Sunday, May 15

selamat hari guru.

"sesungguhnya Allah Taala tidak mencabut ilmu dengan menghilangkan ilmu daripada manusia akan tetapi Allah Taala mencabut ilmu dengan mematikan para ulama.."
(riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi)


salam alaik semua..
wah! hari ni, hari istimewa lagi..
untungnya, jadi warga MEI..
hari ibu ada, hari jururawat ada, hari belia ada, hari guru pun ada..
baiklah, seperti yang anda tahu..
setiap hari yang teristimewa itu, pasti ada sejarahnya tersendiri..
jadi, moh kita refresh minda..
mengapa 16 MEI..?

tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita.. 
dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu..

*ini pula logo hari guru..*

pernah tahu pasal logo hari guru..?
okeyh, ni sedikit sebanyak erti logo tersebut..
putih : menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan..
perak : menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh..
kuning : sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan..

credits to MR.GOOGLE (:

okeyh, seterusnya, jom gali pasal tema..

2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara



wah-wah!
begitu banyak tema yang menjadi asas buat sang mahaguru..
terima kasih kepada alam maya yang menyediakan sebegitu banyak info..
baiklah, itu semua tema dari 1972 hingga 2010..
jadi, apakah tema hari guru bagi tahun ini..?
ini dia..
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"


jika dilihat pada tema ini secara halus.. 
maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar.. 
kerana apa..?
kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan..
dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai..
insha-Allah, cikgu-cikgu semua boleh!

*terima kasih cikgu (:*

baik, mari kita renung sejenak dunia masa kini..
bagaimana sang mu'allim, muaddib, murabbi ini menghadapi 1001 ragam kanak-kanak yang kian membacar ini..?
kalau kita letakkan diri kita dalam kasut seorang mahaguru..?

tapi, selalunya..
kegagalan dalam kejayaan individu sering guru dipersalahkan..
kejayaan bagi seseorang individu amat jarang ibu bapa perakui sumbangan dan pengorbanan guru..
walaupun mereka tahu bahawa peratusan kejayaan anak mereka banyak didasari melalui pengajaran guru sama ada di sekolah mahupun pusat tuisyen..
namun..
usahlah diungkit keciciran yg dilakukan oleh mungkin setitik dua nila insan yang bergelar guru..
kerana secara hakikinya, kita semua adalah guru..
selagi kita mendidik, menegur, mengajar, membimbing walau sekecil zarah pun, kita adalah guru..
patutkah guru dipersalahkan atas apa yang berlaku..?
itulah minded sesetangah orang..
ana bukan nak ambush sesiapa, tapi cubalah kita renungkan sejenak..
sebenarnya..
dialah ibu dialah bapa juga sahabat..
alur kesetiaan guru mengalirkan nasihat kepada kita..
dialah pemimpin yang ditauliahkan segala umat..
walau seribu tahun, katanya tetap menjadi hikmat..

"ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya..
maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberikan rahmat oleh Allah Taala..
maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberikan pahala akan empat orang..
pertamanya orang yang bertanya..
keduanya guru yang menjawab..
ketiganya orang yang mendengar jawapan itu..
keempatnya orang yang cinta kepada mereka.."
(Riwayat Abu Nuaim)

walau-apa-pun, di kesempatan ini, ana nak ucapkan..
"SELAMAT HARI GURU!" 
wahai murabbi, mursyid, mu'allim, muaddib dan mudarris sekalian..
khasnya buat warga pendidik di..
TADIKA MASJID SAIDINA ABU BAKAR..
SK BUKIT BANDARAYA..
SMK BANDAR TASIK SELATAN..
SBP INTEGRASI JEMPOL..

sesungguhnya, engkaulah ibu dan bapa kedua bagiku..
di sekolah lah tempat kita bertemu..
tempat kita mengadu mesra..
tempat kau curahkan segala ilmu..
tempat kau bentuk insan permata negara..
tempat kau mengerah keringatmu..
tempat kau luahkan hasratmu..
tempat kau membina anak bangsa..
terima kasih cikgu..
thank you teacher..
syukran kathiran ustaz, ustazah..
arigato gozaimas sensei..
semoga cikgu-cikgu sentiasa sihat dan dipayungi rahmat Allah..
insha-Allah, terima kasih kerana membimbing saya sehingga ke tahap ini..
sesungguhnya, hanya Allah yang mampu membalas segala jasa cikgu-cikgu terhadap kami..
:')


"tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka.." 
(Hadith sahih Ibnu Majah)

dan tak ketinggalan juga..
terima kasih juga kepada rakan-rakan yang berdiri sebagai guru untuk ana..
terima kasih, sahabat!
kerana sudi berkongsi ilmu sehabis baik dengan ana..
jasamu akan kukenang..
semoga kita sama-sama akan berjaya lepas nih..
insha-Allah di dunia dan pastinya di akhirat sana..

seterusnya..
guru teragung dalam hidup saya ialah kedua ibubapa yang membesarkan saya..
ibu, ayah.. engkaulah yang pertama..
sentiasa berada di atas dan tetap teratas..
terima kasih ana ucapkan..
tak terhitung kira segala didikan yang diberikan kepadaku..
:')

apa-apa-pun,
ibubapa guru dan rakan tetap bertakhta di hati dan jiwa saya walau bagaimanapun keadaan mereka..
kerana tanpa mereka, siapalah kita..
justeru saya doakan semoga semua ibu bapa dan guru yang berada di muka bumi ini sentiasa dalam keredhaan dan keberkatan ilahi..
teruskan pengorbanan anda semua sehingga ke akhir hayat.. 
selamat hari guru untuk semua.. 
jasamu dikenang..

when I am down and, oh my soul, so weary..
when troubles come and my heart burdened be..
then, I am still and wait here in the silence..
until you come and sit awhile with me..

you raise me up, so I can stand on mountains..
you raise me up, to walk on stormy seas..
i am strong, when I am on your shoulders..
you raise me up, to more than I can be..

you raise me up, so I can stand on mountains..
you raise me up, to walk on stormy seas..
i am strong, when I am on your shoulders..
you raise me up, to more than I can be..

you raise me up, so I can stand on mountains..
you raise me up, to walk on stormy seas..
i am strong, when I am on your shoulders..
you raise me up, to more than I can be..

you raise me up, so I can stand on mountains..
you raise me up, to walk on stormy seas..
i am strong, when I am on your shoulders..
you raise me up, to more than I can be..
:)


:')
*kami anak yang baik, yang mendengar kata..*

PS. 14 MEI hari lahir bonda.. jadi, aku dengan bangganya membawa 1 famili makan-makan kat pizza hut guna duit sendiri.. hehe..
bagi bonda, MEI adalah bulan bertuah baginya dalam setiap tahun, mana taknya, bulan ni lah ada hari ibu, hari guru dan hari jadinya juga.. :D suka betul!

*yummy!*

*sanah helwah, maa! :D*

PSS. 2 days to go.. UNITEN i'm coming.. :')
thanx to doctor yang sponsor medical check-up semalam.. 
haih, sedihnya! :'( hari ni last day kat klinik.. sob-sob-sob! :'(
PSSS. hari ni result mara keluar, ana harap semua yang pergi interview hari tu dapat! insha-Allah, perhaps..



cikgu,
akulah yang kau pimpin dahulu,
melangkah dari teratak jahil itu,
meniti di titian ilmu,
belum puasku menghirup pengetahuan,
biarpun kini mendakap kejayaan,
sungguh, tanpamu cikgu,
siapalah aku,
"TERIMA KASIH CIKGU!"
farhana_selamat (:

6 comments:

fatin nasuha or as known as nasot. said...

farhana selamat menjalani kehidupan di uniten. all the best ! :)

~ farhana selamat ~ said...

thanks nasot :)
doakan kite slalu..

norsafina said...

selamat hari guru jugak farhana.
terima kasih sebab banyak ajar aku mase kat sekolah dulu :)

~ farhana selamat ~ said...

@norsafina..
selamat hari guru jugak..
dlu ko pnh ajar aq +m3..
thanx yep~
halalkan sgla ilmu..

ninjakecik said...

salam :) goodluck di uniten :D

~ farhana selamat ~ said...

w'salam..
terima kasih ninjakecik :)