Friday, June 10, 2011

peace no war.

as-salam, syukur di atas kesempatan yang diberikan untuk ana menyampaikan sepotong lagi ilmu Allah ini..
alhamdulillah, pelbagai ilmu baru yang ana terima di sini..
insha-Allah, ana akan kongsikan seberapa banyak ilmu untuk kita teliti dalam kehidupan kita..
pertamanya, berkaitan dengan kalimah Muhammad dan Ahmad..
dan keduanya pula, berkaitan dengan simbol "Peace" yang menjadi habit remaja kini..

kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk mim-ha-mim-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia..
semua orang sudah sedia maklum, sebaik-baik makhluk yang pernah dicipta oleh Tuhan di alam semesta ini adalah MANUSIA, dengan segala kelebihan mereka..
sementara mahluk lain hanyalah haiwan, tumbuhan dan planet-planet yang penuh rahsia..
tapi, masih lagi ada insan yang tak bersyukur dan seringkali mempersoalkan pabila diciptakan sebagai manusia..
na'uzubillah, bersyukurlah wahai teman!


kata Ahmad, jika kita teliti satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan seorang yang sedang melakukan solat..
tahukah kamu bahawa SOLAT merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya..


kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk layaknya manusia yang sedang sujud dalam solat..
dalam gerakan SUJUD dalam solat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan kepada sang pencipta..


credits to rakan blogger yang menyampaikan ilmu ini..
sungguh teruja ana dengan kekuasaan-Nya..
sesungguhnya, tiada lagi yang Maha Hebat melainkan Allah yang Maha Esa dan Maha Kuasa..
Takbir! Allahu Akbar!

* * *

1 2 3! PEACE!
kebiasaannya, kita selalu angkat tangan "Peace" semasa mengambil gambar..
tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang "Peace" itu..? 
baik, di sini ana ingin berkongsi sedikit mengenai rahsia lambang Peace pula!

*simbol peace Yahudi..*

simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi..
simbol ini telah digunakan oleh Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika)..





*Winston Churchill*

lambang kedamaian pada tangan sebenarnya berasal dari simbol gerakan Illuminati!
tanda "V" mempunyai pelbagai sejarah..
"V" (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi)..
ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda "Law of Fives" (Hukum Lima)..

dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud "Nail" (kuku).. 
The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala..
syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya..
Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya..
simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist)..
mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah..
tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)..

na'uzubillah min zalik..
sungguh halus perbuatan al-kafirun terhadap kita..
sedikit demi sedikit panahnya menusuk hati umat Islam..
ya Allah, lindungilah aku dari melakukan segala perkara yang mendustakan agamaMu..
sama-samalah kita berdoa agar diri ini sentiasa terpelihara imannya.. insha-Allah!

"sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang menyekutukan-Nya dengan sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-Nya).. dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa juga), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.."
(Surah al-Nisaa, ayat 116)



PS. perbetulkan andai ada khilaf dalam post ini..
PSS. perkhabaran baru yang ana terima mendidik ana menjadi insan yang lebih matang.. anda sudah meniti dunia kematanganmu, farhana! go! haih, tak sangka begitu pantas rentetannya menjalani gerbang bahagia.. tahniah sahabat.. (:
PSSS. seorang sahabat di sbpi jempol dulu akan terbang ke bumi US hari ini.. all the best, jaga diri di tempat orang.. selangkah kita menyusuri jalan jihad.. bangga dengan anda.. humm, tak sabar nak tengok yang lain pula, walau pun rasa ini agak perit untuk ditelan.. (':
PSSSS. sepanjang 14-16 haribulan nanti, ana akan meninggalkan bumi muadzam.. dan akan ke bumi bangi pula.. hehe.. yeah! hotel residence @ uniten putrajaya, bangi! i'm coming! well, hope to see many new friends there during the orientation session.. T.T

semoga Allah sentiasa tunjukkan jalan..
ya Rabb, berikan ku keyakinan..
ana_farhana <3

3 comments:

Azree Suhazree said...
This comment has been removed by the author.
Azree Suhazree said...

wahh,,, farhana,,, nk g uniten wat pe? bkn enti mmg kt uniten ke? by the way,,, residence hotel uh mmg best~ ena ade pergi sane seminggu dulu~

~ farhana selamat ~ said...

@azree..
mmglah ana di uniten, tp ana kat uniten muadzam phng..
slsa smpi kmis ni plak kne g uniten bangi..
ada orientasi pljar tjaan ytn..
itu je snanye..