macam yang PETRONAS..
hehe.. dah kantoi dah soalannye..
apa-pun, student yang ana jumpa kat sana, kebanyakannya pernah jumpa masa kat PETRONAS..
haa, balik-balik muka yang sama :)
pe pun, doakan ana untuk interviewnye pulak..
tak silap ana, UEM akan ada beberapa stage interview untuk ditapis-tapis..
nak dapat scholar dari orang besar ni, bukan senang, dan bukan calang-calang orang boleh dapat..
UEM nak hantar orang yang dapat scholar dia ni pun bukan dekat university yang low profile, tapi university yang top ranking, cam HARVARD, CAMBRIDGE, OXFORD etc..
then, terus dapat kerja dengan UEM BILA GRADUATED! wahhhh! :D
so, insha-Allah i'll try my very best and hopefully Allah will ease my way..
amin, ya RABB!

*bangunan bersejarah tempatku menjalani ASSESSMENT!*

untuk pengetahuan anda, senior saya, senior kita, KAK NURULAIDA yang dapat straight A+ tahun lepas, kini beliau sedang mengikuti program A-level di bawah tajaan UEM ini..
beliau hebat!! 

*UEM academy!*

*secebis kenangan di UEM!*

"dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya).. bersyukurlah kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.."
- Surah Luqman ayat 12 -

ok, mari balas pantun hamba..
"kajang pak malau, kajang berlipat,
semoga Allah kurniakan rahmat!"
doakan kejayaan kita bersama! :)
wassalam..

4 comments:

anis kristal said...

farhana :)
anis turut gembira bace semua entry2 farhana.mmg anis sentiasa ikut frhne pnya blog.tq sgt2 ats sume frhana pnye pnglaman tu.wlpun anis xdpt semua tu.anis hrp bnde2 yg frhna tulis ni dpt tlg anis 1 hari nanti.
btw,goodluck n all the best farhana :)

norsafina said...

wah.best2.
semoga ko berjaya.
and doakan aku jugak.

~ farhana selamat ~ said...

@ anis kristal :)
thanx a lot anis.. fana pun salu follow up blog anis yang comell tu..
insya-Allah, rezeki kita ada kat mana-mana.. yang penting, sentiasa usaha dan yakin pada Allah!

~ farhana selamat ~ said...

@ safina..
amin, insyaAllah kita sama-sama berjaya!
gud luck cikgu fina fina :)