Saturday, November 19

belon dan bola.


"kenapa awak menangis wahai belon..?"
tanya si bola kehairanan..

"saya sedih, dia menendang saya seperti dia menendang kamu.."
jawab belon dalam tangisan..

"sakit..?"

"tentulah sakit!
awak tak sakit ke kalau dia tendang awak macam tu..?"

"sudah tentu tidak..
saya tak kesah orang ingin menendang saya sekuat mana pun..
kekadang mereka membaling saya..
kekadang mereka menanduk saya menggunakan kepala mereka..
kekadang saya ditimbang - timbang oleh kaki - kaki mereka..
saya tak kesah..
saya tak sakit.."

"ya, awak kuat..
tetapi saya tidak..
saya akan jadi terlalu sakit bila saya ditendang seperti bola..
saya terlalu sensitif dengan segala yang tajam.."

"janganlah sedih..
banyak lagi kekuatan yang ada pada diri awak.."

"kekuatan..?
apa dia..?"

"awak kuat bila awak tidak bersendirian..
awak kuat bila awak diikat dengan kemas.."

"awak lagi kuat..
saya tak pernah nampak awak lemah.."

"siapa kata saya kuat..?
saya juga akan menjadi lemah bila tiba suatu saat kerana ke - tidak hirau - an saya diperlakukan dengan pelbagai ragam oleh mereka..
saya akan lemah sampai menjadi lembik bila saya sering ditendang dan ditendang dengan pelbagai cara..
sehinggalah saya akan menjadi lembik dan akhirnya saya juga akan mengempis..
itulah saya.."

"saya dan awak tetap akan musnah jika tidak dijaga dengan baik..
betul tak..?"

"ya! lemah macam mana sekalipun tetap ada kekuatan di sebaliknya..
kuat macam manapun, tetap ada kelemahan di sebaliknya..
dan yang pastinya, yang lemah dan yang kuat pasti akan musnah.."

berpeluk eratlah si belon dan si bola..
terbit semangat yang menyala pada si belon..
dia telah mendapatkan kembali kekuatannya..
ALHAMDULILLAH :')


acap kali orang berkata..
dalam hidup, kita harus tabah..
bila kita hadapi segala masalah, kita perlu tabah..
bila kita jalani retorik hidup juga, kita harus tabah..
bila kita hadapi kegagalan sekali pun, kita mesti tabah..
bila kita ditimpa kejadian buruk dalam hidup juga, kita perlu tabah..
tabah.. tabah.. dan TABAH :')


benarkah orang yang tabah adalah orang - orang yang kuat..?
atau sebaliknya orang yang lemah, mungkin jauh lebih tabah..?
adakah orang yang selalu berjaya dan bahagia itu adalah orang - orang yang tabah..?
atau sebaliknya, orang yang selalu gagal, sentiasa jatuh bangun dan selalu sakit hati itu yang sebenarnya orang - orang yang tabah..?
adakah orang yang lemah lembut itu memiliki hati yang lemah..?
adakah orang yang memiliki hati yang lemah, tidak dapat berubah menjadi tabah..?


persoalan demi persoalan berbangkit..
dan mungkin tiada jawapan yang pasti dan jawapan yang tidak akan memuaskan hati! ^_^
namun, apa yang pasti, perkataan 'tabah' sangat mudah untuk diungkap, tapi bagaimana untuk kita bersikap tabah itu yang sebenarnya jauh lebih penting..
KETABAHAN memerlukan sokongan tulang belakangnya, iaitu 'SEMANGAT'..
ketabahan tidak akan muncul sendirinya bila tiada 'semangat' dan 'semangat' pasti akan muncul setelah adanya 'penerimaan'..
kita menerima semua kegagalan, menerima semua bentuk 'sakit', 'jatuh', 'down' dan apa – apa pun bentuk LOSER yang menerjah hidup kita..
maka, sentiasalah bersemangat untuk menjadikan kita tabah!



sebenarnya, itulah ibaratnya hati..
jika hati kita sedang lemah seperti belon, carilah kekuatan yang ada pada belon itu sendiri untuk mengubati sang hati..
jika hati kita terlalu kuat seperti bola, jangan pula kita dilalaikan atas kekuatan itu, kerana mungkin ada insan lain yang akan terasa sakit dengan kekuatan kita itu..
didiklah hati untuk tidak SELEMAH si BELON dan tidak SEKUAT si BOLA!
sekiranya takdir terjadi, ALLAHU AKBAR!

* * *

*S E N Y U M *
akhirnya, dapat juga senyum melepaskan kelegaan debaran suam - suam vapour asbab MUET :)
ALHAMDULILLAH, semua paper yakni SPEAKING, WRITING, READING and LISTENING telah selamat aku jawab dari pagi ke tengah hari tadi..
biarpun, aku antara orang yang agak lambat masuk ke exam hall..
biarpun, aku gelabah - gelabah masuk hall mencari tempat untuk aku jawab exam..
biarpun, aku terpaksa keluar dewan masa tengah jawab exam semata - mata untuk ambil IC yang tertinggal..
biarpun, aku agak kengantukan membaca, membelek dan men - tengok soalan yang aku harap memberi bayangan jawapannya..
biarpun, aku tercungap - cungap mengejar masa yang tak terkejar untuk jawab soalan yang mantop!
biarpun, tangan aku terketar - ketar asbab dah lama tinggalkan dunia penulisan essay masa SPM dulu..
biarpun, CD MUET tetiba pulak buat hal sampai asyik dok ulang ulang perkataan yang sama ala - ala 'rap' gituh..
biarpun, biarpun, biarpun apa yang terjadi..
aku tetap BAHAGIA keluar dari exam hall tadi :D
semoga ALLAH tentukan yang terbaik buat diri ini, INSHA - ALLAH AMIN!


"belajarlah menghargai kehidupan, esok lusa kita akan mati.."
pesan seorang sahabat yang sungguh aku kagumi :)
*terima kasih MUET sebab sudi dating dengan saya tadi*



PS. berbahagialah insan yang mengambil TOEFL and IELTS ya! :)
PSS. asbab masa yang agak tak berapa terluang belakangan ni + MUET + MID - TERM + QUIZ + event hujung minggu, maka barulah hari ni ana dapat mem - blog di 'coretan insani' tersayang, hoho..
PSSS. jangan tiru aksi thrill MUET yang tadi okeyh!
PSSSS. tahniah! congrats! mabruk! kepada adik - adik sahabat ana yang dapat straight A! diharap adik saya, hidayah selamat, dapat bersedia untuk tahun depan :') hihi..
PSSSSS. selamat berjuang adik - adik SPM, semoga istiqamah! walaupun momentum mood SPM akan agak low bila masuk minggu ke - 2 exam ya!
PSSSSSS. last week ada Uzlah :) sangat seronok sebab belajar macam - macam dari A to Z.. yang lagi best, bila dapat makan kek coklat! yeayyy!


*kek kanak - kanak september, oktober dan november!*



"ternyata hidup selepas mati itu lebih lama dan lebih seronok!"
benar bukan..? wallahu a'alam :')
- farhanaselamat -

8 comments:

ciksengeh :D said...

lamanye sahabat saia nie menyepi :)

saia dah nak balik kolej esok , wish me luck ! all the best to you too !

D-SIM said...

yeah, biar orang kata apa pun, yang nak mengorak langkah kita, bukan mereka. kata-kata mereka sepatutnya menjadi tanda semangat untuk berubah kepada yang lebih baik kerna mereka golongan sedar akan kelemahan kita ada.


haaa... dah boleh nampak dah result muet tuh :D

~ farhana selamat ~ said...

@cik sengeh..
saya tahu, awak rindu saya.. ngeh - ngeh - ngeh!
all the best for 2nd sem, study elok - elok ya!

~ farhana selamat ~ said...

@d - sim..
sangat setuju dgn anda :)
cara kita berfikir itu yg penting sbnarnya!
fikirkan semangat, kita akn b'semangat, kan..?

haaaaaa, mesti nampak dpt band 10 kan..? hoho..

shida said...

seronok baca kisah kehidupan. penuh ragam, walaupun hanya sebagai si belon dan si bola. GOOD JOB farhana! ^.^

~ farhana selamat ~ said...

@shida..
sgt sronok kan..?
itulah sbenanye lumrah alam yg kita blh pljari dn prlu sdari..
byk yg kite 'miss' pdhal bnd tu yg akan m'buatkan kte t'sdar :)

btw, good luck to u shida! aja - aja fightie!

Iznie said...

best baca cerita ni...memang lumrah kehidupan kita..... :)



btw, terima kasih...saya follow awak juga....

salam ukhuwah.... :)

~ farhana selamat ~ said...

@iznie..
best sangat :)
hehe, terima kasih kmbali + salam ukhwah juga!