Thursday, November 24

sosial bukan sosialis.

"tidak ada satu pun yang paling berharga dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh.. apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka hargailah ia dengan bersungguh - sungguh.."
(Saidina Umar al - Khattab)


sejak aku di sekolah menengah, kehidupan sosial aku tak banyak berubah..
aku tetap seorang yang suka didekati dan mendekati orang lain..
antara cara perhubungan sosial aku melalui telefon bimbit..
aku mula guna telefon bimbit usia 13 tahun, itupun pinjam ma'am besar punya atas alasan aku hidup di asrama dan handset bukanlah suatu keperluan untuk aku pada ketika itu..
waktu itu, handset 'Nokia Butterfly' menjadi habuan aku pabila aku balik cuti..
kemudian, evolusi sosial aku menganjak terus pada usia 14 tahun, aku berjinak - jinak dengan e - mail, kemudian YM dan barulah aku membuka akaun Friendster.com..

ketika di Friendster, aku tidak begitu aktif..
lagipun, tak ramai budak sekolah aku masa tu yang buat akaun Friendster..
tapi, aku still ber - FS even aku hanya lebih memerhati dan meng - usha saja apa yang ada dalam laman maya tersebut..
al - maklumlah, baru melangkah kaki pertama sebelum kaki kedua..
apa kaki kaki pulak nih..? =.='
ah - haa, tu dia, dah mai pula kaki kedua yakni kaki yang menuju alam MySpace..

MySpace, aku lebih prefer ini dari itu tadi..
kerana ia seolah - olah mengajar aku tentang dunia sebenar..
aku banyak melakukan kehidupan sosial aku bersama teman bukan sejenis, dengan teman sejenis dan teman yang berjenis - jenis..
di laman sosial inilah aku semakin mengenali ramai manusia, kacau sana sini, mengintai photo - photo dan berkenal - kenalan erat silaturrahim..
kehidupan sosial aku waktu itu dirasakan biasa, tetapi sekarang, aku berasa agak teruk kehidupan pada masa lalu itu..

adakah ketika itu masih ramai yang mendekati..?
ya! memang ramai, makin ramai kawan kepada kawan - kawan aku yang aku kenal..
oh ya! bila aku buka balik akaun MS aku pada saat ini, aku rasa agak malu, sangat malu sebenarnya..
malu dengan ketidak matangan aku dalam bersosial ketika itu, sungguh bebas berbicara..
ayat - ayat 'W' jelas, terang lagi bersuluh, aku guna masa dulu.. ewww ~
tapi agak humor di situ bila menikmati kembali situasi lalu, itulah dia haluan mudaku..

seterusnya, usia aku 16 tahun, aku mula upgrade MS aku..
aku mula berjinak dengan blog, bukan Blogger.com tapi dalam MS tu sendiri..
humm, mungkin ramai yang tak perasan yang MS sebenarnya meyediakan perkhidmatan mem - blog..
oleh kerana itu, aku sentiasa syok sendiri, aku tulis dan aku baca sendiri apa yang aku tulis sehari - harian, kira ala - ala journal lah katakan :)

hujung bulan 2009, oleh kerana dek kebanjiran Facebook.com, maka aku meloncat terus mengikut arus orang lain..
plus, aku pun mula berblogging secara serius pada disember 2009 dan pada saat itulah hadirnya satu lagi anjakan yang tak ternilai..
kehidupan sosial aku semakin matang dan kehidupan aku sudah mula boleh berkongsi dengan semua orang..

2010 dan 2011 bukanlah zaman kemuncak sosial aku, tetapi ia tetap tinggi nilainya..
Facebook mengajar aku banyak perkara, banyak rahsia, berkongsi segalanya, dan bertemu dengan sesiapa.. apa yang aku lakukan di FB..?
terima kasih lah Mark Zukernberg yang membuat 'wall post' yang membolehkan segala luahan hati dikongsi bersama..
sejak aku ada Facebook, aku dah kurang buka Yahoo Messenger aku..
sebab sekarang dah senang, terus chatting kat IM Facebook..

adanya Facebook, diri kita akan jelas kelihatan, senang - senang je orang nak judge situasi kita..
bila kita buat status yang jiwang, orang akan kata kita tengah hangat berchenta..
mulalah komen merepek merepek sampai beratus - ratus komen panjang lebarnya..
itulah dia, semua orang boleh menilai situasi seseorang melalui status Facebook sahaja..
bila kecewa, frust menonggeng, nampak benar kekecewaan dan ketonggengannya..
bila happy, sukacita, nampak benar nur kegembiraan yang jelas terpancar di wajahnya..
semuanya orang boleh nilai dengan melalui status semata - mata..
orang menilai apa yang mereka baca..
orang menilai pada zahir kerana mereka tak mampu melihat pada batin..

so, the only way is..
kita perlulah berhati - hati pabila meng - update status dan photo di Wall Post..
ia menceritakan segala - galanya tentang anda..
aku, lebih dari bersedia untuk hadapi orang mengata aku yang aku ni putus cinta, kecewa, gila, terlalu emo dan harap simpati..
aku tak kisah, aku lagi suka dengar apa yang benar sebenar - benarnya :)
untuk yang lain, jika status anda membuatkan orang pelik dengan anda, anda jangan terkejut sekiranya kehormatan anda tercalar disebabkan hanya satu status..
na'uzubillah!

alhamdulillah, setakat ni, memang tak ada lagi orang yang berani nak maki hamun aku pasal status - status yang aku update..
actually, it's all depends on how a person read and think about it..
tapi kalau anda menghadapi situasi bila mana..
orang mengeji dan mengutuk kerana Wall Post dan Comment anda..
orang mencerca kerana tulisan di blog anda..
orang menggelarkan anda BUAYA/AYAM murahan kerana betapa ramainya insan bukan mahram yang anda dekati..
orang kerap melabelkan anda sebagai HIPOKRIT kerana di luar, anda tak banyak cakap dengan yang bukan mahram tetapi di dalam, anda sangat - sangat bersosial tanpa batasan..
sebenarnya, ia adalah perkara biasa apabila kita berhadapan dengan manusia kerana manusia akan terus bercakap..
kita tak mampu menutup mulut dan tangan mereka daripada terus menghina..
tetapi adakah kita perlu buat tak peduli dengan kata - kata mereka..?
tidak! tidak sama sekali..
kita perlu ambil peduli dan cuba sedaya - upaya untuk mengubah persepsi mereka terhadap kita..
dari yang sangat bersosial, kita ubah menjadi yang lebih matang dalam perhubungan berlainan jenis..
dari yang suka bergelak tawa dengan si lelaki atau si perempuan, kita ubahnya dengan nasihat dan share something benefit bersama mereka..
dari yang suka SMS tak tentu hala dengan laki atau perempuan, kita ubahnya dengan hanya SMS perkara yang sangat penting..
perubahan ini bukan besok, tapi saat ini juga! jom berubah!

kenapa kita perlu ubah..?
adakah kita mahu maruah kita tercalar..?
fahamilah sahabat, anda ada maruah yang sangat tinggi..
adakah anda mahu rendahkannya disebabkan si pulan atau si pulanah..?
sudah pasti tidak, siapa yang mahu mana - mana lelaki atau perempuan memandang rendah terhadap dirinya kan, but then akan menjadi satu masalah besar bila mana kita mahu mencari pasangan yang baik kelak..
seriously, aku tak tipu! ^_^
maka, buang yang keruh, ambil yang jernih..
hapuskan dendam dan tabie menokok nambah dalam segala perkara yang orang lain buat..
kita perlu pandang sesuatu perkara itu melalui rasional, matang dan positif :)

oh yaa! aku hampir terlupa..
aku ada twitter, aku ada tumblr..
dua - dua ni aku baru start guna tahun ni gara - gara pengaruh classmates aku di samping sifat inkuiri aku yang semakin membuak.. huhu..
but then, aku tak aktif mane pun macam kawan - kawan aku yang selalu overlimit tweet - tweet nya :)
aku lebih suka memerhati dan membaca quotes yang menarik kat dalam twitter tu, and actually itu je kot purpose aku buat twitter..
honestly, aku memang tak berapa nak suka twitter, sebab ia meng - kantoi kan segala benda yang terjadi.. haha..
pasal tumblr, aku suka, sebab ia melibatkan gambar :)
seriously, aku suka godek - godek benda dalam tumblr tu.. haha..
cuba lah! best wokk!
tapi apa yang ada dalam tumblr aku tu, semua aku reblog aje..
biasalah, aku memang tak provide masa specific pun untuk benda - benda ni..
kalaulah aku provide 24/7 aku dengan segala social networking yang aku ada, aishhh..
aku pun tak kenal 'farhana selamat' yang sebenar yang mana, hehe..

orait, move on!
ah - haa, memang kawan aku dalam FB dah mencecah 1000++
itu semua termasuk family, sepupu sepapat, jiran tetangga, kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan kat BTS, kawan kat JEMPOL, kawan UNITEN, kawan YTN, kawan kenal waktu interview, kawan kenal waktu kursus SBP, kawan kenal waktu join aktiviti ngan sekolah lain, kawan adik - adik aku, kawan segala kawan lah..
tapi, bukannya aku kenal semua..
kalau dulu, aku approve je sesiapa yang add aku, tapi sekarang, aku tengok kenal ke tidak then barulah approve..
benar! dengan itu, aku SOSIAL :)
aku ada ramai kawan..
kawan aku bukan takat perempuan sahaja, lelaki pun ramai juga..
itulah aku, aku suka bergembira, bergelak - ketawa dan berkongsi kongsi apa yang patut dengan kawan - kawan aku..
aku sayang kawan - kawan aku, aku rindu kawan - kawan aku, aku selalu ingin bersama dengan kawan - kawan aku..

tiba - tiba! aku sangat rindu pada sahabat :)
sahabat, teman dan rakanku yang dulunya..
pernah berkongsi - satu kisah, dua kisah, tiga kisah atau kisah kisah yang tak pernah habis dicerita..
pernah bukak kedai kopi sampai larut malam - mendengar rahsia, segala suka duka..
tak pernah henti sedarkan aku dari lena yang panjang dan kealpaan..
tak pernah jemu melayan kerenah aku..
sama sama membesar di bangunan bangunan itu..
sama sama berusaha dan mendapat hasil daripadanya!
sama sama menangis mengenang banyak perkara.
sangat ikhlas persahabatannya walau mungkin aku tak tahu..
pernah mengusik hati tapi aku tak pernah kisah tentangnya..
selalu bermain bersama - sama (:
selalu berkongsi satu feveret sama - sama!
kata katanya dan perhatiannya buat aku rasa seperti beradik kandung..
ya! aku pasti dan sangat merinduinya..
dan paling penting, sahabat itulah yang sudi menghulur tangan berjabat kenal dengan aku yang penuh hina..

"apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah dia marah..
kemudian suruh seseorang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu..
sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,
maka ambillah dia menjadi sahabat.."

sungguh! aku tak malu untuk mengaku bahawa aku seorang sosial kerana atas dasar sosial, aku menjadi lebih matang dan banyak benda yang aku belajar dan hadapi dunia dengan lebih kuat..
aku harap, sosial aku ni cukup sampai aku walimah, huhu! gatai hang nahhh..
well, ber - sosial lah!
kerana sosial itu perlu dan sangat berguna sebenarnya (;

PS. ana harap, anda paham mesej yang ana ingin sampaikan dalam post ini..
PSS. insha - Allah, awal Muharam kali ni bersiaran langsung dari Muadzam Shah sahaja.. so, salam awal Muharam ana ucapkan, semoga kita dapat sama - sama berhijrah dalam mengadun hidup di bumi - Nya ini..
PSSS. congrats to Malaysian Footballer yang mantop menewaskan Indon! even though kena bedal ngan Syria pulak lepas menang tu.. takpe, semua tu rezeki Allah :)
PSSSS. this week agak relax, insha - Allah, ada 1 lagi post for awal Muharam nanti.. hehe..
PSSSSS. however it is, doakan ana diberi kekuatan menghadapi minggu - minggu busy yang akan datang (:

"kemuncak bagi seorang perempuan kelihatan comel adalah ketika tingkatan 2,
dan kemuncak bagi seorang perempuan kelihatan hot adalah ketika tingkatan 4.."
di - share dari status seorang sahabat di FB
benarkah..? cuba tengok budak form 2 ngan form 4 sekarang (:

salam SOSIAL, salam RINDU.
- farhanaselamat -

8 comments:

safina said...

suka entry nie. tapi lawak sikit yang status fb tu. yeke comel masa form 2, then hot masa form 4? haha. kita dulu biase2 je pon. :)

~ farhana selamat ~ said...

hehe..
mungkin ah kot..
budak zaman skrg, masa dulu istilah 'hot' pun ceq tak kenai :D

hani said...

anak2 murid kak hani djh 4 pun dah ada yg rasa hooott.huhu..

~ farhana selamat ~ said...

@sis hani..
hihi, biasalah tu budak - budak..
semua nak hottt hottt je..
hot spicy la katakan :'D

aishy said...

kemain lagi fanna ni ekh? baru kite tawu. hi4! main2 jew fanna.(;

~ farhana selamat ~ said...

aishy, awat hang habaq ceq lagu tu..
macam lah baru kenal fana sape, hoho..

D-SIM said...

perasan !
dulu pun blogging kat MS gak :D

btw, hurm, dont judge a book by its cover. dlm laman social tengok jea galak, sembang banyak. bila dekat, adoiii... macam ada emas dalam mulut :X just wanna emphasise here, that the real social networking is much better than the virtual one. kan ? :)

~ farhana selamat ~ said...

@d - sim..
haha, org ptama yg aku jumpa blogging gk kat MS :)
gimme 5!

tulah, biasanye org mcm tu..
i think it's dpends on a person..
sometimes, they're pretending, we don't know..
as u said, don't judge a book by its cover..
so, kenal org tu dulu, baru judge..
kat dlm social networking or kat reality is much better, kan..? hehe..