Tuesday, May 3

interview felda.

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt semua..
alhamdulillah, Allah mengurniakan kita kudrat untuk meniti perjuangan sehari-harian di bumi fana ini..
dan sesungguhnya, ingatlah! segala yang berlaku kepada kita, pastinya ada hikmahnya..

begitu juga, ana..
hari ini, satu lagi agenda duniawi yang perlu dilaksanakan dalam hidup ini..
masa yang dinanti sudah tiba, maka, setelah mendapat panggilan, ana bergegas mempersiapkan diri dari hari demi hari untuk menjalankan tuntutan tersebut..
baiklah, kita straight to the point..
sebenarnya, ana dipelawa untuk menghadiri penilaian (ujian dan temu duga) bagi biasiswa felda dari ejen felda global group..
alhamdulillah, syukur! tak putus-putus Allah kurniakan nikmatNYA! :)

sedari pagi lagi ana mempersiapkan diri dan dengan ditemani ayahanda, ana menuju ke THE ZON HOTEL, jalan ampang, di mana tempat berlangsungnya sesi temu duga ini..
sampai-sampai sana belum pukul 7 lagi waktu tuh, serius rasa sekejap sangat.. 
lagipun, mungkin sebab naik putra-lrt, tu yang cepat bebenor en..
then cari punya cari tempat, tanya orang tu orang ni, kami pun jumpa signboard the zon hotel tuh..

*pandangan jarak jauh ke THE ZON HOTEL!*


*promote signboard hotel pulak..*

okeyh, tempat ni sebenarnya sebelah klcc je..
dekat je dengan masjid AS-SYAKIRIN, masjid KLCC tu..
dan untuk makluman semua,
sebenarnya, ada lagi 2 tempat yang disediakan untuk menjalankan interview ini iaitu, di terengganu dan alor setar..
jadi, berdasarkan alamat masing-masing, mereka akan tempatkan pelajar tersebut di mana-mana yang sesuai untuk sesi interview ini..
ok, masa interview ini berlangsung pula ada 2, iaitu pada sesi pagi seawal 8.30 pagi.. dan pada sesi petang pula pada pukul 2.00, kalau tak silap ana..
so, apa yang anda dapat bayangkan..?
hee, memang kena compete and kena excel! :)
so, just ignore others and make sure you do the best because all that had been shortlisted by felda are the best among the best, just trust yourself.. :D
anda patut berbangga dengan diri anda kerana anda telah layak untuk menjalani temuduga ini..
okeyh, for your information, sekiranya anda berjaya dalam sesi ujian dan temuduga ini,
anda perlu meneruskan perjuangan lagi (interview lagi) pada sesi akan datang..
baik, nanti ana akan ceritakan lagi apa yang ana tahu pasal interviewnye ye..

8.30 AM - start pendaftaran..
sign di kertas yang disediakan dan diberi nametag dan angka giliran..
angka giliran yang bertuah kali ini pula ialah A-6!
then, breakfast..
you know what, mereka sediakan sarapan secara eksklusif untuk kami..
first time pergi interview dapat makan-makan macam tu.. *suka! :)

9.00 AM - ujian bermula..
ok, ujian ada 2 iaitu, verbal critical reasoning (VCR) and numerical critical reasoning (NCR)..
tak silap ana, sebelum ni mungkin ramai tak tahu, sebenarnya assessment baru start tahun nih..
ala-ala IQ test lah tu, yang macam PETRONAS..
tapi, kalau ana bandingkan dengan test masa petronas dulu dengan yang felda ni, felda punya lagi 2 kali ganda susah dari petronas..
serius ana rasa kalau betul 1 soalan tu pun dah bersyukur sangat!
masa yang diperuntukkan untuk menyiapakan VCR dan NCR ialah 20 minit masing-masing..
k, jangan risau, kalau ada rezeki, anda akan diberikan tambahan 5 minit untuk test tu..
tapi, walau-apa-pun, just try to finish the test ok.. :)

11.00 AM - sesi temuduga bermula..
ok, sungguh simple and steady tapi, jangan pandang remeh!
interview nih by grouping, ada 4-5 orang dalam setiap group..
ada 3 panel, 1 MR, 2 MRS..
kami hanya perlu introduce ourselves and our family background..
that's all, no co-curricular activities and so on..
then, we had to go through a group discussion based on a topic that we've chose..
ada 5 topic, dan 1 tajuk telah dipersetujui oleh semua..
kebanyakan tajuk berkenaan minyak, industri halal, makanan etc etc..
it is more to current issue..
ok, group ana pulak pilih tajuk ini..
"academic achievement and sports excellent.. can both be achieved?"
tajuk yang kami pilih ni, macam tajuk yang takda kena mengena sikit dengan ekonomi..
tapi apa-pun alhamdulillah, idea mula melimpah..
ok, then bila dah siap discuss selama 10 minit, kena present sorang-sorang depan panel..
setiap seorang diberi 5 minit untuk bercakap, and it is fully in english..
actually, tak berapa pasti boleh cakap bm atau tak..
sebab ada group yang lain cakap bm je, tak silap ana.. or maybe half bm, half bi..
ok, that is not the point, kalau ada idea, bahasa apa sekalipun kita boleh cakap.. betul tak..?
alright, ana present pasal role-model.. ana jadikan AZIZULHASNI sebagai ICON untuk isu ini..
ana ceritalah yang beliau ni dapat 4A1B dalam UPSR, 7A1B dalam PMR dan melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara.. selain tu, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang berbasikal yang diceburinya..
then, tetiba panel tu tanya, awak ni sepupu AZIZULHASNI ke..?
hee, tekejut jugak panel tanya macam tu, yelah, serba-serbi pasal AZIZULHASNI ana tahu..
ana pun jawablah yang ana tahu semua tu dari 1 majalah..
ana memang tak sangka, majalah yang ana baru baca semalam memang membantu!
dari situlah mula berkembangnya idea.. alhamdulillah, ALLAH tolong..
segala pasal felda dan course tak pulak ditanya.. musykil! :)
tapi, takpelah, ok jugak kalau macam tu..
berdasarkan apa yang ana perasan, kebanyakan interview yang ana pergi, cuma tnb je yang tanya pasal syarikat mereka sendiri.. :)
so, bukan nak galakkan supaya tak baca pasal syarikat yang tawarkan biasiswa tu, cuma just ambil tahu jelah sikit-sikit :)
apa yang penting, perkukuhkan diri dengan idea-idea yang bernas.. insyaallah semuanya akan lancar!

*azizulhasni awang :)*

ok, sebenarnya, ana tergolong dalam group yang last kena interview.. jadi, memandangkan lama lagi nak tunggu group yang lain, masa dikuarantinkan dalam bilik tu, ana dan beberapa orang kawan ana kat situ dok bersembang lah dengan sorang pegawai felda global group ni..
banyaklah info-info menarik yang dikongsikan dengan kami..
ok, sebenarnya, nak dapat biasiswa felda ni bukan senang..
lepas interview dan ujian penilaian ni, ada lagi 1 final interview yang akan dinilai oleh CEO FELDA seangkatan dengannya..
itupun, kalau lulus dengan cemerlang dan dapat panggilan untuk datang interview yang final tu..
sebab apa felda buat macam ni, sebab dia memang nak cari the best of the best!
RM 700000 ringgit yang akan diperuntukkan untuk kita yang dapat scholar ni, memang untung sangat-sangat..
jadi, kalau dah dapat scholar tu jangan terlalu leka dan bangga, sebab ada stduent masa dulu yang dapat scholar tapi tak fly sebab tak perform the best masa A-level..
ok, A-level program bawah felda ni sama dengan UEM, iaitu di lembah beringin KYUEM..
itulah apa yand difahamkan..
seperti biasa, bila dah dapat scholar felda ni, secara automatik kita akan dapat kerja dengan felda.. *best! :)
ok, ada lagi 1 yang best, hee..
terasa sangat teruja bila adik-beradik SBP dipertemukan di sini.. :)
apa yang pasti, bila ana tanya nama sekolah je mesti SBP! memang boleh dikatakan semuanya asal SBP lah.. *bangga jadi warga SBP.. hee!
memang meriah la nak cakap, kalau group ana tu..
semua si gadis dan semua warga sbp kecuali yee cheng..
.yee cheng (smk).hidayah (smap kajang).ana (sbpi jempol).aziatul (sbpi gombak).aimi syuhada (seseri).
nama nih ikut susunan kerusi.. hehe!

apa-apa-pun, ana bersyukur sebab segalanya berjalan lancar..
memang kalau nak diikutkan, ana rasa macam kecik je bila berkumpul dengan orang-orang hebat..
tapi, sebenarnya, ana sendiri perlu menerima hakikat yang Allah dah tunjukkan yang ana memang berpotensi, terima kasih TUHAN..
insha-Allah, ALLAH will always give the best!
apa yang ana mampu lakukan, hanyalah berdoa..
semoga Allah sentiasa menetapkan segala yang terbaik dan apa yang termampu bagi ana..

"..dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu tentang AKU, maka jawablah, bhawasanya AKU adalah dekat.. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka itu beriman kepadaKU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.."

ok, sekadar perkongsian untuk junior-junior dan rakan-rakan yang dapat interview felda..
semoga Allah permudahkan kalian dan sentiasalah yakin kepadanya..

seimbas kenangan, indah di hati :)

*poolside di hotel ini..*


 *amira (interview pukul 2).hidayah (1 group interview, duduk depan ana masa assessment).ana*

*nampak tak klcc tu..?*

*pandangan jarak dekat..*

all the best,
semoga berjaya,
hazzun sa'id kalian..

8 comments:

fatin nasuha or as known as nasot. said...

fana hebatt!~

norsafina said...

wah.
bestnye pegi interview tu.
btw, goodluck.
semoga farhana dpt scholarship yang terbaik :)

~ farhana selamat ~ said...

@ nasot..
hee, nasot lagi hebat!

~ farhana selamat ~ said...

@ safina..
insyaallah, amin..
doakan..
mnx2lah dpt byk2 ckt, sng ckt nk wt plihn.. hee~

HaNa said...

bykny g intrview...

~ farhana selamat ~ said...

@ ain hana..
alhamdulillah :)

norsafina said...

farhana, ko dapat award.
tengok kat blog aku ye.

~ farhana selamat ~ said...

@ safina..
ok, dah! sttle..
thanx, gracias cik fina.. :)