Friday, May 27, 2011

perpisahan pertemuan.

:')
(berhabuk sudah blog ana, haih!)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
:) excited pulak hari ni nak coret-coret di blog kesayangan..
apa khabar kalian semua..?
ana di bumi UNITEN nih baik-baik saja..
alhamdulillah..
new environment, new friends, new lecturers, new 'serba-serbi'-lah..
ok, memandangkan kebanyakan rakan-rakan batch '93 dah masuk U..
first and foremost, ana nak ucapkan, tahniah sebab terpilih untuk melanjutkan pelajaran dan hidup sebagai pelajar semula..
then, ana cuma nak berpesan, untuk renungan diri ana juga supaya jangan terleka dengan kebebasan yang boleh dikatakan agak 'melampau' di universiti..
apa yang penting, ingat mak, ingat ayah dan ingat prioriti anda melangkah ke U tersebut..
and so, what's the priority..?
my priority is study! achieve 4 flat for all subject and to be shortlisted to the Dean's list!
yeah, perhaps.. insha-allah ma'an najah!

okeyh, the main point is actually, ana nak cerita serba-sedikit aktiviti yang ana lakukan sepanjang bergelar student UNITEN  ni..
first, bila datang sini, my first impression is :')
alhamdulillah, this place is quite great.. hehe..
bak kata orang, dulu ada hutan dan ada perkampngan orang asli je kat muadzam nih..
but then, bila ronda-ronda..
rupanya memang 'indah rupa dari khabar'.. hehe..
alhamdulillah, kawasan UNITEN ni memang bermaharajalela di muadzam..
apa maksudnya..?
maksudnya.. UNITEN memang betul-betul dok tengah-tengah muadzam dan boleh dikatakan menjadi mercu di bumi muadzam tu..
and area tu memang banyak kedai-kedai popular dan femes yang tak pernah wujud di kota metropolitan kuala lumpur..
see, hebat tak muadzam..? jangan pandang sebelah mata.. (:
ada PPS (pasaraya pantai SELAMAT), TM (tunas manja), NAG (nasi ayam gemas), dekat ngan JPJ, JPN, POS, HOSPITAL..
bank pun banyak, BANK ISLAM, MAYBANK, CIMB, BSN, BANK RAKYAT..
petik je lah apa-apa, gerenti ada!
setiap hari sabtu pulak ada pekan sehari, means.. pasar tu buka dari pukul 8 pagi sampai 9 malam..
memang wajib pergi lah pasar tu setiap minggu, sebabnya, foodcourt kat situ off-day..

seterusnya, pasal tempat penginapan ana di sini..
first-first before datang tu, ingatkan macam hostel biasa yang kat sekolah dulu..
rupanya, macam apartment..
ada 2 bilik tidur, ruang tamu siap set sofa dan meja makan, ada dapur, ada balcony, 1 toilet, 1 shower..
wah! teruja! (:
dan 4 orang pelajar yang ditempatkan dalam sebuah rumah..
ana punya housemate semua dari kl..
memang senang lah kalau nak balik sama-sama..
alhamdulillah, walau-pun bi'ahnya tak seperti di bumi jempol dulu..
pengisian rohaninya mash perlu digali lagi, namun.. itu semua menjadi tanggungjawab diri sendiri..
ana tetap bersyukur, ana punyai housemate yang sefikrah dengan ana..
ya Allah, syukran!
ana tak terpaku berseorangan menjalani hidup di bumi Allah ini..
masih ada lagi insan yang mahu seiring denganku.. thank you, Allah!

then, pasal class..
seperti yang pernah ana maklumkan, ana memilih finance sebagai major di uniten..
so, subject foundation in finance untuk trimester 1 ni ada 5 sahaja..
iaitu business accounting 1 (ABAF 014), business computing 1 (MGMF 014), quantitative analysis (QNTF 014), foundation english 1 (ENLF 013) and islamic education & human development (ISLF 011)..
actually, nak diikutkan subject ni macam ana belajar account, it, addmaths, bi dan agama..
dan bagi yang tak ada basic spm untuk account macam ana nih, memang kena work on account selalu lah..
baru lah ana tahu perasaan orang yang belajar account tu, memang penyabar orangnya..
hehe.. tapi, kalau kita usaha, apa-apa pun mesti boleh punya..
so, let's generate the positive thoughts in ourselves..
insha-Allah, Allah bantu kita.. (:

ok, pasal classmate pula..
setakat ni, baru ada 11 students je dalam class ana..
kalau class lain punyalah pack, dalam 30 orang..
kebanyakan  di sini, ambil course account, so student business and finance hanyalah minority..
tapi bila bilangan member class sikit ni, kami menjadi begitu rapat..
lagi lah bila 4 orang je muannas termasuk ana kat dalam class..
memang ke sana ke mari sama-sama lah..
selebihnya lelaki, lecterur pun pelik..
first time tengok lelaki major dalam class..
alhamdulillah, petanda masih panjang umur dunia..
wallahu a'alam.. (:
tapi, apa-apa pun, rasa sayang pada class ni kian mendalam..
sebab semua baik-baik belaka..
memang sporting, friendly mereka ni..
masing-masing pulak ada loghat sendiri, kelantan lah, terengganu lah, n9 lah, pahang lah..
best-best! (:

ok, sepanjang seminggu lebih ana kat sini..
memang banyak input yang ana dapat..
kat sini, homework dipanggil tutorial, dan benda ni memang wajib ada lepas habis class..
class kat sini ada 2, 1 dipanggil class tutor, 1 lagi class lecture..
ok mungkin korang yang belum masuk U tak nampak lagi apa yang ana perkatakan.. (:
apa-apa pun, bersedia fizikal dan mental..
pun begitu, bukan sahaja ilmu duniawi, tapi ukhrawi juga diajarkan..
alhamdulillah, kat sini ada usrah juga, cuma dipanggil halaqah..
syukur, masih ada ruang untuk kami memantapkan diri..
kini, semuanya ada hikmahnya..
ana yakin! innallah ma'ana..

ok, next week dah start test 1 atau kat sini dipanggil quiz..
so, do pray for me..
insha-Allah, ini adalah antara carry mark yanng ana akan bawa ke final exam nanti..
insha-Allah, hoping for excellent and success!

"dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.."

PS. ya Allah, semoga kau permudahkan jalanku di sini..
PSS. semalam ada 50 orang member baru, bulan jun nanti pun ada lagi, salah satunya, akmal taufik (dol).. sahabat sbpi jempol.. (yes! ada geng!)
PSSS. tak tahu nak balik kl bila..? busy assignment.. (:

till then, salam..
missfinance-wanna-be! :P

4 comments:

Adibah faizah said...

Waaa... miss finance-wanna-be..
bce ni buatkan aq excited nak masuk Uni..yeah 4 more days to USIM..:)

~ farhana selamat ~ said...

@adibah..
gudluck dib..
aq twu ko leyh strive kat sne gk nnt..
jaga ainhana elok2.. (:

Azree Suhazree said...

jeles tgk ramai kwn dah masuk u,,, good luck!~

~ farhana selamat ~ said...

@ azree..
tkpe2, bykkn ijtihad tok survive nnt..
hehe, gud luck jgk..