Sunday, May 01, 2011

selamat hari buruh.

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam..

alhamdulillah, pejam celik pejam celik..
kalendar di telefon bimbitku bertukar pula tarikhnya kepada 1 MEI 2011..
semuanya persis kilat yang lajunya tak terhitung dek saat..
tapi, walau-apa-pun, betullah orang kata, selamanya dalam hidup kita..
MASA TAKKAN PERNAH ADA MASA MENUNGGU KITA!
al-waqtu kassaif, in lam taqtho'hu qatho'aka..
ataupun mafhumnya..
MASA IBARAT PEDANG, JIKA KAMU TIDAK MEMOTONGNYA IA AKAN MEMOTONG KAMU..
macam-macam pepatah, idioms, provebs, kata pujangga, hikam yang tak habis-habis menekankan tentang betapa berharganya setiap detik, setiap saat..
OK, seperti yang semua tahu..
hari ni, HARI BURUH! atau apa yang kita selalu sebut, HARI PEKERJA!
yeah, apa yang menariknya tahun ini daripada tahun-tahun yang lain ialah,
ana menerima utusan ucapan "happy workers day" pagi tadi..

"hari ni aku bangun pagi macam biasa.. lepas gosok gigi, solat subuh, breakfast kejap.. eh, time tu dah mandilah! tengok cermin bagi aura kat diri sendiri dulu.. baru semangat! :D apasal aku semangat sangat nak hantar mesej ni kat korang haa..? T.T owh hoo, aku tahu! sebab aku nak wish "happy workers day" tok kengkawan aku yang sedang bekerja tu.. eh..? hari ni cuti laa.. hee.. :P"
- petikan mesej dari prof mira.. berbelit-belit~ tapi pe pun, TQ! -


“sesungguhnya ALLAH ta’ala suka melihat hambaNya berusaha berpenat lelah mencari rezeki yang halal”.. 
(HR Ad-Dailami)

*yeah! do not disturb! enjoy!*
walaupun hari ni hari pekerja sekalipun, ana tetap perlu berkhidmat demi patient tercinta! :)
nasib badan orang kata..

alhamdulillah, praises to ALLAH the ALMIGHTY..
tetiba rasa bertuah sebab ana ditakdirkan untuk menikmati pengalaman dan ilmu sebagai pekerja..
bagaimana susah, jerih dan perihnya bekerja..
bagaimana cara nak handle kerja dengan orang lain..
 bagaiamana cara tatasusila dan adab bekerja dengan senior..
bagaimana cara nak buat itu, buat ini..
bagaimana nak bajet masa, kena punctual..
bagaimana kena marah, kena tegur..
bagaimana nak hadapi situasi stress, sibuk..
haish, macam-macamlah, segalanya memang teramat berharga buat diri ini..
memang tak mudah untuk ku lenyapkan segala memori terindah di alam pekerjaan yang sementara ini..

*promote banner lagi, PEKERJA MEREALISASI TRANSFORMASI NEGARA!*

alhamdulillah, tak sia-sia masa yang Allah anugerahkan untuk ana selama 4 bulan nih..
seperti yang anda-anda tahu, ataupun mungkin ada yang akan tahu bila ana bagitahu ni,
ana dah 4 bulan berkhidmat sebagai jururawat tak bertauliah di klinik yang berdekatan dengan rumah ana nih..
sememangnya segala ilmu 'bios logos', chemistry dan physics yang ana pelajari kat sekolah dulu ana praktikkan, setiap detik di klinik..
alhamdulillah sangat-sangat, semua ilmu ALLAH dapat ku jadikan wasilah untukku bina diri yang daif ini..
okeyh, cuma sekarang, ana belenggu, tak tahu bila nak berhenti..
kalau berhenti, siapa pulak nak ganti tempat ana nanti..
haish, macam-macam persoalan pula datang-bertandang di kotak fikiran ana nih..
 takpelah, just forget about it..

baiklah, sekarang ana nak kongsikan sedikit pengalaman bermakna sepanjang hidup berkerjaya nih..
ok, for your information, ana sebenarnya pernah berkhidmat di KFC!
tapi , tak lama.. 10 hari saja! lalu, dengan hati yang penuh berharap, maka ana pun mohon untuk berhenti..
kenapa ana berhenti..? sebenarnya.. adelah sebab-musababnya..

*kfc kl sentral! thanx for the opportunity! :)*

alright :D,
then, tak lama tu, ana diterima pula berkhidmat sebagai jururawat di salah sebuah klinik famous di bangsar.. hehe..
dan semuanya, memang seperti yang ana impikan..
yeah! fasa pertama telah ana jejaki..
hari-hari ana practice, semangat nak jadi doctor pula kian memuncak..
and alhamdulillah, ana bertahan, sampailah sekarang dan mungkin bulan ini, bulan terakhir ana habiskan sisa kerja ana di klinik.. owh, tidak! :'(


“seseorang pekerja apabila ia mentaati ALLAH dan majikannya, nescaya ia masuk ke dalam syurga lebih dahulu dari majikannya selama 70 tahun..” 
(HR at-Tabrani)


*HAPPY LABOUR DAY!*

baik, walau-apa-pun pekerjaan kita sekarang ataupun lepas ni,
janganlah kita terlampau sibukkan diri dengan kerjaya duniawi seolah-olah dunia ini adalah segalanya dan kekal abadi..
bekerjalah seadanya, dan sulamilah nilai kerja kita bersama dakwah dan teras jalan ilahi..
sesungguhnya, bekerjalah kamu sepertimana kamu akan hidup selamanya dan beribadahlah kamu sepertimana kamu akan meninggal esok..
maka, yakinlah dengan ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha PEMBERI REZEKI!
dan bekerjalah dengan ikhlas semata-mata untuk mencapai mardhatillah ilahi..


“sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain..”
(al-Qudha’i)

PS. tidak dilupakan juga kepada si PENANAM ANGGUR dan PENTERNAK LEMAK sekalian! :D selamat hari buruh..


with love,
lurun anahraf! :))

4 comments:

Azree Suhazree said...

haa,, farhana, ana un pernah keje gak tp bkan kt kfc tp pizza hut,, ana keje lagi sekjap, 7 hari je n gaji pun dpt rm269.90.. hehe

ana berenti pun ats sebb ttntu.. hhee.... nk g lah klinik kt bangsar tu....=)

~ farhana selamat ~ said...

owh yeke..
pizza lg ok dri kfc rsenye..
kfc very hectic, xlarat den~
owh, mai lah pegi..
wt check-up msok u ke..

fatin nasuha or as known as nasot. said...

haha.
kte keje 2mggu dpt 500.
ok la tuh kan?

:)

*lwt2 lah my belog :P

~ farhana selamat ~ said...

owh, yeke..? bestnye!
kalau sbulan, boleh dpt lebih sribu dah tu..
ok, nasot.. :)