Friday, May 06, 2011

rezeki.

dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya.. 
"apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.." (al-Bukhari)

orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup.. 
walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya..
bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana..? renung-renungkan! :D

alhamdulillah, sehari suntuk telah ku kerah tenagaku untuk memberikan komitmen terbaik di ambang kerjaya ku..
bukannya apa, cuma bila hari-hari terakhir hampir menjelma, terasa pula diri ini nak all out merajinkan diri di klinik tersayang..
punyalah rajin, kemas stok ubat, buat ubat, susun rak, x-ray sume.. hee..
yelah, lepas nih, bila lagi nak buat semua tu kan..

ok, let's turn to our main point..
sejak kelmarin lagi, hati dah mula berdebar laksana machine gun yang menembak bertubi-tubi..
haih, dapat ke tak, sangkut ke tak mana-mana scholar yang ana pergi interview dulu..
and recently, ana dikhabarkan dengan beberapa berita pasal upu, tnb dan petronas..
alhamdulillah, hati gersang ditaburi limpahan cahaya rahmatNya..

ok, lepas dok gedebak-gedebuk di facebook, mulalah ramai yang sibuk bertanya pasal UPU dapat mana, course apa..
tak kurang ada yang gembira, ada juga yang berduka..
mana taknya, semua mengharap benda yang sama.. alih-alih, course lain, universiti lain pulak yang dapat en..
ok, sebenarnya semua tu takpe lah..
yang penting dapat masuk universiti pun dah cukup, bersyukur..
daripada yang tak dapat.. lagi kesian kan..
dan tak silap ana, kalau anda tak minat dengan course yang anda dapat tu, masa orientasi nanti, boleh mintak tukar course..
so, apa lagi, just accept the offer, then mohon untuk tukar course..
ok, nak koba sikit pasal upu yang ana dapat :)

* * *

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf 

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD : **************
NAMA : NURUL FARHANA BINTI SELAMAT 

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
Y0151 - ASASI BAHASA ARAB (Bumiputera sahaja) 
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) 


CATATAN : Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA mulai 07 Mei 2011 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 14 Mei 2011. 

SURAT TAWARAN BANTUAN ASASI IPTA : https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/

* * *

alhamdulillah,dapat jugak UIAM yang ana idam-idamkan masa sekolah rendah dulu.. hehe..
syukur, walaupun course yang ana dapat bukan seperti yang ana aim iaitu MEDIC, :( tapi dapat ARAB pun dah kira bagus.. :)
ada jugak yang relate dengan minat ana..
tapi, tu semua tak penting, apa yang penting STUDY HARD and SMART!
kalau kita tak belajar sungguh-sungguh masa kat U nanti, sama jugak..
bukan di mana kita belajar tu yang perlu dipersoalkan, yang penting bagaimana usaha kita sepanjang kita belajar.. :D

ok, seterusnya, perkhabaran gembira lagi buat ana..
yeah! alhamdulillah, interview pertama buat julung kalinya selepas SPM, yang ana ceritakan dulu telah success dengan jayanya!
interview apa..?
interview untuk scholarship tnb for local (UNITEN)..
ok, nak imbau kembali debaran-debaran masa interview dulu, jom tekan SINI..
apa-pun, ana nak kongsikan sedikit kegembiraan hati bila dapat tahu berita ni melalui emel.. alhamdulillah!

* * *

Kepada: NURUL FARHANA BINTI SELAMAT
(************)

PENAWARAN BIASISWA UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)

Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah berjaya terpilih bagi mengikuti program biasiswa UNITEN tajaan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi tahun 2011.
Berikut adalah butir ringkas tawaran :-
Bidang : Kewangan 
Tempat : Universiti Tenaga Nasional
Program : Asas Kewangan

Butir-butir lanjut tawaran akan dimaklumkan secara terperinci di dalam surat tawaran yang akan dimajukan kelak.

Sila balas (reply) email ini selewat-lewatnya sebelum atau pada hari SABTU (7 MEI 2011), SEBELUM JAM 5.00 PETANG DENGAN MEMBERIKAN JAWAPAN PENERIMAAN atau PENOLAKAN TAWARAN BIASISWA INI. Jika pihak kami tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh tersebut, tawaran akan dianggap terbatal dengan sendirinya dan tawaran tersebut akan diberikan kepada calon lain.

Sebarang pertanyaan mengenai tawaran, sila hubungi pegawai kami di talian am 03-8924 7500 atau talian terus seperti berikut :-

En Mohd Nasir Ali : 03-8924 7519 (D/L)
En. Md Derus Bunchit : 03-8394 7511 (D/L)

“60 TAHUN PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA”

Syabas dan tahniah !
PENGARAH
Yayasan Tenaga Nasional

* * *

alhamdulillah syukur sangat-sangat, tak sangka pun sebenarnya..
ramai sangat saingan hebat masa ana interview tu..
apa-pun, alhamdulillah sebab terpilih, segalanya rezeki daripada-Nya..
ana memang rasa lega sangat bila tahu dapat TNB nih, sebab aim ana, kalau boleh nak dapat TNB atau PETRONAS..
dan tup-tup, dapat TNB, syukur..
tak perlu susah-susah nak keluar duit belajar, semua tnb sediakan, RM 9000 setiap sorang kalau tak silap ana, alhamdulillah!
lepas tu, masa depan cerah, dah ada tempat nak isi kat TNB bila dah graduate nanti..
huhu, jadi accountant lah aku nampaknye, insha-Allah! :D

ok, yang ni pulak, buat ana gembira jugak.. hehe..
rasanya, baru lepas seminggu kot kalau tak silap ana pergi interview die dan cerita pada kalian pasal interview nih kat SINI..
dan-dan pulak dapat tahu, yang ana berjaya..
wah! teruja sangat bila staff karangkraf telefon hari tu..
katanya, ana dapat sambung belajar kat UNITAR - Universiti Tunku Abdul Razak..
dapat course finance, same jugak yang macam ana bagitahu dulu..
lepas graduate boleh kerja situ, jadi accountant lah kan.. hee~
tapi, tak tahulah nak pergi ke tidak..
tengoklah, kalau ada rezeki terbang ke mana-mana, insya-Allah, ana bagi peluang karangkraf ni pada orang lain.. :))

seterusnya, the recent news pagi tadi..
pasal scholarship PETRONAS!
pagi-pagi lagi ana dapat mesej dari PETRONAS, katanya..

RM0.00 : Keputusan permohonan Biasiswa Pendidikan PETRONAS akan diumumkan melalui spmonline.petronas.com.my pada Sabtu, 7 Mei 2011 mulai jam 8.00 pagi.

lahh, ini ana dah tahu..
punya lah cuak tadi, ingatkan dapat tahu dapat ke tak scholarship PETRONAS tu..
bikin orang cuak saja lah..
ok, so, dengan hati yang penuh debaran ana pun terjah lah laman web di atas..
maka, dengan lafaz bismillah ana membuka mata seluas-luasnya untuk tahu apakah keputusannya..
dan, tadaa..


* * *

Dimaklumkan bahawa permohonan anda untuk mendapatkan Biasiswa Pendidikan PETRONAS adalah tidak berjaya.
Keputusan ini adalah muktamad.
PETRONAS mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam bidang yang bakal anda ceburi.
Sekian, terima kasih.

* * *

:(
nampaknya, aku harus akur..
aku tak layak untukmu, cewahh~
huuu, sedih jugak tak dapat scholarship petronas, tak dapat lah ana nak terbang ke UK..
hurmm, takpelah rezeki dah dapat TNB tu dah kira bagus sangat..
jangan tamak-tamak, farhana! :P
nanti Allah tarik balik baru hang taw!
ok, aku faham kenapa aku tak dapat..
sebab Allah tahu kemampuan aku dekat mana..
mungkin nanti aku berubah angkuh bila dapat scholar tu.. na'uzubillah!
mungkin ada yang tak puas hati dengan aku bila tahu aku dapat, na'uzubillah, mintak-mintaklah dijauhkan..
mungkin aku tak boleh bawak bila study kat negara orang yang penuh dengan ranjaunya, mungkin juga..?
aku faham, aku harus menerimanya dengan REDHA..

"Allah tidak akan memberati hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul oleh hambaNya.. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.. (mereka berdoa dengan berkata) : wahai tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.. wahai tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaiman yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.. wahai tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berikanlah rahmat kepada kami.. Engkaulah penolong kami.. oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.."
(al-Baqarah: 286)

alhamdulillah, semoga kata perangsang ini menjadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur dan redha terhadap ketentuan-Mu, ya ALLAH!
dari sini, ana dapat tahu kelemahan yang perlu ana perbaiki, banyak tu!
cakap BI pun grammar ke laut..
macam mana tu..? nasib badan..

ok, walau-apa-pun, ana nak ucapkan..

*TAHNIAH BUAT SEMUA YANG BERJAYA..*

anda berhak menerima apa yang anda hajatkan..
dan, bagi yang rezekinya belum tiba, jangan bersedih!
"LA TAHZAN, INNALLAH MA'ANA!"
bukannya Allah tak sayang kita, semua yang berlaku sebab Allah sayang kita..
"ALL THINGS HAPPEN FOR A REASON.."
so, teruskan mengharap yang terbaik kepada-Nya..
mungkin rezeki anda bila anda dah besar sikit nanti.. hee~
dapat kerja yang bagus, dapat rumah besar, dapat kereta besar, dapat orang soleh atau solehah.. ^^
insya-Allah, segalanya boleh terjadi..
nothing is impossible, just believe in yourself! :)

PS. ana masih berdebar menunggu result IPG, FELDA, MARA (PIDN) dan SPA jugak.. :)) doakan ya.. ana mengharap sangat IPG tu, amin! :D
PSS. tahniah buat izwan azman yang dapat scholar PETRONAS untuk UTP! hebaq mu~
PSSS. tahniah jugak buat gang SBPIJ yang dapat biasiswa MAINS, akmalludin, amira, rahim, fariza.. dapatlah korang fly ye.. bestnye! pe pun, tahniah! jeles2! :P
PSSSS. ok, buat kalian yang dah dapat banyak offer, hee.. ana just nak share pasal ranking universti kat malaysia nih, so nak tahu, klik SINI..
PSSSSS. nak mintak pendapat kalian, adakah UIA? UNITEN? UNITAR? terbaik buat saya..?

tahniah semua,
all the best untuk yang akan datang,
dari bakal cik accountant! :) 

10 comments:

ziela said...

a big congrats to you farhana :)

Azree Suhazree said...

farhana, thaniah... hmm,, sama lah kita, ana pun paling dan sangat mengharap IPG tuh,, hehee,,, hmm,, nti nti leh jadi ketua bidang matematik and ana jadi pengetua.. =)haha,, hmm,,, anyway gud luck!

~ farhana selamat ~ said...

@ ziela..
thank you, ziela..
anda juga terbaikkk.. :)

~ farhana selamat ~ said...

@ azree..
hee, tnggi cita-cita! bgus2..
insyaallah, doakan..
all the best to you to..
syukran kathiran! :)

fareeda ai ♥ said...

salam. kak, kewangan dengan perakaunan tu sama ke lain?

farhana | selamat said...

kewangan ngn akaun lain, tapi dia related.

finance more to banking.
account more to financial in that company.

^_^

fareeda ai ♥ said...

ohh. hm, kalau kewangan lepas habis degree apa kerjanya kak? akauntan jugak ke? terima kasih terima kasih kak farhana :)

farhana | selamat said...

maybe boleh keje kat bank. atau jadi financial planner/analyst company ke, jadi remiser ke, jd broker ke. huhu. banyak je keje yg menanti. inshaAllah!

okay2, no problem! may Allah ease you :)

fareeda ai ♥ said...

wah broker pun boleh jadi? hmm2. ok terima kasih kak! may Allah ease you too! :)

farhana | selamat said...

ha'ah, ofkoz boleh. tapi setiap apa yang kite pilih, ade risk dia tersendiri. oraito! no problem :)