Friday, May 27, 2011

perpisahan pertemuan.

:')
(berhabuk sudah blog ana, haih!)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
:) excited pulak hari ni nak coret-coret di blog kesayangan..
apa khabar kalian semua..?
ana di bumi UNITEN nih baik-baik saja..
alhamdulillah..
new environment, new friends, new lecturers, new 'serba-serbi'-lah..
ok, memandangkan kebanyakan rakan-rakan batch '93 dah masuk U..
first and foremost, ana nak ucapkan, tahniah sebab terpilih untuk melanjutkan pelajaran dan hidup sebagai pelajar semula..
then, ana cuma nak berpesan, untuk renungan diri ana juga supaya jangan terleka dengan kebebasan yang boleh dikatakan agak 'melampau' di universiti..
apa yang penting, ingat mak, ingat ayah dan ingat prioriti anda melangkah ke U tersebut..
and so, what's the priority..?
my priority is study! achieve 4 flat for all subject and to be shortlisted to the Dean's list!
yeah, perhaps.. insha-allah ma'an najah!

okeyh, the main point is actually, ana nak cerita serba-sedikit aktiviti yang ana lakukan sepanjang bergelar student UNITEN  ni..
first, bila datang sini, my first impression is :')
alhamdulillah, this place is quite great.. hehe..
bak kata orang, dulu ada hutan dan ada perkampngan orang asli je kat muadzam nih..
but then, bila ronda-ronda..
rupanya memang 'indah rupa dari khabar'.. hehe..
alhamdulillah, kawasan UNITEN ni memang bermaharajalela di muadzam..
apa maksudnya..?
maksudnya.. UNITEN memang betul-betul dok tengah-tengah muadzam dan boleh dikatakan menjadi mercu di bumi muadzam tu..
and area tu memang banyak kedai-kedai popular dan femes yang tak pernah wujud di kota metropolitan kuala lumpur..
see, hebat tak muadzam..? jangan pandang sebelah mata.. (:
ada PPS (pasaraya pantai SELAMAT), TM (tunas manja), NAG (nasi ayam gemas), dekat ngan JPJ, JPN, POS, HOSPITAL..
bank pun banyak, BANK ISLAM, MAYBANK, CIMB, BSN, BANK RAKYAT..
petik je lah apa-apa, gerenti ada!
setiap hari sabtu pulak ada pekan sehari, means.. pasar tu buka dari pukul 8 pagi sampai 9 malam..
memang wajib pergi lah pasar tu setiap minggu, sebabnya, foodcourt kat situ off-day..

seterusnya, pasal tempat penginapan ana di sini..
first-first before datang tu, ingatkan macam hostel biasa yang kat sekolah dulu..
rupanya, macam apartment..
ada 2 bilik tidur, ruang tamu siap set sofa dan meja makan, ada dapur, ada balcony, 1 toilet, 1 shower..
wah! teruja! (:
dan 4 orang pelajar yang ditempatkan dalam sebuah rumah..
ana punya housemate semua dari kl..
memang senang lah kalau nak balik sama-sama..
alhamdulillah, walau-pun bi'ahnya tak seperti di bumi jempol dulu..
pengisian rohaninya mash perlu digali lagi, namun.. itu semua menjadi tanggungjawab diri sendiri..
ana tetap bersyukur, ana punyai housemate yang sefikrah dengan ana..
ya Allah, syukran!
ana tak terpaku berseorangan menjalani hidup di bumi Allah ini..
masih ada lagi insan yang mahu seiring denganku.. thank you, Allah!

then, pasal class..
seperti yang pernah ana maklumkan, ana memilih finance sebagai major di uniten..
so, subject foundation in finance untuk trimester 1 ni ada 5 sahaja..
iaitu business accounting 1 (ABAF 014), business computing 1 (MGMF 014), quantitative analysis (QNTF 014), foundation english 1 (ENLF 013) and islamic education & human development (ISLF 011)..
actually, nak diikutkan subject ni macam ana belajar account, it, addmaths, bi dan agama..
dan bagi yang tak ada basic spm untuk account macam ana nih, memang kena work on account selalu lah..
baru lah ana tahu perasaan orang yang belajar account tu, memang penyabar orangnya..
hehe.. tapi, kalau kita usaha, apa-apa pun mesti boleh punya..
so, let's generate the positive thoughts in ourselves..
insha-Allah, Allah bantu kita.. (:

ok, pasal classmate pula..
setakat ni, baru ada 11 students je dalam class ana..
kalau class lain punyalah pack, dalam 30 orang..
kebanyakan  di sini, ambil course account, so student business and finance hanyalah minority..
tapi bila bilangan member class sikit ni, kami menjadi begitu rapat..
lagi lah bila 4 orang je muannas termasuk ana kat dalam class..
memang ke sana ke mari sama-sama lah..
selebihnya lelaki, lecterur pun pelik..
first time tengok lelaki major dalam class..
alhamdulillah, petanda masih panjang umur dunia..
wallahu a'alam.. (:
tapi, apa-apa pun, rasa sayang pada class ni kian mendalam..
sebab semua baik-baik belaka..
memang sporting, friendly mereka ni..
masing-masing pulak ada loghat sendiri, kelantan lah, terengganu lah, n9 lah, pahang lah..
best-best! (:

ok, sepanjang seminggu lebih ana kat sini..
memang banyak input yang ana dapat..
kat sini, homework dipanggil tutorial, dan benda ni memang wajib ada lepas habis class..
class kat sini ada 2, 1 dipanggil class tutor, 1 lagi class lecture..
ok mungkin korang yang belum masuk U tak nampak lagi apa yang ana perkatakan.. (:
apa-apa pun, bersedia fizikal dan mental..
pun begitu, bukan sahaja ilmu duniawi, tapi ukhrawi juga diajarkan..
alhamdulillah, kat sini ada usrah juga, cuma dipanggil halaqah..
syukur, masih ada ruang untuk kami memantapkan diri..
kini, semuanya ada hikmahnya..
ana yakin! innallah ma'ana..

ok, next week dah start test 1 atau kat sini dipanggil quiz..
so, do pray for me..
insha-Allah, ini adalah antara carry mark yanng ana akan bawa ke final exam nanti..
insha-Allah, hoping for excellent and success!

"dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.."

PS. ya Allah, semoga kau permudahkan jalanku di sini..
PSS. semalam ada 50 orang member baru, bulan jun nanti pun ada lagi, salah satunya, akmal taufik (dol).. sahabat sbpi jempol.. (yes! ada geng!)
PSSS. tak tahu nak balik kl bila..? busy assignment.. (:

till then, salam..
missfinance-wanna-be! :P

Tuesday, May 17, 2011

bila esok.

*next step..*

:'(
telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami..
kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan..
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau..
kau sahabatku, kau teman sejati..

pejam celik pejam celik..
tibalah masanya..
wahai masa, mengapa sungguh cepat engkau berlalu..?
:'(
hari ini adalah hari penuh kesabaran..
dari pagi sampai petang tak senang-lenggang si kaki..
asyik jalan, jalan dan terus berjalan..
:')

hurm, mana taknya..
pagi-pagi lagi dah bekerja dah si kaki nih..
sebab pertama, nak jemput nenek kat TBS..
TERMINAL BERSEPADU SELATAN yang baru tu.. 
pergh! excited teramat, first time lah katakan..
first expectation..
superb! ala-ala airport gitu..
thumbs-up to MALAYSIA!
rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..
:)

*wah! stesen bas dah maju, macam airport!*

seterusnya, bila dah jemput nenek, balik rumah sekejap..
solat zuhur, and the main journey is begin..
dari satu kedai ke satu kedai dok diserbu..
dari hulu ke hilir mencari-cari yang berkenan di hati..
haih, susah betul cari barang laju-laju nih..
=.=" sabar jelah..
at last, dari pukul 3 keluar rumah, pukul 6.30 baru balik..
fuhh! tak pernah-pernah shopping sekejap macam nih..
and before that, solat asar di masjid biru ini..

siyes ana berkenan dengan masjid polis nih..
memang dari dulu lagi solat kat sini kalau pergi jalan tuanku abdul rahman..
tapi, masa dulu, apa yang ana boleh cakap..
tempatnya sungguh sempit dan usang, sebab masa tu belum upgrade jadi masjid..
sekarang, bila dah jadi masjid..
wow, syukur! :')
dunia kini dah berubah..
hurm, dah lama jugak tak cuci mata kat kl, sekali sekala best jugak..

alright then, balik..
ok, balik, tapi, bukan balik rumah lagi, balik rumah sepupu..
sebab nak settlekan segala keperluan dokumen untuk ytn dan uniten..
tup-tap-tup-tap, dah pukul 8 senget-senget..
dalam hati, bilalah nak balik nih..?
nak kemas barang lagi, siapkan dokumen semua lagi..
tolong! :D

okeyh, dalam pukul 9 barulah sampai rumah..
tiba-tiba, bila nak tunggu lif..
lif rosak pulak..
bukan 1 lif je rosak, semua lif kat blok ana nih rosak..
haiyoo! sabar jelah..
dengan nak angkut barang-barang yang baru beli tadi lagi..
hurm, kalau esok pun tak baiki lagi lif tu.. habislah! 
terpaksalah guna kudrat yang 'teramat kuat' nih nak angkut beg-beg semua..
penat tak penat, redha jelah..
sampai-sampai je, terus tarik nafas, solat isyak, dan kemas barang..
ok, sekarang sebenarnya tak habis kemas lagi nih..
baru 70% siap kemas, tapi..
tangan nih, sangat rajin nak online dan mencoret sesuatu di carpet ini..
hee.. (:
persoalannya, mampukah ana bereskan sume nih sebelum pukul 1..?
dugaan, sabar jelah!
stay-up lagi lah aku nampaknye..

* * *

"ada batu bata dari pada emas, ada batu bata daripada perak, catnya minyak kasturi yang harum, kerikilnya mutiara dan yakut, dan pasirnya safran..
siapa yang memasukinya akan merasai nikmat, tidak bersedih hati, kekal dan tidak mati..
bajunya tidak basah dan keremajaannya tidak sirna.." 
(Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Hibban, al-Darimi dan Ibnul Mubarak)



esok..
esok ialah harinya..
esok kita kan terpisah..
esok kita tidak akan bersemuka lagi..
tapi, jangan risau..
kita terpisah bukan untuk selamanya..
meskipun nyawa dan jasadnya mampu terpisah..
jangan kau bimbang..
ikatan kita pastinya takkan terlerai atas jalinan ukhwah yang erat ini..
insha-Allah.. insha-Allah.. insha-Allah..
seperti yang aku pernah katakan..
aku dengan haluanku, kamu dengan haluanmu..
aku dengan duniaku, kamu dengan duniamu..
aku dengan hidupku yang baru, kamu dengan hidupmu yang baru..
tapi, jangan kau khuatir..
kita bernaung di atas langit yang sama..
aku nampak langit yang kau nampak..
jadi, jangan sedih..
aku sentiasa ada, di mana-mana kau berada..
esok..
mungkin nafasku kan terhenti..
mungkin denyutan nadi menyepi diri..
aku tak tahu apa yang kan terjadi..
apa yang ku tahu..
aku akan sentiasa kenang kamu dalam doaku..
:)


"..gud luck fana! doakan aku! kau mesti cari kawan yang baik kat sane, bukan macam aku..
first-first datang, tengok surau.. that's gonna be your friends siapa yang ada kat sana.."

terima kasih sahabat atas amanat terakhir sebelum aku menjejakkan langkah ke sana..
pastinya, aku akan mendoakan kamu jua di mana jua anda berada..
semoga sentiasa excellent dalam bidang yang kau ceburi..
yang penting, sentiasa terus berusaha..
jangan pernah kau dongakkan mukamu dan melangkah dengan penuh bangga di muka bumi ini..
sesungguhnya, DIA yang MAHA AGUNG!
marilah kita saling mengingati, semua ini hanya matlamat DUNIA..
DUNIA..?
:')
ingatkanlah aku, kerana aku juga manusia seperti kamu..

seperti yang semua pernah tahu..
dunia ini pentas lakonan..
kita manusia adalah pelakonnya..
dan kehidupan kita adalah dramanya..
 persoalannya, benarkah kita sudah mengenali dunia dan kehidupan kita..?
semua itu masih menjadi persoalan kerana setiap kita pelakon membawa watak masing-masing di atas pentas lakonan ini..
dan kita sebagai pelakon utama dalam drama kita tidak akan pasti sama ada pelakon-pelakon tambahan di atas pentas lakonan kita melakonkan watak sebenar atau sebaliknya.. 
sesungguhnya, hanya pengarah dan penulis sahaja yang mengetahui..
ke manakah penghujungnya jalan cerita kita..?
insha-Allah, syurga yang kita idamkan pastinya..
jadikan langkah kita ke jendela dunia ini sebagai satu tapak untuk kita ke syurga..
insha-Allah, diberkati segalanya..

okeyh, dah panjang benar rasanya..
apa-apa-pun, ana ucapkan..
terima kasih kepada mak ayah, cikgu-cikgu dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan ana..
halalkan segala ilmu, makan, minum ana selama ini..
maafkan ana atas segala keterlanjuran kata, perbuatan dan sebagainya..
ingatkan ana atas apa yang ana lupa, tegurlah ana atas apa yang ana lakukan, kuatkan ana atas apa yang terjadi..
kita manusia biasa, yang tak pernah lari dengan 1001 kesilapan dan kekhilafan..
yang paling penting..
doakan kesejahteraan ana..
doakan ana dipermudahkan segala urusan, mental mahupun fizikal..
doakan ana berjaya di TNB 4 tahun lagi..
doakan, doakan, doakan yang terbaik! :')
insha-Allah, amin..

PS. aku rindukan apa yang dinamakan ukhwah! :')
PSS. good luck buat rakan-rakan yang sedang dan akan sambung belajar! belajar rajin-rajin tau!
PSSS. "sampaikan salam sayang buat cikgu-cikgu dan rakan-rakan tersayang.." (:
PSSSS. contact sokmo deyh!

doakan,
proceed back packing the things!
goodbye, ilal liqa'!
wassalam..

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru.

"sesungguhnya Allah Taala tidak mencabut ilmu dengan menghilangkan ilmu daripada manusia akan tetapi Allah Taala mencabut ilmu dengan mematikan para ulama.."
(riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi)


salam alaik semua..
wah! hari ni, hari istimewa lagi..
untungnya, jadi warga MEI..
hari ibu ada, hari jururawat ada, hari belia ada, hari guru pun ada..
baiklah, seperti yang anda tahu..
setiap hari yang teristimewa itu, pasti ada sejarahnya tersendiri..
jadi, moh kita refresh minda..
mengapa 16 MEI..?

tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita.. 
dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu..

*ini pula logo hari guru..*

pernah tahu pasal logo hari guru..?
okeyh, ni sedikit sebanyak erti logo tersebut..
putih : menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan..
perak : menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh..
kuning : sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan..

credits to MR.GOOGLE (:

okeyh, seterusnya, jom gali pasal tema..

2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara



wah-wah!
begitu banyak tema yang menjadi asas buat sang mahaguru..
terima kasih kepada alam maya yang menyediakan sebegitu banyak info..
baiklah, itu semua tema dari 1972 hingga 2010..
jadi, apakah tema hari guru bagi tahun ini..?
ini dia..
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"


jika dilihat pada tema ini secara halus.. 
maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar.. 
kerana apa..?
kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan..
dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai..
insha-Allah, cikgu-cikgu semua boleh!

*terima kasih cikgu (:*

baik, mari kita renung sejenak dunia masa kini..
bagaimana sang mu'allim, muaddib, murabbi ini menghadapi 1001 ragam kanak-kanak yang kian membacar ini..?
kalau kita letakkan diri kita dalam kasut seorang mahaguru..?

tapi, selalunya..
kegagalan dalam kejayaan individu sering guru dipersalahkan..
kejayaan bagi seseorang individu amat jarang ibu bapa perakui sumbangan dan pengorbanan guru..
walaupun mereka tahu bahawa peratusan kejayaan anak mereka banyak didasari melalui pengajaran guru sama ada di sekolah mahupun pusat tuisyen..
namun..
usahlah diungkit keciciran yg dilakukan oleh mungkin setitik dua nila insan yang bergelar guru..
kerana secara hakikinya, kita semua adalah guru..
selagi kita mendidik, menegur, mengajar, membimbing walau sekecil zarah pun, kita adalah guru..
patutkah guru dipersalahkan atas apa yang berlaku..?
itulah minded sesetangah orang..
ana bukan nak ambush sesiapa, tapi cubalah kita renungkan sejenak..
sebenarnya..
dialah ibu dialah bapa juga sahabat..
alur kesetiaan guru mengalirkan nasihat kepada kita..
dialah pemimpin yang ditauliahkan segala umat..
walau seribu tahun, katanya tetap menjadi hikmat..

"ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya..
maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberikan rahmat oleh Allah Taala..
maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberikan pahala akan empat orang..
pertamanya orang yang bertanya..
keduanya guru yang menjawab..
ketiganya orang yang mendengar jawapan itu..
keempatnya orang yang cinta kepada mereka.."
(Riwayat Abu Nuaim)

walau-apa-pun, di kesempatan ini, ana nak ucapkan..
"SELAMAT HARI GURU!" 
wahai murabbi, mursyid, mu'allim, muaddib dan mudarris sekalian..
khasnya buat warga pendidik di..
TADIKA MASJID SAIDINA ABU BAKAR..
SK BUKIT BANDARAYA..
SMK BANDAR TASIK SELATAN..
SBP INTEGRASI JEMPOL..

sesungguhnya, engkaulah ibu dan bapa kedua bagiku..
di sekolah lah tempat kita bertemu..
tempat kita mengadu mesra..
tempat kau curahkan segala ilmu..
tempat kau bentuk insan permata negara..
tempat kau mengerah keringatmu..
tempat kau luahkan hasratmu..
tempat kau membina anak bangsa..
terima kasih cikgu..
thank you teacher..
syukran kathiran ustaz, ustazah..
arigato gozaimas sensei..
semoga cikgu-cikgu sentiasa sihat dan dipayungi rahmat Allah..
insha-Allah, terima kasih kerana membimbing saya sehingga ke tahap ini..
sesungguhnya, hanya Allah yang mampu membalas segala jasa cikgu-cikgu terhadap kami..
:')


"tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka.." 
(Hadith sahih Ibnu Majah)

dan tak ketinggalan juga..
terima kasih juga kepada rakan-rakan yang berdiri sebagai guru untuk ana..
terima kasih, sahabat!
kerana sudi berkongsi ilmu sehabis baik dengan ana..
jasamu akan kukenang..
semoga kita sama-sama akan berjaya lepas nih..
insha-Allah di dunia dan pastinya di akhirat sana..

seterusnya..
guru teragung dalam hidup saya ialah kedua ibubapa yang membesarkan saya..
ibu, ayah.. engkaulah yang pertama..
sentiasa berada di atas dan tetap teratas..
terima kasih ana ucapkan..
tak terhitung kira segala didikan yang diberikan kepadaku..
:')

apa-apa-pun,
ibubapa guru dan rakan tetap bertakhta di hati dan jiwa saya walau bagaimanapun keadaan mereka..
kerana tanpa mereka, siapalah kita..
justeru saya doakan semoga semua ibu bapa dan guru yang berada di muka bumi ini sentiasa dalam keredhaan dan keberkatan ilahi..
teruskan pengorbanan anda semua sehingga ke akhir hayat.. 
selamat hari guru untuk semua.. 
jasamu dikenang..

when I am down and, oh my soul, so weary..
when troubles come and my heart burdened be..
then, I am still and wait here in the silence..
until you come and sit awhile with me..

you raise me up, so I can stand on mountains..
you raise me up, to walk on stormy seas..
i am strong, when I am on your shoulders..
you raise me up, to more than I can be..

you raise me up, so I can stand on mountains..
you raise me up, to walk on stormy seas..
i am strong, when I am on your shoulders..
you raise me up, to more than I can be..

you raise me up, so I can stand on mountains..
you raise me up, to walk on stormy seas..
i am strong, when I am on your shoulders..
you raise me up, to more than I can be..

you raise me up, so I can stand on mountains..
you raise me up, to walk on stormy seas..
i am strong, when I am on your shoulders..
you raise me up, to more than I can be..
:)


:')
*kami anak yang baik, yang mendengar kata..*

PS. 14 MEI hari lahir bonda.. jadi, aku dengan bangganya membawa 1 famili makan-makan kat pizza hut guna duit sendiri.. hehe..
bagi bonda, MEI adalah bulan bertuah baginya dalam setiap tahun, mana taknya, bulan ni lah ada hari ibu, hari guru dan hari jadinya juga.. :D suka betul!

*yummy!*

*sanah helwah, maa! :D*

PSS. 2 days to go.. UNITEN i'm coming.. :')
thanx to doctor yang sponsor medical check-up semalam.. 
haih, sedihnya! :'( hari ni last day kat klinik.. sob-sob-sob! :'(
PSSS. hari ni result mara keluar, ana harap semua yang pergi interview hari tu dapat! insha-Allah, perhaps..



cikgu,
akulah yang kau pimpin dahulu,
melangkah dari teratak jahil itu,
meniti di titian ilmu,
belum puasku menghirup pengetahuan,
biarpun kini mendakap kejayaan,
sungguh, tanpamu cikgu,
siapalah aku,
"TERIMA KASIH CIKGU!"
farhana_selamat (:

Saturday, May 14, 2011

kerinduan jempol.




"dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana).. akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya.. sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.."
(surah As-Syura: 27)

i can almost see it..
that dream I am dreaming..
but there's a voice inside my head saying..
"you'll never reach it!"

every step I'm taking..
every move I make feels..
lost with no direction..
my faith is shaking..

but I gotta keep trying..
gotta keep my head held high..

there's always gonna be another mountain..
i'm always gonna wanna make it move..
always gonna be a uphill battle..
sometimes I'm gonna have to lose..

ain't about how fast I get there..
ain't about what's waiting on the other side..
it's the climb..

the struggles I'm facing..
the chances I'm taking..
sometimes might knock me down..
but no, I'm not breaking..

i may not know it..
but these are the moments that..
i'm gonna remember most, yeah..
just gotta keep going..

and I, I got to be strong..
just keep pushing on..

cause there's always gonna be another mountain..
i'm always gonna wanna make it move..
always gonna be a uphill battle..
sometimes I'm gonna have to lose..

ain't about how fast I get there..
ain't about what's waiting on the other side..
it's the climb, yeah!

there's always gonna be another mountain..
i'm always gonna wanna make it move..
always gonna be an uphill battle..
somebody's gonna have to lose..

ain't about how fast I get there..
ain't about what's waiting on the other side..
it's the climb, yeah!

keep on moving, keep climbing..
keep the faith, baby..
it's all about, it's all about the climb..
keep the faith, keep your faith..
- the climber.. (:



yes, for sure..
i have to try climb and climb in every path of my life..
to be the best is not easy as you thought..
i wanna be the best, just like you, right..?
so, keep on going dear..
though sometimes we gonna lose hope..
but, just left it behind..
we have to keep on climbing.. yes, GO!


:D
"this is the rotation of the world.. 

you're just so unlucky that the tyre is on the down side, at this particular time.."

orang kata, hidup kita ibarat roda..
terkadang ada di atas, dan terkadang ada di bawah..
ya, betul tu, memang tidakku nafikan..
semua pernah gagal, semua pernah berjaya..
menjadi yang teratas, menjadi yang terbawah adalah ujian..
hanya iman mampu menyapa dugaan-Nya..

sememangnya sudah dijangka..
aku teruja dengan mereka..
aku terharu dengan mereka..
aku bangga dengan mereka..
aku tabik dengan mereka..
siapakah mereka..?
merekalah insan-insan terpilih yang dicipta oleh zat yang Maha Agung..
rezekinya juga takkan tumpah tanpa Maha Pemberi Rezeki ini..
alhamdulillah, keep on praying to Rabbul Jalalah..
He strongly loves us..
"haza min fadhli rabbi.."
never ever forget this..
alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah.. (:

"Ya Allah, andai ini yang terbaik untukku, aku redha dengan hati yang lapang.. 
Ya Rahman ya Rahim, pinjamkan aku sedikit kekuatan lagi.. 
dan Izinkan aku untuk menjadi mukmin yang sabar, 
kerna aku pasti Kau akan berikan aku ganjaran di akhir nanti.."
Amin Ya Rabbal Alamin..

mungkin aku terlalu tamak..
mungkin aku tak pernah bersyukur..
mungkin ada khilafku..
yang membataskan aku menerima segala impianku..
aku tahu, aku sedar..
segala yang terbaik pasti!
sesungguhnya memang pasti kerana DIA..
DIA pemberi segala yang terbaik untuk kita..
tapi..
:'(
mengapa..?

sesungguhnya, itulah tandanya Allah menyayangi kita..
segala yang pahit perlu ditelan, lambat laun pasti ada manisnya..
kau perlu bersyukur, farhana..
ya, aku bersyukur..
tapi..

sudah, cukuplah daripada terus ber-TAPI..
Tuhan, maafkan diriku..
sesungguhnya, terlalu banyak khilaf yang pernah aku lakukan selama aku menghirup nikmat di muka bumi-MU..
Tuhan, yakinkan diriku..
dengan apa yang telah kau berikan selama ini..
Tuhan, sedarkan diriku..
dalam meniti dunia kedewasaan ini..
Tuhan, didiklah diriku..
untuk terus mensyukuri segala nikmat mu yang tak pernah putus untuk diriku..
thank you, Allah.. (:

alhamdulillah..
i'm happy, i must be proud of it..
i must accept this with redha..
yup, it's a must!
so He gaves me what's the best for me..
He is keeping and saving my real success for some day, insha-Allah!
He is just too kind..

but me..
i'm not being grateful..
even i wasn't, i just need some time..
and now..
i'm thankful, i'm grateful..

*aku rindu kamu..*

kawan-kawan, harinya hampir tiba..
sudah sekian lama kita terpisah..
namun, hati ini semakin punah..
aku dengan haluanku, kamu dengan haluanmu..
hiba terasa..
terkadang, aku terfikir..
adakah insan yang mampu membimbingku tatkala di sana nanti..?

ohh, seakan trauma..
tak mengapa, aku perlu berani..
begitu juga engkau..
kuatkan semangat..
mungkin dulu, kau pernah menjadi bahu untukku alirkan segala yang tersimpan..
namun, segalanya takkan pernah ku lupakan..

:')

mungkin dulu, kau pernah menjadi buku untukku soalkan segala yang tidak kufahami..
namun, segalanya akan selalu kukenangkan..

:')

thanks, dear..
thank you, for giving me new hopes..
thank you for lending me, your credits, ears, fingers, eyes, and patience..
thank you for all your warm support..
thank you for being there with me..
thank you for keep comforting me..
thank you, for giving me, a lil piece of strength, though..
thank you..

:')

*friendship never can end..*

Alhamdulillah..
semakin hari, semakin banyak Allah taburkan nikmat kepada kita..
TAHNIAH!
inilah yang ana nak ucapkan kepada semua..
tahniah, tahniah dan tahniah kepada semua yang berjaya..
tak kisahlah yang dapat di dalam negara mahupun luar negara..
rezeki masing-masing..
dan ana cukup tertarik dengan kata-kata kawan ni..
"kpd yg dpt jpa congretes la,,,
yg xpat jgn sedih,,,
tmpat bkn pengukur suatu kejayaan,,
yg dpt lak jgn lak lpe kwn ble da fly nti,,,"
yup! agree..
just be thankful, grateful!


*awak, doakan saya di sini..*

baik, biarlah ana jawab segala soalan-soalan yang kian membeku di benak hati..
seperti gambarajah di atas.. hehe..
dengan rasminya..
saya telah memilih UNITEN sebagai tempat saya lanjutkan pelajaran saya..
dan saya terpilih untuk mengikuti course FINANCE seperti yang diidamkan..
insha-Allah saya yakin dengan nikmat Allah ini..
saya tak mahu bekukan hati saya lagi dengan yang lain-lain..
saya tahu, saya patut menunggu peluang yang lain..
tapi-tapi, salahkah saya untuk menerimanya..?
sebenarnya, saya takut lepas peluang, bukan apa..
 tarikh daftar UNITEN, 18 haribulan..
dan bermaksud, ana daftar rabu ni..
dan tawaran lain.. kebanyakan tarikh keputusannya selepas 18 haribulan tu..
tak apelah, saya yakin rezeki saya di sini..
saya tahu, saya tak mampu menjadi doktor penyayang..
tak apelah, biar saya jadi pakar kewangan di TNB nanti..
ye, saya dah plan betul-betul..
saya takkan tergagau-gagau lagi..
biarlah saya mencaturkan hidup saya ini..
saya bertuah sebab diberi tajaan TNB ini..
saya terima, saya dah masuk haluan yang terbaik, insha-Allah!
awak, doakan saya..
tak apelah, nanti bila saya dah kaya bila kerja dengan TNB..
saya akan fly juga.. hehe..
saya yakin, Allah nak uji saya..
itu yang Allah tunda tarikh saya fly, mungkin esok, mungkin nanti..
Alhamdulillah..

jadi, buat sahabiah yang dah berjaya mendapat tajaan dan akan fly..
ana ucapkan tahniah sangat-sangat, jangan rindu kami di bumi pertiwi! :')
kepada yang bersama ana di Malaysia bumi aman ini..
teruskan bersyukur dan berusaha ke arah MARDHATILLAH!
insha-Allah, semua berjaya menjadi MANUSIA!
ingat, jangan leka nanti..
tak kiralah kat U ke, kat MATRIX ke, kat SEKOLAH ke, kat KOLEJ ke..
yang penting, belajar dan sentiasa sujud kepada-Nya..
:)
alright..

let's take time to reflect ourselves as we only have a single chance of life.. 
do challenge ourselves to face all the difficult things and turn them into easy ones.. 
we might find it difficult at the beginning of the journey to step into a new paradigm..
 but..
 eventually it would be so much easier after a while..
believe it dear..
if we believe we can, WE CAN! 
insya-Allah! bittaufiq wannajah! (:
keep on praying, amin!

wahai sahabatku,
jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada agama tercinta..
jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap muslim..
jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu..
jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam di mata dunia..
jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA..
jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta..
jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi muslim yang berjaya..
jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya..
jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak,
maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas..



"selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat..
dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.."

PS. tahniah kepada asyura, wani rasid, husna, badiuzzaman, asyraf janai, hafizuddin faiz, suhazree, farhan rahman, yusuf shariff, izwan azman, akmalludin, amirul hafiz dan semua warga SBPIJ yang dapat tawaran JPA..
sesiapa yang tidak dinyatakan seperti di atas, jangan kecik hati, inform-inform lah den yo!
PS. tahniah semua! tahniah semua! tahniah semua! tak sabar nak tahu sape pulak yang akan dapat MARA..

walau dimana jua pun kita semua kan tercampak jauh, 
hiduplah di atas satu landasan kebenaran iaitu Islam, 
dan serikanlah ukhuwah kita selama-lamanya! (: 
whatever you're, All the best..
ana_farhana (: