Saturday, December 10, 2011

smile.

jauh itu ada jarak yang terpisah,
jauh itu ada ruang yang memisah,
jauh itu dua insan yang terpisah,
namun jauh itu ada RINDU yang tak sudah :')


salam sayang kakanda adinda..
apa khabar anda di sana..
biar suram gelitanya dunia..
sahabatmu ini masih bernyawa..
*nada pantun empat kerat..

oh ya, serius aku rindu untuk bermanja di coretan insani..
akhirnya jari jari ini sudi lagi menari nari di papan kekunci..
terima kasih kalau masih ada yang menunggu..
terima kasih kalau masih ada yang meluang sesaat sekalipun ke sini..

sekarang ni, musim hujan di Muadzam..
sungguh tenang, sungguh damai..
kadangkala alam seakan mengerti..
tatkala serabut menerpa kepala, semuanya terasa lega..
syukur, sungguh hebat perancangan Allah..

* * *

assalamualaikum semua (:
aku masih berada di sini, di dunia maya ini..
bukan hilang, bukan menyepi..
cuma..
cuma sengaja menyibukkan diri..
oh, okay, aku lupa, tadi dah ada intro..
intro kali kedua pun boleh lah kann..
orait! apa apa pun, hari ni..
aku mahu kongsikan satu rahsia..
rahsia yang selalu berlaku dalam hidup kita..

anda pernah dengar..?
"mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa.. tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati.."
confused..?
kenapa orang kecilkan hati kita, tapi kita pulak yang berdosa..?
dan, anak kecil ini bertanyakan ayahnya tentang itu..

ayah : kalau seseorang hina kita, dia berdosa.. kalau kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa.. tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia..
anak : tapi kenapa pula..? kita tak buat apa - apa pun..?
ayah : kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah..
anak : #blur
ayah : kenapa kita dihina oleh orang tu..? kerana itu adalah ujian dari Allah.. kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu..? kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.. bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan.. kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah..
anak : #terkesima
ayah : lagi parah bila kita pun cerita pada kawan - kawan kita.. "dia kan, dah banyak buat aku macam ni, macam tu.." dan sebagainya.. dan kawan - kawan kita pula akan cerita pada kawan - kawan lain.. "kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia.." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..
anak : #insaf

maka, apa yang ingin ana tekankan di sini ialah, jangan mudah terasa hati dengan kata - kata dan perbuatan orang lain..
kerana semua tu maknanya kita tak redha dengan Allah..
nanti Allah pun tak redha dengan kita.. na'uzubillah..

sungguh, sukar untuk elakkan diri dari tidak beremosi dan sensitif mahupun senSENTAP..
tapi, apalah kiranya untuk kita sentiasa berfikiran positif dan hidup lebih matang..
dalam dunia ni, bukan hati kita saja yang perlu dijaga..
hati ramai orang lagi.. sungguh!
kalau kita nak hati kita terjaga, jagalah hati orang di sekeliling kita..
"as what you give, you'll get back!" trust me..
that's the law of attraction, it goes everywhere..

yang lepas tu, biarlah lepas..
yang sekarang, hiduplah baik - baik..
hidup ini sebaik - baik lukisan..
yang tidak akan pernah sama seninya dengan yang lain..
appreciate it, love it!

apa apa pun, aku nak minta maaf awal - awal, kalau kalau sebelum ni, sekarang ni, atau selepas ni, anda akan tersakit hati dengan kata - kata farhana selamat..
oh ya, itu salah satu hobi aku, "menyakitkan hati orang lain" which means, aku main main je sebenarnya..
bak kata madamJ, sentap menyentap adalah tips mesra dengan orang lain..
dan aku sangat setuju dengan statement itu..
huhu, siapa yang rapat dengan aku memang dah biasa..
so, biasa biasakan, jangan cepat touching ya sahabat sekalian!
jangan nak childish sangat, awak perlu lebih matang! yeah, MATURE! ^_^

"sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu, seharusnya kamu berasa malu..
ucaplah astaghfirullah al - azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu.."
- haza min fadhli rabbi -
ustajah aku pernah ajar, baca ayat tu bila orang puji kita..
- sebaik baik, seutama utama pujian, hanya untuk Allah -

*awak nampak cahaya itu..?*

*ya! itulah yang saya maksudkan!*
subhanallah, setiap detik setiap waktu..
tiada kata yang mampu menandingi segala ciptaan dan kekuasaan - Mu, ya Rabb..

sungguh!
andai ada masanya..
andai ada peluangnya..
aku mahu merantau..
menggodek segenap lapisan panaroma indah ini..
sebelum aku menutup mata buat selamanya..
AMIN :')

* * *

hujung minggu ni, aku belum buka buku lagi..
aku tahu, minggu depan masih ada quiz, ada lab testnya lagi..
tapi entahlah apa kesahnya, aku lebih sibuk mengerah tenaga untuk settlekan assigments yang aku harap dapatlah meringankan kepala yang berserabut ni..
well, i always hope that everyday is saturday..
mungkin kot, ini sebabnya..

hari ni 10.12.11
and its about 18 days more towards the final exam..
yeah! i'm about dealing with all the assignments and quizzes stuff..
so that, i'll start my engine to be in 'bajet rajin' mode, haha..
okey fine, asyik dengar bebelan aku tentang busy, busy dan busy..
apa yang penting doakan ana success settlekan semuanya..
"rabbbi yassir wa la tu'assir ya karim.." amin..


do not be disheartened by what people think of you,
do not be depressed by dream not going your way,
be happy that Allah judgement only matters,
be gracious that you have another day,
be grateful that you planned but Allah's plans were better,
be honored to be a Muslim,
if you feel that no one care about you,
always remember,
ALLAH CARES, ALLAH LOVES YOU!

PS. banyak cerita sebenarnya yang ingin aku kongsikan.. tentang nadwah yang meningkatkan rasa kecintaan aku terhadap UNITEN, tentang abang sham yang datang muadzam sempena luhur maal hijrah bersama gitarnya yang ohsem memelodikan lagu ketika cinta bertasbih, tentang kak wardina dengan anaknya yang comel dan sentiasa memberi inspirasi kepada aku, tentang the best power words, tentang quiz yang aku tak berapa perform, tentang ombak rindu, tentang aku overslept, tentang stoking aku, haha, semua kantoi.. cukuplah sekadar gambaran ke - busy - an aku konon - kononnya ni :P
PPS. aku rindu famili nun di KL, dari raya haji aku tak balik balik, teruknya lah haiihh..
PPPS. doakan aku untuk hari mendatang..
PPPPS. muadzam masih hujan, alhamdulillah, jom berdoa!
PPPPPS. dengarnya, ada gerhana bulan hari ni, apa - apa pun, nampak atau tak nampak, jom kita solat sunat gerhana! oh ya btw, adakah ini petanda kiamat sudah dekat..? wallahu a'alam..
PPPPPPS. credits to sahabat yang share cerita ni pada ana, shukran! :D

insha - Allah,
yang baik sentiasa dari Allah..
aku hanya hamba - Nya yang hina dina..
- farhanaselamat -

8 comments:

Anonymous said...

nice info,,^^

~ farhana selamat ~ said...

thank you anon :')

hani said...

subhanAllah...

membaca entri ini tepat dengan waktu kak hani sedang bersedih dan berkecil hati dengan seseorang.
kamu buat kak hani tersedar "Allah sedang menyelamatkan saya!" amin..
:)
ps: kak hani selalu kecil hati dengan orang yang sama, sedangkan hatinya khani jaga sehabis baik..
ada nasihat? :)

~ farhana selamat ~ said...

@sis hani..
betul tu, "Allah sedang menyelamatkan saya"..
k. hani.. kadang2 kite tak perasan, kadang2 sekecil kecil benda pun ada orang yang sanggup besar besar kan.. tapi, bersangka baik saje lah pada orang tu dan pada Allah.. sebab setiap perkara yang Allah lakukan, adalah atas dasar kita mampu menanganinya sebenarnya..
kita selalu ingat, Allah kata, "Allah tidak akan membebani hambanya melainkan apa apa yang sesuai dengan kesanggupannya.."
means, Allah tahu kita kuat..
tapi biasalah dalam hidup ni, tak semua benda dan semua keadaan kita boleh jaga hati kita..
kadang2 kita perlu korbankan hati kita demi hati orang lain.. kan..?

D-SIM said...

betul..
mereka nampak aib kita, sepatutnya kita perlu berterima kasih padanya kerana sedar atas kesalahan yang kita buat.

dan..memaafkan dosa orang lain pun sunnah rasulullah :D

aku budak kecik... said...

hhmmm..post yg menarik tok aku..
tq fana..
btw..nice picture..huhu

~ farhana selamat ~ said...

@d-sim..
betul tu..
kan bgus kalau smua org fikir mcm tu..
tp ni tak, ade je PhD (prasan hasad dengki) nyee..
so, we must tell them, rite? :)

~ farhana selamat ~ said...

@aku budak kecik..
nadia, smuanya utk aku jugak..
kdg2 aku pun cpt tacing gak, but then bila tahu pasal ni, sdkit sbyk ia akan mningkatkan ksbrn kite, kan..?
huhu..
ko tau kan pic tu..?
aku sangat SUKA :D