Friday, October 28, 2011

derita.

meskipun setebal mana mendung melitupi langit, namun sinar mentari tak pernah kehilangan cahayanya..
ia sentiasa menghadirkan sinarnya..
ia sentiasa tegar tanpa kehilangan jati dirinya sebagai sumber penerang di hari ini..
ia tak pernah menunda bersinar hingga esok, meskipun ia dapati mendung menghalang keindahan sinarnya..


tatkala merenung keindahan ciptaan - Nya ini..
aku terigau dek kisah katak yang dihadamkan oleh lecturer tersayang kepada kami..
oh ya! mungkin agak comel bercerita tentang si katak..
tapi katak ini bukanlah si "crazy frog" yang rancak berjoget ke sana - sini tapi katak ku ini katak yang hebat!
sungguh! aku pun tak hebat seperti - nya..
namun, apakah kau tahu, HEBAT lagi sang Pencipta nya..
Allahu Akbar! 


suatu hari, ada sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap..
dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati - hati ketika melompat..
mereka melihat ke dalam mana perigi tersebut dan ternyata terlalu dalam..

"kamu tawakal saja la.. mungkin ini nasib kamu!" jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu..
"kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas," kata katak yang lain..
"itulah kamu, kenapa cuai sangat.. ini padahnya tidak berhati - hati.. kalaulah kamu betul - betul semasa melompat, takkan jadi tragedi macam ni," tambah katak yang lain..

namun kedua - dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat..
tapi, mereka masih gagal..
dari atas terus kedengaran suara - suara yang hanya membunuh harapan mereka..
setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa..
badannya sakit - sakit akibat melompat tidak berhenti-henti..
tenaganya pula semakin lemah..
dia hanya mampu bersandar pada dinding perigi..
ditambah pula dengan semangatnya lumpuh dek kata - kata yang tidak memberangsangkan dari atas..

tidak berapa lama kemudian dia pun mati..
MATI KATAK!
kumpulan katak - katak di atas hanya mampu melihat..
melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat..

"kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati..? kamu pun nanti akan menyusul sama!"
"udah - udah lah tu, simpan saja tenaga kamu.. membazir je kamu melompat - lompat.."
"buat kali terakhir, kamu ingin makan apa..? kami akan bawakan.."

begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas..
namun katak itu tidak mempedulikannya..
dia terus melompat.. 
akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar..
takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemu ramahnya..

"kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu..?"
"oh, sebenarnya telinga saya kurang dengar.. saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus melompat.. saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah - olah memberi semangat kepada saya.. sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua.."

sungguh memotivasikan! 
terima kasih atas ingatan.. ^_^
aku mesti kuat, jauh lebih kuat dari engkau, si kecil hijau!
i'm wondering, is it better to be deaf..?
ohhh ALLAH, jadikanlah aku manusia yang ber - SYUKUR se - syukur syukur nya!

:'|

"nothing beautiful is created without struggle..
you want your heart to be beautiful, but you forget that a diamond is created by heat and pressure, and pure gold is made by heating.."

walaupun orang kata macam - macam tentang kita, itu bukanlah penghalang utama untuk kita berjaya..
usah percaya apa yang orang lain katakan kerana kita tahu apa yang terbaik untuk kita..
semuanya terpulang kepada diri kita masing-masing..
apa yang perlu kita buat, hanya perlu PEKAK - kan telinga..
adakah untuk selamanya..?
bukan, just think the positive way..
semua orang tahu, dalam kehidupan kita, kita fikirkan postitif, semua yang positif terjadi..
maka, akui dan berbahagialah..
kata - kata positif yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' cukup membuatkan orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari - harinya..
namun, sebaliknya kata - kata buruk yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' dapat membunuh mereka..
berhati - hatilah kawan dengan apa yang kau ucapkan..
suarakan 'kata - kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya..
kadang - kadang memang sulit untuk diertikan bahawa 'kata - kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita jangkakan..
semua orang dapat mengeluarkan 'kata - kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputusasaan, kejatuhan, kemalangan dan seumpamanya..
sungguh indah bukan jika kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan 'semangat' kepada mereka yang sedang putus asa dan jatuh..

"meniupkan harapan di dalam jiwa agar cita - cita terus hidup memerlukan keazaman yang tinggi.."
*hlovate quote - penuh inspirasi..*

HIJRAH..
ya! begitu juga dengan perjuangan..
perjuangan dakwah takkan lari dek insan yang degil dan sentiasa mempersoalkan seruan ISLAM..
makanya, episod dakwah haruslah dibajai dengan nilai mem - PEKAK - kan diri dari caci maki, sumpah maut, dan kecaman yang sebenarnya dilakukan oleh si KECUT yang egois..
jadi, apa lagi ditunggu..
kalau benar nak lompat, melompatlah, berhijrahlah..
dari suatu persekitaran yang jahat kepada persekitaran yang baik..
dari suatu persekitaran yang baik kepada persekitaran yang lebih baik..
dari suatu persekitaran yang baik kepada persekitaran yang lebih lebih baik..
dari suatu persekitaran yang baik kepada persekitaran yang lebih lebih lebih baik..
tapi, jangan pula kau melompat tak bertempat..
daripada keadaan bermusuh dengan rasuah kepada terliur dan ghairah dengan rasuah..
daripada memerangi kezaliman kepada pembenci keadilan..
daripada menolak penyelewengan kepada menyokong salah guna kuasa..
dan daripada berjiwa rakyat kepada penindas rakyat..
seruan untuk kita memenuhi janji dan amanah bukannya mengkhianatinya adalah seruan kepada orang mukmin..
manakala orang - orang yang beriman, yang berjihad pada jalan Allah dan yang berhijrah dengan prinsip ISLAM adalah golongan yang mengharapkan rahmat Allah.. 

"indeed, those who have believed and those who have emigrated and fought in the cause of Allah - those expect the mercy of Allah and Allah is FORGIVING and MERCIFUL.."
(surah Al - Baqarah : 218)

wallahu a'alam..
tiba - tiba, bait kata "hijrah satu wawasan" terngiang - ngiang di telinga..
smart camp yang lalu membuatkan aku mengimbau kembali kenangan ihtifal zaman dolu - dolu :)
okay then..

maka, the conclusion is..
jika tak tahan menderita, lebih baik mati sahaja..
haha, agak tersentap di situ, tak mengapa..
untuk jiwa yang keras seperti aku, pasti senang untukku hadam..
namun, apa pun yang terjadi..
tersenyumlah atas anugerah hidup hari ini..
bersyukur dan bersangka baiklah bahawa DIA masih memberikan kesempatan untuk kita kembali kuat..
sebut setiap asma - Nya dengan penuh kerendahan hati..
besarkan DIA dalam setiap detik perjalanan ini..
jangan engkau gantikan keceriaan diri dengan kesuraman hati yang engkau nampakkan pada wajah yang bermuram durja..
ingat, ingat sedalam - dalamnya resam KATAK hebat!
jalan JIHAD tak selamanya mudah..
aku berjaya kerana aku tidak mendengar apa yang mereka sibuk katakan..
tenanglah sahabat :')


PS. credits to madam J atas cerita hebat ini..
PSS. sedang menggali lagi ilmu menge - shoot keindahan alam :)
PSSS. cuti deepabali dah sampai penghujungnya, oh masa, telah tertunaikah janji ku untuk menguruskan kamu dengan sebaiknya..? huhu..
PSSSS. maka, 2/11/11 berlangsungnya QUIZ 2 costing dan MID - TERM microeconomics, fuhhh! doakan yang terbaik ya!
PSSSSS. maaf, kalau tajuk untuk post kali ni begitu sentappp!
PSSSSSS. dua HERO air terjun! ^_^ seronok menikmati keindahan di IMPIAN RESORT, hulu langat hari tu..


aku dalam rentetan untuk bersama menggapai redha - Nya..
maafkan aku andai aku bersalah,
tegurlah aku semahu - mahunya..
aku bukanlah sempurna seadanya..
JZKK sahabat!
- farhanaselamat -

Sunday, October 23, 2011

dimanakah nilai kemanusiaan?


ketika sedang asyik membaca newspaper (online), saya lebih tertarik dengan berita yang sangat menyayat hati..
cuba bayangkan, berita tentang penderaan dan jenayah kanak - kanak menjengah ke rating yang paling tinggi sejak dua menjak ni..
di manakah hilangnya nilai kemanusiaan itu..?
sedih, cukup sedih..

kanak - kanak yang berusia 3 tahun, yang baru merasai kehidupan di dunia ini, didera dengan kejam oleh ibu tirinya..
lebih memilukan, terdapat 73 kesan lebam pada seluruh badan kanak - kanak ini..
timbul persoalan dalam fikiran ini, apakah kesalahan kanak - kanak ini sehingga didera sedemikian rupa..?
mengapa ada sesetengah manusia yang sanggup melakukan perbuatan seperti ini..?
di manakah nilai perikemanusiaan dan belas kasihan yang terdapat pada seseorang itu..?
sehinggakan saya sendiri tidak sanggup melihat binatang dibunuh, apatah lagi manusia..
cuba, cuba fikir sejenak, apakah perasaan anda sekiranya, kanak - kanak ini adalah anak atau adik kepada anda..?
:'(




JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.

Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.

Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.
Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.

Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.

* * *

setiap kali baca berita macam ni, timbul perasaan geram..
geram dengan manusia yang keji..
Ya Allah!
apalah nak jadi dengan manusia sekarang!
sifat perikemanusiaan itu kian pupus..
mungkin hilang ditelan zaman..
sungguh! hati sungguh pedih!
ditambah lagi dengan kes di China..
melihat adik dua tahun digilis lori..
sungguh! sungguh menyayat hati..


adik Yueyue dilanggar van..
sah - sah orang van tu nampak dia terlanggar budak..
sebab apa..?
sebab kebetulan budak tu menghalang tayar belakang van tu..
yang gilanya, ingat kot van tu nak berhenti..
rupanya, van tu lagi nak gilis budak tu ada laa..
astaghfirullahal'azim! kenapalah kering sangat hati tu..?
lepas tu ada lebih kurang 18 orang lalu lalang, termasuklah yang berbasikal..
tapi, bukannya nak ditolong adik yang terbaring tu..
mereka hanya elak dari melanggar Yueyue yang berlumuran darah tu je..
sampai - lah ada lagi sebuah lori yang gilis budak yang tak berdosa itu..
at last, ada juga orang yang membawa Yueyue ke tepi jalan..
tapi still macam endah tak endah je dengan adik tu..
macam kutip sampah gitu je!
hailaaa, sedihnya! kejam! kejam! kejam!
sungguh laaaa, bagi aku..
yang melanggar itu bukan manusia, bukan pula haiwan dan bukan pula syaitan tetapi lebih kejam dari itu..
ada pun haiwan masih sayangkan anaknya, manakala syaitan tidak berbuat kejam sesamanya..
yang melanggar itu harus dihukum potong kakinya, kemudian potong tangannya, biar dia rasakan kesakitan yang ditanggung si anak kecil itu..
untuk berita selanjutnya ada di sini..

*perbandingan yang dilakukan, cukup menyayat hati..*

sekarang aku nak cerita fakta sebenar yang aku baca dari FB..
dan boleh juga dikatakan peringatan kepada sesiapa yang ingin menjejakkan kaki ke China..
jika, sekiranya, seandainya anda ter - jumpa atau ter - nampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul, dibuli ataupun anda ter - nampak seorang tua yang tiba - tiba diserang sakit jantung, sila jangan tolong!
ulang suara, sila JANGAN TOLONG!
ya! benar sahabat..
JANGAN TOLONG!

kenapa..?
sebabnya bila anda tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab anda..
contohnya, anda nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka anda yang kena tanggung semua kos perubatannya sebab anda yang tolong si mangsa..
ataupun anda akan disaman oleh anak makcik tu sebab anda lah penyebab mak dia jatuh..
inilah faktanya di China..
nilai moralnya telah pupus dek zaman..
mereka menjadi sel - fish, sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya..

dalam akhbar di China, ada berita tentang seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba - tiba..
dek kerana ketidak - prihatinan orang lain, maka askar yang prihatin ini pun membantunya..
tapi anak orang tua ni tuduh askar ni yang tolak mak dia sebab nampak askar tu pegang mak dia..
jadinya, askar ni dikenakan saman dan terpaksa menanggung kos perubatan orang tua tersebut..
akibatnya askar tu kena buang kerja..
jadi, kes budak yang kena langgar ni pun sama..
sebab tu kalau tolong, takut jadi pape yang lebih teruk pada si penolong..
baik dibiarkan saja budak tu, daripada diri sendiri yang kena tanggung..

okeyh, nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal dia langgar budak perempuan tu..?
pada asalnya kan dia dah terlanggar budak tu dan dia berhenti kejap sebab perasan dia langgar budak..
kiranya, masa tu budak tu berada di tengah - tengah antara tayar depan dan belakang..
so, dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10000 - RMB20000 je..
tapi kalau budak tu hidup, dia kena tanggung akibatnya seumur hidup..
sebab tulah dia teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati..
aishhh, yang tak tahannya, sempat lagi nak fikir pasal denda tu.. 
hebat sungguh! mengalahkan si accountant!

maka, sudah terang lagi bersuluh..
itulah undang - undang yang diamalkan di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira daripada langgar hidup..
so, sekarang pemandu van tu memang sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
dan doanya sudah termakbul.. 

*adik Yuen..? aku sendiri tak pasti sama ada namanya Yueyue atau Yuen..*

terukkan..?
ini bukan tipu tapi ia seperti apa yang tertulis dalam paper China..
jadinya, kalaulah anda sampai di China ingatlah pesan ini..
JANGAN TOLONG sesiapa kecuali family anda sendiri..
eh, bukan bukan..
bantulah, selagi ia tidak memudaratkan kamu..
bukankah ISLAM ITU INDAH :')

"dan janganlah kamu memutuskan (silaturahim), janganlah merancang kejahatan sesama kamu, janganlah benci membenci dan jangan saling berhasad.. jadilah kamu wahai hamba - hamba Allah bersaudara.. tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga (hari)"
(sabda Rasulullah)

perumpamaan orang yang beriman di dalam berkasih - kasihan sesama mereka, rahmat merahmati dan sayang menyayangi, adalah seumpama satu jasad..
apabila satu anggota mengeluh, ia memberi kesan kepada seluruh jasad sehingga berjaga dan demam..
:')

kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri..
sedih..
semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..
diharap undang - undang di Malaysia diperketatkan..
masuk dan potong line orang sesuka hati..
manusia cuai begitu membahayakan nyawa orang lain..
semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan..
wallahu a'alam..

PS. tulisan ini sempena hari kanak - kanak sedunia 22/10/11 yakni semalam..
btw, SELAMAT HARI KANAK - KANAK, kanak - kanak!
PSS. iklan sikit, meh kita singgah sini!

*ha, gedabak punya poster!*

manusia mudah lupa,
mudah lali dengan kesenangan yang sementara..
bila keperitan datang baru terasa penyesalan..
- farhanaselamat -

Wednesday, October 19, 2011

love your time.


alamak! tertinggal kunci rumah pulak!
haishhh, memang tak lah aku nak tunggu housemate - housemate aku balik.. =.='
adehh, macam mana ni..? macam mana ni..? macam mana ni..?

hambik kau, gelabah tak gelabah..
hadui, mengeluh tak sudah.. hmm..
fikir punya fikir punya fikir..
takkan lah aku nak tunggu bagai itik pulang petang kan..
hmm, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takda gunanya..

tulah, mana taknya..
dah elok dah planning hari ni..
tapi, apa yang terjadi..
rancangan aku nak study tadi, nampaknya terpaksalah di - delay niat murni tu..
aku merenung saja sekeliling rumah, mencari - cari ruang yang boleh kutembusi..
namun semuanya hampa, ternyata semuanya dikunci..

haih..
cemane la aku nak buat ni..?
memang mengeluh jelah kerja aku, sedih sedih..
tiba - tiba..
ingatanku segar, mataku bercahaya, telingaku terngiang akan sebuah pesan..

"you can't change the past, but you can ruin the present by worrying about the future.."

kenapa perlu untuk aku berkira - kira masa yang akan berlalu..?
kerana pastinya tidak dapat aku tebus kembali..
apa yang paling bijak ialah untuk aku rancang masa yang sedang menjengah tuannya kini..
ya! betul kata kau..
dari dok sibuk pikiaq 1 jam yang bakal hilang, elok aku pikirkan 3 jam yang bakal menjelang dan bertindak sekarang!



haaaa, tu diaaa..
peristiwa yang menarik dan cukup bermakna untuk diri si 'peninggal kunci'..
kadang - kadang benda remeh gini menjadi kebiasaan kita, lalu terbawa - bawa kepada penyesalan..
bukan salah, sebab mungkin juga itu ujian untuk hari tersebut, cuma jangan keterlaluan..
apabila kita fokus kepada apa yang kita ada sekarang, ia akan jadi jauh lebih mantap dari membiarkan kerisauan memenuhi kotak pemikiran..

pastinya setiap kita telah diberikan Allah akan masa kita..
semua orang cukup twenty - four - seven masa yang diamanahkan untuknya..
istilah tidak cukup masa perlu direnung kembali sebab Allah itu Maha Mengetahui..
Allah tidak akan memberikan sesuatu kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita..
maka masa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita sememangnya cukup untuk kita..
masa itu tidak cukup andai kita sibuk membuangnya, betul kan..?


"tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat.. maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api.."
(HR Tirmizi)

sesungguhnya, masa akan berlalu begitu cepat..
belum sempat buat itu, buat ini..
tiba – tiba masa sudah terlalu larut, sampaikan banyak perkara yang belum dapat diselesaikan..
kita seakan - akan sibuk, tapi kita tak paham apa yang dok disibukkan..

kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada perkara yang dapat kita selesaikan..
inilah dia tentang apa yang dimaksudkan dengan singkatnya masa..
menurut Imam al – Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya..
benar kan..?
kalau masa kecik - kecik dulu, kita dapat rasa dalam sehari banyak perkara yang dapat kita buat..
tapi sekarang dalam sehari yang sama pun, kadang - kadang nak makan pun macam tak sempat..

sesungguhnya, ini adalah satu petanda hampirnya qiamat..
wallahu a'alam..
fikir - fikirkan ^_^

sekadar renungan bersama :')
al - waqtu kas saif!

* * *

alhamdulillah..
semuanya langsai, tip - top!
segala quiz yakni quiz microeconomics, quiz business maths, segala presentation yakni presentation business computing, presentation academic study skill telah langsai dengan jayanya..

*hasil present business computing..*

seriously, mind - mapping for computing is the best way for me..
kalau lah tak wujud orang yang mereka mind - mapping ni..
pehhh, memang best lah nak pandang perkataan - perkataan yang comel ala - ala si semut..


oh ya, aku tak tahu kenapa aku lega sangat bila dah habis semua - semua ni..
baik lepas MUET (speaking) hari tu, sampailah ke quiz, sampailah ke presentation..
dan yang paling leganya, bila dapat tengok hasil 'shooting' kami.. hehe..
apa - apa pun, special thanks for 'ACSF  - time management' group member for such an amazing video..
cuba bayangkan, kami berlakon tak sampai seminggu kot video tu..
hebat tak hebat kami nih kan, hehe..
dah mai dah RIAK dia,  ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM!
namun, malangnya, disebabkan file video tersebut sampai 414MB, maka, ia tak boleh di - upload..
aishhhh, sedih sedih..
takpe takpe, nanti aku usahakan ya!
haaa, sesiapa yang tahu cara yang lebih efficient untuk upload video yang agak besar kat dalam ni, boleh lah bantu ana yang jahil ini..
syukran 'ala kulli hal :')

PS. gantungkan cita - citamu di langit tinggi, kerana jika ia jatuh, pasti si bintang kan menyambutnya..
okey, pernah dengar..? cuma mungkin aku tukar belakangnya sikit, apa - apa pun, BEST QUOTE! :')
PSS. credits to syahir dereon for the pics..
PSSS. oh ya, hampir terlupa.. tatkala sedang sibuk membelek - belek muka buku tadi, tiba - tiba, terjumpa ini..

Berkat usaha ibu jual nasi lemak
Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@yahoo.com

NORFAEZAH (kiri) dan Melissa meraikan kejayaan masing - masing selepas Majlis Konvokesyen ke - 14 Uniten di Kajang semalam.

KAJANG – Seorang anak penjual nasi lemak yang juga anak yatim membuktikan kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya apabila dia menerima Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen ke - 14 Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini semalam.

Siti Norfaezah Ab. Hamid, 22, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes dalam jurusan Kewangan turut menerima Anugerah Industri Graduan Cemerlang dari Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ibunya terpaksa bekerja keras menyara hidup mereka selepas kematian ayahnya akibat menghidap asma semasa dia berusia tujuh tahun.

Siti Norfaezah yang kini bekerja sebagai Eksekutif Kewangan di Tenaga Nasional Berhad, berkata, ibunya menjual nasi lemak pada waktu pagi dan bekerja di sebuah kilang pada sebelah malam bagi menampung hidup.

“Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya bukan datang dari keluarga yang senang.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.



ya!
beliaulah yang berbaju hitam itu..
dan sebelahnya pula kak airen, major in business (human resources)
fuhhh! memang hebat dua - dua sista saya ni..
bangga warga YTN!
apa - apa pun, rasanya masih belum terlambat nak ucap congrats ^_^
congrats kak faezah! congrats kak airen!
anda memang HEBAT :')


PSSSS. to syano : ni lah muka akak yang iras - iras tu, bak kata madam hamisham :') haa, dah kenal dah..? hehe..
PSSSSS. maka, saya sudah tak sabar untuk pulang ke teratak bonda ayahanda tercinta jumaat ini..
PSSSSSS. have a safe journey sahabat! happy deepavali and happy holiday to all..
manage your time wisely during this 10 days holiday ya! ^_^

yang pahit itu tak selamanya pahit!
yang manis itu tak selamanya manis!
kerana itulah adanya 'RENCAH KEHIDUPAN' :')
- farhanaselamat -

Wednesday, October 12, 2011

muet dan smart camp.

ALHAMDULILLAH..
baru sahaja lepas ber - dating dengan MUET semalam..
walaupun aku baru sahaja mengorak langkah berkenalan dengan MUET ni..
tapi, dari satu sudut ini, yakni 'SPEAKING', MUET cukup untuk membuatkan aku tersenyum :)
alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..

okeyh okeyh..
ada sesiapa yang nak kenal dengan MUET..?
nama penuhnya - Malaysian University English Test..
dilahirkan dari idea mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad..
kenapa kena ambil MUET ni..?
leceh betul, betul tak..? =='
actually, kita kena amik MUET ni untuk sambung belajar degree..
tak kesah lah kat mana - mana universiti pun..
janji yang main pointnya, kalau awak nak amik degree especially in critical course, awak kena amik MUET kasi Band 3 and above..
next, MUET consists of FOUR papers..
listening, speaking, reading and writing..
biasanya 'speaking' asing hari..
listening, reading and writing buat satu hari yang sama sebab ia macam exams, ada tulis - tulis dan bulat - bulat..
dari segi pemarkahan pula, ada pecahannya..
speaking - 45 marks, listening - 45 marks, writing - 90 marks, reading - 120 marks..
so, total semua sekali 300 marks..
insha - Allah excellent!

maka, dengan besar hati, inginku ceritakan serba sedikit pasal Speaking Test semalam - 11/10/11..
okeh ada dua task, task A dan task B..
task A tu individual presentation..
task B pulak, group discussion..
so, nanti dia akan bahagikan kepada beberapa kumpulan..
dalam setiap kumpulan ada empat orang..
dan empat orang tu pulak akan dilabel sebagai sama ada, candidate A, candidate B, candidate C atau candidate D..
before tu, anda akan duduk dekat bilik kuarantin..
alaaa bilik kuarantin ni janganlah korang pikir bilik yang kalis suara, kalis bunyi bagai tu..
kalau kat UNITEN ni, just duduk depan dewan peperiksaan tu je pun.. hmmmm..
nanti dia akan panggil lah kalau dah sampai turn group korang..
nak dijadikan cerita, aku adalah calon yang terakhir untuk sesi pukul 11 pagi tu..
and of course, aku dapat group yang last and jadi candidate D..
alhamdulillah, nak kata untung, takda lah untung sangat, its depends ah..
tapi, okey laaa, dapat lah juga susun strategi dengan budak - budak group..
bukannya strategi apa, cuma, discuss on task B, siapa nak intro, conclude and so on..
alhamdulillah, semuanya sporting, active and supportive..
credits to : ekin, yana and ziera :)

alright, nanti dia akan bagi anda satu isu, contohnya :
there are many challenges on studying abroad.. so, what is the most challenge..?
candidate A : homesickness..
candidate B : language barrier..
candidate C : financial aid..
candidate D : cultural differences..
see, contoh yang jelas terang dan nyata aku kasi tu ha..
actually soalan tu yang aku dapat tadi :)
alhamdulillah Allah bantu!
alhamdulillah again, aku sebagai candidate D..
agak banyak masa untuk berfikir, jot down points dan rangka ayat - ayat..
alhamdulillah topik yang baik untuk diperkatakan..

for task A, awak cakap atau bebel je pasal point given tuh..
contoh saya kan candidate D, so saya kene beritahu dan suggest confidently that the most challenges on studying abroad is cultural differences..
keluarkan sebab - sebab, huraian dan examples okeh..?
cerita je pasal apa perbezaan culture tu..
serious suka :) memang budaya timur dan barat obvious benor bezanya kan..
kalau awak candidate B pula, bebel lah pasal language barrier..
because task A ni individu..
so awak kene speaking sorang - sorang..
candidate - candidate yang lain adalah pemerhati dan pendengar..
kiri kanan ada examiners..
2 minutes rangka isi, 2 minutes speaking individually..

for task B, awak dan candidates yang lain kena discuss untuk pilih the most challenge on studying abroad..
sorang intro, boleh agree or disagree, boleh interrupt, boleh kasi opinion korang and lastly semua setuju untuk satu challenge je..
contohnya, in conclusion, we've agreed that the best challenge on studying abroad is financial aid.. (:
begitulah, 2 minutes buat pilihan, cari points, 10 minit discussion..
okeyh, that's it..
take it simple and easy, cewah..
untuk orang yang dah lepas speaking test boleh lah cakap gitu kan..
hehe, tapi saya cakap betul..
anggaplah awak nak discuss macam nak beli makanan kat foodcourt tu..
sempoi je okeh :)

SPEAKING - 11/10/11
LISTENING  - 19/11/11
READING - 19/11/11
WRITING - 19/11/11
rabbi yassir wala tu'assir ya karim :')
insha - Allah, doakan pula untuk listening, reading and writing..

* * *

di Nur Lembah Pangsun..
refresh iman, topup ilmu, delete dosa..
absolutely, experience is the best teacher!
:')





























terima kasih tuhan atas nikmat UKHWAH ini :')

==================================================================================

terima kasih tuhan atas setiap titis air mata dan segala situasi yang Kau izinkan terjadi..
mengingatkanku bahawa aku tak bisa hidup di luar jalan - Mu..
kembali ku disergah hanya Allah kekasih sejati..
terima kasih, Tuhan..



"hai orang - orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari - cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain.. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati..? maka sudah tentulah kamu merasa jijik kepadanya.. dan bertaqwalah kepada Allah.. sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.."
(surah Al - Hujurat : 12)


terima kasih Allah atas peringatan ini..
ANDA - lah the SUPERB ADVISOR abadan abada..
:')

PS. advisor ana pesan, baca al - Aziz, al - Jabbar, al - Mutakabbir, untuk kelancaran ketika berkata - kata, okeyh :')


sungguh, hati sedih..
kekuatan temani aku..