Thursday, September 01, 2011

aku dan sejarah.

erk..? 1 SEPTEMBER 2011..?
okay, aku tahu aku dah terlewat sehari untuk post pasal MERDEKA ni..
tapi tak apa, demi CINTA - ku kepada TANAH MELAYU, aku akan tetap luahkan jua hasratku ini :)

MERDEKA..
apakah ertinya MERDEKA bagi anda..?
okay, sila jawab dalam hati..
terima kasih :)

apa - apa pun, SELAMAT HARI MERDEKA buat MALAYSIA - ku tercinta..
okay, tema raya yang dimomok - momokkan tahun ni : MERDEKA RAYA :)

okay, sebenarnya ana nak cerita sikit tentang sejarah ana bersama subjek sejarah..
siapa minat sejarah sila main jauh - jauh..
hehe, gurau - gurau anak kucing sahaja..

seperti yang anda - anda tahu..
sejarah adalah subjek yang wajib diambil bagi semua pelajar SMK, SMKA, SBP, SBPI, SMAP, MRSM dan seantero dengannya..
senang citer, semua pelajar dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5 tak kan dapat lari dari subjek sejarah..
sesiapa yang kureng minat dengan sejarah ni, banyak - banyak lah istighfar ye :)
tapi apa yang ana sedia maklum, masa zaman 60 - an 70 - an dulu belum start diwajibkan lagi subjek sejarah ni..
apa yang wajib, subjek GEOGRAFI..
wahhhh, memang tak aci..
kalaulah aku diberi pilihan, confirm confirm lah aku pilih geografi..
minat melancong lah katakan :P

baik, nak dijadikan cerita..
aku memang bukan peminat subjek sejarah yang tegar..
macam orang kata..
aku belajar subjek sejarah ni sebab nak A je..
okay, jujur lah, aku minat jugak sejarah cumaaaa..
cuma aku malas bebenor nak mengingat fakta - fakta sejarah..
apa yang terjadi?
siapa yang buat perjanjian?
isi - isi perjanjian?
bila benda tu berlaku?
kenapa peristiwa tu berlaku?
fuhhh, bila difikirkan balik, serius banyak yang nak di hapal..
dan semua - semua tu lah yang menyebabkan aku rase beban..
lagi - lagi otak jenis aku yang agak loading banyak..
bukan loading sikit.. haishhhh..
#tak patut tak patut..

oleh sebab ketidak - pakaran aku tentang subjek sejarah ini..
maka, subjek sejarah sentiasa menjadi subjek terendah yang aku dapat score..
haish, orang lain selalunya subjek - subjek biology, chemistry, physics yang agak tak stabil tapi aku..?
tolonglah faham.. rasa macam down dengan subjek sejarah ni..
dah banyak kali memang macam ni..
masa trial PMR, alhamdulillah aku dapat 8A 1B, tapi cer teka apa yang B..?
B aku SEJARAH..
masa tahun SPM pulak, lagi sadis..
okay, masa ujian ke exam pertengahan tahun form 5 tah, markah yang aku dapat score untuk sejarah hanyalah 58..
siyes, 58 sahaja!
teruknya na'uzubillah..
finelah kalau ada yang kata tak teruk..
tapi maruah sebagai seorang perempuan, pemimpin pelajar, kelas pertama, pelajar SBP pulak tu, mano den nak campak muko neh..
ya Allah, tuhan sajelah yang dapat faham perasaan yang menggila masa tu..
rata - ratanya, semua score 80 ++ tapi aku, hampeh..
gaya cam budak tak pernah belajar sejarah..
kalau nak diikutkan, subjek sejarah masa form 5 boleh dikatakan agak senang daripada masa lower form dulu, yang dengan banyak perjanjiannya tu semua..
tapi, aku tak tahulah ape kaba akal aku masa tu..
hummpphh, yang aku tak tahannya, dah la dapat 58.. lepas tu, boleh pulak ade catatan "TAHNIAH" dekat kertas aku tu..
ya Allah, sedihnya..
bayangkanlah, awak dapat markah yang teruk macam tu, lepas tu, cikgu tulis "TAHNIAH" pula dekat situ..
tak ke rasa nak nangis time tu jugak.. T.T

memang siaplah aku, kena brain - wash dengan encik SELAMAT :)
haaaa, den lupo nak koba..
ayah den pencinta sejarah yang amat tegar..
tanya jelah apa benda pasal sejarah, tak lekang dek ingatannya punya..
orang SASTERA lah katakan..
#tabik encik selamat :)
lepas - lepas tu semua, alhamdulillah, aku GIGIH kan jua hati yang lara menatap dan menghayati kitab SEJARAH..
memang ke mana - mana dengan sejarah lah..
sampai subjek - subjek yang lain jealous tengok aku dengan sejarah.. :P

sampailah masa yang dinanti - nantikan, alhamdulillah, even aku bukanlah peminat sejarah yang tegar, tapi aku dapat score baik punye masa PMR dan juga SPM..
alhamdulillah, SEJARAH masih sayang aku..
semuanya berkat doa dan usaha cikgu, mak ayah dan kawan - kawan aku yang superb sejarah..
haaa, aku ingat lagi, cehhh..
masa aku exam SEJARAH untuk SPM..
aku menangis masa hujung - hujung jawab tuh..
bukan menangis gembira, tapi menangis sebab aku tak tahu jawab, apa yang aku target tak ada satu pun yang masuk..
tiba - tiba waktu tu aku rasa menyesal sebab tak ambil tahu pasal soalan spot yang heboh heboh masa tu..
perghhh, memang sedih gila gila..
semua orang muka bahagia je jawab exam, aku..?
aku memang tibai je jawapan yang entah betul entah tidak.. T.T
tapi apa kan daya, aku tak mampu melawan takdir - NYA..
masa nak dekat dapat result dulu, aku memang paling risau dengan SEJARAH..
yang lain risau gak tapi risau banyak dengan SEJARAH..
dalam hati, arhh.. dapat A- pun jadi lah, daripada dapat B..
tapi, andaianku meleset..
ALHAMDULILLAH, SEJARAH masih sayangkan aku.. hehe..
dapat juga A+ yang diidamkan..
disebabkan perkataan "TAHNIAH" tu juga, ia menjadi realiti sebenarnya..
itulah kuasa - NYA :)

untuk adik - adik yang punyai jiwa yang sama dengan akak.. cehhh..
nak share lah sikit cara akak belajar sejarah masa zaman sekolah dulu..
#gaya macam dah bertahun - tahun lemon tinggalkan sekolah..
first, apa yang special.. akak gunakan buku rujukan sejarah sebenarnya..
okay, ini untuk certain orang saje lah ye..
yang agak lambat catch - up macam akak dan agak kebosanan dengan buku teks sejarah, boleh lah mencuba..
masa PMR sampailah SPM, akak guna buku reference untuk sejarah..
actually, perkara ini salah sama sekali di sisi guru - guru sejarah..
sebabnya, selalunya buku - buku reference ni lebih detail dan agak terpesong dari silibus yang dipelajari di sekolah..
so, cadangan buku terbaik ialah, buku dari publisher EASTVIEW..
buku die sebijik dan sejibik perkataan dari buku teks..
cuma yang membezakan, dia buat dalam bentuk kata kunci, table, gambarajah dan bukannya ayat memanjang..
next, buat latihan banyak - banyak..
sesiapa yang duduk di SBP, memang untung sangat lah..
serba - serbi latihan cikgu bagi..
haaa, teringat lagi masa form 5, kitorang dulu sampai ada latihan "PAKEJ CUTI SEKOLAH"..
masa tu cuti dua minggu, so cikgu bagi lah latihan tu, and apa yang menarik ialah, kami kena pos balik latihan tu dalam envelope "PAKEJ CUTI SEKOLAH" tu..
perghhh, hebat kan cikgu kami :)
seterusnya, cerita balik apa yang dah dibaca, tak kiralah dengan diri sendiri ataupun member..
bila kita cerita dekat orang, kita akan senang ingat..
perihal makanan pun perlu dijaga..
banyakkan makan kismis, madu, kurma dan seangkatan dengannya..
last but not least, jaga hubungan..
dengan ALLAH, dengan CIKGU, dengan KAWAN - KAWAN, dengan MAK AYAH, dengan semua..
keredhaan itu sangatlah penting :)

apa yang penting. jangan pernah lupakan sejarah..
even dulu, aku kureng meminati SEJARAH tapi semua tu dulu saje..
sejak dok universiti, aku mula merindui sejarah..
bukannya susah sejarah ni..
awak hanya perlu faham, hayati dan ingati..
cukup MUDAH :)
dan yang penting sekali, ingatilah sejarah..
hanya kitalah GENERASI yang akan mengekalkan kemerdekaan negara..

"sesiapa yang lupakan sejarah, ia pasti akan mengulangi sejarah itu"
(pesan Tun Dr. Mahathir Mohamad)

SALAM MERDEKA TANAH AIRKU..
sesungguhnya, kita takkan dapat lari dari sejarah kerana sesaat yang berlalu itu adalah sejarah buat kita..

PS. raya tahun ni besederhana sahaja.. alhamdulillah, setiap rumah yang dikunjungi masih ada lagi ongkos yang diberi untukku.. $.$

SALAM SYAWAL, MOHON MAAF ZAHIR BATIN :)
merdekakanlah pemikiran anda,
agar tidak dihalusi propaganda BARAT..
salam MERDEKA :)

4 comments:

nuruddin said...

merdeka2 jgak.tp ingat,kt kene sntiasa mgkaji n terus mgkaji sejarah ni...takut ape y kt blaja selama ni ade y terpesong..cth:fakta pasal zaman paleolitik,neolitik n logam tuu.baru2 ni gempar pasal kes kesahihan fakta bukit kepong tu...bnykkn lg mgkaji sbb media skrg bukan boley caye sgt..fitnah merata-rata...anyway merdekakan hati n fikiran kt drpd virus jumud n bila terbuka jgn hanyut...(sentiasa bjuang utk islam~)

~ farhana selamat ~ said...

syukran ya akh..
btul jugak tu..
tringat pulak video y prnh ditygkan kt surau dulu..
tntg sejrh islam yg b'tindn dgn sjrh barat y kita bljar ikut slibus tu..
wallahu a'alam..

Cik Tie Berbicare said...

aaa . aku suka post ni !! TAHNIAH YG SEBENAR kita dapat A+ untuk sejarah ! yayay !! :D Selamat hari raya farhana,, and happy merdeka ! :)

~ farhana selamat ~ said...

TAHNIAH jugak nura..
kenangan sehh suma suma neh..
salam lebaran dan salam merdeka juge :)