Monday, August 29

mengalukan syawal, merelakan ramadan.

syawal tiba lagi..
takbir raya yang dirindui bergema kembali.. hatiku gumbira, pastinya hatimu jua..
sesungguhnya, bukan senang untuk bertemu dengan SYAWAL..
ya, bukan senang, bukan mudah.. kerana..
telah banyak ku saksikan, insan - insan yang terhenti perjalanannya dek kerana dia lebih disayangi oleh Allah 'Azza Wajalla sekali gus tidak berkesempatan meraikan 'KEMENANGAN' yang dinanti - nanti sepanjang RAMADHAN..
teringat pula arwah atuk dan arwah pakcik yang bertemu ILAHI saat RAMADAN menjelma..

alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah..
aku diberi peluang sekali lagi ini untuk merasai kenikmatan ini..
nikmatnya bila dapat mengucup tangan dan dahi ayah dan bonda..
nikmatnya bila dapat bersenda gurau bersama adik - adik yang dirindui.. nikmatnya bila dapat menjejakkan kaki ke 'baiti jannati'..
nikmatnya bila dapat bertemu sanak dan saudara yang di kejauhan..
nikmatnya bila dapat mengenakan baju raya yang baru..
nikmatnya bila berdentum - dentam menghangatkan suasana malam raya bersama mereka yang kucintai..
nikmatnya bila dapat menjamah pelbagai masakan yang pastinya jarang ditemui di bulan - bulan yang lain..
nikmatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
sungguh nikmat :')

namun,
hatiku mulai terasa hiba..
ingatanku terimbau kembali..
anak - anak kecil yang ku temui di bulan RAMADAN yang lalu..
anak - anak yang comel comel dan mengingatkan aku kepada adik - adik dan anak - anak buahku..
anak - anak kecil yang sama - sama berbuka dan bertarawih bersamaku..
anak - anak yang masih tidak mengenal erti dunia yang penuh pancaroba ini..
anak - anak inilah anak - anak yang kuat..
anak - anak ini, anak - anak yang tentunya dahagakan kasih ibu dan bapanya..
dan sesungguhnya..
ketahuilah bahawa anak - anak ini adalah anak - anak yang sungguh istimewa di sisi - NYA..

apakah perasaannya?
tatkala melihat insan lain yang punyai begitu banyak kenikmatan berbanding dirinya..
yang tak punya apa - apa lagi ketika itu.. 



terima kasih Allah terhadap peringatan ini..
sesungguhnya aku insan yang teramat lemah..
:')

first of all, ana ucapkan..
"kullu a'min wa antum bikhair.."
kepada kalian yang se - agama denganku..
semoga hari raya ini memberi seribu makna kepada kita dalam mendidik jiwa menjadi seorang yang bersederhana dalam semua keadaan..

dedikasi khas buat..
bonda, ayahanda, adik - adik, nenek, pakcik - pakcik, makcik - makcik, saudara - mara dan anak - anak buah di kampung yang tersayang..
maafkan segala kesalahan kakak yang tak terkira banyaknya..
terima kasih atas segalanya..
anda semua terhebat di hati kakak..
lecturer - lecturer, guru - guru, senior - senior dan rakan - rakan yang sentiasa dirindui dan diingati di Yayasan Tenaga Nasional, Universiti Tenaga Nasional, SBPI Jempol, SMK Bandar Tasik Selatan, SRA Al - Hidayah, SK Bukit Bandaraya dan Tadika Masjid Saidina Abu Bakar..
terima kasih atas segala keriangan selama berada di samping kalian :)
terima kasih kerana sentiasa mentarbiahkan diri ini untuk menjadi yang lebih baik..
terima kasih kerana mewarnai hidup saya sehari - harian..
terima kasih kalian..
saya terhutang budi kepada kalian..
sesungguhnya, setiap manusia melakukan kesalahan tak terkecuali juga saya..
mohon maaf banyak - banyak seandainya saya tak menjalankan tugas sebaiknya..
mohon maaf banyak - banyak sekiranya saya tak pernah memuaskan hati kalian..
mohon maaf juga sebab selalu menyusahkan rakan - rakan sekalian..
#banyak sangat dosa saya..
T.T

seterusnya, semua jiran - jiran tak kiralah, jiran bilik sebelah, jiran rumah sebelah, jiran dorm sebelah, jiran yang berada di setiap sudutku..
mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap..


sayang semua kerana Allah :)
insha - Allah, saya bukanlah si pendendam yang keras hatinya..
saya bukanlah si ego yang sentiasa mendongak ke langit..
insha - Allah..
segala yang terbuku, telah terhakis sama sekali..
siapalah saya yang mampu menimbang kira..

baiklah..
sedikit ilmu untuk dikongsi bersama dalam menyelinap ke ruang yang SYAWAL :)
mari kita ber - TAKBIR bermula dari terbenam matahari pada malam raya ini sehingga berakhirnya solat sunat hari raya..
seelok - eloknya, niat mandi sunat hari raya sebelum menunaikan solat..
makan beberapa biji tamar sebelum menunaikan solat..
dalam perjalanan ke masjid, sunat bertakbir.
ada juga yang berkata, pergi dan balik daripada solat hari raya menggunakan jalan yang berbeza..
seterusnya, ucaplah tahniah, "taqabbalallahu minna wa minkum" atas kemenangan kita ini kepada semua :)
tak dilupakan, berhias cantik - cantik sempena raya khas untuk lelaki dan berpada - pada lah bagi perempuan..
asalkan tidak terlalu menarik perhatian dan tidak menimbulkan FITNAH..
semoga bermanfaat :)

"pintu neraka kembali dibuka.. syaitan sudah dibebaskan.. azab di kubur diteruskan setelah dihentikan buat seketika.."

MASHA - ALLAH :)

PS. tahun ni tak macam tahun terdahulu.. kad raya masa dulu, penuh beg.. tahun ni..? nak dapat lima pun tak lepas.. hehe.. adakah nilai sentimental ini kian dilupakan..?
PSS. btw, terima kasih kepada semua yang sudi mengepos kad raya, menghantar SMS, mengepos ucapan di wall FB..

*kad raya dari YTN :)*
sayang YTN sedalam - dalamnya..

salam sinar SYAWAL :)
- farhanaselamat -

2 comments:

Anonymous said...

adik, selamat berhari raya bersama keluarga. maaf zahir dan batin.

- kak jie -

~ farhana selamat ~ said...

sama - sama kak jie..
sorry tak sempat datang umah..
mohon maaf zahir batim jugek..