Saturday, November 05, 2011

korban dan chenta.

suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya : "wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu..?''
jawab Rasulullah : "ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim..''
mereka berkata : "apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah..?''
Rasulullah menjawab : "bagi setiap helai rambut ada kebajikannya..''
mereka berkata : "bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah..?''
Rasulullah s.a.w. menjawab : "bagi setiap helai bulu ada kebajikannya..''
(HR Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)



pejam celik pejam celik dah sampai ke Hari Raya Aidiladha atau dalam bahasa orang kita - kita, 'Hari Raya Qurban' atau 'Hari Raya Haji' :)
sememangnya peristiwa korban nabi Ibrahim akan menjadi teladan walau di mana - mana ceruk sekalipun sama ada ceruk tv, radio, alam maya dan ceramah di surau - surau setiap tahun..
pengorbanan nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah menjadi wadah untuk kita hadapi liku - liku kehidupan sebagai seorang hamba..
pun begitu, seperti tahun - tahun sebelum ini juga, ibadah korban lembu, kambing, kibas, unta, rusa dan pelanduk menjadi agenda wajib di mana - mana kawasan tak terkecuali juga di kuaters ku..
biasanya, dalam pukul 10 pagi, hari pertama Aidiladha, kaum kerabat kawasan rumahku akan melaksanakan ibadah korban ini..
tak seperti di tempat lain, ada yang buat korban pada keesokan harinya, mungkin atas asbab tidak mahu terburu - buru di samping mahu meluangkan masa bersama sanak - saudara..
lagipun, kita pun tahu, ibadah korban boleh dilakukan dalam masa empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke - 13 Zulhijjah..
sungguh, pastinya aku akan 'over excited' mungkin, hee, sebab aku bukan stok yang gerun atau takut dengan darah, alhamdulillah..
makanya, detik di mana haiwan al - an'am tersebut dikorbankan aku akan saksikan setiap tahun..
sedih juga, tapi itulah perintah - Nya :')

*10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah..*

Allah telah merakamkannya di dalam surah as - Shaffat ayat 99 - 112 tentang kisah pengorbanan jiwa kental anak beranak ini, nabi Ibrahim dan nabi Ismail..
subhanallah! di sebalik kisah yang dirakamkan itu, pelbagai dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita bersama..
pertama, pengorbanan seorang ayah yang begitu lama menantikan seorang anak..
kemudian apabila sudah memilikinya terpaksa pula mengorbankan perasaan cinta dan kasih tersebut..
semuanya demi kepatuhan dan keredhaannya terhadap perintah Allah Taala..
SUBHANALLAH!
kedua, ketaatan dan keyakinan penuh Nabi Ismail terhadap pengorbanan yang dituntut oleh ayahnya untuk dilakukan..
sebagai seorang anak, baginda sanggup pula mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya..
malah ke tahap sanggup mengorbankan nyawanya sendiri..
semuanya semata - mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah s.w.t. dan perintah seorang ayah..
sungguh! kedua - dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah s.w.t. yang tidak berbelah bahagi..

bayangkan jika anda berada dalam situasi tersebut, masha - Allah..
pasti sukar untuk putuskan kata malah pastinya persoalkan..
mengapa nabi Ibrahim dan nabi Ismail sanggup mengorbankan cinta dan kasih sayang mereka demi perintah Allah Taala..?
bukankah nabi Ibrahim sudah lama mengidamkan seorang anak..?
mengapa setelah dikurniakan anak, diperintahkan pula supaya menyembelihnya..?
bayangkan, mungkin kebanyakan kita yang tidak thiqah ini akan berdalih dengan pelbagai alasan..
tetapi, kerana cinta mereka kepada Allah s.w.t. mengatasi cinta kepada makhluk, mereka tidak berbuat begitu..
ALLAH, hebatnya mereka, hebat lagi TUHAN yang menciptakan kekuatan untuk mereka..
sungguh! seandainya seorang muslim itu apabila mereka mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar..

"ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah s.w.t. iaitu..
imam yang adil..
pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah..
lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid..
dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah..
lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata.. "sesungguhnya aku takutkan Allah''..
lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan..
dan lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian.."
(HR Muslim)

lihat, betapa 'PROFIT' - nya dirimu wahai manusia..
jangan gentar untuk berkorban, kerana semuanya adalah suratan yang perlu kau jalani :')
teringat pula aku akan kata - kata hikmah yang pernah dikirimkan seorang teman buatku..
PENGORBANAN itu adalah adaptasi CINTA,
jika kau katakan CINTA kepada ALLAH itu benar,
maka CINTA itu akan mendekatkan cinta kepada manusia,
jika kau katakan CINTA manusia itu benar,
maka CINTA itu akan mendekatkan cinta kepada ALLAH..
wallahu a'alam.. mungkin, aku percaya 99.99%, mungkin..


"katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa - dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.."
(surah Ali Imran : 31)

sesungguhnya sumber cinta daripada Allah Taala merupakan sumber cinta yang paling tinggi dan utama..
apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah Taala dengan cinta makhluk, nabi Ibrahim dan nabi Ismail memenangkan cinta mereka untuk Tuhannya tanpa ragu - ragu.. 
meletakkan cinta Allah pada tempatnya adalah satu kedudukan cinta yang tinggi yang hanya akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah Taala..
Imam al - Ghazali pernah berkata, ma'rifah itu akan mendahului cinta sebab cinta tanpa ma'rifah tidak mungkin berlaku..
same goes to pepatah melayu, 'tak kenal maka tak cinta'..
see, ia seolah - olah membenarkan pendapat Imam Ghazali tersebut, kan..?
so, benarlah bahawa cinta yang tulus ikhlas itu memerlukan pengorbanan yang mesti ditempuh melalui sesuatu ujian dan dugaan terlebih dahulu..
buktinya..?
nabi Allah Ibrahim dan nabi Ismail telah mengorbankan cinta mereka yang sementara kepada cinta yang kekal abadi..


mereka sanggup menggadaikan harta dan wang ringgit..
mereka juga sanggup mengorbankan kasih mereka terhadap anak - anak dan keluarga sendiri, malah nyawa sekalipun semata - mata kerana mendahului cinta Allah s.w.t..
apabila cinta Allah Taala sudah memenuhi hatinya, maka barulah datang cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan makhluk - makhluk - Nya yang lain..
itulah kedudukan cinta yang betul yang menerbitkan kemanisan iman yang tiada taranya..
namun, aku sedih kerana, mereka di sekelilingku mudah terjerumus dengan cinta makhluk - Nya sehingga sanggup dikongkong oleh nafsu tamak, rakus, bakhil dan mengutamakan keuntungan dunia tanpa had dosa atau pahala..
dan akhirnya kebinasaan dan kerugian yang terpaksa diratapi dan disesali apabila jasad mereka menjadi bahan makanan kepada cacing dan ulat di dalam tanah..


"dan sesungguhnya Kami telah menguji orang - orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahui orang - orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.."
(surah Al - Ankabut : 3)

sekadar selingan muhasabah buat diri..
sejauh manakah kita dapat memahami falsafah korban seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu..?
bolehkah tahap pengorbanan kita hari ini setinggi itu..?
sanggupkah seorang Muslim itu menerima takdir dengan pasrah seperti kematian atau kehilangan orang yang disayanginya..?
atau adakah kita lebih banyak mempertikaikan takdir yang telah Allah Taala aturkan..?
mungkinkah ada lagi pada zaman serba canggih ini, kita, belia remaja, sehebat nabi Ismail yang sanggup berkorban nyawa, kasih dan keseronokan zaman remajanya demi ketaatan dan kecintaan kepada Allah Taala..?
fikir - fikir lah, farhana..


well well, ana ingin ucapkan SALAM AIDILADHA buat se - antero ummat di dunia fana ini..
mohon maaf zahir dan batin..
semoga kalian berbahagia di samping keluarga yang ter - chenta..
buat sahabat yang pertama kali beraya di perantauan, jaga diri elok - elok ya! ^_^
sayang kalian kerana ALLAH :')

"dan apabila hamba - hamba - Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka).. sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka).. aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada - Ku.. maka hendaklah mereka menyahut seruan - Ku (dengan mematuhi perintah - Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada - Ku supaya mereka menjadi baik serta betul..
(surah Al - Baqarah : 186)

PS. raya haji, masih di KL, seperti sebelum - sebelumnya..
tapi, aku tak kisah, raya di KL pun meriah juga seperti di kampung..
PSS. struggling for the hectic week after raya haji, semoga Allah permudah!
PSSS. "hidayah Allah yang menerpa telah meng - korbankan cinta manusia..?", thanks kawan :)

Allah did not create this world fair,
because fairness is perfection,
and the actual perfection is only Him,
and in what He allows..
- HILAL ASYRAF -

first time dengar lagu ni kat TVAH, thumbs up! :)
oh Allah, i'm waiting for the call..

senyumlah, redha itu KEKUATAN!
- farhanaselamat - 

8 comments:

aidil razahli said...

selamat hari raya aidil adha...

Anonymous said...

good article farhana :)
-nasot

~ farhana selamat ~ said...

@akh aidil razahli..
syukran, salam aidiladha juga di prantauan sana..

~ farhana selamat ~ said...

@nasot..
thanks :)
salam aidiladha to u..
miss u nasot, tc!

hani said...

salam aidiladha farhana :)

-hani-

D-SIM said...

salam aidiladha :)

betul ke Nabi Adam dan hawa turun ke bumi 10zulhijjah ? dan yg plg nak tahu ape tu " ma'rifah " O.o

i'm figuring it out..i think,i've to get use with arabic words :|

~ farhana selamat ~ said...

@hani..
salam aidiladha hani :)

~ farhana selamat ~ said...

@d - sim..
salam aidiladha juga :)

oh, psl tu insha - Allah sohih..
ade terbaca kat wiki..
ma'rifah = ilmu..
yup! its fun to learn lughatul jannah, i admit it..
banyak bnefit nya, insha - Allah!