Sunday, May 08, 2011

selamat hari mama.

WARNING! entry panjang! 
walau-panjang mana pun, pastikan habis baca..
terima kasih :)


bila mama kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
bila mama kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
bila mama minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
bila mama minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah..

bila hati kita terguris, kita kata.. "mama memang tak pernah faham.."
bila hati kita terhiris, kita kata.. "mama memang tak pernah ambil kisah.."

tetapi..

bila hati mama kita guris, mama kata.. "tak apa, dia masih muda.."
bila hati mama kita hiris, mama kata.. "tak mengapa, belum sampai akalnya.."

bila kita menangis tanda lapar, mama berlari hingga bagai hilang kaki..
bila kita merintih tanda derita, mama bersengkang mata bagiakan tiada lena..

bila kita sedih kerana gagal, mama setia membekalkan cekal..
bila kita pilu kerana kecewa, mama teguh berkata dia tetap bangga..

* * *

"kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya.."

ana saaaaaayang mama!
biarpun hakikat itu diketahui semua orang dalam hidupku, aku masih lagi belum puas mengucapkannya..
awak, 
bukan sedikit air mata mama yang tumpah kerana kerenah ana dan adik-adik..
bukan sedikit keringat mama yang menyimbah bumi untuk ana dan adik-adik..
bukan sedikit hela nafasnya yang dilepaskan demi ana dan adik-adik..
semuanya terlalu banyak! sungguh..
anak mana tak sayang insan hebat ini..
biar sehitam mana pun arang yang pernah diconteng ke wajah insan bergelar mama itu,
aku percaya jauh di sudut hati si anak,
dialah ratu dialah segalanya..

cuma, terkadang..
kejahilan serta kejumudan iman..
membataskan kewajaran si anak bertindak sehinggakan ada kalanya melanggar batas agama dan boleh jatuh ke hukum derhaka..
wana'uzubillah..
usah diungkit kisah si Tanggang, jangan disebut sejarah si Malin Kundang..
hati ini cukup gerun membayangkan betapa aku sebagai manusia biasa tidak akan pernah terkecuali daripada cubaan dan dugaan dalam melaksanakan amanah sebagai anak sulung tambahan pula, seorang perempuan..
setiap kali solat tertunai, setia aku panjatkan doa buat dirinya moga-moga mama juga ayah sentiasa dirahamati dan dilindungi yang Maha Esa..
awak,
sesungguhnya tiada siapa di dunia ini yang mampu menjaga dia selain dari Allah yang sempurna! :)

"tuhanku, rahmatilah akan kedua ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya 
telah mendidik aku di kala kecil.."

awak,
sesungguhnya darjat seorang ibu ini maha dahsyatnya..
awak ingat hadis ini..?

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata..
seorang lelaki datang menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya..
“siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya..?”
baginda menjawab: “ibu kamu..”
dia bertanya lagi: “kemudian siapa..?”
baginda menjawab: “ibu kamu..”
dia bertanya lagi: “kemudian siapa..?”
baginda menjawab: “ibu kamu..”
dia bertanya lagi: “kemudian siapa..?”
baginda menjawab: “ayah kamu..”

tengoklah, betapa Allah agungkan insan yang bergelar ibu ini..
biarpun orang kata, kaum HAWA kaum yang lemah..
namun segalanya perlu disangkal..
Allah kurniakan semua sama rata..
awak, baca yang lagi satu ye..

seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi jihad..
Rasulullah bertanya..
“adakah kamu masih mempunyai ibu..?”
Jahimah menjawab..
“ya..”
lalu Rasulullah bersabda..
“tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya..”

awak, jelaskan..?
di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak.. 
bukan sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas.. 
syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas.. 
selain itu, Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu.. 
ini tidak lain tidak bukan, menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya..
mama, kakak sayang mama.. ;')

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman..

"dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya.. ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.. (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu.. dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).." 
(Luqman 31:14)

"dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya.. ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.."
(al-Ahqaf 46:15)

awak, lihatlah..
mama banyak berbakti kepada kita..
mula-mula, sebelum kita lahir dalam dunia ni..
mama terasa kosong, sebab ada mama dan ayah je dalam keluarga..
lepas beberapa bulan kemudian,
mama dan ayah gembira tak terkata, sebab apa..?
sebab mama disahkan mengandung..
maka, janin dalam tu pun mula membesar dan membesar..
bukan main selesa lagi janin yang membesar dalam tu..
hari-hari makan apa yang mama makan, tak payah berjalan ke sini ke mari, kalau duduk lama-lama dalam rahim tu pun tak apa..
memang rasa sangat disayangi bila ada kat tempat tu..
kalau kita lapar, kadang-kadang, kita golek-golek dan kita tendang-tendang mama kita..
tapi, mama kita sabar.. mama tahu, kita happy duduk dalam rahim mama..
terima kasih mama, sebab tak sakit hati..
bila dah membesar 9 bulan..
tiba-tiba, mama rasa sakit..
"ayah, mama tak larat..", desus mama menahan kesakitan..
lalu, ayah dengan pantas laksana kilat menelefon ambulans..
"ni no ni no ni no.."
semua orang tengah cemas..
tapi kita pulak, rasa sangat-sangat gembira, sebab tak lama lagi kita boleh melihat dunia..
tak sabarnya nak keluar, saya dah membesar, rahim mama dah tak muat, kesian mama..
dan tak lama kemudian..
sesampainya di hospital,
"uwek~ uwek~ uwek~"
"tahniah, atas cahaya mata pertama ini, semoga hidup lebih bermakna..", ucap doktor tersebut..
dan kita, rasa puas! yes!
mata terkebil-kebil..
mengecam wajah mama yang melahirkan kita..
dan mama, sangat bersyukur..
biarpun perit melahirkan kita, tapi mama masih mampu tersenyum gembira..

bila kita dah besar,
kita mula buat macam-macam masalah..
bila nak pergi sekolah je,
"mama, nak duit belanja.."
itu je yang kita reti mintak..
bukannya pernah kita terfikir, ibu ada duit atau tidak..
bukannya pernah kita terfikir, ibu penat cari duit ke tidak..
bila dah masuk asrama lagi lah,
macam-macam yang perlu dibelanjakan..
makanan, baju, buku, duit belanja, duit tambang..
serba-serbi kita mintak kat mama, kalau nak mintak kat ayah, takut..
baik mintak kat mama je, confirm dapat..
bagi kita, mama lah sumber kewangan kita..
lepas dah lama hidup kat asrama,
kita terkadang alpa..
seminggu sekali baru ingat mama, baru nak telefon mama..
semuanya sebab, kita sibuk hidup kat asrama..
semua benda kita nak handle, kerja sekolah bertambun..
tapi, kita tak tahu..
mama sentiasa menanti kita..
bagi mama, sesaat mendengar suara kita, rindu yang sekian lamanya pasti terubat..
biarlah 1 minit sekalipun kita telefon, sekurang-kurangnya, biarlah dia tahu, kita sihat kat sana..
tapi kita..?
kita tipu mama..
kita kata kita nak belajar sungguh-sungguh..
tapi kita belajar untuk bercinta..
kita ikut kawan kita yang tah hape hape tu..
kita jadikan darah muda kita ni sebagai tuan dalam mendidik akal kita..
bila mama tahu,
mama marah kita..
kita pulak kata, mama tak sayang kita!
tapi, semua tak bertahan..
mama tahu segalanya..
mama lagi faham anak dia macam mana..
itulah, bila dah terhantuk baru terngadah..
mama selalu pesan belajar rajin-rajin, nanti boleh jadi doktor..
mama dah tua, nanti boleh rawat mama..
kita kata, insha-Allah..
kita cuba tunaikan, tapi kita takut..
kalau kita tak ada rezeki doktor macam mana..?
mama pun kata, takpelah, kakak jadi je apa-apa yang kakak suka..
mama boleh tumpang gembira..

bila kita dah kahwin, dah ada keluarga..
mama selalu telefon kita,
baliklah kakak, dah lama tak balik kampung..
tapi kita, selalu jadikan masa sebagai alasan..
hinggalah, sampai suatu hari.. 
bukan mama yang telefon kakak, ayah yang tak pernah-pernah telefon yang telefon kakak..
kakak hairan, ayah kata mama suruh balik sebab.. 
mama nak suruh mandikan jenazah untuk dia..
masa tuh, kakak kata ayah tipu, tapi tiba-tiba Allah menggoncang hati kita..
terasa benar kata-kata ayah tadi..
masa tulah, kita sebagai anak..
tersungkur, terjatuh menginsafi kekhilafan lalu bersama bonda tercinta..
sesungguhnya tak ternilai perih-jerih seorang mama buat kita..
dari kita belum hidup di bumi, sampailah ke akhir nafasnya..
dia masih setia menjaga kita..
dia kandung kita selama 9 bulan, dia lahirkan kita, dia besarkan kita, dia bagi kita makan, dia didik kita menjadi manusia, dialah segalanya..

PS. cerita di atas tiada kena mengena dengan sesiapa, sekadar renungan insan..



Your Mother
{Yusuf Islam}
who should I give my love to?
my respect and my honor to
who should I pay good mind to?
after Allah
and Rasulullah
comes your mother
who next? your mother
who next? your mother
and then your father
cause who used to hold you
and clean you and clothes you
who used to feed you?
and always be with you
when you were sick
stay up all night
holding you tight
that's right no other
your mother (my mother)
who should I take good care of?
giving all my love
who should I think most of?
after Allah
and Rasulullah
comes your mother
who next? your mother
who next? your mother
and then your father
cause who used to hear you
before you could talk
who used to hold you?
before you could walk
and when you fell who picked you up
clean your cut
no one but your mother
my mother
who should I stay right close to?
listen most to
never say no to
after Allah
and Rasulullah
comes your mother
who next? your mother
who next? your mother
and then your father
cause who used to hug you
and buy you new clothes
comb your hair
and blow your nose
and when you cry
who wiped your tears?
knows your fears
who really cares?
my mother
say Alhamdulillah
thank you Allah
thank you Allah
for my mother

* * *

assalamualaikum dan salam 1blogger! :D
ana masih di sini, mencoret lukisan hati untuk dikongsikan bersama kalian..
seperti yang kalian tahu, hari ini, hari paling istimewa buat kalian yang bergelar ibu..
tak kiralah, ibu, ummi, mama, mummy, mak, amma, bonda sekalipun gelarannya..
sesungguhnya, telah termaktub yang anda permata di hati anak-anak sekalian..


apa-pun, ana nak ucapkan,

Selamat Hari Ibu! <3<3

*dari kakak, dayah, usop dan akim..*

tanggal 8hb Mei setiap tahun, para ibu pasti diraikan..
tak kiralah sama ada yang telah lama bergelar ibu, baru menjadi ibu, ibu mertua, ibu tunggal, bakal ibu atau sesiapa sahaja, 'Selamat Hari Ibu' ana ucapkan..

pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan penghargaan kepada ibu tercinta.. 
ada yang bagi bunga, kad ucapan, SMS atau panggilan telefon, dan ada juga yang pulang ke kampung halaman bersua muka dengan ibu tercinta.. 
ibu sentiasa dihati semua, kaulah ratu hatiku ibu! :D

*jubah buat mama tersayang..*

alhamdulillah, hasil susah senang kerja di klinik saban hari..
aku mampu mengumpul serba-sedikit imbuhan untuk kepuasan diri..
sesungguhnya, aku sangat puas bila melihat ukiran senyuman dari bonda tercinta..
"ini khas untuk mama, selamat hari ibu!" :)
terharu tidak terkata si ibu, aku syukur..

ingatlah wahai rakan sekalian..
doa ibu sentiasa bersama anak-anaknya tatkala susah dan senang.. 
tak pernah mengeluh penat dan lelah dalam membesarkan anak-anak demi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.. 
cuma selalunya, anak-anak lah yang seringkali terlupa akan ibu tercinta ketika senang..
 dan kadang-kadang, kita baru teringat menyebut nama "mak" hanya ketika susah dan kesedihan.. 
harap-harapnya kita dijauhkanlah dengan sikap yang sebegitu..

biar pun saban tahun ada hari khas seperti Hari Ibu 2011 ini, ingatan terhadap ibu bukan hanya pada hari-hari tertentu malah biarlah setiap hari, setiap saat dan ketika.. 
tanpa ibu yang melahirkan, tiadalah kita di dunia ini.. 
atas sebab itulah ibu perlu dihargai dan sentiasa menjadi ratu di hati dan sanubari semua orang..

ibu~ bergenang air mataku~ terbayang wajahmu yang redup sayu~
oh tuhan, peliharalah ibu sebagaimana ibu memelihara aku..

last but not least..

selamat hari ibu, mama!  jasamu melahirkan dan membesarkan kakak tiada ternilai besarnya.. biarlah Allah saja yang membalas segalanya, mama.. ampunkan segala kesalahan kakak, ma.. sesungguhnya darah muda ini sungguh bebal hingga kakak tidak bosan mengulang dosa terhadap mama.. kakak kesal atas segalanya.. walau-apa-pun, kakak harap mama sentiasa jaga kesihatan.. banyakkan berehat, jangan fikirkan sangat kerja-kerja kat sekolah tu.. bagi kakak, mama lah ibu terbaik, ter-best dalam hidup kakak.. terima kasih mama sebab sentiasa menjadi teman kakak di kala susah dan senang.. terima kasih sangat-sangat kerana masih menyayangi kakak, menjaga kakak, menaikkan semangat kakak, mendidik kakak dengan hati yang penuh tabah.. insha-Allah, kakak janji, kakak akan jadi anak yang solehah lagi mendengar kata.. apa yang kakak harapkan, mama takkan pernah putus berdoa untuk kakak.. kakak sentiasa inginkan kebahagiaan dalam keluarga kita.. tanpa mama, siapalah kakak dan adik-adik.. kakak yakin, walau kat mana pun kakak akan pergi lepas ni, Allah akan lindungi mama.. mama, doakan yang terbaik buat kakak.. insha-Allah, biarlah nyawa sahaja yang menjadi pemutus kita, dan pastinya.. kita akan dipertemukan kembali di syurga-Nya, begitu juga ayah.. salam! :')

apa-apa pun ana ucapkan sekali lagi,
selamat hari ibu 2011 untuk semua ibu-ibu di dunia.. 
ibu, kau sentiasa bertakhta di hatiku..

salam sayang,
ana_farhana :)

3 comments:

Azree Suhazree said...
This comment has been removed by the author.
Azree Suhazree said...

farhana farhana farhana,,, ini entri terhebat pernah ana baca,,, rasa mcm nak @#$%&!$% je,,,, shukran,,, (realised)

ana cuma dpt ucap hari ibu je, nak bagi hadiah, ana tk kerja, takkan nk mintak duit ibu pulak beli hadiah kan?? nak mintak kt ayah,, ahem,, takut gak lah... walaupun ibu jadi bank keluarga,,, =)
tahniah bebanyk dan thanks,,

hmm, by the way, semoga dpt masuk IPG...

~ farhana selamat ~ said...

@ azree..
syukran2, hee..
skdr brkongsi apa yg terbuku..
tkpelah tu, skurg2nye wish jgk..

ok2, doakan dn trus doakan.. haha..
anda juga, gud luck, tak sbr nk tnggu 21 mei..
"ya Allah, perkenankan lah doamu ini, amin!"