Tuesday, September 20

bertebaranlah dan serulah.

dalam berubah, merubah dan inginkan perubahan..
:')

ada orang rasa diri dia tidak berguna untuk Islam..

"saya ni bukannya hebat sangat.. ilmu tak ada.. nak cakap pasal Islam tak boleh sangat.."

"saya ni bukannya petah bercakap.. nak cakap dengan orang tak reti.. nak dakwah lagi lah.."

"siapalah saya ni.. cakap pasal agama asyik kena band je.. alim lah, pak lebai lah.. baik tak payah.."

DAKWAH..
satu perkataan fofuler yang asalnya dari perkataan da'a dalam bahasa arab..
da'a : seru..
dakwah : seruan..
kalau sebut dakwah, mesti ingat seruan kepada Islam..

kalau tanya saya, siapa yang layak berdakwah..?
maka saya akan kata, SEMUA orang islam..
bukankah hanya untuk orang berilmu sahaja..?
NO!
saya akan tetap kata kepada SEMUA..
sesungguhnya, hakikat dakwah adalah wajib sebenarnya..

tapi persoalan yang sering dibangkitkan selepas itu adalah..
"aku tidak punya ilmu, tidak petah berbicara, tidak hafal Al - Quran banyak, tidak sekolah agama dan bla - bla - bla.."
okeh STOP!
kita kena ubah sesuatu di dalam diri kita..
kita kena faham bahawa kita semua boleh berdakwah..

dakwah adalah WAJIB!
siapa yang menyatakan tugasan dakwah telah terhenti apabila Rasulullah SAW telah wafat..? maka itu adalah kesilapan!
sebabnya di dalam Al - Quran telah dinyatakan dengan jelas bahawa dakwah wajib kepada semua..
ya! SEMUA..

"dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya..? dan (ingatlah), Allah tidak sekali - kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.."
(surah Al - Baqarah : 140)

"kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik - baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.."
(surah Ali - Imran : 110)

"demi masa.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. kecuali orang - orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan - pesan dengan kebenaran dan berpesan - pesan dengan sabar.."
(surah Al - Asr : 1-3)

"sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.."
(HR Bukhari)

"wahai orang - orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya..? iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul - Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu.."
(surah As - Saff : 10 - 11)

seeeee.. Allah SWT tidak mengarahkan dakwah itu hanya kepada Rasulullah SAW semata - mata..
tapi Allah perintahkan juga kepada umat Islam yang beriman lainnya..
jika benar dakwah hanya untuk Rasul sahaja, maka Rasulullah tidak akan menghantar utusan..
dan sahabat - sahabat pula sepatutnya berhenti menyebarkan Islam.. ye takk..?
maka, ketahuilah di sini bahawa, saya, anda, dan saudara - saudara kita di dalam Islam yang lain itu semuanya mempunyai tanggungjawab dalam menyebarkan Islam ini..

*jalan dakwah pasti ada jurangnya..*

habis, macam mana saya hendak berdakwah..?

soalan itu pun muncul..
bila sudah tahu tanggungjawab, maka kita akan mencari cara bagaimana hendak melaksanakan tanggungjawab..
ini bagi mereka yang baik hatinya, suci jiwanya..
rasa tanggungjawab itu akan memberat di pundak hingga mereka berusaha untuk mengerjakannya..

tapi bagi yang jiwanya diselimuti hawa nafsu, mungkin dia merasakan ini semua tidak perlu..
"ahh! aku peduli apa.."
mungkin..

jadi, macam mana nak berdakwah ni..?
satu benda yang perlu disedari adalah : dakwah ini luas medannya..
sangat luas..
ternyata jalan - jalan untuk melaksanakan dakwah itu melebihi puluhan..

apakah yang kita ada..?
ya! apa yang awak ada..?

awak pandai menulis..?
maka gunakan penulisan awak untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT..

awak pandai berbicara..?
maka gunakan kepetahan awak untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT..

awak pengarah filem..?
maka gunakan kelebihan awak untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT..

awak seorang guru..?
maka gunakan peluang pekerjaan awak untuk mengajak murid - murid serta rakan sekerja untuk kembali kepada Allah SWT..

awak seorang pensyarah..?
maka gunakan peluang di dalam kuliah awak untuk mengasimilasikan pengajian awak dengan mengembalikan manusia kepada Allah SWT..

awak seorang doktor..?
maka sambungkan harapan pesakit - pesakit awak kepada Allah SWT..

begitulah..
apa sahaja abiliti, kelebihan, yang kita punyai, kita gunakannya sebagai peluang untuk menyebarkan agama Allah dengan lebih luas lagi..

masalahnya saya tidak punya apa - apa..
saya orang biasa sahaja..

masalah biasanya akan timbul bila kita tidak mempunyai abiliti seperti berani bercakap dan mempunyai kebolehan seperti menulis dan sebagainya..
tapi sebenarnya ini bukan masalah pun..
dakwah tetap wajib kepada anda..

bagaimana..?

paling kurang dengan akhlak..
yang ni, semua orang kena buat..
ya, akhlak!
itu juga adalah dakwah..
awak tidak pandai bercakap..?
takpa..
awak tidak mempunyai kelebihan apa - apa..?
takpa..

binalah akhlak anda!
itu satu dakwah hakikatnya..
mengapa..?
sebab akhlak adalah apa yang manusia pandang..
hakikatnya, akhlak adalah perkara yang paling basic..
pendakwah yang pandai cakap pompang pomping pun, kalau akhlak tak ada, tetap tak berguna jugak kan..

awak pensyarah tetapi segan nak cakap fasal Islam..?
maka tunjukkan akhlak yang baik..

awak jurutera, tetapi tak tahu nak sebar Islam macam mana..?
maka tunjukkan akhlak yang baik..

awak guru, tetapi tak tahu hendak mengajak anak murid kepada Islam bagaimana..?
maka tunjukkan akhlak yang baik..

awak seorang ahli keluarga, tetapi mati akal hendak mengajak keluarga kepada Islam..?
maka tunjukkan akhlak yang baik..

macam tulah..
akhlak ini yang anda perlu perhatikan..
anda boleh berdakwah melaluinya..
tunjukkan sahsiah muslim muslimah anda..
tepati janji, tepati waktu, bicara yang baik, pakaian yang sopan dan kemas, amanah dan jujur, baik hati dan mengambil berat, ziarah dan memberikan hadiah, sentiasa senyum dan sentiasa berusaha meringankan masalah orang..

itu pun satu dakwah..
tidakkah anda memerhatikan..?
mudah bukan..?
bahkan ia adalah antara cara dakwah yang paling berkesan..
kita semua tahu bahawa manusia suka orang yang berakhlak..
professor hebat macam mana pun, kalau tak ada akhlak, kita pun benci..
ye takk..?

maka jika kita memahami bahawa dakwah itu wajib, wajiblah bagi kita menjaga akhlak kita.. so, keburukan akhlak kita adalah palitan lumpur kepada Islam itu sendiri..
bukankah kita telah berdosa?

takda alasan kan..?
bila berakhlak memerlukan abiliti atau kelebihan tertentu..?
entah, tak rasa pun begitu..

di sinilah kecantikan Islam.. mudah..
semua orang boleh buat..
semua orang boleh aplikasi..
lagi pun, Islam tidak bergerak secara sendiri - sendiri..
Islam bergerak secara jama'i..
bukannya Rasulullah sahaja perlu berdakwah, ummat baginda juga perlu.. 
kalau tidak, baginda takkan menghantar Mus'ab bin Umair RA ke Madinah..
baginda takkan menghantar Mu'adz bin Jabal ke Yaman..
baginda takkan menghantar 80 sahabat yang akhirnya mati di dalam peristiwa Bir Al - Ma'unah..
paling kurang dengan akhlak..
itulah peranan kita..

yang ada kepetahan berbicara, yang ada kelebihan menulis, yang mampu menonjol ke hadapan, yang boleh memimpin, yang mampu mengaut ilmu lebih tinggi, semua ada tugasan masing - masing dan tanggungjawab menggunakan abiliti mereka untuk Islam..

tapi orang yang tidak mempunyai kelebihan - kelebihan itu, tetap mempunyai peranannya juga..
bayangkan ya, pendakwah pompang pomping cakap Islam itu bagus, Islam itu cara hidup yang sebenar, tetapi ada ummat Islam yang rogol bukan Islam..
how..?
tidakkah itu mencacatkan..?

maka di sini kita perlu faham betapa kita juga berperanan..
akhlak adalah dakwah..
jangan kata anda tidak boleh berdakwah..
binalah akhlak..
itu tugasannya..

insha - Allah..
mulakan dengan perkara - perkara yang kecil dulu..
dalam merubah negara kepada negara Islam yang syumul, nak tak nak umat Islam kena solat jangan tinggal dulu..
so, setiap individu mula dengan solat fardu, then solat jamaah..
betul tu, kita repair bab solat dulu..

next, mulakan dengan diri sendiri..
nak nasihat orang jangan mengumpat, kita kenalah awal - awal lagi berhenti mengumpat dulu..

lastly, mulakan dari saat ini..
jangan tangguh - tangguh benda baik..
kalau dah ada niat nak berubah tu, mulakan dari saat tu juga..


:')
insha - Allah!

"kulil haq walau kana murran.."
salam dakwah :')
- farhanaselamat -

Monday, September 19

hidup ini umpama awan.

beramallah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia - sia..
jangan kau hentikan amalmu kerana banjir air mata kecewa yang menghalang jalanmu..
sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya..
Allah akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian pada - Nya..

alhamdulillah, usai sudah hari penuh debaran :)
debaran menanti result final yang mengalahkan debaran result SPM..
mana taknya, ramai yang sudah mula seru - seru yang result akan keluar sabtu hari tu..
lagipun, agak excited menanti result sebabnya..
mestilah kita nak tahu juga performance kita masa first sem, sebelum masuk 2nd sem kan..
last - last rupanya..
dah masuk first day 2nd sem, barulah result muncul..
alhamdulillah, akhirnya kau muncul jua incik RESULT :)
sesungguhnya, kemunculan anda membuat hati gumbira suka..
alhamdulillah ya Allah!
ALHAMDULILLAH! satu permulaan yang baik..
sesungguhnya, "iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in"..
apa - apa pun, tahniah kepada sahabat - sahabat seantero yang mendapat pointer, tak kiralah tinggi ke, sederhana ke, rendah ke..
kerana semuanya berbalik kepada hubungan kita dengan Allah..
sujudlah kepada - Nya..
atas segala pengurniaan - Nya kepada kita..
bak kata orang, rezeki Allah beri rezeki masing - masing..
next time, next sem..
perform baik punya ya!


jangan mencintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh runtuh..
jangan mencintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut..
jangan mencintai seseorang sebesar dunia kerana dunia boleh hancur..
cukuplah mencintai seseorang sehujung KUKU,
walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh..
aku CINTA kamu kerana - NYA :)

hari ni, first day trimester 2 bermula..
awalnya agak kelam - kelibut..
apa - apa pun, hopefully, esok dapat start belajar setenang - tenangnya..
cuma, kenangan 4 bulan yang lalu, masih sukar untukku lupakan.. aduhh!
ya, menjadi rakan sekelas bersama anda adalah satu penghargaan :)

anna adila : thanx anna sebab jadi kawan fana :') sorry sebab kadang - kadang fana selalu je bad mood dengan anna.. then, sorry lagi, kalau selalu macam nak tak nak je kan layan anna bila anna datang rumah.. bukannya ada maksud apa - apa.. sorry.. sorry jugak kalau masa final hari tu, fana lupa nak ajar anna.. btw, thanx for the memory, thanx for the lesson and thanx for the time we share with.. all the best with a better performance next next sem.. mesti rindu nak share - share idea tentang erti hidup dengan anna.. bila kat rumah tu, jangan lupa seru - seru lagi nama fana lepas ni.. huhu..

farah izzaty : farah, thanx for being so kind to me :') masa mula farah masuk, fana terus teringat pada kawan baik fana kat sbpi jempol dulu.. thanx sebab selalu care pasal fana.. thanx sebab selalu terangkan computing.. and see, apa yang selalu kita dok study, mesti keluar exam.. masa final tu pun keluar.. masin betul mulut hang.. haha.. thanx tau.. sorry sebab selalu tiru - tiru loghat penang hang.. best gila dengaq hang celoteh.. thanx sangat - sangat.. mesti rindu gila dengan hang..

farahlisa sofea : lisa! si budak comel yang ayu bertudung hitam berbaju hijau di atas.. haha.. lisa, terima kasih sebab jadi antara yang terapat dengan aku.. aku rasa best gila kawan dengan kau.. suka gila pangkah - pangkah kau.. haha.. stalk blog kau, si L****.. haha.. sorry gak sebab join budak - budak ni panggil kau "SALMAH" :') femes sikit nama tu, bak kata madam nazirah.. hehe.. apa - apa hal, study elok - elok ye.. kau jangan salah tekan calculator lagi.. huhu.. confirm rindu kau weh :'(

syafiqah osman : agak awkward bila tulis syafiqah.. ok, panggilan manja, syiqa.. hehe.. syiqa si gojes, yang dok di bandar jay bee.. huhu.. dia orang kampung saya.. ayah dia satu sekolah dengan ayah saya.. haa, kan saya dah cakap dunia ini seperti bola yang bulat.. dan sesungguhnya dia juga amat care dengan saya dan semua orang.. housmate dan roomate farah.. apa - apa pun, thanx syiqa for being a caring friends.. sorry sebab selalu menyemak kat rumah syiqa.. kadang - kadang tu sebab nak hilangkan stres sebenarnya.. hihi.. blok 1 kan aman.. btw, sorry juga sebab tak sempat nak ajar syiqa account.. sorry! uhui, mesti rindu chiqa! rindu gila nak tengok muka serius yang menggetarkan jantung fana.. hehe.. gurau jep..

diyana atika : diyana! orang first yang aku jumpa before start first class di uniten.. sangat riang and 'happening' dan pening.. haaa.. tapi, bila marah tu, fuhhh.. takut aku nak tegur.. hehe.. aku ingat lagi the moment masa kau sakit perut.. sangat sadis.. aku jadi risau gila.. huuuu.. then, aku turun bagi ubat, bertuah kau masa tu, sebab jumpa kawan yang kerja klinik masa dulu.. huhu.. thanx diyana for being a caring friend.. banyak gila ucapan kau masa aku nak pergi orientasi ytn dulu.. hee.. then, bila ada class pagi pukul 7 lebih je, class agama and QA, mesti si diyana akan text aku sebab nak suruh aku kejut, takut terlajak.. hehe.. apa - apa pun, best of luck diyana, kau seorang yang pandai sebenarnya :') ingat tu!

firzanna durra arizzaa : fir, for short.. first time dengar nama kau, pergh.. terbelit - belit tersimpul - simpul lidah aku menyebutnya :D sangat sangat rapat dengan diyana, wani dan mira syawanie dalam kelas.. dia pun antara 11 orang yang masuk awal before budak - budak intake lain, sama gak dengan aku.. suka gila dengar cara dia bercakap dan ajuk orang bercakap.. sangat hebat dan lancang berkata - kata, sangat confident orangnya :') aku rasa kau boleh masuk debat lah fir.. huhu.. rumah dia sebelah rumah aku.. perlu ke bagitahu.. huhu.. pe pun fir, thanx sebab jadi kawan aku.. sorry for everything ;)

nurul ashekin : my 'nurul' twins.. hehe.. ekin! thanx sebab pinjamkan jam masa final exam hari tu.. ekin anak tunggal dan seorang yang sangat baik :) sangat rapat dengan budak class account.. sangat rajin bertanya kalau dia tak paham.. pe pun ekin, thanx.. thanx sebab pinjamkan jam, kredit kadang - kadang.. huhu.. thanx sebab jadi sahabat yang baik.. sayang ekin sokmo dehh..

illi qistina : my beloved mummy.. ili amat sangat terlalu comel :) yeah, teringat lagi waktu 'sketch' bi, hebat gila ili berlakon jadi mak kepada farid.. alahai comelnya.. sorry sebab kadang - kadang selalu tertukar panggilan 'illi syazana'.. tak tau kenapa, macam sesuai je illi syazana daripada illi qistina tu.. huhu.. ili, hebat dalam curve sketching, bak kata madam nazirah :) sangat rapat dengan azie.. apa - apa pun terima kasih ili comel.. good luck teruskan hidup di uniten.. and tabahlah dalam apa jua keadaan.. terkejut dengan berita ayah ili dah meninggal after SPM dulu..

atiqah hasim : inilah dia iqa.. anak orang tnb, promote jap.. hehe.. btw, suka gila dengar cara iqa bercakap, sangat lembut gitu.. seorang yang kuat.. yeah, u can do it iqa.. jangan jadikan sesuatu sebagai alasan untuk berjaya k.. apa - apa pun, thanx sebab sentiasa bekerjasama.. asal ada assignment je, mesti satu group dengan iqa en.. apa kes..? haha.. btw, sorry kalau fana macam garang dan serius bila kita study sama - sama..
sayang iqa :')

aziemah : azie nama diberi.. seorang yang rapat dengan ili.. diam - diam ubi berisi budak ni.. sebab dia pandai plus pendiam.. sanggup berkorban untuk aku.. haha.. ingat lagi masa azie temankan aku pergi fotostat kat kedai pustaka tu.. disebabkan kami lambat beberapa minit, kami tertinggal bas dekat wisma.. but then, walaupun si azie ni puasa dan kering, dia tetap jugak nak jalan dengan kami yang tak puasa ni balik bestari.. ok, masa tu bukan bulan ramadan :) wani ngan mira syawanie pun ada sekali.. huhu.. thanx azie..

nur zuhairah : aku suka panggil dia zue.. ye! mek klate kite.. tapi seorang yang pendiam.. hee..  mungkin sebab dia tak berapa nak rapat dengan budak - budak dalam class tu.. seorang yang setia dalam persahabatan bagi aku, sebab dia sentiasa bersama ewa dan myra ke mana - mana.. yang paling aku suka, dia sangatlah petah kecek kelate.. biasanya, aku akan paham lah jugak bahasa kelate, tapi bila dia dah start kecek, satu gapo pun dok pehe wehh.. huhu..

misya musa : orang batu pahat jugak nih.. sentiasa bersama iqa ke mana - mana.. pendiam tapi dalam hati ada taman.. gurau je.. hee.. seorang yang sangat pembersih dan rajin.. kalau pergi rumah misya, fuhhhh! berkilat lantai dia, siap boleh buat cermin lagi.. sangat pengemas budak ni.. hehe.. apa - apa pun, sorry sebab selalu kacau misya ek..

syazwani izzati : wani! thanx seba temankan aku masa first day balik muadzam lepas raya.. bagi aku habiskan roti kau, nikmat - nikmat! huhu.. wani budak kampung mawi yakni rmuahnya di kulai :) aku sangat obses dengan tulisannya yang amatlah lawa.. cehhh.. dia ni satu kepala dengan diyana, fir dan mira syawanie.. kadang - kadang, sangat aktif orangnya.. hehe.. rindu kau wani..

amira syawanie : mek ganu kito pulok.. aku lebih biasa panggil dia dengan nama panjangnya, amira syawanie.. sebab kalau panggil mira, macam ada yang tak kena.. hehe.. sangat rapat dengan si wani.. ayahnya ada bisnes kedai stationeries.. itu yang dia pun ambil course business, untuk menyambung perjalanan bisnes tu.. hehe.. pe pun, thanx sebab jadi kawan fana ye mira syawanie :) thanx hari tu, pinjam katil tumpang tidur kat tempat mira.. all the best!

darshani : darsh for short! the only indian girls in my class.. selalu jugak dia datang rumah.. sebab nak pinjam tutorial, study, tanya macam - macam.. haha.. sangat meminati kuih ma'mor.. yeah..? masa balik raya tu, ada kuih ma'mor lat atas meja study.. pelawalah si darsh makan, tak lama tu, habis terus kuih ma'mor.. haaa, boleh tahan jugak budak ni.. dia ni budak penang.. selalu bangga dengan penang dia, katanya.. penang is the food paradise.. tak habis - habis homesick..

okay, done with the girls..
student lelaki pula..

farid : extend capabilities - suka gila mencelah masa kau buat public speaking..
haziq : budak debat - handal berdebat dalam bahasa jowo dan nogori..
iqbal : the story of us - cehhhh..
syahir : beyonce - obses benor dia..
asyraf imran : mamat cina kelate - sentiasa menyenangkan kerja assignment..
izwan : senior class rep - "naaa, mintak tolong fotostat boleh..?", kata si iwe dalam loghat kelatenya..
lakai : "what do you think about this, hafiz..?" - pengalaman mock muet yang paling best..
hafiz : "i don't think so.." - jawabnya simple, terbaikkk hafiz..
ilman : hulk - pandai QA tapi selalu buat muka blur..
luqman : blur - suka buat muka blur kalah ilman..
thiva : orang sungai petani - suka dengar orang india cakap bm bersama loghat utagha..
amirul (miyo) : orang kuantan - dok dekat je, tu yang dah ada kereta, viva putih lagi..
nafees : muscle builder - public speaking yang amat menarik..
mizan : cikgu account - "sorry fana sebab aku dah salah ajar kau.."
baby : tulisan hantu - bak kata madam nazirah masa hantar tutorial QA..
amer : humor - ada ada je dia ni..
faizal : genius - si budak genius bagi petua macam mana nak genius.. fuhhh!

:')
sorry, kalau ada terasa hati dengan kata - kata di atas ;)
humm, kadang - kadang aku rasa ucapan - ucapan aku tadi menunjukkan yang kita takkan berjumpa lagi je kan..
mungkin, aku dah tak lama lagi dah hidup di dunia ini, mungkin..
tapi mungkin juga lepas ni, bila kelas dah lain - lain, semua mula buat hal sendiri..
tapi bagi aku, hidup di alam universiti ni, kita sangat memerlukan kawan..
once we are friends, forever we are friends..
bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku :')
tak kisahlah, apa - apa pun, i just wanna share all about how i feel being your classmates and soulmmates :)


terima kasih korang atas segalanya :)
thanx for the memories :)
aja - aja fighting for the next new chapter of your life..
selamanya "Sekelas Together" :')

"sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik.. tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin.. jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, hal ini adalah kebaikan.. dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, itu juga kebaikan.."
(HR Imam Muslim)

PS. aku suka sangat sangat sangat gambar - gambar di atas..
don't we look like such a great and awesome family..? huhu :')
PSS. syukran atas doa :') alhamdulillah!

berbahagialah disaat ketidakbahagiaan itu datang,
kerana kita akan semakin dewasa,
kita akan semakin bijaksana,
belajar mengatasi masalah yang datang dalam diri sendiri,
belajar mengatasi semuanya sendiri,
dan mengembangkan potensi "pencerahan" di dalam hati..

- farhanaselamat -

Sunday, September 18

the new chapter begins.

"hidup ini adalah ibarat sebuah pelayaran, di dalam pelayaran pastinya akan mengalami situasi yang menggembirakan, mencemaskan, membahagiakan, menakutkan, menyedihkan dan pelbagai lagi.. namun anda sudah pasti tidak akan berhenti selagi tidak sampai ke destinasi yang dituju.."


baru saja rasanya aku menjejakkan kaki ke bumi muadzam meninggalkan keluarga di kota..
baru saja rasanya aku bertegur sapa, berkenal - kenalan sesama rakan sekampus yang kini menjadi temanku di kala suka dan duka..
baru saja rasanya aku selesai berjuang menghadapai peperiksaan yakni amanah yang perlu aku sempurnakan sebagai seorang mahasiswi kampus..
baru saja rasanya..
sungguh, baru sahaja..
:')

alhamdulillah..
empat hari sudah berlalu meninggalkan kita sejak kita akhiri peperiksaan akhir di kampus tercinta..
apa khabar hati..?
apa khabar iman..?
semoga semuanya baik - baik aja ya!
dapat berjumpa dengan ahli keluarga yang tersayang sungguh terlalu nikmat rasanya..
lagi - lagi pabila dikhabarkan dengan pengurniaan "orang baru" oleh Allah kepada keluarga kami..
alhamdulillah, seakan sukar untukku percaya :)
haih, berat rasanya hati untuk meninggalkan rumah dan kembali ke kampus :(
tapi..
ingatlah sahabat, meninggalkan rumah untuk menuntut ilmu itu satu jihad..
dan setiap apa yang dilakukan jika bersandarkan kepada - Nya, kita akan mendapat pahala..
insha - Allah! namun, apakan daya, kita perlu gagahkan jua kaki ini untuk meninggalkan kampung halaman tercinta :)

esok, sesi trimester baru bakal bermula..
yang dahulunya foundation trimester 1 akan naik ke alam trimester 2..
yang dahulunuya foundation akan naik ke alam degree..
dan tentunya banyak lagi cabaran - cabaran yang bakal dihadapi..
jadi, marilah kita sama - sama muhasabah diri..
tingkatkan prestasi untuk trimester baru ini..
semoga trimester baru ini mendorong kita untuk meningkatkan lagi mutu ibadah kita kepada Allah dan berusaha sedaya - upaya untuk menjadi seorang mahasiswa dan mahasisiwi yang cemerlang di dunia dan akhirat..
jaga diri hiasi peribadi..
insha - Allah :')


ahha, sebelum terlupa..
alhamdulillah and congrats to all 1st intake foundi  yang dah dapat result final :)
alhamdulillah to all 2nd intake foundi yang dah selesai final dengan jayanya :)
ucapkan syukur atas pencapaian anda wahai rakan - rakanku..
to all 1st intake friends..
even though ada yang tak capai target masing - masing..
jadikan ia sebagai satu loncatan untuk anda maju ke hadapan..
jangan mudah mengalah..
kerana langit yang indah tak selalu cerah..
tapi apa - apa pun alhamdulillah, ramai yang berjaya..
alhamdulillah, tahniah you all :)
saya..? :)
saya masih menanti - nanti result saya..
mengapa perlu dibelenggu sebegini ya ALLAH.. T.T
sabar ye yang seangkatan dengan ku..
:')


* * *

kesimpulan sebenar..
kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh - sungguh..
apa kaitan..? fikir - fikirkanlah..
tips exam apa yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh - sungguh..?
yaa.. inilah dia USAHA :)
USAHA untuk mencapai HAJAT..
sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu..
maka, tawakkal sudah bermula ketika itu juga..

apakah itu TAWAKKAL..?
adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata - mata..? 
tidak.. tidak dan tidak..
tawakkal itu termasuklah usaha..
usaha kita adalah satu tawakkal juga...
tidakkah anda melihat..?

sesungguhnya, susah atau senang soalan itu, semuanya berbalik kepada Allah..
kita expect soalan macam tu tapi macam ni pulak keluar..
maka, berdoalah semahu - mahunya agar dipermudahkan segalanya..
insha - Allah :)
berdoalah..

"berdoalah kepada - Ku, akan - Ku perkenankan permintaanmu.. sesungguhnya orang - orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.."
pesan Allah dalam kitab - Nya yang agung, surah as - Shaad ayat 42 :)


memetik kata sahabat se - UNITEN :)
"pointer rendah bukannye tak pandai cuma tapi kurang bernasib baik.. maybe still kekok dalam alam university ni, gementar kan time amek exam, otak tak focus right, cara belajar tak same macam sekolah.. tu semua biase laa mula mula, trimester depan kite semua bagi yang lagi better.. biar batch kite TOP kt uniten, batch TERBAIK ! semua DEAN'S LIST lagi bagus :D"


"the student that got 3 point and above can duduk and goyang kaki.. but the student below 3 point duduk minum kopi sebab next sem kena stay up untuk struggle lagi.. no matter la 3 pointer or 4 pointer even berpointer - pointer as long as dia tak sombong tak bongkak dia tolong kawan dia yang bawah 3 pointer ni naik bersama dia aq respek dia.. tapi kawan dia tu kena la ada SEMANGAT!! huhuh.."


bangga aku sambil senyum - senyum bila baca luahan hati yang penuh semangat dari mereka..
yeah! keep on the good spirit :)
go go go friends! mari kita bakor semangat dalam diri..



aku catat supaya aku tidak lupa..
akan perjalanan aku sebagai seorang pen - jihad Allah di muka bumi - Nya..
insha - Allah :')
btw, ada sesiapa rindu nak tengok tulisan aku..?
haha.. makin huduh kan..

“dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan - perbuatan yang salah dan berdosa).. dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa - dosa kamu..”
(surah Asy - Syuura ayat 30)

PS. a big CONGRATS to my YTN friends for the awesome result, alhamdulillah, tiada yang mustahil.. congrats durga and faiz.. the others, nadia, farid, haziq, iqbal, syahir.. let's seek for the grace of Allah :) 4.00 flat, AMIN!
PSS. terima kasih kepada family, lecturer, rakan - rakan sekelas together :) dan semua yang mendoakan saya.. alhamdulillah, saya tenang menjawab final hari tu :)
PSSS. 6 + 1 setelah sekian lama.. alhamdulillah atas rezeki kepada keluarga kami :)
PSSSS. preparing for the next trimester tomorrow, class bersama student JPA and MARA pula sem baru ni.. phewww~
PSSSSS. result..? post seterusnya saya cerita :)
PSSSSSS. btw, lupa nak ucap.. salam 1 MALAYSIA semua.. bangga jadi anak Malaysia, yang harap - harapnya aman sentiasa :) yeay! hari tu dapat tengok jet lalu, hehe..


*kibarkan bendera anda..*


sahabat..
saat kau melangkahkan kaki,
jatuh dan bangun sendiri,
semuanya mampu kau redahi..
saat usiamu telah dewasa,
cabaran datang bertimpa,
kau kecewa derita sengsara..
hapuskanlah air matamu,
redha dan teruskanlah usahamu,
pasti kau akan mengerti..
hidup ini,
putarannya tersendiri,
hentikanlah air matamu,
biarkanlah kisah duka itu berlalu,
mendung hari takkan selalu..
sinar bahagia..
pastikan kau ketemu..

akutaksempurna,
- farhanaselamat -

Friday, September 9

i'm flying without wings.

FLYING COLOUR :)


UNDANGAN MENGHADAPI PERTEMPURAN

calon :
NURUL FARHANA BINTI SELAMAT

tempat pertempuran :
DEWAN PEPERIKSAAN 1,
ARAS 5,
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL,
KAMPUS SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
26700 BANDAR MUADZAM SHAH,
PAHANG

tarikh dan masa pertempuran :
12/9/2011, 13/9/2011, 14/9/2011
9.00 AM - 12.00 PM DAN 2.30 PM - 4.30 PM

keperluan pertempuran :
ILMU YANG LENGKAP MENGIKUT SILIBUS PEMBELAJARAN
SOALAN TAHUN - TAHUN LEPAS  BAGI SETIAP SUBJEK
1) QNTF 014 - QUANTITATIVE ANALYSIS
2) ENLF 013 - ENGLISH
3) ABAF 014 - BUSINESS ACCOUNTING
4) MGMF 014 - BUSINESS COMPUTING
5) ISLF 011 - ISLAMIC STUDIES
BERSAMA CARRY MARK MASING - MASING

saya berharap pertempuran ini memberi kita kesedaran tentang betapa pentingnya perjuangan kita untuk masa depan..
INGAT!!
perjuangan belum selesai..
jangan mundur sebelum bertempur..
yeahhh!!
SEMOGA BERJAYA!!


di kesempatan ini saya, NURUL FARHANA BINTI SELAMAT..
ingin memohon sejuta kemaafan kepada sesiapa sahaja yang pernah disakiti oleh saya tanpa saya sedari atau secara disedari..
maaf semaaf - maafnya kiranya ada yang kekurangan dari saya..
sesungguhnya manusia tidak terlepas daripada kesalahan dan kesilapan..
tolong.. tolong doakan saya dan rakan - rakan saya yang akan berjuang bermula isnin ini..
semoga semuanya dipermudahkan Allah..
amin ya Rabb..
:')

last not least, selamat berjuang kepada warga kampus yang akan start final isnin ini.. 
especially, rakan - rakan "SEKELAS TOGETHER" :)
rakan - rakan PC dan 2nd intake Account..
selamat berjaya kepada diri sendiri dan semua..
jangan lupa serikan usaha dengan doa, ikhtiar dan tawakal..
sesungguhnya senjata orang Islam adalah doa dan taqwa yang tinggi kepada Allah :)

* * *


FLYING TO THE MIDDLE - EAST :)


"teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata - katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak - gerinya teringat mati.."

~ alaa' zain, nura ezzatie, amira nabila, munaya zulfa, akmall hamdan, rahim rahman, taufiq janor ~
* MUNAYA, TAUFIQ dah berangkat sebelum post ini :)

dalam kehidupan, ada 1001 cerita,
kadangkala ada terlepas daripada pandangan,
sungguh yang untung hanyalah yang belajar daripadanya,
kugerakkan jemari menaip ceritera,
bukan untuk dihayati sebagai halwa hanya,
hajatku besar melakar layar,
mendekatkan hamba kepada Tuhannya,
kuharap cerita ini,
mampu membangkitkan jiwa hamba,
dalam apa jua lapangan pemberian - Nya..
- HILAL ASHRAF -

secebis pesan untuk sahabat..
:)
:)
:(
:'(
:')

jangan menjadi seperti lalang, tuntas kamu akan ditiup angin ke sana sini..
tapi jadilah kamu seperti pohon kelapa, tegap dan utuh..
andai condong sekalipun, akarnya tetap teguh mencengkam bumi.. 
sahabat, teguhkan pendirian.. 
anda adalah anda, tak perlu menjadi orang lain..
sentiasa istiqamah..


terima kasih kerana bersahabat..
andalah yang terbaik, dan moga terbaik di mata - NYA jua..
insha - Allah, moga bertemu lagi di bumi pertiwi..
garaplah selautan ilmu Allah di bumi Anbiya' yang tersangatlah mulianya..
sayang anda semua kerana Allah..
doakan kami semua yang masih di sini..
jazakallahu khairan kathira :)
apa - apa pun sebelum terlupa..
asif, sebab tak dapat nak turun padang masa korang berangkat.. 
insha - Allah, ana akan sentiasa doakan dari jauh..
wassalam..


* * *

tolongggg!
final exam bikin wa penin..
study gila - gila bagai nak mati @.@
- kata si budak kepada rakannya -
heyy!! heyy!!
hari - hari engkau lalui adalah peperiksaan tahu!
hidup umpama satu TEMUDUGA..
penemu duga bukan calang - calang, para malaikat Allah..
dan bukan boleh disogok dengan rasuah..
hanya dua jawatan yang ditawarkan..
penghuni SYURGA atau penghuni NERAKA..
setiap orang dibekalkan dengan ujian - ujian tertentu..
di setiap perlakuan dicatat atas KERTAS pencapaiaan..
jadi, nak main - main lagi ke..?
ALLAH, ampon.. T.T

hari ini..?
JUMAAT sudah..
esok..
SABTU mari..
AHAD mencari - cari..
ISNIN..
memanggil - manggil..
mampukah aku..?

:'(


- farhanselamat -
P.H.D -> Pelajar Harapan Dekan :)
insha - Allah 4.00 flat, AMIN!