Thursday, April 21, 2011

interview kplspm.

peace upon you all and alhamdulillah, we still alive..
hehe, tengok tajuk macam gempak je..
okeyh, nak tahu apa yang gempaknya..
teruskan membaca..
sekurang-kurangnya, siapa yang belum pergi interview nanti takdalah cuak sangat..
so, let's check it out!

*tadaa~ IPG teknik KL..*

tepat pukul 6.30 AM, ana dah bertolak..
awal bona bertolaknya, padahal interview start kul 8 AM..
okeyh, seperti yang telah dijangka.. kawasan tu mesti JAM!
hadoi~ pantang betul pagi-pagi camni.. dugaan~

alright, sebenarnya.. baru ana tahu..
yang IPG nih dekat BANDAR TUN RAZAK..
tempatnye, dekat ngan HUKM, SMT KL (teknik KL) -> sekolah EZZAH!, dan ASiS (sekolah sains alam shah yang hebat uh!) -> sekolah D-SIM! dan ZAKI!..
owh, macam baru melihat dunia je rasa..
walaupun duduk kat KL dari kecik, belum semua tempat ana pernah pergi rupanya..
okeyh, sambung cito..
sejurus sampai di sana, ana pun menuju ke pusat sumber IPG..
di mana tempat inilah yang akan ana lalui ujian INSAK dan temuduga..

8.05 AM : UJIAN INSAK..

apakah itu ujian INSAK?
INSAK ialah Inventori Sahsiah Keguruan..
berbentuk OBJEKTIF.. bulat-bulat je.. :)
ade 135 soalan, dan kena jawab semua tu dalam masa 30 minit sahaja..
so plus-minus semua, lebih kurang 13.3 saat lah masa diperuntukkan untuk 1 soalan..
konklusinya,  lepas baca soalan betul-betul, terus bulat kat OMR ye..

setengah jam berlalu, maka bermulalah sesi temuduga..

8.45 AM : TEMUDUGA BERKUMPULAN..
alhamdulillah~ boleh tahan senangnye.. hee..

kumpulan ana terdiri daripada 6 orang.. 5 perempuan, 1 lelaki..
jauh sekali bilangan lelaki masa IPG ni dengan masa ana eduQuest petronas dulu.. hehe..
perkenalkan, ZIANA, VARUNA, ULFAH, LAVAANYA, NURUL (ana lah ni..) dan MUSTAQIM (the one and only.. hehe!)
kami diberikan soalan yang sama.. hee, mestilah sama kan! 
ok, ada 2 soalan sahaja!
soalan 1..
apakah aktiviti ko-kurikulum yang boleh digiatkan..?
soalan 2..
kena jawab dalam bi..
bagaimanakah ko-kurikulum dapat meningkatkan jati diri pelajar..?

9.10 AM : TEMUDUGA PERSEORANGAN..
quite tough! soalan semuanya provoke!
nasib baik lah semua tu aku mampu tepis.. hehe..

ana, orang ke-5 yang akan ditemuduga..
sempat jugak lah tanya ZIANA, VARUNA, ULFAH dan LAVAANYA..
pasal soalan-soalan yang ditanya kat depa..
okeyh, for your information.. penemuduga kami 2 orang, dua-dua lelaki..
setiap orang akan ditemuduga dalam 20 minit.. lama nak tunggu TURN~ :) 
kalau masa ZIANA, panel banyak provoke pasal course.. 
mereka belit-belitkan soalan pasal ACC yang ZIANA mohon kat UPU ngan IPG nih..
masa VARUNA pulak, panel provoke soalan MATHS dan kaitannya dengan KEHIDUPAN MANUSIA..
apa konsep MATHS yang ada masa lontar peluru, kebetulan pulak si VARUNA pernah wakil sekolah lontar peluru..
lagi satu, panel bagi situasi..
kenapa kapal berlayar, dia guna jalan lengkung.. tak guna jalan lurus..?
haa, ambik kau.. jawab! sian toing kat VARUNA.. 
tetiba ana cam cuak pulak!
then, giliran ULFAH..
dia lagi kesian, panel kata dia "TAK LAYAK!"
MAK AIH, asal sume cam DOWN je nih..
kk, relax jer.. beselah tu kena provoke..
haa, ni lagi sorang.. si LAVAANYA..
masuk tadi bukan main happy! tetiba, kuar ngan airmata..
hadoi~ asal sume orang nih..
ana mula istighfar dan melafazkan kalimah Allah sebanyak-banyaknya..
apa yang ana fikir, CONFIDENT! SENYUM! semoga Allah permudahkan!

10.05 AM..
turn ana pulak untuk bersemuka dengan panel yang hebat-hebat belaka nih!

okeyh, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mengetuk pintu dan memberi salam kepada penel penemuduga..
then, aku dipersilakan duduk..
maka, sesi conversation pun bermula..

tahniah, NURUL.. anda terpilih untuk menghadiri INTERVIEW nih..
alhamdulillah~ terima kasih..
awak anak ayah kan..? soalan pertama pun dah mencabar.. huih~
aah, ye saya.. anak kedua ibu dan bapa saya..
okeyh, awak ada berapa adik beradik dan anak ke berapa..?
saya ada 4 adik beradik dan saya yang sulung..
berapa orang perempuan..?
2 orang, saya dan yang bongsu..
owh, 2 lelaki, 2 perempuan lah ni..
pelik jugak aku, panel tak suruh perkenalkan diri langsung pun.. bukan aku je, yang lain-lain pun sama.. then, terus je tanya semua nih..

ok then, panel tanya..
ambil course apa untuk UPU?
saya pilih UIAM, course SAINS PERUBATAN..
dush~ dalam hati aku.. mesti panel nak provoke aku pasal medic ngan maths lepas nih.. hadoi~ dah mula nak cuak..
owh, awak nak jadi doktor lah ni? inilah harapan ibu bapa awak kan?
owh, memang benar apa yang encik cakap.. tapi, malangnya.. BIO saya, A-.. lagipun sebenarnya, saya minat juga dalam perguruan.. minat saya dalam perguruan lebih tinggi berbanding yang lain-lain.. dan bla.. bla.. bla.. (punya lah panjang aku cakap, semata-mata nak yakinkan panel tu..)
awak mesti ada dapat mana-mana tawaran kan..? selalunya, orang macam awak mesti dapat pergi mesir..
aik! camne panel nih boleh tahu aku dapat gi mesir nih.. psycho toing!
alhamdulillah, ada.. saya dapat tawaran ke mesir tapi memandangkan pengajian ini tiada biasiswa dan memerlukan kos yang tinggi.. saya cuba yang lain-lain dahulu.. lagipun, saya bukan dari keluarga yang berada.. bla.. bla.. bla.. (macam mintak simpati pun ade gak aku rasa.. hehe!)
eh, apa yang saya tahu.. belajar di mesir nih percuma.. cuma kos untuk menetap saja yang mahal..
tapi, masalahnya.. sebagai anak sulung, saya perlu fikirkan keluarga saya yang lain.. bukan kat mesir je saya boleh belajar.. kat mana-mana pun boleh, asalkan kita sendiri rajin berusaha.. bla.. bla.. bla..
okeyh, kalau macam tu.. kenapa awak nak jadi guru? apa kelebihan awak..?
okeyh.. masa nih aku memang jadi orang yang masuk bakul angkat sendiri, masuk lif tekan sendiri.. haha.. paham-paham jelah kan..
saya bagi awak 2 konsep seorang guru.. muaddib! mu'allim! boleh terangkan pada saya apa itu 2 konsep tersebut?
ok, muaddib ialah seseorang yang mengajar tentang adab-adab..
mu'allim pulak, seseorang yang mengajarkan ilmu..
ok, saya dah bagi awak dua konsep menjadi guru.. sekarang saya nak awak tambah lagi satu..
hadoi~ siyes ana tak tahu, tapi alhamdulillah bibirku ringan.. terasa Allah memang mempermudahkan hambaNYA..
ok, satu lagi konsep perguruan yang ingin saya ketengahkan ialah mursyid.. yakni guru merupakan pembimbing ke jalan yang benar..

okeyh, cukuplah sampai sini.. sebenarnya banyak sangat-sangat persoalan yang diusulkan..
ana pun dah tak ingat, soalan mencabar tuh.. hoho~
tapi alhamdulillah, panel tu friendly sebenarnya..
masa ana bagi pandangan, rasa macam tengah menyembang pulak..
cuma kita je yang fikir pelik-pelik..
so, don't judge a book by its cover..
kita kena pandai interact ngan panel.. insyaALLAH, semuanya akan OK!

bila dah tanya semua-semua tu,
ana kena jawab satu soalan dalam BI..
SOALAN MATHS! yelah, dapat panggilan interview pun atas subjek MATHEMATICS SMK..
THE QUESTION IS, what is the characteristics of SQUARE..?
haa, nampak macam senang.. tapi.. hehe..
senang je lah~ jawab je..
it have 4 sides, 4 angle, 2 parallel line, it is 2D..
haha, tembak je.. otak ana pun dah karat.. dah tak tahu nak pikiaq apa dah..

then, last but not least, panel tanya..
ada apa-apa soalan?
aku dengan beraninya bertanya, haha..
ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MENGIKUTI KURSUS KPLSPM INI..?
haa, terkejut jugak panel tuh, tapi aku selamber je.. hehe.. :D
panel tu pun jawab, saya hanya mencatat maklumat tentang kamu dan pihak atasan yang kan menilai anda.. lagipun, lebih kurang 500 orang yang dipanggil untuk ditemuduga dan hanya 50 orang sahaja yang layak.. jadi, banyakkan berdoa.. :)
sebenarnya, macam tak puas hati jugak ngan jawapan tuh.. hehe..

maka, berakhirlah temuduga IPG..
aku pun bingkas bangun dan menerima sijil yang dihulurkan oleh panel..
ungkapan terima kasih sempat ku titipkan kepada kedua-dua panel tersebut..
overall, aku rasa not bad..
my confidence level increase..
alhamdulillah~ interview-interview sebelum nih, memang banyak membantu..
walaupun, kena provoke.. aku tetap gagah bermain kata-kata..
hehe..
apa yang ana suka pasal interview IPG nih, takda soalan isu semasa langsung selain yang pasal koko tadi..
alhamdulillah~ dah la tak prepare apa-apa.. semua ada hikmahnya!

okeyh, kepada rakan-rakan yang lain yang akan ditemuduga lepas nih, 
ana ucapkan tahniah dan semoga berjaya..
apa yang penting, tetapkan pendirian dan jati diri anda..
kalau nak jadi cikgu, mestilah punyai ciri dan nilai seorang pendidik..
bukan hanya pada luaran, tetapi yang penting dalam HATI!
 insyaALLAH, yakinlah dengan ALLAH..

okeyh, jangan takut!
Allah kan ada :)
provoke-provoke sikit tu, biasalah..
takkan nak jadi guru, lembik-lembik kan..
hehe, k.. doakan berjaya!

8 comments:

Azree said...

assalam... Tq for sharing.. Terasa cm susah lak... Ya allah..

~ farhana selamat ~ said...

w'salam, welcome2..
itulah, tp.. mncbr2 pn ape slhnye..
Allah tahu kmmpuan kita..
jgn risau~ :)

powluck said...

dlm setiap pekerjaan, mesti ada keikhlasan..
dlm setiap kegagalan, mesti ada hikmah disebaliknya..

jgn brputus asa..
insyallah akan sukses segala2 nya..

~ farhana selamat ~ said...

insyaallah powluck..
harap2 segalanya dipermudahkan.. amin :)

Azree Suhazree said...

lpas g temuduga kplspm, rase mcm yakin sgt dpt ipg ni, rase senang je mase interview, tup tap dpt jpa lak,, ipg lngsung tk dpt... hairan.. tp gembira jugak.. heee

~ farhana selamat ~ said...

betul3..
sama lah kite..
ssungguhnya, apa yg trbaik dtg dri Allah..
ykin dngn ktntuan ini dn i.Allah smuanya ada hkmahnya.. (:

Khaulah Maisarah said...

Assalamu'alaikum, ukhti. Syukran kathiran kerana sudi berkongsi :) Rasanya bila baca conversation antara ukhti and the interviewers, tak lah rasa down sangat, hewhew. Apa pun mohon doakan yang terbaik untuk saya, cuak sangat ni.

farhana | selamat said...

waalaikumussalam wbt :) alhamdulillah.
inshaAllah do the best ya awak!