Tuesday, September 20, 2011

bertebaranlah dan serulah.

dalam berubah, merubah dan inginkan perubahan..
:')

ada orang rasa diri dia tidak berguna untuk Islam..

"saya ni bukannya hebat sangat.. ilmu tak ada.. nak cakap pasal Islam tak boleh sangat.."

"saya ni bukannya petah bercakap.. nak cakap dengan orang tak reti.. nak dakwah lagi lah.."

"siapalah saya ni.. cakap pasal agama asyik kena band je.. alim lah, pak lebai lah.. baik tak payah.."

DAKWAH..
satu perkataan fofuler yang asalnya dari perkataan da'a dalam bahasa arab..
da'a : seru..
dakwah : seruan..
kalau sebut dakwah, mesti ingat seruan kepada Islam..

kalau tanya saya, siapa yang layak berdakwah..?
maka saya akan kata, SEMUA orang islam..
bukankah hanya untuk orang berilmu sahaja..?
NO!
saya akan tetap kata kepada SEMUA..
sesungguhnya, hakikat dakwah adalah wajib sebenarnya..

tapi persoalan yang sering dibangkitkan selepas itu adalah..
"aku tidak punya ilmu, tidak petah berbicara, tidak hafal Al - Quran banyak, tidak sekolah agama dan bla - bla - bla.."
okeh STOP!
kita kena ubah sesuatu di dalam diri kita..
kita kena faham bahawa kita semua boleh berdakwah..

dakwah adalah WAJIB!
siapa yang menyatakan tugasan dakwah telah terhenti apabila Rasulullah SAW telah wafat..? maka itu adalah kesilapan!
sebabnya di dalam Al - Quran telah dinyatakan dengan jelas bahawa dakwah wajib kepada semua..
ya! SEMUA..

"dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya..? dan (ingatlah), Allah tidak sekali - kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.."
(surah Al - Baqarah : 140)

"kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik - baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.."
(surah Ali - Imran : 110)

"demi masa.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. kecuali orang - orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan - pesan dengan kebenaran dan berpesan - pesan dengan sabar.."
(surah Al - Asr : 1-3)

"sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.."
(HR Bukhari)

"wahai orang - orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya..? iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul - Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu.."
(surah As - Saff : 10 - 11)

seeeee.. Allah SWT tidak mengarahkan dakwah itu hanya kepada Rasulullah SAW semata - mata..
tapi Allah perintahkan juga kepada umat Islam yang beriman lainnya..
jika benar dakwah hanya untuk Rasul sahaja, maka Rasulullah tidak akan menghantar utusan..
dan sahabat - sahabat pula sepatutnya berhenti menyebarkan Islam.. ye takk..?
maka, ketahuilah di sini bahawa, saya, anda, dan saudara - saudara kita di dalam Islam yang lain itu semuanya mempunyai tanggungjawab dalam menyebarkan Islam ini..

*jalan dakwah pasti ada jurangnya..*

habis, macam mana saya hendak berdakwah..?

soalan itu pun muncul..
bila sudah tahu tanggungjawab, maka kita akan mencari cara bagaimana hendak melaksanakan tanggungjawab..
ini bagi mereka yang baik hatinya, suci jiwanya..
rasa tanggungjawab itu akan memberat di pundak hingga mereka berusaha untuk mengerjakannya..

tapi bagi yang jiwanya diselimuti hawa nafsu, mungkin dia merasakan ini semua tidak perlu..
"ahh! aku peduli apa.."
mungkin..

jadi, macam mana nak berdakwah ni..?
satu benda yang perlu disedari adalah : dakwah ini luas medannya..
sangat luas..
ternyata jalan - jalan untuk melaksanakan dakwah itu melebihi puluhan..

apakah yang kita ada..?
ya! apa yang awak ada..?

awak pandai menulis..?
maka gunakan penulisan awak untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT..

awak pandai berbicara..?
maka gunakan kepetahan awak untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT..

awak pengarah filem..?
maka gunakan kelebihan awak untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT..

awak seorang guru..?
maka gunakan peluang pekerjaan awak untuk mengajak murid - murid serta rakan sekerja untuk kembali kepada Allah SWT..

awak seorang pensyarah..?
maka gunakan peluang di dalam kuliah awak untuk mengasimilasikan pengajian awak dengan mengembalikan manusia kepada Allah SWT..

awak seorang doktor..?
maka sambungkan harapan pesakit - pesakit awak kepada Allah SWT..

begitulah..
apa sahaja abiliti, kelebihan, yang kita punyai, kita gunakannya sebagai peluang untuk menyebarkan agama Allah dengan lebih luas lagi..

masalahnya saya tidak punya apa - apa..
saya orang biasa sahaja..

masalah biasanya akan timbul bila kita tidak mempunyai abiliti seperti berani bercakap dan mempunyai kebolehan seperti menulis dan sebagainya..
tapi sebenarnya ini bukan masalah pun..
dakwah tetap wajib kepada anda..

bagaimana..?

paling kurang dengan akhlak..
yang ni, semua orang kena buat..
ya, akhlak!
itu juga adalah dakwah..
awak tidak pandai bercakap..?
takpa..
awak tidak mempunyai kelebihan apa - apa..?
takpa..

binalah akhlak anda!
itu satu dakwah hakikatnya..
mengapa..?
sebab akhlak adalah apa yang manusia pandang..
hakikatnya, akhlak adalah perkara yang paling basic..
pendakwah yang pandai cakap pompang pomping pun, kalau akhlak tak ada, tetap tak berguna jugak kan..

awak pensyarah tetapi segan nak cakap fasal Islam..?
maka tunjukkan akhlak yang baik..

awak jurutera, tetapi tak tahu nak sebar Islam macam mana..?
maka tunjukkan akhlak yang baik..

awak guru, tetapi tak tahu hendak mengajak anak murid kepada Islam bagaimana..?
maka tunjukkan akhlak yang baik..

awak seorang ahli keluarga, tetapi mati akal hendak mengajak keluarga kepada Islam..?
maka tunjukkan akhlak yang baik..

macam tulah..
akhlak ini yang anda perlu perhatikan..
anda boleh berdakwah melaluinya..
tunjukkan sahsiah muslim muslimah anda..
tepati janji, tepati waktu, bicara yang baik, pakaian yang sopan dan kemas, amanah dan jujur, baik hati dan mengambil berat, ziarah dan memberikan hadiah, sentiasa senyum dan sentiasa berusaha meringankan masalah orang..

itu pun satu dakwah..
tidakkah anda memerhatikan..?
mudah bukan..?
bahkan ia adalah antara cara dakwah yang paling berkesan..
kita semua tahu bahawa manusia suka orang yang berakhlak..
professor hebat macam mana pun, kalau tak ada akhlak, kita pun benci..
ye takk..?

maka jika kita memahami bahawa dakwah itu wajib, wajiblah bagi kita menjaga akhlak kita.. so, keburukan akhlak kita adalah palitan lumpur kepada Islam itu sendiri..
bukankah kita telah berdosa?

takda alasan kan..?
bila berakhlak memerlukan abiliti atau kelebihan tertentu..?
entah, tak rasa pun begitu..

di sinilah kecantikan Islam.. mudah..
semua orang boleh buat..
semua orang boleh aplikasi..
lagi pun, Islam tidak bergerak secara sendiri - sendiri..
Islam bergerak secara jama'i..
bukannya Rasulullah sahaja perlu berdakwah, ummat baginda juga perlu.. 
kalau tidak, baginda takkan menghantar Mus'ab bin Umair RA ke Madinah..
baginda takkan menghantar Mu'adz bin Jabal ke Yaman..
baginda takkan menghantar 80 sahabat yang akhirnya mati di dalam peristiwa Bir Al - Ma'unah..
paling kurang dengan akhlak..
itulah peranan kita..

yang ada kepetahan berbicara, yang ada kelebihan menulis, yang mampu menonjol ke hadapan, yang boleh memimpin, yang mampu mengaut ilmu lebih tinggi, semua ada tugasan masing - masing dan tanggungjawab menggunakan abiliti mereka untuk Islam..

tapi orang yang tidak mempunyai kelebihan - kelebihan itu, tetap mempunyai peranannya juga..
bayangkan ya, pendakwah pompang pomping cakap Islam itu bagus, Islam itu cara hidup yang sebenar, tetapi ada ummat Islam yang rogol bukan Islam..
how..?
tidakkah itu mencacatkan..?

maka di sini kita perlu faham betapa kita juga berperanan..
akhlak adalah dakwah..
jangan kata anda tidak boleh berdakwah..
binalah akhlak..
itu tugasannya..

insha - Allah..
mulakan dengan perkara - perkara yang kecil dulu..
dalam merubah negara kepada negara Islam yang syumul, nak tak nak umat Islam kena solat jangan tinggal dulu..
so, setiap individu mula dengan solat fardu, then solat jamaah..
betul tu, kita repair bab solat dulu..

next, mulakan dengan diri sendiri..
nak nasihat orang jangan mengumpat, kita kenalah awal - awal lagi berhenti mengumpat dulu..

lastly, mulakan dari saat ini..
jangan tangguh - tangguh benda baik..
kalau dah ada niat nak berubah tu, mulakan dari saat tu juga..


:')
insha - Allah!

"kulil haq walau kana murran.."
salam dakwah :')
- farhanaselamat -

No comments: