Saturday, July 30, 2011

aku dan ramadan.




subhanallah

kemuncak bulan ‘mega’ tiba lagi..
Allah telah panjangkan umur kita untuk merebut peluang menggilap rohani di bulan - bulan Rejab, Syaaban dan kini beberapa putaran suria menjelang Ramadan..
pabila melangkah masuk ke bulan penuh keberkatan ini, bermulalah pengembaraan rohani kita menyusuri rahmat dan keampunan Allah..
yang kita kejar bukan nama, pangkat, kesihatan dan kemuliaan di dunia atau di sisi manusia, tapi pangkat besar dari Allah iaitu darjat takwa..


"wahai orang - orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.."
(Al - Baqarah : 183)

kembara rohani kita menuju takwa adalah hakikatnya perjalanan hati untuk kembali kepada keadaan fitrah yang bersih..
hati yang hidup bersama turun naiknya nafas kita itu tidak akan benar - benar tenang dan tenteram selagi tidak menemui jalan untuk berbuat taat dan mengagungkan Allah..
ini sesuai dengan fitrahnya yang asal sewaktu di alam roh – sebelum ia ditempatkan di dalam jasad lahir kita dan tercorak mengikut pengaruh nafsu dan syaitan..

Ramadan adalah saat terbaik untuk mengembalikan hati kepada fitrahnya..
penghulu segala bulan ini membawa bersamanya rahmat dan keberkatan yang sangat banyak dan melimpah - ruah dari Allah..
inilah masa terbaik untuk meningkatkan amalan - amalan takwa dan mendidik serta membersihkan hati dari sifat - sifat yang bertentangan dengan fitrahnya..
peluang untuk ini terbuka luas di sepanjang bulan Ramadan terutama melalui ibadah puasa, juga ibadah - ibadah lain yang hanya terdapat di bulan Ramadan iaitu ibadah sahur dan berbuka, solat tarawih serta membayar zakat fitrah..

di dalam bulan ini juga terdapatnya malam yang dinamakan Lailatul Qadar..
yea! pandai, yakni disebut juga semasa malam Nuzul Al - Quran..
nyatanya, kedudukan, kemuliaan dan keberkatannya menyamai seribu bulan di sisi Allah.. bertemu dengan kemuliaan malam ini dalam keadaan hati dekat dengan Allah dan diri disibukkan dengan ibadah seolah - olah mendapat 'jalan pintas' untuk meningkatkan kualiti diri kita di depan Allah..
tetapi peluang untuk mendapat 'jalan pintas' itu pun hanya akan Allah mudahkan untuk orang yang sungguh - sungguh menempuh jalan penuh berliku sebelumnya..

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya :)
kalau diri tidak dilatih dan hati tidak dipimpin untuk menghayati kebesaran malam - malam sepanjang Ramadan dengan melakukan solat, baca Quran, wirid dan zikir dengan penuh kesungguhan serta keikhlasan, manakan dapat kenaikan pangkat atau 'promotion' dari Allah hanya dalam satu malam..
pangkat dari manusia pun tidak diperolehi dengan sebegitu mudah..
liku - liku untuk dapat kenaikan pangkat dari Allah mesti dilalui berserta pengorbanan dan harus menempuh ujian demi ujian..
bukan dengan jalan bersedap - sedap dan bermudah - mudah..

okey, mari saya bawakan anda kepada maksud puasa itu sendiri..
maksud PUASA adalah : membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
eh? bukannya menahan diri dari makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa ke?
okey, maksud tersebut adalah dari silibus buku yang dikarang oleh kementerian pelajaran..
dan apa yang saya katakan tadi adalah cetusan minda yang dapat saya simpulkan sendiri..
ya, bawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
sebab itulah orang yang puasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum..
dan puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat yang mana :

* mata tak boleh tengok maksiat..
* telinga tak boleh dengar maksiat..
* mulut tak boleh cakap maksiat..
* otak tak boleh fikir maksiat..
* tangan tak boleh buat maksiat..
* kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
* hati tak boleh cinta maksiat..

pendek kata, kena 'puasa' segala - galanya, bukan perut sahaja, tapi buat apa yang malaikat buat, iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca Al-Quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain - lain lagi yang sentiasa malaikat buat..
sehinggakan pasangan kita yang halal itu di haramkan bersetubuh dengan mereka pada waktu puasa kerana malaikat memang tak bersetubuh..
untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri, nafsu syahwat dan nafsu makan sangat -sangat perlu ditekan dan ditundukkan..
tapi oleh kerana kita hanyalah manusia yang sentiasa berhajat pada makan dan minum, dan sesungguhnya Allah MAHA Mengetahui setiap apa yang DIA ciptakan, maka Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..
nikmat (:
tapi kalau tidur terlalu banyak, hurmm.. jadi makruh la pulak puasa tu kann..

pun begitu, bulan puasa juga di kenali dengan bulan 'sabar' dah hadiah sabar adalah syurga yang pasti..
itu dalam jangka masa yang panjang..
dalam masa yang terdekat ni, tibanya waktu berbuka puasa adalah hadiah sabar kita yang paling patut syukuri..
insha - Allah! seterusnya, jika kita bagi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka kita akan dapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala puasa orang itu sedikitpun.. tak kiralah nak bagi makan apa - apapun.. hee..

sebagai tambahan..
bila tiba time nak buka puasa, perbanyakkanlah doa akan DUA perkara..
sebab waktu nak berbuka puasa, doa sangat makbul dan Nabi SAW suruh doa DUA perkara ni..
* minta mudah untuk masuk syurga..
* minta jauh dari dimasukkan ke neraka..

akhir kalam, selamat datang ke 'Wilayah Ramadhan' buat semua..
dan selamat mencari hakikat puasa buat semua sahabatku..
Ramadhan Kareem..
Allahu akram wallahu akram..

"bergembiralah orang yang bertakwa dan terpilih untuk menghadap Ilahi pada bulan puasa dan menderitalah orang yang berlalu pada bulan Ramadhan, tapi masih tidak mendapat keampunan Allah kerana gagal mendapat hakikat puasa.."

video

special dedication to adik - adik di rumah :)
Happy Eid Mubarak!

PS. alhamdulillah! praise to Allah! i'm alive today.. and insha - Allah tomorrow too.. as it will become the greatest day for all muslims..
PSS. tak sabar menantikan sahur, puasa, buka puasa, tadarus, terawih, bubur lambuk di muadzam tercinta :)
PSSS. selamat berjuang buat rakan - rakan yang final seminggu dua lagi nih.. bagi yang final lepas raya, kita enjoy dulu! hehe..
PSSSS. semoga ayah pulang dengan selamat dari bumi GuangZhou..
PSSSSS. please bring me back to the memories.. missing the 'talam' damn much!

The Almighty Allah says,
"When a servant thinks of Me, I am near.
When he invokes Me, I am with him.
If he reflects on Me in secret, I reply in secret,
And if he acknowledges Me in an assembly,
I acknowledge him in a far superior assembly."
- Prophet Muhammad (SAW), as reptd by Abu Huraira..

Monday, July 25, 2011

asal usul solat fardu.



Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran..
tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat lima waktu setiap hari..
ya! ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat Nabi Muhammad S.A.W. sebenarnya..
mengapa..? jangan kamu persoalkan..
sesungguhnya solat lima waktu akan memberikan perlindungan ketika hari pembalasan kelak..
maka, ilmu yang baik eloklah kiranya untuk dimanfaatkan bersama..
insha - Allah, ana akan kongsikan asal - usul setiap solat mula dikerjakan..

SUBUH :
manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam A.S. ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.. perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.. apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam A.S. pun bersembahayang dua rakaat..
rakaat pertama - tanda syukur kerana baginda terlepas daripada kegelapan malam.. 
rakaat kedua - tanda syukur kerana siang telah menjelma.. 

ZOHOR :
manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim A.S. iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S.. seruan baginda itu datang pada waktu tergelincir matahari lalu sujudlah..
rakaat pertama - tanda syukur bagi penebusan.. 
rakaat kedua - tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.. 
rakaat ketiga - tanda syukur dan memohon akan keredhaan Allah S.W.T.. 
rakaat keempat - tanda syukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.. 

ASAR :
manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan Nun.. ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.. maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada 4 kegelapan yakni..
rakaat pertama - kelam dengan kesalahan.. 
rakaat kedua - kelam dengan air laut.. 
rakaat ketiga - kelam dengan malam.. 
rakaat keempat - kelam dengan perut ikan Nun.. 

MAGHRIB :
manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa A.S iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari kejahilan dan kedegilan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenam matahari.. bersyukur Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu..
rakaat pertama - untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.. 
rakaat kedua - untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.. 
rakaat ketiga - untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu ialah Allah S.W.T semata-mata, tiada dua atau tiga.. 

ISYAK :
manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S.. pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah S.W.T menghilangkan semua perasaaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.. lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur..
rakaat pertama - tanda dukacita terhadap isterinya.. 
rakaat kedua - tanda dukacita terhadap saudaranya, Nabi Harun.. 
rakaat ketiga - tanda dukacita terhadap Firaun.. 
rakaat keempat - tanda dukacita terhadap anak Firaun.. 

subhanallah :)
lihatlah dengan nur imanmu..

video

semuanya pasti ada hikmahnya..
insha - Allah, ana akan sambung dengan hikmah kita menunaikan solat dari sudut sains pula..
takjub! subhanallah!

PS. macam mana kita nak handle sahabat kita yang tak solat..? =.=
PSS. today is a great day!


*sembang siang bersama EN. AZMAN! terima kasih EN. AZMAN kerana sudi meluangkan masa bersama anak - anak MUADZAM mu ini :)*

PSSS. specially to UNITEN - ians, hari ini akan diadakan pertemuan bersama UST. ROSLI tentang aktiviti RAMADHAN ini..
seterusnya, buat kaum HAWA - UNITEN, jumaat ini juga akan diadakan HEALTH TALK yang berkisar tentang CANCER CERVIX etc..
PSSSSS. okey, insha - Allah, jumaat ini saya ada MID - TERM Quantitative Analysis.. 

so, do pray for me ya!



salam akhir syaaban :'(
*kedengaran bisikan RAMADAN yang kian menerpa..

Friday, July 22, 2011

pantang larang.


*kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin..*

1.terlalu lama berdiri - merosakkan tulang.. urat - urat sekitar kaki menjadi kembang.. liang kewanitaan sentiasa basah..
2. terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging.. akan mudah dihinggapi penyakit tua.. tubuh badan menjadi kendur..
3. terlalu lama berjalan - merosakkan urat.. dalam pada itu, haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya..
4. terlalu lama melihat - merosakkan darah.. darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya..
5. terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga.. menjadi pemalas.. jauh jodoh..
6. terlalu riang/gembira - merosakkan usus.. mudah dijangkiti keputihan pada liang kewanitaan..
7. terlalu kerap marah - merosakkan hati.. cepat kelihatan tua..
8. terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa.. kulit muka cepat berkedut.. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan.. kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas..
9. terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung..
10. terlalu merana - merosakkan paru-paru..
11. terlalu takut - merosakkan ginjal.. apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung..
12. terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu.. gejala pening kepala kerap dialami.. haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih..
13. terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan.. mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.. liang kewanitaan kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang kewanitaan)..
14. terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot dan perut.. badan dan payudara menjadi lembik.. berat badan meningkat.. mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda..
15. terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran.. kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai - bagai khayalan dan menimbulkan berbagai - bagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif..
16. selalu berangan-angan - urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.. mudah dijangkiti kemandulan..

maka, konklusinya..
janganlah anda melakukan segala aneka ragam yang termaktub di atas tadi..
elak yang racun, ambil yang madu :)

PS. maka, berlakunya proses menghitung hari menunggu kehadiran RAMADHAN..


wassalam,
ana_farhana

Wednesday, July 20, 2011

i heart you, dear!

:')

PS. O Allah! i really miss this page damn much! :')
PSS. guys! sorry for just a short post.. insha - Allah! andai nyawa dikandung badan, jari jemariku akan menari - nari lagi di landasan keramat ini.. huhu..
PSSS. yup! a bit busy for a few weeks as the mid - terms and quizzes are around the corner.. so, do pray for me ya! (: *struggling!

*ya Rabbul Jalalah! aku rindukan - MU*

till then,
.missfinance.

Wednesday, July 06, 2011

kelebihan bulan syaa'ban.

*SYAABAN bulan RAHMAT*

sumber :
kitab kelebihan Rejab, Sya'ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi..

1. sabda Nabi s.a.w bermaksud : Apabila masuk bulan Sya'ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.. (Al - hadis)

2. barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.. dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga.. diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Sya'ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.. (Al - hadis)

3. barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'ban dan akhir khamis daripada Sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga.. (Al - hadis dari kitab Al barkah)

4. berkata Siti A'isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban..

5. sabda Nabi s.a.w : Sya'ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.. Sya'ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).. (Al-Hadis)

6. sabda Nabi s.a.w : bahawa puasa Sya'ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya.. antara lain sabdanya lagi : bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.. (Al - Hadis)

7. sabda Rasullullah s.a.w : dinamakan Sya'ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.. (Al-hadis)

8. sabda Nabi s.a.w : bahawa kelebihan Rejab atas bulan - bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam.. kelebihan Sya'ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia (nabi-nabi). kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.. (Al - hadis)

9. bulan Sya'ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya'ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya.. maka pada malam Nisfu Sya'ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya : angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.. (Al - hadis)

10. sabda Nabi s.a.w : Allah menilik kepada hamba - Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.. (Al - hadis)

11. sabdanya lagi : apabila pada malam Nisfu Sya'ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya.. Allah berfirman : Adakah orang yang meminta ampun? maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya.. adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.. (Al - hadis)

12. tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya'ban..

13. tersebut di dalam kitab : bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'ban menunaikan segala hajat.. maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya : Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah taala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu.. angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.. dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.. pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini.. pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.. pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.. pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.. pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa taala pada malam ini.. pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.. dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru : adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya.. bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab : sehingga naik fajar subuh.. dan katanya lagi : pada malam ini dimerdekakan hamba - Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing).. dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba - Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang di langit dan sebanyak hari dunia dan malamnya.. pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga..

14. barangsiapa membaca, (Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir) ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar)..

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya'ban enam orang :
1) Orang yang kekal minum arak..
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa..
3) Orang yang kekal dalam zina..
4) Orang yang banyak berkelahi..
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta..
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al - hadis)..

16. riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w : pada malam nisfu Sya'ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.. (Al - hadis)

17. sabda Nabi s.a.w: Ya Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? jawab Aisyah : ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya'ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya : (Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau).. nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud.. (Al - hadis)

18. sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya'ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun.. demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan : "mudah - mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".. (Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah)..

19. telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya'ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah.. disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka.. sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya.. demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat.. demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya..

ini pula amalan pada malam Nisfu Sya'ban yang insha - Allah akan jatuh pada 17 haribulan nanti.. baik, apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah membaca surah "Yaa Sinn" dengan niat mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa - doanya.. kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.. kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya..

PS. kurasakan baru semalam tibanya REJAB, kini SYAABAN sudah menyapa..
PSS. sepanjang bulan ni saya diasak dengan quiz, midterm dan assignment yang menimbun.. rezeki! (:
PSSS. alhamdulillah, minggu lepas ana diberikan kesempatan untuk bertemu dan bersemuka dengan personaliti hebat.. (: teruja, teruja dan teruja..

*ustaz syed norhisham - penceramah ISRAK MIKRAJ*


diri ini terasa sungguh hina jika dibandingkan dengan mereka yang lebih ilmu agamannya..

PSSSS. sabtu ni - 9 JULAI, saya bersama rombongan UNITEN KSHAS akan ke UNITEN BANGI.. semoga selautan ilmu yang dapat kugarap nanti.. (:

*jom - jom serbu UNITEN BANGI, it is open to public too..*

PSSSSS. alhamdulillah, speaking corner dah lepas.. tapi, ada speaking assessment pulak! be prepared, farhana!
PSSSSSS. ayahanda akan ke bumi CHENG HO minggu depan, sedihnya, saya tak dapat ikut! 2 minggu pulak tu.. =.= insha - Allah, ayah akan sentiasa SELAMAT di sana..


with love,
farhana_selamat (: