Saturday, July 30, 2011

aku dan ramadan.




subhanallah

kemuncak bulan ‘mega’ tiba lagi..
Allah telah panjangkan umur kita untuk merebut peluang menggilap rohani di bulan - bulan Rejab, Syaaban dan kini beberapa putaran suria menjelang Ramadan..
pabila melangkah masuk ke bulan penuh keberkatan ini, bermulalah pengembaraan rohani kita menyusuri rahmat dan keampunan Allah..
yang kita kejar bukan nama, pangkat, kesihatan dan kemuliaan di dunia atau di sisi manusia, tapi pangkat besar dari Allah iaitu darjat takwa..


"wahai orang - orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.."
(Al - Baqarah : 183)

kembara rohani kita menuju takwa adalah hakikatnya perjalanan hati untuk kembali kepada keadaan fitrah yang bersih..
hati yang hidup bersama turun naiknya nafas kita itu tidak akan benar - benar tenang dan tenteram selagi tidak menemui jalan untuk berbuat taat dan mengagungkan Allah..
ini sesuai dengan fitrahnya yang asal sewaktu di alam roh – sebelum ia ditempatkan di dalam jasad lahir kita dan tercorak mengikut pengaruh nafsu dan syaitan..

Ramadan adalah saat terbaik untuk mengembalikan hati kepada fitrahnya..
penghulu segala bulan ini membawa bersamanya rahmat dan keberkatan yang sangat banyak dan melimpah - ruah dari Allah..
inilah masa terbaik untuk meningkatkan amalan - amalan takwa dan mendidik serta membersihkan hati dari sifat - sifat yang bertentangan dengan fitrahnya..
peluang untuk ini terbuka luas di sepanjang bulan Ramadan terutama melalui ibadah puasa, juga ibadah - ibadah lain yang hanya terdapat di bulan Ramadan iaitu ibadah sahur dan berbuka, solat tarawih serta membayar zakat fitrah..

di dalam bulan ini juga terdapatnya malam yang dinamakan Lailatul Qadar..
yea! pandai, yakni disebut juga semasa malam Nuzul Al - Quran..
nyatanya, kedudukan, kemuliaan dan keberkatannya menyamai seribu bulan di sisi Allah.. bertemu dengan kemuliaan malam ini dalam keadaan hati dekat dengan Allah dan diri disibukkan dengan ibadah seolah - olah mendapat 'jalan pintas' untuk meningkatkan kualiti diri kita di depan Allah..
tetapi peluang untuk mendapat 'jalan pintas' itu pun hanya akan Allah mudahkan untuk orang yang sungguh - sungguh menempuh jalan penuh berliku sebelumnya..

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya :)
kalau diri tidak dilatih dan hati tidak dipimpin untuk menghayati kebesaran malam - malam sepanjang Ramadan dengan melakukan solat, baca Quran, wirid dan zikir dengan penuh kesungguhan serta keikhlasan, manakan dapat kenaikan pangkat atau 'promotion' dari Allah hanya dalam satu malam..
pangkat dari manusia pun tidak diperolehi dengan sebegitu mudah..
liku - liku untuk dapat kenaikan pangkat dari Allah mesti dilalui berserta pengorbanan dan harus menempuh ujian demi ujian..
bukan dengan jalan bersedap - sedap dan bermudah - mudah..

okey, mari saya bawakan anda kepada maksud puasa itu sendiri..
maksud PUASA adalah : membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
eh? bukannya menahan diri dari makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa ke?
okey, maksud tersebut adalah dari silibus buku yang dikarang oleh kementerian pelajaran..
dan apa yang saya katakan tadi adalah cetusan minda yang dapat saya simpulkan sendiri..
ya, bawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
sebab itulah orang yang puasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum..
dan puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat yang mana :

* mata tak boleh tengok maksiat..
* telinga tak boleh dengar maksiat..
* mulut tak boleh cakap maksiat..
* otak tak boleh fikir maksiat..
* tangan tak boleh buat maksiat..
* kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
* hati tak boleh cinta maksiat..

pendek kata, kena 'puasa' segala - galanya, bukan perut sahaja, tapi buat apa yang malaikat buat, iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca Al-Quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain - lain lagi yang sentiasa malaikat buat..
sehinggakan pasangan kita yang halal itu di haramkan bersetubuh dengan mereka pada waktu puasa kerana malaikat memang tak bersetubuh..
untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri, nafsu syahwat dan nafsu makan sangat -sangat perlu ditekan dan ditundukkan..
tapi oleh kerana kita hanyalah manusia yang sentiasa berhajat pada makan dan minum, dan sesungguhnya Allah MAHA Mengetahui setiap apa yang DIA ciptakan, maka Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..
nikmat (:
tapi kalau tidur terlalu banyak, hurmm.. jadi makruh la pulak puasa tu kann..

pun begitu, bulan puasa juga di kenali dengan bulan 'sabar' dah hadiah sabar adalah syurga yang pasti..
itu dalam jangka masa yang panjang..
dalam masa yang terdekat ni, tibanya waktu berbuka puasa adalah hadiah sabar kita yang paling patut syukuri..
insha - Allah! seterusnya, jika kita bagi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka kita akan dapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala puasa orang itu sedikitpun.. tak kiralah nak bagi makan apa - apapun.. hee..

sebagai tambahan..
bila tiba time nak buka puasa, perbanyakkanlah doa akan DUA perkara..
sebab waktu nak berbuka puasa, doa sangat makbul dan Nabi SAW suruh doa DUA perkara ni..
* minta mudah untuk masuk syurga..
* minta jauh dari dimasukkan ke neraka..

akhir kalam, selamat datang ke 'Wilayah Ramadhan' buat semua..
dan selamat mencari hakikat puasa buat semua sahabatku..
Ramadhan Kareem..
Allahu akram wallahu akram..

"bergembiralah orang yang bertakwa dan terpilih untuk menghadap Ilahi pada bulan puasa dan menderitalah orang yang berlalu pada bulan Ramadhan, tapi masih tidak mendapat keampunan Allah kerana gagal mendapat hakikat puasa.."

video

special dedication to adik - adik di rumah :)
Happy Eid Mubarak!

PS. alhamdulillah! praise to Allah! i'm alive today.. and insha - Allah tomorrow too.. as it will become the greatest day for all muslims..
PSS. tak sabar menantikan sahur, puasa, buka puasa, tadarus, terawih, bubur lambuk di muadzam tercinta :)
PSSS. selamat berjuang buat rakan - rakan yang final seminggu dua lagi nih.. bagi yang final lepas raya, kita enjoy dulu! hehe..
PSSSS. semoga ayah pulang dengan selamat dari bumi GuangZhou..
PSSSSS. please bring me back to the memories.. missing the 'talam' damn much!

The Almighty Allah says,
"When a servant thinks of Me, I am near.
When he invokes Me, I am with him.
If he reflects on Me in secret, I reply in secret,
And if he acknowledges Me in an assembly,
I acknowledge him in a far superior assembly."
- Prophet Muhammad (SAW), as reptd by Abu Huraira..

No comments: