Sunday, October 23, 2011

dimanakah nilai kemanusiaan?


ketika sedang asyik membaca newspaper (online), saya lebih tertarik dengan berita yang sangat menyayat hati..
cuba bayangkan, berita tentang penderaan dan jenayah kanak - kanak menjengah ke rating yang paling tinggi sejak dua menjak ni..
di manakah hilangnya nilai kemanusiaan itu..?
sedih, cukup sedih..

kanak - kanak yang berusia 3 tahun, yang baru merasai kehidupan di dunia ini, didera dengan kejam oleh ibu tirinya..
lebih memilukan, terdapat 73 kesan lebam pada seluruh badan kanak - kanak ini..
timbul persoalan dalam fikiran ini, apakah kesalahan kanak - kanak ini sehingga didera sedemikian rupa..?
mengapa ada sesetengah manusia yang sanggup melakukan perbuatan seperti ini..?
di manakah nilai perikemanusiaan dan belas kasihan yang terdapat pada seseorang itu..?
sehinggakan saya sendiri tidak sanggup melihat binatang dibunuh, apatah lagi manusia..
cuba, cuba fikir sejenak, apakah perasaan anda sekiranya, kanak - kanak ini adalah anak atau adik kepada anda..?
:'(




JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.

Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.

Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.
Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.

Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.

* * *

setiap kali baca berita macam ni, timbul perasaan geram..
geram dengan manusia yang keji..
Ya Allah!
apalah nak jadi dengan manusia sekarang!
sifat perikemanusiaan itu kian pupus..
mungkin hilang ditelan zaman..
sungguh! hati sungguh pedih!
ditambah lagi dengan kes di China..
melihat adik dua tahun digilis lori..
sungguh! sungguh menyayat hati..


adik Yueyue dilanggar van..
sah - sah orang van tu nampak dia terlanggar budak..
sebab apa..?
sebab kebetulan budak tu menghalang tayar belakang van tu..
yang gilanya, ingat kot van tu nak berhenti..
rupanya, van tu lagi nak gilis budak tu ada laa..
astaghfirullahal'azim! kenapalah kering sangat hati tu..?
lepas tu ada lebih kurang 18 orang lalu lalang, termasuklah yang berbasikal..
tapi, bukannya nak ditolong adik yang terbaring tu..
mereka hanya elak dari melanggar Yueyue yang berlumuran darah tu je..
sampai - lah ada lagi sebuah lori yang gilis budak yang tak berdosa itu..
at last, ada juga orang yang membawa Yueyue ke tepi jalan..
tapi still macam endah tak endah je dengan adik tu..
macam kutip sampah gitu je!
hailaaa, sedihnya! kejam! kejam! kejam!
sungguh laaaa, bagi aku..
yang melanggar itu bukan manusia, bukan pula haiwan dan bukan pula syaitan tetapi lebih kejam dari itu..
ada pun haiwan masih sayangkan anaknya, manakala syaitan tidak berbuat kejam sesamanya..
yang melanggar itu harus dihukum potong kakinya, kemudian potong tangannya, biar dia rasakan kesakitan yang ditanggung si anak kecil itu..
untuk berita selanjutnya ada di sini..

*perbandingan yang dilakukan, cukup menyayat hati..*

sekarang aku nak cerita fakta sebenar yang aku baca dari FB..
dan boleh juga dikatakan peringatan kepada sesiapa yang ingin menjejakkan kaki ke China..
jika, sekiranya, seandainya anda ter - jumpa atau ter - nampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul, dibuli ataupun anda ter - nampak seorang tua yang tiba - tiba diserang sakit jantung, sila jangan tolong!
ulang suara, sila JANGAN TOLONG!
ya! benar sahabat..
JANGAN TOLONG!

kenapa..?
sebabnya bila anda tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab anda..
contohnya, anda nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka anda yang kena tanggung semua kos perubatannya sebab anda yang tolong si mangsa..
ataupun anda akan disaman oleh anak makcik tu sebab anda lah penyebab mak dia jatuh..
inilah faktanya di China..
nilai moralnya telah pupus dek zaman..
mereka menjadi sel - fish, sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya..

dalam akhbar di China, ada berita tentang seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba - tiba..
dek kerana ketidak - prihatinan orang lain, maka askar yang prihatin ini pun membantunya..
tapi anak orang tua ni tuduh askar ni yang tolak mak dia sebab nampak askar tu pegang mak dia..
jadinya, askar ni dikenakan saman dan terpaksa menanggung kos perubatan orang tua tersebut..
akibatnya askar tu kena buang kerja..
jadi, kes budak yang kena langgar ni pun sama..
sebab tu kalau tolong, takut jadi pape yang lebih teruk pada si penolong..
baik dibiarkan saja budak tu, daripada diri sendiri yang kena tanggung..

okeyh, nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal dia langgar budak perempuan tu..?
pada asalnya kan dia dah terlanggar budak tu dan dia berhenti kejap sebab perasan dia langgar budak..
kiranya, masa tu budak tu berada di tengah - tengah antara tayar depan dan belakang..
so, dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10000 - RMB20000 je..
tapi kalau budak tu hidup, dia kena tanggung akibatnya seumur hidup..
sebab tulah dia teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati..
aishhh, yang tak tahannya, sempat lagi nak fikir pasal denda tu.. 
hebat sungguh! mengalahkan si accountant!

maka, sudah terang lagi bersuluh..
itulah undang - undang yang diamalkan di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira daripada langgar hidup..
so, sekarang pemandu van tu memang sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
dan doanya sudah termakbul.. 

*adik Yuen..? aku sendiri tak pasti sama ada namanya Yueyue atau Yuen..*

terukkan..?
ini bukan tipu tapi ia seperti apa yang tertulis dalam paper China..
jadinya, kalaulah anda sampai di China ingatlah pesan ini..
JANGAN TOLONG sesiapa kecuali family anda sendiri..
eh, bukan bukan..
bantulah, selagi ia tidak memudaratkan kamu..
bukankah ISLAM ITU INDAH :')

"dan janganlah kamu memutuskan (silaturahim), janganlah merancang kejahatan sesama kamu, janganlah benci membenci dan jangan saling berhasad.. jadilah kamu wahai hamba - hamba Allah bersaudara.. tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga (hari)"
(sabda Rasulullah)

perumpamaan orang yang beriman di dalam berkasih - kasihan sesama mereka, rahmat merahmati dan sayang menyayangi, adalah seumpama satu jasad..
apabila satu anggota mengeluh, ia memberi kesan kepada seluruh jasad sehingga berjaga dan demam..
:')

kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri..
sedih..
semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..
diharap undang - undang di Malaysia diperketatkan..
masuk dan potong line orang sesuka hati..
manusia cuai begitu membahayakan nyawa orang lain..
semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan..
wallahu a'alam..

PS. tulisan ini sempena hari kanak - kanak sedunia 22/10/11 yakni semalam..
btw, SELAMAT HARI KANAK - KANAK, kanak - kanak!
PSS. iklan sikit, meh kita singgah sini!

*ha, gedabak punya poster!*

manusia mudah lupa,
mudah lali dengan kesenangan yang sementara..
bila keperitan datang baru terasa penyesalan..
- farhanaselamat -

9 comments:

saiabudakbesar :D said...

Astaghfirullahal'azim . dunia - dunia

~ farhana selamat ~ said...

@saiabudakbesar :D..
hadoiii!
mmg den dpt drebar lori tu, mmg den katok ja pale die..
tp, mmg tak ptot undg2 mcm tu..
tah pape laaa~

hani said...

jadi betul ke kata-kata : the older you get, the less feeling you have? hm...

~ farhana selamat ~ said...

@sis hani..
whoaa..?
betul ke..?
tak pernah pulak saya dgr..
xbrape nak agree kot..
coz this is more about environment and law, kan kan..?

Raudhatul Asrar said...

Salam..perkongsian yg sungguh menyayat hati..nk kata,semua hal yang berlaku ada hikmah..walau di mana pun kita berada..
teruskan menyebarkan info..n_n..

~ farhana selamat ~ said...

@raudhatul asrar..
salam..
mungkin, insha - Allah ada hikmhnya ats stiap yg berlaku..
wallahu a'alam.. ^_^

Hafiz Ibn Zulkifli Al-Selangor'iyye (ハフィズ) said...
This comment has been removed by the author.
Hafiz Ibn Zulkifli Al-Selangor'iyye (ハフィズ) said...

Hmmm...
HAIWAN berperikeMANUSIAan
MANUSIA berperikeBINATANGan
...~

~ farhana selamat ~ said...

@Hafiz Ibn Zulkifli Al-Selangor'iyye (ハフィズ)..
mungkin..
sikap manusia yg kian menjdi - jdi..
ish ish..
smoga kita ambil iktibar..
Allahu Akbar!