Saturday, June 4

malang berbau.

al-yaum, yaumul sabt..
hari sabtu sememangnya hari yang memenatkan bagi ana..
memang tak dapat dinafikan lah, sebabnya..
asal sabtu je, pergi pasar sehari tu.. asal pergi pasar sehari tu je, mesti hari sabtu.. (:
kalau tak pergi kang, habislah merana perut yang berbunyi laksana mercun berdentam-dentum..
so, nak tak nak.. berkhidmatlah kaki selangkah ke pasar sehari muadzam shah..
yes! kat muadzam ni memang terkenal dengan pasar sehari-nya tu..
memang kalau nak diikutkan, student uniten je yang berlegar-legar kat situ..
memang balik-balik, jumpa budak sebelah rumah, balik-balik jumpa member sekelas, balik-balik memang muka yang sama.. haish!
haa, kalau bukan budak uniten, penduduk orang asli lah yang ana jumpa.. best jugak! baru terbuka jiwa dan minda nih..
dek kerana rajin kaki ini melangkah ke sana ke mari, maka mukaku pun serupa orang yang baru balik kawad 3 purnama.. hoho.. ok, itu tak menjadi masalah pun..
yang masalahnya ialah.. teeet! 
jom kita flashback dari awal pagi sebelum pergi pasar!

nak dijadikan cerita, pagi-pagi lagi, ana bersama housemate ana.. mira dan fiza, dengan penuh semangatnya ke gerai roti canai untuk breakfast..
ok, disebabkan kami terlewat beberapa minit, kami tertinggal bas dan terpaksalah berjoging ke sana..
pergh.. tengok jam baru pukul 9 pagi, tapi cuaca alahai.. panas dah waktu tu..
nak tak nak, redah ajelah jalan semata-mata roti canai yang kami idamkan..
setelah beberapa meter, kami pun sampai di gerai ikhwan, seterusnya makanan dipesan..
namun malangnya, roti canai sudah habis.. aduh! berkecai hasrat perut..
dah la jauh berjalan, pasrah ajelah.. last-last, nasi lemak yang berlemak tu juga menjadi pilihan..
seterusnya, kami teruskan perjalanan di pagi sabtu ke library..
ok, library tu agak jauh.. so.. inisiatif kami untuk menjimatkan wang.. kami berjalan ke wisma, then ke PPA, then naik jejantas, jalan straight, sampai lah ke library..
alright, plan dah lawa dah.. tup-tup, bila nak ke wisma tu, pagar shortcut tu tutup pulak! hailaa.. bikin panas saja..
memang lemah longlai lah waktu tu.. dan tanpa membuang masa, kami pun membuang kredit untuk menelefon pakcik teksi..
haih! dah membazir.. bazir masa, tenaga, kredit, duit.. bukannya murah tahu teksi tu, asal naik je RM5! tak kiralah ke mana-mana sekalipun kat area muadzam nih..
hadui~ redha jelah..

ok, alhamdulillah, akhirnya dah terpacak juga kami bertiga di hadapan library uniten yang terindah..
tetiba! eh..? kenapa senyap je library ni..?, tanya fiza..
ana pun jawab, biasalah pagi lagi ni.. ramai yang tak bangkit lagi.. nak sedapkan hatilah kononya..
alih-alih, terpandang pulak notis kat library tu..
"untuk makluman, perpustakaan akan ditutup pada 4 jun atas sebab cuti hari keputeraan agung, sekian terima kasih."
huargh! meraung kami, dalam hati jelah.. :'( aduih, dugaan hari sabtu..
habis segala plan ana nak buat kat library tu, nak photostat, nak cari buku, nak baca paper.. dan yang paling penting, nak merasa air-cond lama-lama.. :') haih, sabar jelah.. malang tak berbau orang kata..
so, masing-masing dah penat merantau, agak-agak kami pergi mana..? hehe..
kami tak balik pun, kami pergi singgah ke kafe tepi tasik tu..
redha jelah, at least ada jugak tempat untuk belajar, nasib lah ada kipas besar tu, angin pun sepoi-sepoi je dekat ngan tasik tu.. tenang sikit nak study..
ok, then, lepas solat zuhur di balai islam ibnu khaldun, kami pun plan ke pasar sehari di mana tempat yang wajib dikunjungi setiap hari sabtu..
see, betapa gagahnya kami, hehe.. gagah la sangat kan.. adat lah tu penat..
haih, tetiba rasa, kalaulah aku mampu bawa kereta.. sedapnya kalau nak jalan ke mana-mana..
sabor je le..

sebenarnye, bukan hari sabtu je, hari-hari lain pun sama..
tak tahu kenapa penat semacam badan nih seminggu nih..
nak kata banyak aktiviti tak ada lah sangat..
well, badan ini terlalu dimanjakan sejak 4-5 bulan yang lalu..
inilah padahnya, dimanja-manjakan selalu.. tak gitu..? hehe..
well, dah nak dekat 3 minggu jugak ana di bumi pahang ini..
memang tak sangka, rupanya.. dah bulan jun dah pun..
hebatnya masa merentasi kita, sekelip je, segalanya berubah..
subhanallah! praises to HIM yang telah menciptakan masa untuk kita sentiasa hargainya..

"demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.. melainkan sesiapa yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.." 
(surah Al-Asr)

dunia ini kecil..
yes! sangat kecil umpama bola yang boleh ditendang-tendang.. hee..
mengapa..?
sebab Allah temukan aku dengan rakan-rakan sekolah lamaku..
meet them, syairah, fifi, syahrul.. (:
paling bestnye, walaupun dah besar camni pun depa still ingat ana..
itulah namanya kawan.. tetap di hati! hehe..

ok, seperti yang ana ada maklumkan sebelum ni..
classmate ana semua sekali ada 11 orang sahaja..
tapi, itu semua hanya sementara..
kami didatangi oleh 25 lagi adik-beradik baru..
pergh! ramai tak..? ramai kann..
gembira ada, sedih pun ada sebenarnya..
gembira! sebab jumpa dan kenal akhawat baru! bak kata orang, kawan biar beribu!
sedih! sebab..
:'(
kami yang sebelas orang ni kena ikut kalendar student yang baru masuk...
maksud..?
maksudnya, kami kena mula balik dari awal.. kena ikut rentak student yang baru masuk..
so, walaupun kami dah habis sampai chapter 2, kami tetap kena ulang balik dari awal..
quiz yang sepatutnya ada pun semua dibatalkan.. eh, ditunda..
ok, itu tak kisah sangat pun sebenarnya.. at least, boleh cover balik semua subjek kann..?
tapi, yang tak bestnya, kami punya final exam extend ke bulan 9, iaitu lepas raya..
wuuuu! raya dengan buku lah kami nampaknya..
then, yang lagi memeritkan ialah..
cuti trimester 1 kami cuma 4 hari je..
huuuu~ takpe sabar jelah.. demi menuju ke menara gading, aku relakan!
takpelah, berkorban sekejap.. cuma.. haih! ada jugak "cuma" di situ.. abaikan..

"sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.."

PS. alhamdulillah, ana dapat juga biasiswa mara sebenarnya, rezeki tetap ada walaupun di bumi Malaysia..


Nama:NURUL FARHANA BINTI SELAMAT
No. Kad Pengenalan:93100401****
Tahniah anda berjaya
Tarikh Pendaftaran:12 SEPTEMBER 2011 
Kursus:PENGURUSAN PERNIAGAAN (PERBANKAN ISLAM DAN KEWANGAN) 
Program / Tempat:FOUNDATION (BANK RAKYAT SCHOOL OF BUSINESS & ENTREPRENUERSHIP) / UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNIRAZAK)


PSS. ana sepatutnya pergi interview felda saringan terakhir.. tapi.. ayah kata, walau banyak mana pun kita dapat, kita tetap kena pilih satu.. yang pertama itu insha-Allah yang terbaik!
ana faham maksud ayah, pastinya UNITEN dan YTN di hati.. insha-Allah, ana yakin!
apa-apa pun, memang ana dah tekad sebulat-bulatnya.. ana tetap di Uniten..
walaupun ramai penghasut yang menghasut supaya mencuba, mana lah tahu nasib dan tuahnya di negara orang.. wallahu a'alam, dah lepas dah pun interview tu..
tak apa lah, bagi je lah peluang ini kepada yang lebih memerlukan..
bersyukurlah dengan apa yang dah dapat, farhana! (':


Temuduga Biasiswa Bersama Pengurusan Kanan Kumpulan Felda Global

Tahniah!

Saudara/ri  telah berjaya di dalam Penilaian Pertama. 

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/ri terpilih menghadiri temuduga dengan Pengurusan Kanan Kumpulan Felda Global seperti berikut:

Tarikh           :           31 Mei 2011
Masa             :           2.00 petang – 4.00 petang
Tempat         :           Bilik Mawar
                                 Dewan Merak Kayangan
         Balai Felda Jalan Gurney Satu
         54000 Kuala Lumpur

Sila bawa dokumen asal seperti berikut:
1)    Mykad
2)    Sijil kelahiran
3)    Sijil-sijil akademik dan kokurikulum
4)    Slip keputusan SPM

Terima kasih.

PSSS. alhamdulillah, SPA pun saya dapat.. (: saya beri peluang ini kepada yang lebih layak, maafkan saya SPA!



No. Kad Pengenalan:  93100401****
Nama Penuh:  NURUL FARHANA BINTI SELAMAT


Kod SkimJawatan
Tarikh Temu Duga
Keputusan Temu Duga
   4310
LATIHAN JURURAWAT





26/4/2011   
Tahniah ! Anda telah berjaya dan surat tawaran akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan.
Kementerian/Jabatan : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,BHG. PENGURUSAN LATIHAN,UNIT LATIHAN PRA-PERKHIDMATAN,NO.26,ARAS 6,PERSIARAN PERDANA,PRESINT 3, PUSAT PENT. KERAJAAN PERSEKUTUAN   
   2354
LATIHAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN





26/4/2011   
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.
  
   4533
LATIHAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI





26/4/2011   
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.
  
   3306
LATIHAN JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN





26/4/2011   
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.
  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


PSSSS. pun begitu, hasrat saya untuk menjadi guru matematik tak termakbul.. mungkin segalanya ada hikmahnya.. saya redha.. :') tahniah buat bestie-ku, nurul suhaiza izzati md. yusof, yang berjaya.. tak lupa juga, fara izzati, tahniah kalian berdua! jadilah guru yang membentuk nusa bangsa berlandaskan quran dan sunnah.. :')


Harap Maaf

No Kad Pengenalan Yang Dimasukkan
Tiada Dalam Senarai berjaya ditawar bagi program KPLSPM Ambilan Jun 2011
Terima Kasih



PSSSSS. selamat hari keputeraan yang dipertuan Agung! daulat tuanku!
PSSSSSS. jalan dakwah itu tidak dibentangi dengan karpet merah, tetapi dibentangi onak dan duri..
PSSSSSSS. tak sabar nak iring kawan-kawan yang akan fly tak lama lagi.. jangan lupa contact den yo..
PSSSSSSSS. saya ada family baru di sini bersama ukhti farah.. meet ekin, nik, yana, sue, tiwa, fiza, tipah, nina, farah, nisa, tira..


"usrah bermula saat bacaan penutup tasbih kafarah dan surah al-asr dan berakhir saat bacaan permulaan al-fatihah.." 
:)
ana_farhana
wassalam..

4 comments:

nasot said...

:)

Nuruddin Azri ibn Zulkifli said...

Firman Allah,

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Alankabut ayat 2

cuti drpd berapa hr jd ke 4hari?
ok pe cuti 4 hari..
ana nye cuti akhir sem drpd sbulan jd seminggu.....
sebab kene ambk kls tsmi' tmbhn..
dlm khdpn ni,tadhiyah mst tinggi trutamanya tadhiyah(pngrbnn) utk islam tu sndri...

~ farhana selamat ~ said...

@ nasot..
:')
awak jangan lupa contct kte ble nk fly nnt..
do the best in IB keyh..

~ farhana selamat ~ said...

@ nuruddin..
syukran ya akhi..

ana spatutnya cuti 2 minggu..
tp, jd 4 hari saje..
tkpalah, cuti lame2 pun buknnya buat apa pun..