Wednesday, October 19

love your time.


alamak! tertinggal kunci rumah pulak!
haishhh, memang tak lah aku nak tunggu housemate - housemate aku balik.. =.='
adehh, macam mana ni..? macam mana ni..? macam mana ni..?

hambik kau, gelabah tak gelabah..
hadui, mengeluh tak sudah.. hmm..
fikir punya fikir punya fikir..
takkan lah aku nak tunggu bagai itik pulang petang kan..
hmm, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takda gunanya..

tulah, mana taknya..
dah elok dah planning hari ni..
tapi, apa yang terjadi..
rancangan aku nak study tadi, nampaknya terpaksalah di - delay niat murni tu..
aku merenung saja sekeliling rumah, mencari - cari ruang yang boleh kutembusi..
namun semuanya hampa, ternyata semuanya dikunci..

haih..
cemane la aku nak buat ni..?
memang mengeluh jelah kerja aku, sedih sedih..
tiba - tiba..
ingatanku segar, mataku bercahaya, telingaku terngiang akan sebuah pesan..

"you can't change the past, but you can ruin the present by worrying about the future.."

kenapa perlu untuk aku berkira - kira masa yang akan berlalu..?
kerana pastinya tidak dapat aku tebus kembali..
apa yang paling bijak ialah untuk aku rancang masa yang sedang menjengah tuannya kini..
ya! betul kata kau..
dari dok sibuk pikiaq 1 jam yang bakal hilang, elok aku pikirkan 3 jam yang bakal menjelang dan bertindak sekarang!



haaaa, tu diaaa..
peristiwa yang menarik dan cukup bermakna untuk diri si 'peninggal kunci'..
kadang - kadang benda remeh gini menjadi kebiasaan kita, lalu terbawa - bawa kepada penyesalan..
bukan salah, sebab mungkin juga itu ujian untuk hari tersebut, cuma jangan keterlaluan..
apabila kita fokus kepada apa yang kita ada sekarang, ia akan jadi jauh lebih mantap dari membiarkan kerisauan memenuhi kotak pemikiran..

pastinya setiap kita telah diberikan Allah akan masa kita..
semua orang cukup twenty - four - seven masa yang diamanahkan untuknya..
istilah tidak cukup masa perlu direnung kembali sebab Allah itu Maha Mengetahui..
Allah tidak akan memberikan sesuatu kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita..
maka masa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita sememangnya cukup untuk kita..
masa itu tidak cukup andai kita sibuk membuangnya, betul kan..?


"tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat.. maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api.."
(HR Tirmizi)

sesungguhnya, masa akan berlalu begitu cepat..
belum sempat buat itu, buat ini..
tiba – tiba masa sudah terlalu larut, sampaikan banyak perkara yang belum dapat diselesaikan..
kita seakan - akan sibuk, tapi kita tak paham apa yang dok disibukkan..

kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada perkara yang dapat kita selesaikan..
inilah dia tentang apa yang dimaksudkan dengan singkatnya masa..
menurut Imam al – Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya..
benar kan..?
kalau masa kecik - kecik dulu, kita dapat rasa dalam sehari banyak perkara yang dapat kita buat..
tapi sekarang dalam sehari yang sama pun, kadang - kadang nak makan pun macam tak sempat..

sesungguhnya, ini adalah satu petanda hampirnya qiamat..
wallahu a'alam..
fikir - fikirkan ^_^

sekadar renungan bersama :')
al - waqtu kas saif!

* * *

alhamdulillah..
semuanya langsai, tip - top!
segala quiz yakni quiz microeconomics, quiz business maths, segala presentation yakni presentation business computing, presentation academic study skill telah langsai dengan jayanya..

*hasil present business computing..*

seriously, mind - mapping for computing is the best way for me..
kalau lah tak wujud orang yang mereka mind - mapping ni..
pehhh, memang best lah nak pandang perkataan - perkataan yang comel ala - ala si semut..


oh ya, aku tak tahu kenapa aku lega sangat bila dah habis semua - semua ni..
baik lepas MUET (speaking) hari tu, sampailah ke quiz, sampailah ke presentation..
dan yang paling leganya, bila dapat tengok hasil 'shooting' kami.. hehe..
apa - apa pun, special thanks for 'ACSF  - time management' group member for such an amazing video..
cuba bayangkan, kami berlakon tak sampai seminggu kot video tu..
hebat tak hebat kami nih kan, hehe..
dah mai dah RIAK dia,  ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM!
namun, malangnya, disebabkan file video tersebut sampai 414MB, maka, ia tak boleh di - upload..
aishhhh, sedih sedih..
takpe takpe, nanti aku usahakan ya!
haaa, sesiapa yang tahu cara yang lebih efficient untuk upload video yang agak besar kat dalam ni, boleh lah bantu ana yang jahil ini..
syukran 'ala kulli hal :')

PS. gantungkan cita - citamu di langit tinggi, kerana jika ia jatuh, pasti si bintang kan menyambutnya..
okey, pernah dengar..? cuma mungkin aku tukar belakangnya sikit, apa - apa pun, BEST QUOTE! :')
PSS. credits to syahir dereon for the pics..
PSSS. oh ya, hampir terlupa.. tatkala sedang sibuk membelek - belek muka buku tadi, tiba - tiba, terjumpa ini..

Berkat usaha ibu jual nasi lemak
Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@yahoo.com

NORFAEZAH (kiri) dan Melissa meraikan kejayaan masing - masing selepas Majlis Konvokesyen ke - 14 Uniten di Kajang semalam.

KAJANG – Seorang anak penjual nasi lemak yang juga anak yatim membuktikan kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya apabila dia menerima Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen ke - 14 Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini semalam.

Siti Norfaezah Ab. Hamid, 22, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes dalam jurusan Kewangan turut menerima Anugerah Industri Graduan Cemerlang dari Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ibunya terpaksa bekerja keras menyara hidup mereka selepas kematian ayahnya akibat menghidap asma semasa dia berusia tujuh tahun.

Siti Norfaezah yang kini bekerja sebagai Eksekutif Kewangan di Tenaga Nasional Berhad, berkata, ibunya menjual nasi lemak pada waktu pagi dan bekerja di sebuah kilang pada sebelah malam bagi menampung hidup.

“Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya bukan datang dari keluarga yang senang.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.



ya!
beliaulah yang berbaju hitam itu..
dan sebelahnya pula kak airen, major in business (human resources)
fuhhh! memang hebat dua - dua sista saya ni..
bangga warga YTN!
apa - apa pun, rasanya masih belum terlambat nak ucap congrats ^_^
congrats kak faezah! congrats kak airen!
anda memang HEBAT :')


PSSSS. to syano : ni lah muka akak yang iras - iras tu, bak kata madam hamisham :') haa, dah kenal dah..? hehe..
PSSSSS. maka, saya sudah tak sabar untuk pulang ke teratak bonda ayahanda tercinta jumaat ini..
PSSSSSS. have a safe journey sahabat! happy deepavali and happy holiday to all..
manage your time wisely during this 10 days holiday ya! ^_^

yang pahit itu tak selamanya pahit!
yang manis itu tak selamanya manis!
kerana itulah adanya 'RENCAH KEHIDUPAN' :')
- farhanaselamat -

7 comments:

D-SIM said...

ha'a erk. . .waktu semakin 'singkat'~

~ farhana selamat ~ said...

@d - sim..
se - singkat nyalaan si lilin :')
teringat pulak life's brief candle..
literature zaman bila tah..

ierra said...

video e2 sgt beshhh!!

hani said...

~~<3 teringat zaman study dulu.. <3

~ farhana selamat ~ said...

@iera..
thanxxx :)
hasil titik peluh org pakar..
kte mnumpang je.. hehe!

~ farhana selamat ~ said...

@sis hani..
sesungguhnya, memori itu terlalu indah kan :')

~ farhana selamat ~ said...

btw, sorry sbb, bila sy baca balik post ni, mcm bercelaru benor jadinye..
anyway, thanks for lending your precious time dropping here..