Tuesday, June 28

israk mikraj.

"katakan (kepada mereka), ‘kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi.."
(surah Yunus:101)

dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, 
G=6.67428×10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2)! 
subhanallah! 

kini kita berada bulan Rejab..
di dalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah..
peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluk - Nya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada keluasan cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh..
siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.. 

*cakerawala dunia..*

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Palestin..
peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran..
firman Allah Taala bermaksud..

"maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.. sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.."
(surah al - Israa: ayat 1)

sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al - Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran..
firman Allah Taala bermaksud..

"dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain (iaitu) Sidrat al-Muntaha.. di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa).. (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.. penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya.. sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.."
(surah an-Najm: ayat 13-18)

ada banyak peristiwa yang belaku disebalik peristiwa israk mikraj ini dan yang paling utama peristiwa di “Fardukan Solat Lima Waktu” terhadap kaum muslimin..
jadi kepada yang tidak tahu bila solat difardukan..
maka Isra Mikraj lah yang membawa kepada fardunya solat lima waktu..
daripada 50 kepada 5 sahaja..
marilah kita bermuhasabah kembali diri yang leka dek arus duniawi..
fikir dan terus berfikir..
betapa tanggungjawab kita yang semakin ringan ini dipandang 'teramat' ringan..
bersyukurlah, wahai teman..

~ SALAM ISRAK MIKRAJ ~

PS. malam ni ada ceramah ISRAK MIKRAj di audi.. tak sabar!
student foundi wajib hadir ye.. ceramah ini digantikan dengan halaqah, maka..
datang jangan tak datang! (:

*banner israk mikraj..*

PSS. budak JPA, MARA yang masuk tak ramai seperti yang disangka.. pada awal yang sepatutnya  masuk ialah 90++ orang, tapi yang :( cuma 30 orang saje yang sudi jejakkan  kaki ke UNITEN KSHAS ini.. adakah "hutan" yang menjadi faktornya..? (takpe, bersyukur!)
PSSS. jumaat ni mahu ke kuantan bersama soulmate sekalian, mahu tengok forum anjuran TNB.. moh sume serbu kuantan!
PSSSS. QA please be nice to me, next week! insha - Allah, full mark in my hand.. ma'an - najah..

chou sin chou..
wassalam..

Thursday, June 23

isu hampas.

berita 1..

Universiti tempatan dipenuhi ‘hampas’?

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Jun - Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berpendapat langkah menghantar pelajar cemerlang ke luar negara menyebabkan universiti-universiti tempatan kini menjadi tempat lambakan mahasiswa yang kurang berkualiti.

Faktor itu, katanya, menyebabkan institusi pengajian tinggi tempatan sukar melonjakkan prestij masing-masing ke tahap lebih tinggi setanding dengan universiti terbaik dunia.

“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik?

“Universiti luar negara mendapat manfaat kerana mereka menerima pelajar terbaik kita dan universiti tempatan terpaksa bergantung dengan pelajar yang tinggal,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Enculturing Innovation: Seven Pillars di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara hari ini.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan bimbang kesan yang mungkin dialami oleh universiti tempatan jika semua pelajar cemerlang ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurut Zaini, apa yang lebih membimbangkan ialah kumpulan pelajar cemerlang itu bukan dihantar ke universiti-universiti terbaik dunia, sebaliknya universiti bertaraf sederhana sahaja.

Katanya, negara-negara seperti Singapura dan India telah mengambil langkah sebaliknya dalam menguruskan pelajar cemerlang mereka dan kaedah itu membantu melonjakkan kredibiliti universiti di negara berkenaan.

“Singapura menempatkan pelajar terbaiknya di National University of Singapore manakala India pula menawarkan mereka tempat di Indian Institute of Technology yang diakui sebagai universiti yang memiliki reputasi baik di dunia,” katanya.

Sehubungan itu, Zaini mencadangkan supaya pemberian biasiswa untuk pelajar cemerlang dipakejkan dengan tawaran belajar di universiti dalam negara.

“Setiap kali cuti semester, mereka boleh dihantar ke kem musim panas yang dianjurkan universiti ternama seperti Oxford dan Havard. Untuk menyertai kem musim panas di universiti-universiti itu adalah lebih mudah berbanding melanjutkan pelajaran di sana,” katanya.

Menurutnya, UTM telah mula melaksanakan langkah itu dengan menghantar lima penuntut ke kem berkenaan tahun lepas untuk mendedahkan mereka dengan budaya pembelajaran di luar negara.

ok, berita ni dah lame, memang lame dah bertapak di laman draft ana..
rasenye semua orang dah tahu..
takpa, kita bagitahu sesiapa yang belum tahu..
tapi, cuba fikir balik..
patutkah..?
patutkah guna perkataan "hampas" itu..?
kasihanilah mereka.. kasihanilah kami..
haish..
T.T
tapi, entah ler..
mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan..
takpe, cabaran..


berita 2..
(sumber utusan malaysia)

Cemerlang SPM hanya dapat dermasiswa

KUALA LUMPUR 23 Jun – Mulai tahun depan, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya akan mendapat dermasiswa daripada kerajaan untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana dasar sedia ada yang memberi biasiswa kepada pelajar dengan hanya mengambil kira keputusan SPM mereka bukan lagi idea yang baik untuk diteruskan.

Menurut beliau, biasiswa hanya akan diberi kepada pelajar jika mereka mendapat tempat di universiti terkemuka yang akan disenarai oleh kerajaan kelak serta mencatat keputusan cemerlang secara konsisten.

“Hanya kerana anda memperoleh keputusan cemerlang di peringkat O Level tidak bermakna anda akan lulus cemerlang di peringkat A Level,” katanya ketika ke udara secara langsung dari konti Radio One FM di Sri Pentas hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, mulai tahun depan juga, polisi sedia ada dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang akan dikaji semula secara menyeluruh, namun beliau tidak menghuraikan mengenai perincian kajian semula itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini memberitahu, kajian semula itu turut membabitkan kuota.

Menurut Najib, buat masa ini kerajaan telah membuat ketetapan bahawa semua pelajar yang mendapat 8A+ layak menerima biasiswa JPA, tetapi tidak semua mereka akan dihantar ke universiti luar negara.

berita 2..
(sumber berita harian)

Biasiswa pra-U dihenti
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2011/06/24

Sebagai ganti pelajar cemerlang SPM akan ditawarkan dermasiswa, pinjaman kerajaan.

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian peringkat prauniversiti, termasuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi serta A-Level.

Sebaliknya, mereka hanya ditawarkan bantuan kewangan atau dermasiswa daripada kerajaan, manakala biasiswa JPA dikhaskan kepada pelajar pra universiti yang cemerlang dan mendapat tempat di universiti terkemuka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semakan semula dasar sedia ada perlu kerana kerajaan mendapati pemberian biasiswa pada peringkat SPM bukan idea yang sesuai kerana ia setaraf O-Level.

Beliau berkata ini kerana pelajar yang cemerlang pada peringkat SPM tidak bermakna akan cemerlang apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan pemanggil dalam program temu ramah di stesen radio bahasa Cina, One FM, di sini semalam. Program dikendalikan penyampai radio, Jack Yap, Jane Ng dan Nicholas Ong, selama sejam bermula 7.30 pagi dan disiarkan secara langsung melalui saluran ntv7.

Kajian semula menyeluruh dasar itu dibuat berikutan pelbagai rungutan berhubung pengagihan biasiswa JPA apabila ada pelajar cemerlang tidak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di luar negara sehingga timbul dakwaan wujud pilih kasih dan salah guna kuasa.

Mengulas lanjut, Najib berkata dasar baru itu juga akan mengambil kira keperluan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara bagi mengelak kedudukan universiti tempatan dalam senarai universiti terbaik dunia terjejas.
Katanya, walaupun kerajaan memutuskan untuk memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang memperoleh 8A+, tidak semua pelajar dianugerah biasiswa untuk mengikuti pengajian di luar negara.

“Kerajaan cuba bersikap adil sepenuhnya dengan memberi peluang kepada pelajar luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak. Jika tiada dasar yang jelas, akan ada pelajar tercicir terutama dari luar bandar. Oleh itu perlu adil serta seimbang dan kerajaan sedang memikirkan formula yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan itu,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan sedang membuat pemilihan pelajar yang tidak menerima biasiswa JPA untuk diberikan biasiswa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengikuti pengajian di universiti awam dan swasta dalam negara.

apa pendapat kalian..?
kasihan adik - adik kita..
takpa - takpa, dunia semakin hebat..
seisinya pasti hebat juga..
insha - ALLAH! pastinya ada pros dan cons atas setiap yang berlaku..
saya tak mahu mengulas lebih..
cuma, mari kita fikir dan fikir..
sekian :)


PS. i'm waiting for the JPA's and MARA's student this monday.. welcome to Muadzam friends! be prepared to enjoy your life here.. (:
PSS. missing..

salam marcapada! :)

Sunday, June 19

sepakat sehati sejiwa.

sepakat sehati sejiwa,
berharmoni jalankan kerja,
produktiviti dengan kualiti,
menjadi tanggungjawab semua..

menabur bakti dengan setia,
mendukung wawasan negara,
kita berkhidmat kepada semua,
dengan cemerlang sentiasa..

tenaga nasional merasa bangga,
punya peranan membina negara,
mari bersama kita jayakan,
cita - cita mulia..

tenaga nasional merasa megah,
penggerak kemajuan negara,
mari bersama kita jayakan,
untuk malaysia kita..


* * *

*pelajar YTN Muadzam bersama EN. AZMAN, Pengarah YTN (baju kuning)*
:')

kerinduan aku pada TNB kian memacu..
nampaknya, episod aku bersama rakan YTN ditunda, mungkin setahun lagi, 2 tahun lagi, 4 tahun lagi, entah.. aku tak tahu..
sejak terbitnya lakaran memori di Residence Hotel 2, 3 hari yang lalu..
azamku dan tekadku kian membara..
bagaikan ada 'sesuatu' yang dinamakannya 'rahmat'..
ya, aku akui..
dulu, masa mula - mula dapat offer scholar YTN, aku pandang enteng saje..
yelah, macam tak berbaloi je dengan result aku kalau tak further ke oversea..
namun, sesungguhnya, aku khilaf..
aku sombong..
aku tak pernah nak bersyukur..
alhamdulillah, praises to Allah the Most Gracious and the Most Merciful..
Allah hadiahkan aku 'rahmat' yang membuatkan aku sujud, bersyukur terhadap 'nikmat' ini..
ya, benar kata ayah..
yang pertama itu terlintas di hati, pastinya yang terbaik, insha - Allah!
ya! *angguk - angguk..
humm, ok noktah..
selesai episod oversea dahulu kala..
akan ku buka muka dan dunia baruku bersama cintaku, TNB.. (:

baik, seperti yang aku khabarkan dahulu..
aku ke hotel residence di uniten bangi untuk mengikuti program orientasi pelajar tajaan YTN..
masa first dapat tahu akan ke sana, aku happy.. 
tapi, sedih gak sebab kena tinggalkan muadzam yang disayangi.. hehe..
but then, bila sampai.. whoa! *teruja..

kami yang dari muadzam ni, agak kelewatan sebab ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan..
maka, bila masuk - masuk je, semua pelajar dan staff YTN dah ada..
barulah start program..
(hehe, tetiba rasa cam YB sebab orang tunggu kita..)

ok, apakah yang kami lakukan disana..?
overall, banyak taklimat dan sesi motivasi diri..
tapi, still ada gak game semua..
kami riadah petang - petang, main sukaneka, bola beracun..
and the best part is play bowling..
yup! kami main boling masa malam, hari kedua tu..
kemudian, perut yang kekosongan tersebut diisi pula dengan sate kajang haji samuri..
pergh! untung badan..
alhamdulillah..
sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa syukurnya aku waktu tu..
alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah..

ok, now..
 let's photos tell you the story..
:')

*pandangan luar Residence Hotel..*

ok, jujur aku katakan, aku tak pernah tahu yang dalam Uniten Bangi tu ada hotel..
pergh, agak teruja di situ..
so, this is the first time i'm here.. (:
and what i can say is 5 stars.. hehe..
aku bukan penilai yang terbaik, asal makanan die sedap, 5 stars ah..


*tasik depan hotel.. depan..? sebelah..*

yang pastinya, bila tengah makan, nampaklah tasik ni, maka.. 
angin sepoi - sepoi bahasa pun melintasi kami.. phewwww..
ala - ala makan tepi pantai.. *tipu je..


*siapa ni..? siapa ni..?*

hehe..
jadi MC untuk majlis penutup merupakan tugas terakhirku di situ..
gerun + cuak + takut + risau..
dah lama aku tinggalkan ilmu tu di SBPI Jempol dulu..

 *we're muadzam - ians..*

please welcome, durga, iqbal, syahir, haziq, farid, faiz, nadia and me..
hehe..
kami kelompok yang lewat tu..
jadi lapan - lapan duduk semeja di belakang..
:')

*siapa ni..? siapa ni..?*

member lama den masa kat SBPI Jempol ni, iaitu adam rahimi..
kami berdua je yang asal dari JETS dapat scholar YTN..
yang lain, kebanyakannya JPA dan MARA..
ok, yang ini, masa pemilihan penghulu..
setiap ketua kumpulan perlu mencabut undi..
dan tadaa.. adam mencabut kertas yang bertulis 'PENGHULU'..
maka, dialah yang menjadi penghulu..
bangga aku, satu kelas ngan ko dulu.. haha..


*greEnergy!*

well, this is my group..
ada 7 kumbang dan cuma 2 bunga yang pupus..
from left, jon, ong, raj, chin, sya, me, zul, and haziq..
"we wil, we will go green! zzstt.. go green! zsstt.."
forever in memory.. (:


*masjid sebelah hotel residence..*

tangkap gambar ni, sebab..
masjid ni warna biru, dan aku penggemar biru..
masjid ni tak ada kat muadzam.. hehe..


*bersama senior muadzam..*

ok, hari tu, ada satu slot 'bersama senior yang graduate dengan pointer hebat'..
dan seperti biasa, aku memang menunggu - nunggu siapalah gerangannya..
dengarnya, ada yang dapat pointer 3.96, 3.85..
pergh.. hebat kan! memang tabik 360' laa.. (:
dan seperti yang dijangka, ada 2 senior dari uniten bangi, dan uniten muadzam..
yang bergambar dengan aku ni, kak faezah hamid dan kak airen azman..
kedua - duanya, memang member baik dari asasi lagi..
kak faezah, sama sepertiku, major in finance..
*weee~ sama dengan aku tuu.. hehe..
kak airen pulak major in business admin - human resources..
kalau nak diikutkan, memang susah gila nak cari senior yang ambil finance..
majoritinya kat sini, student account..
but then, hatiku mula berbisik, hati mula menanam benih keazaman.. (:
hee, so, sepanjang diskusi bersama senior yang hebat tu, dapatlah jugak info - info dan nasihat yang amat berguna untuk aku dan lain - lain..
memang best lah!


 *like senior, like junior*

kami muadzam - ians..
haish, assabiah betul kau ni, farhana!

*membawa bola itu begini, bisakah anda..?*

ok, ini adalah antara masa - masa yang paling best..
sebab apa..?
sebab dapat gelakkan orang.. hehe..
takdalah, aku tak sekejam itu..
masa inilah, nilai kerjasama itu dapat dibentuk..
yeah! laungan semangat kami tebarkan..
hehe..
memang superb!
kumpulan kami, dapat number first masa game ini..
hee, memang game ni je yang kami mampu balun..
game lain..?
bukan tak mampu nak dapat yang pertama, cuma bagi peluang kepada yang lain..
kalah menang lain cerita, yang penting kita ENJOY!
yeah! itu prinsip kami..
hehe..
ok, nak citer la sikit game lain..
kami main ambil gula - gula dalam tepung, susun puzzle, bola beracun, passing getah guna straw dan makan epal paling cepat..
ala -ala kanak - kanak gitu..
well, kami baru 18..
masih belum terlambat untuk menikmati keseronokan permainan itu..
hehe..
apa apa pun, excellent!

*alalalala~*

adegan manja pun terjadi.. hehe..
yang ni bukan buat - buat, game ni memang macam nih..
harap maklum.. (:

*maka, ke'panik'an kian terasa..*

ana, awal - awal lagi dah kena attack..
grrr, gobi punya pasal lah ni..
hehe..
tapi takpa, asalkan ana dapat ber - camera.. huhu.. 


 *farhana, slow slooooowww farhana..*

dan akhirnya, STRIKE!
hehe..
inilah laungan semangat dari gobi a.k.a coach bowling aku..
al - maklumlah, pertama kali masuk gelanggang boling..
haih, seriau den dengan boling yang berat tuh..
sabo je le..
nway, i miss this moment damn much..
walaupun mula - mula agak hambar sebab bola aku asyik ke longkang..
but then, i improve!
hehe.. *bangga di situ..
nasib baik kat muadzam ni takda tempat untuk berboling..
kalau tidak, memang 'gian' tak sudah ler..

*superbowl bangi, kami di lane 20..*


 *NF? MA? G? FI?*

Nurul Farhana, Muhammad Adam, Gobinath, Faiz Iman..
hehe..
team bowlers terbaikkkk~
tengoklah score kami, hebat kann.. :P
nasib je semua ni..
hehe..
well, inilah pengalaman manis laksana madu.. *suka - suka..

*sudut hadapan restoran sate hj. samuri..*

perjalanan kami dari superbowl bangi diteruskan ke sini..
ok, firstly memang tak sangka..
sebab apa..?
sebab maa tu dah pukul 11 lebih..
takkan lah tak tutup lagi en..
but then, fuhhh! meriah lagi sate kajang ni rupenye..
ok, tunggu punya tunggu, dah sampai..
ambik kau..
tak larat den nak telan..
alih - alih, passing ke budak laki..
pergh.. memang express lah kan depa makan..
ada pulak tu, siap buat match makan sate paling banyak lagi..
hehe.. siapa..? *teet..


*muke semua kebulor sate..*



*yummy - yummy - yummy*
memang lama sangat tak pekena sate..
sekali sekala, sedap jugak..
miss satey damn much.. hee!


*background pentas yang molek gitu..*
ok, ana baru perasan, perkataan orientasi tu tertinggal 'I' lepas 'R'..
hehe..*kantoi pulak..


 *guess who..?*

sapa tak kenal..
ini lah bakal engineer terkenal satu hari nanti..
hee, ketua group ana nih, Ir. Sharan Raj..
sangat obses dengan nuclear.. hebat!
ok, actually, nak koba..
kami dapat number 5 je.. daripada 7..
hebat tak..? bagi can kat orang lain je sebenarnya..



 *mayah.me.naniey*

ini diaa, roommate aku masa kat bilik 207 hari tu..
sorang ke uniten bangi, sorang ke UK, dan aku, ke uniten muadzam..
1TNB lah katakan..
hehe..
sedar tak sedar..
dah penghujungnya..

ah - haa..
kalau kalian perasan, kat sini ramai lelaki..
ok, meh kita lihat..
semua sekali 63 orang..
20 orang ke oversea, 8 orang ke uniten muadzam dan selebihnya ke uniten bangi..
dalam pada itu, hanya 10 orang muannas..
maka..?
ok, takda apa pun..
nak bagitahu je yang spesis HAWA pupus di sini..
itu je..*noktah..

*TAMAT*

PS. kami datang lambat, tapi kena balik awal.. *tak aci! tak sempat nak jalan - jalan..
PSS. balik - balik je, dikhabarkan berita duka.. aimi nak pindah..? gosh.. suratan atau kebetulan..? sabo je le.. pe pun, redha.. mungkin itu terbaik untuknya.. dia transfer ke uiam, course econs.. *sedih.. )':

*sayonara aimi..*

PSSS. berlaku lambakan friends di FB.. syukran 'ala zaid semua.. (: *hurmm, petanda aku kena puasa FB ke..? tolong.. duniawi..
PSSSS. assignment 80% proceed.. chaiyouk - chaiyouk!
PSSSSS. semoga bulan Rejab membawa barakah, tak sabar menanti ISRAK MIKRAJ..
PSSSSSS. selamat hari bapa kepada ayahanda tercinta.. terima kasih atas segalanya.. (:


*like father, like daughter..*

PSSSSSSS. dek kesempatan yang tak menyempat, maka.. aku gabungkan semua perkara di post ini.. mintak ampun kepada yang tak suka baca post ana yang sentiasa panjang lebar ni..


* * *

teman..
aku bersyukur kerana ditakdirkan untuk mendapat scholar YTN,
dan bukan scholar yang lain..
alhamdulillah..
tapi, syukurku, bukan kerana dapat makan sate,
bukan kerana dapat main boling,
bukan kerana dapat kerja ngan TNB lepas graduate.. 
bukan.. bukan kerana ini.. 
syukurku kerana..
aku bernaung di atas lembayung rahmat - Nya..
insha - Allah..
mungkin ianya sukar untuk kamu fahaminya, maka abaikan..
:')
apa apa pun, aku syukur..
ada zuq yang kian memahat di hatiku..
yang mungkin aku juga tak tahu apakah ia..

“tidakkah kalian mendengar? tidakkah kalian mendengar? sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

will miss this moment a lot!
thanx YTN! thanx TNB!

Friday, June 17

kelebihan rejab.

sempena bulan Rejab ini.. eloklah kiranya kita melipat-ganda lagi amalan kita..
limaza..? lianna bulan Rejab, bulan Allah..
dan sesungguhnya, banyak manfaat yang terkandung di dalamnya.. (:

sabda Nabi s.a.w.. 
"hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.."

sabda Nabi s.a.w..
"bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.."

kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya..

malam awal Rejab mustajab do'anya.. (dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) 

* puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus)..
* puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya..
* puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan)..
* puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat..
* puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur..
* puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka..
* puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.. 
* puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga..
* puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga..
* puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat..
* puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga..
* puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 
* puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.. maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur)..

berkata Saidina Ali..

* puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun..
* puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun..
* puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun..

kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam..

puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga..

puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat..

puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya..

puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya..

bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah..
puasa Bulan Rejab wajib baginya: 

* diampunkan dosanya yang lalu..
* dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal..
* terlepas dari dahaga di hari kiamat..

orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti..
sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan..

tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah..
dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali..

bulan Rejab bulan Allah..
bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah..
Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad..
Allah menjawab.. telah aku ampunkan mereka! barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.. 

sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya..

"telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu.. demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu.. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau.."
(dari kitab Raudatul Ifkar) 

puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya..
jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.. 

siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. 

siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun..
diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim)..

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). rahmat, pemurah, kebajikan.. kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu..
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya..

demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. 

REJAB bulan menabur benih.. 
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.. 
RAMADHAN bulan menuai..

REJAB menyucikan badannya..
SYA'ABAN menyucikan hatinya..
RAMADHAN menyucikan rohnya..

REJAB bulan taubat..
SYA'ABAN bulan muhibbah..
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan..



semoga amal bertambah,
lantaran usia yang makin berkurang..