Sunday, May 08, 2011

haluan kita?

semua orang dalam dilema..
semua orang dalam kebuntuan..
semua orang dalam kegelisahan..
semua orang dahagakan jalan-Nya..
semua orang dahagakan hidayah-Nya..
semua orang dahagakan nur-Nya..

*assalamualaikum semua! :D*

alhamdulillah, sobahal khair..
pagi-pagi lagi, kebelengguan sudah menyapa..
persoalan demi persoalan ditaburkan kepada kita..
belenggu demi belenggu merajai diri kita..
dilema demi dilema menghantui kita..
gelora demi gelora menjadi tuan dalam diri kita..
resah gelisah, hati mula berkata..
dan akal, hanya mati kutu mendiamkan dirinya..


persoalan utama..
"awak nak sambung belajar kat mana..?" 
"awak dapat course tu, tapi awak minat ke..?"
"tak payah lah masuk sana, kat sini ada biasiswa dah.. kenapa nak susah-susah..?"
"awak nak ambil yang diploma tu ke, yang matriks tu je..?"
"kenapa awak nak bazirkan masa awak..? setahun pun cukup lah nak belajar kat matriks tu.."


arggghh! >.<
semua dah bertanya..
aku..
masih dengan kebuntuan aku yang tidak terkiranya..


jadi, mari kawan-kawan sekalian..
jangan biarkan kebuntuan awak melekat tak hilang-hilang dari kepala awak tu..
mari kita baca info-info yang saya kutip dari alam maya ini..


baiklah, ini hanya informasi terkini lagi sensasi..
sebenarnya, tempat kita nak belajar seperti universiti atau kolej hanyalah menyumbang bawah dari 20% dari pencapaian kita.. maksudnya..?
apa yang selebihnya adalah dari inisiatif kita termasuklah 'nasib'.. 
kalau usaha + nasib + minat + rezeki kita tu baik = gempak lah result kita..
kalau tak, memang tidak sama sekali..
secara simple-mimplenya, pra-Universiti = tamhidi = asasi = foundation = matrikulasi = form 6..
most of them adalah A-level yang kita mungkin tak boleh guna langsung untuk dapatkan pekerjaan..
takkan nak mengharap kepada sijil SPM je kan..?
so, macam mana nak bezakan antara mereka semua..? 
okeyh, senang je..

MATRIKULASI..
1. under kerajaan - tak perlu bayar, siap dapat elaun lagi.. :)
2. nak masuk sini agak susah.. :(
3. cepat tamat pengajian - terus masuk degree.. :)
4. subject yang compact dan pembelajaran yang laju.. :(
5. kurang praktikal.. :(
6. perlukan result yang gempak.. or else, anda akan ditendang.. :(
7. matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh.. :((
8. lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja.. :(


ASASI a.k.a FOUNDATION..
1. kalau under IPTS, kena bayar sendiri atau biasiswa.. loan atau pinjaman PTPTN dan MARA kebanyakannya tak ada.. :(
2. nak masuk sini agak susah.. :(
3. cepat tamat pengajian - terus masuk degree.. :)
4.  kurang praktikal.. :(
5. perlukan result yang gempak.. kalau tidak, dushh! anda akan ditendang.. :(
6. kalau lulus, tempat atau course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding matrik.. :)
7. sijil asasi atau foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja.. :(


DIPLOMA
1. masa pembelajaran yang panjang - mostly 3 hingga 4 tahun.. tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun.. :|
2. lebih praktikal dari asasi dan matrik dan form 6 etc sebab tu tempoh belajar lama.. :)
3. lebih peluang kerja - kalau {matrik + ijazah} vs {diploma + ijazah}, {diploma + ijazah} akan menang.. :)
4. ilmu lebih banyak dari asasi dan matrik - diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major.. :)
5. pembelajaran lebih relax.. :)
6. dan mungkin akan melekakan.. :(
7. diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti matrik dan asasi.. :)


TAHMIDI (special for USIM-ians)
1. ini yang orang paling tak tahu maksudnya.. ianya sama macam matrikulasi dan asasi.. tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja.. :)
2. perlu power bahasa arab.. :|


FORM 6 a.k.a TINGKATAN 6..
1. tempoh pengajian yang singkat.. :)
2. pembelajaran yang sukar, cepat dan compact.. :(
3. kalau score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang korang nak.. :))
4. nak fly ke mana-mana pun tak ada hal bila result 3.5 science stream.. MARA sure sayang kalian.. :))
5. STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia.. =='
6. STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding matrik.. :)
7. STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 .. :)


PERSIJILAN
1. pra-universiti.. :(
2. sijil boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan.. tak seperti asasi dan matrik.. :)
3. tempoh pengajian yang lama.. ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun.. then sambung degree 2-3 tahun.. tempoh pengajian 6 tahun minima.. :)
4. sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru.. contohnya, kalian kelas science then kalian nak cebur dalam bidang account, kalian patut ambil sijil account.. :|
5. ana memang tak recommand lah kalian ambil sijil, lamaa bebenor! :((


credit to facebook..
entah macam mana bila godek-godek, dapat info best ni..
ok, ini ada lagi..
antara comment-comment yang ana baca masa blogwalking di blog sahabat..
semuanya asbab dari kecelaruan menjawab persoalan yang atas tadi tulah..

persoalan pertama..
si A konfius, sama ada mahu ke matrik atau asasi UiTM..

komen terpilih 1..

kalau tanya saya, elok masuk asasi.. banyak kelebihan.. kalau masuk asasi, dah konfim selangkah kat UiTM tuh.. kalau fokus belajar, dah boleh masuk degree.. jarang budak gagal asasi.. kalau masuk asasi, boleh mohon fast track.. kalau budak lain habis 4 tahun, awak boleh habis 3 tahun.. tau kalau lagi pintar tuh, 2 tahun dah boleh bungkus baju.. :) matrik pun ada kelebihannya.. matrik dia akan dedahkan alam belajar, dia akan bagitau apa yang sesuai dengan awak.. time ni le awak akan nampak apa yang awak suka.. awak akan nampak apa yang boleh awak buat, kelebihan awak, kemampuan awak.. tapi ada masalah.. awak kene struggle.. untuk satu tahun matrik, awak kene tahan sebab dia sangat pack.. matrik sama macam asasi, takde sijil.. apa yang membezakan asasi dan matrik ialah kedudukan dia.. asasi dibawah U, matrik dibawah kementerian.. kalau awak ambil asasi uitm, insyaallah awak akan masuk buat degree kat uitm.. UiTM akan beri keutamaan kepada student dia sendiri, then baru dia pandang budak matrik atau diploma U lain.. kalau amik matrik, peluang 50-50.. kalau keputusan bagus, boleh la masuk U bagus, kalau tak, dia campak ke mana mana dia suka.. ada yang lagi malang, tak dapat tawaran langsung.. bila tak ada tawaran, dan dalam masa sama takde sijil, student tu sangat rugi sebab dia cuma boleh keje pakai SPM dia.. bukan nak kata apa, tapi saya rasa asasi lebih menjamin.. matrik tak.. walaubagaimanapun, tu bergantung kepada minat.. kawan boleh dicari.. jangan belajar kerana kawan.. tak ke mana kita nanti.. saya dulu dapat matrik melaka, tapi tak pergi.. saya pegi diploma uitm je.. sebab saya takut tak lepas matrik.. rugi nanti takde sijil.. diploma pun belaja dia relak sikit.. tak rushing.. saya bukan nak pengaruh keputusan awak, tapi saya cuma kasi pendapat.. so, buat keputusan terbaik yep.. 2-2 pun bagus sebenarnya..

komen terpilih 2..

i got offer to matrix malacca, tapi tak pergi pun. sebab rase tak buleh bawak, almaklum lah malas study kan. macam member ramai yang masuk matrix sebab kunun matrix ni macam gah lah kan, last2, kene lelong dapat kos pape entah sebab score point rendah. tapi, saya yang pilih untuk masuk maktab je pun dah 1st year degree sekarang and takde masalah langsung dalam study. uitm not bad lah. kwn2 ramai je yang amek asasi uitm/dip uitm lulus dengan jayanya. tapi kannn, matrix okay jugak for those yg bebetul study. nak tebus SPM lah kununnye kan. ade sorang member result SPM tak seberape, tapi bile kat matrix die pulun habes, dpt result bagus. sekarang die sambung degree kt UM. its up to you, awak. both have pros & cons. solat istikharah mohon sungguh2 dekat tuhan. :)

credits to sahabiah..
terbuka juga mata hati diri ini! :)
credits to adibah faizah juga atas pandangan anda, click SINI!

"sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin.. 
sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.." 
(Hadis riwayat Muslim)

sekian sahaja dari coretan insani,
ana harap post kali ini sedikit sebanyak akan membantu dan bukan membuntu kalian lagi! :)

PS. selamat menjalani hidup sebagai pelajar, wahai rakan-rakan yang masuk form 6 9hb ini.. jangan pernah sangka anda lemah, sesungguhnya, andalah yang paling bertuah kerana dipilih oleh-Nya.. :) teruskan maju jaya, jangan pernah putus mengharapkan yang terbaik!

wassalam,
pemburu hidayah-Nya :D

6 comments:

fatin nasuha or as known as nasot. said...

bestlah entry ni.
thanks sudi kumpol2 infos :)

~ farhana selamat ~ said...

@ nasot..
tq nasot, sje je ngepost bnd ni..
sume msty ngah blenggu en..

syafiqah said...

salam~ terima kasih~ entri sgt menarik n penuh info~ :D

~ farhana selamat ~ said...

@ syafiqah..
w'salam.. sama2~

Cik Nathrah said...

yup.matrik kena belajar btol2. xde mase nak main2

~ farhana selamat ~ said...

@ cik nathrah..
humm, betol2, cik nathrah msty asl mtrix kn..?
thnx sbb post psl mtrix uh..
membantu kami.. :D