Wednesday, May 11, 2011

world nurses day.

"bunga melati harum mewangi,
di susun berselang di atas dulang,
khidmat mereka amatlah dihargai,
jururawat cemerlang, negara gemilang.."
(Tun Siti Hasmah Mohd Ali)

:D

assalamualaikum semua! :D
apa khabar kalian..?
diharap anda sentiasa gembira dan terus gembira bersama yang tersayang..
biarpun cuaca dinihari terasa bahangnya sejak dua menjak nih..
namun, jangan jadikan ia alasan untuk anda melewati tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah..
panas-panas juga, tapi panas lagi api neraka.. wallahu a'alam!

ok, menurut tajuk,  kini tersuratlah segalanya..
setelah sekian lama hidup di bumi Allah ini, barulah ana tahu yang wujudnya hari jururawat sedunia..
untuk pengetahuan, hari jururawat ini berlainan mengikut tahun..
ia berkemungkinan antara tarikh 6 hingga 12 mei..
ok, hari-hari istimewa ni pastinya tidak wujud begitu sahaja..
yang pasti, ada sejarah dan 1001 cerita disebalik hari ini..
baiklah, meh dengar ana nak story..

begini ceriteranya.. 
Florence Nightingale, (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910), adalah perintis kepada kejururawatan.. 
beliau ni dikenali sebagai “The lady with the lamp” , maksudnya “Wanita bersama dengan lampunya”, kalau dalam bahasa Melayu lah.. lebih kurang lah tu.. kenapa..?


pada zaman perang Crimean dalam tahun 1854, beliau selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar-askar perang yang cedera yang memerlukan bantuan.. 
lebih kurang macam buat ward round lah di hospital.. so, sebab tu dipanggil Lady with the Lamp..
tambahan lagi, dia juga terkenal sebagai ahli statistik..

Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah.. 
didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada 1845.. 
keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya.. 
ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik, kebanyakan jururawat adalah wanita miskin, dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh..

sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea.. 
hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor..

bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul).. 
dia menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat.. 
dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit..

walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat..
kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang.. 
maka, siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling yang kurang baik..
Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka..

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857.. 
dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896.. 
dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910.. 
penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya, dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England..
maka, berakhirlah ceritera lagenda ini..

baik, ini sekadar pengetahuan umum..
bukankah ilmu Allah itu luas.. :D

ok, semua dah tahu kan.. kisah dan sejarahnya..
 biasanya, hari-hari special macam nih agenda dari barat..
macam hari ibu jugak lah..
sebenarnya, ada jugak cerita tersirat disebaliknya, hummm..
ada juga yang kata, haram kita menyambut hari ibu, tapi..
jangan risau, jadikanlah setiap hari anda, hari teristimewa buat si ibu..
insya-Allah, niat kita nak kenang jasa ibu tiada salahnya..


okeyh, move on cerita nurse balik! hehe..
 ana setuju dan percaya, nurselah insan paling penting kat hospital.. betul tak..?
hurmm, doktor..? 
aish, doktor ternyatalah orang paling-paling-paling penting.. 
tapi kebanyakan kes, jururawat yang attend dulu, dan jururawatlah yang banyak habiskan masa dengan patient berbanding doktor..
bukti..? cuba try jadi nurse dulu..
hehe, marah si doktor kalau baca nih! :)

baiklah, sebenarnya, ana nak kongsi lagi dengan kalian, apa yang pernah ana tahu..
pada awal abad yang lalu, ana ingat lagi betapa rendahnya dipandang oleh masyarakat, seorang wanita yang bertugas sebagai jururawat ni.. 
ia dianggap sebagai pekerjaan yang hina dan bertujuan buruk.. eisyh-eisyh-eisyh! 
seorang jururawat membuat kerja-kerja yang kotor sahaja dan tidak berkemampuan untuk membaiki diri untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi.. 
selain pada itu, nama jururawat dicemarkan dengan suatu jawatan yang seringkali mudah bagi seorang jururawat mendapat teman lelaki kerana layanan yang diberikan kepada pesakit.. 
maka, ramailah ibu bapa yang tidak menggalakan anak-anak perempuan mereka memohon kerja jururawat..

okeyh, tapi tu zaman silam..
lepas perang dunia kedua, kerana ramai "misi-misi" kulit putih telah balik ke UK...
hehe, orang dulu kan panggil "misi-misi".. betul tak..?
okeyh, sambung cerita..
"misi-misi" kita sendiri mula muncul sebagai jururawat- jururawat yang berkaliber dan bekerja dengan penuh tanggungjawab..
tahun demi tahun, jururawat sendiri membetulkan anggapan dan sikap orang ramai yang tidak baik terhadap kejururawatan..
alhamdulillah, pemikiran dah maju seiring kemajuan dunia.. :D
kini, profesion jururawat adalah profesion yang mulia, yang memerlukan kesabaran dan dedikasi dan sentiasa mewujudkan sikap mementingkan kerja di atas diri sendiri..

ok, walau-apa-pun, disebabkan keterujaan ini.. hehe..
yelah, first time tahu wujud hari jururawat sedunia lah katakan..
ok, kepada semua jururawat tak kira lelaki atau perempuan, 
sama ada di sektor government atau sektor swasta..
di klinik ataupun hospital sekalipun..
ana nak ucapkan..

"SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA!"

ucapan ini sebenarnya khas buat senior nurse yang banyak berjasa kepada ana..
aunty shoba, aunty saroja, kak zura, kak nor, kak kirah dan nor..
terima kasih atas tunjuk ajar kalian..
tidak ketinggalan, empunya diri ini juga yang baru bertatih di alam kejururawatan ini.. hehe..
well~ sedar tak sedar dah masuk 5 bulan dah kerja nurse..
hehe.. rezeki lah katakan, memang ana pun tak pernah sangka..
dah banyak juga ilmu di dada, alhamdulillah! :D
yang penting, banyak kenangan manis bertemu dengan patient yang pelbagai ragam..
hee.. tiba-tiba terasa nak tulis entry penuh pasal kerenah patient-patient kat klinik pulak!
:D
tengoklah, suatu masa nanti pasti kan menjelma..
okeyh, last but not least..
buat jururawat seperjuangan sekalian..
jadikan profesion kejururawatan ini sebagai lapangan untuk kalian beramal kepada masyarakat dan agama..
ikhlaskan diri demi Allah..
insha-Allah, segala yang baik datang dari Allah..


"tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah.. sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat.." 
(Surah Al-Maidah: 2)


PS. tadi MR.BILLY a.k.a pharmacist klinik ana belanja kami makan lunch.. *suka bebenor!
kiranya macam hadiah di hari jururawat sedunialah kononnya.. hehe..
PSS. lepas balik kerja, ada kezutan! hoho..
tadaa..




*alhamdulillah.. rezeki!*

penat seharian kat klinik pun terubat bila kejutan depan mata.. hehe..
pepun, nak ucap terima kasih kat ustazah.. hadiah yang diberi sungguh bermanfaat!
act, tak sangka sangat, hadiah ni sempena dapat straight A masa SPM.. hee! ingatkan dah basi cerita tu :D
PSSS. bila surat tawaran nak sampai umah nih..? huuuu.. pueh den menunggu :'(

salam nurse sedunia,
dari "Miss Nurul"..

2 comments:

fatin nasuha or as known as nasot. said...

eceh.mentang2 die nurse.~~
buatla hari waiter sedunia pulak ,:p

~ farhana selamat ~ said...

hehe, waiter?
nntilah, suatu hari nanti ye nasot!