Friday, December 16, 2011

we care we share.

you just forgot how to fly,
spread your wings, 
spread your hearts,
and fly up as much as you can,
bring out your POWER,
bring out your BRAVERY,
if it is you, YOU CAN DO IT!


assalamualaikum :) 
musim final exam menjelang tak lama lagi..
time time ni lah kita nak tengok macam - macam gelagat student dekat universiti..
bila tiba musim final exam, akan penuhlah library, bilik seminar dengan manusia yang study pagi petang siang dan malam..
bila tiba musim final exam, akan berebut - rebut lah student nak jumpa lecturer untuk tanya soalan, mintak tips dan lain - lain..
bila tiba musim final exam, akan wujudlah certain - certain manusia yang mengalami gangguan emosi asbab hormon adrenaline terlebih..
bila tiba musim final exam, akan terang - benderang lah setiap desasiswa plus akan meningkat jugak bil topup elektrik semuanya sebab stay up malam - malam setiap hari..
tapi, apa yang bestnya bagi aku bila tiba musim final exam kali ni, aku dapat balik KL dan class dijangkakan habis start rabu ni, hari yang sama aku balik KL..
oyeah, memang aku sangat sangat nak balik KL sekarang ni, aku nak refresh, recycle dan restore hati dan akal aku untuk berperang 28 haribulan nanti, insha - Allah :)

well, hari ni, 16.12.11 dan ini bermakna, ada lebih kurang 12 hari lagi menuju final exam T.T
ya Allah, begitu pantas berlalu, baru saja rasanya aku bertarung untuk final sem lepas..
sungguh lah, persiapan pun belum buat lagi, asyik main main je :( macam mana ni..?

akal : farhana! bawak bawak sedar lah sikit diri tu, sekarang bukan masa untuk kau main - main, melagho kan diri twenty-four-seven je keje.. kau kena start study.. study la wehhh.. jangan malas - malas.. kau kena maintain empat rata kau.. wake up lah! tolonglah faham..

hati : tak payah lah weh, final exam 12 hari lagi, lambat lagi.. kau kan selalu study last minute, aku tengok carry mark kau okey je, relax la bro, opsss, relax la sis :) 2, 3 hari before final nanti kau rush ah, cover semua, confirm terus masuk kepala hotak tuh..

akal : lorhhh.. ade ke pulak macam tu.. haishhh, kau apa hal nih..? mandrem pulak musim musim hujan nih.. 12 hari tu bukannya lama mana pun.. sekejap je.. lagipun, subjek kau tu susah nak paham.. kau ingat 6 subjek tu kau boleh pick-up gitu gitu je.. k'mon lah! kau ingat kau tu dah pandai sangat ke..? mana cukup 2 atau 3 hari je kau nak study.. kau tu, dah la selalu anxiety disorder, lepas tu pulak nak study last last minute.. memang aku tabik spring ah kat kau kalau kau berani buat macam tu..

hati : okeyh, aku tengah lost.. aku tak tau nak start macam mana.. errrr, tolong!

akal : baik, kalau macam tu, hang pi la study.. buka buku, baca, buat latihan, siapkan semua latihan dalam past year question.. behave yourself and be a good girl, okeyh..? :D

hati : terima kasih :') insha - Allah aku akan cuba sebaik yang mungkin.. tapi..

berakhirlah kisahnya..
huhu, aku sengaja tinggalkan tapi di situ..
kalau ikutkan, memang banyak tapi nya, tapi malas nak cakap..
sebab selagi aku ber - tapi, segala benda memang susah nak jalan..
so, better tinggalkan noktah itu yang mengiringi 'tapi'..
however it is, aku tahu mana yang baik dan mana yang buruk..
yang mana aku perlu perbaiki yang mana aku perlu asah lagi..
insha - Allah i'll do my very BEST!
bak kata madamJ, merangkap advisor ana..

"yes! grade is important during your college life.. but the more important thing is your journey.. the EXPERIENCE!"

betul kata madam, dan ana sangat inspired dengan setiap apa yang lecturer ana katakan..
insha - Allah dengan semangat yang ada, aku akan terus 'strive for triumph'
bak kata pepatah, ikut hati.. mati.. ikut rasa.. binasa.. but then, aku akan ikut akal.. cekal.. (:
insha - Allah rabbuna yusahhilna wa najahna fil imtihan, amin ya rabbal alamin..

28.12.11 - Business Mathematics
29.12.11 - Academic Writing Skills
30.12.11 - Introductory to Costing
31.12.11 - Business Computing
1.1.12 - Holiday! :D
2.1.12 - Holiday! :D 
(+) birthday adikku, Dayah..
3.1.12 - Microeconomics
4.1.12 - Academic Study Skills

alhamdulillah, jadual tak berapa pack macam sem lepas :')
insha - Allah, semoga Allah redha segala ilmu..
apa - apa pun sesungguhnya..
aku sangat berharap, secebis doa dan keberkatan daripada semua :)
aku sangat berharap, agar dihalalkan segala ilmu dan apa jua tindak tandukku..
aku sangat berharap, tiada sesiapa yang terasa hati dengan setiap kata yang aku coretkan..
aku sangat berharap, agar kemaafan yang ku hulurkan ini dapat disambut dengan hati yang terbuka..
aku sangat berharap, doa daripada kamu, kamu dan kamu agar aku tenang, sihat, kuat dan bersemangat di medan exam..
semoga Allah merahmati kalian..
cukuplah hanya setitik ingatan dari kamu buat aku, itu sahaja, syukran :')


so, all the best to all my friends, seniors and juniors UNITEN Muadzam Shah and UNITEN Bangi :)
okeyh, semoga semuanya tenang, sihat walafiat dan bersedia dari sekarang..
dan sedikit peringatan untuk diri ini dan semua..
kebanyakan kita takut gagal dalam exam, sebab kita tahu, kesan buruk dari kegagalan itu..
tetapi mengapa ketakutan itu tak wujud bila kita diingatkan oleh Allah bahawa kehidupan di dunia ini adalah ujian..?
ya! ujian itulah yang menentukan kita bahagia atau sengsara di sana..
jadi, di mana letak keyakinan kita dengan Allah..?
wallahu a'alam :')

"wahai orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).."

oh ya, sungguh!
aku sedar, perjalananku ini masih lagi panjang..
dan pada kali ini dan juga seperti yang lepas - lepas, aku tidak meletakkan dan mem - fix - kan berapa pointer yang aku perlu dapat..
apa yang aku mahukan, hanyalah yang terbaik, dan aku akan sedaya upaya melangkah ke arah itu..
seandainya, rezeki itu milik aku lagi pada kali ini, aku sangat bersyukur..
namun, jika ia sebaliknya, aku tetap akan bersyukur, sebab itulah turning point yang aku perlu hadapi dalam melangkah ke dunia nyata..
dan aku tahu, bila aku di bawah, pasti akan ada suatu masa yang aku akan berada di atas kembali..
insha - Allah..

"the road of the dunya is hard and long, but you have NO IDEA what is awaiting for you.. so..
NEVER GIVE UP ON YOUR IMAN!"

yeah! we care we share!
penduduk rumah ini sangat bersemangat dan sangat cuak dengan final sebenarnya! >.<
apa apa pun, inilah sumber inspirasi kami setiap hari :')
semoga Allah berkati usaha kami, insha - Allah!

PS. 7 orang junior sbpi jempol ana dapat masuk DQ :) sangat jeles dengan kalian! btw, mabruk alaikum! ^_^
PPS. insha - Allah, ana akan lama menyepi sebab final, tapi tak apa, after final cuti 3 minggu, setiap hari ana update! huhu, tak kira!
PPPS. okey, even though ana menyepi, fb and twitter still tak deactivate, hehe :') actually it's depends on how a person deal with it, maka kawallah nafsu anda ya, farhana! erk, boleh ke..? huhu..
PPPPS. akhir kata, aku nak ucap tahniah dan takziah untuk adik - adik yang bakal ambil result PMR 21/22 hb ni :') semoga korang sukses and dapat ke sekolah yang best best form 4 nanti..
PPPPPS. good luck semua, jumpa 4 january selepas 11 pagi nanti :')
PPPPPPS. sangat sedih plus sedikit geram semalam bila baca pasal ariff alfian, apa apa pun, ini adalah  ujian untuk dirinya sebenarnya, maka kembalilah ke pangkal jalan, pintu taubat masih terbuka..

sometimes you need a little time to yourself,
with the Quran in your hand,
tears in your eyes and Allah in your heart..
insha - Allah..
- farhanaselamat -

6 comments:

Anonymous said...

gud lark dude!!!!!!
i will olwes pray fr u!!!!!!
-waniey-

~ farhana selamat ~ said...

@waniey

thank you wani, doakan aku tau, cuakkkk >.<

ciksengeh :D said...

all the best dear :)

aisfarana said...

all the best fana :)
sikit je lg tu.

-nasot

~ farhana selamat ~ said...

@cik sengeh..
thanks doakan kite, hehe..
dah balik uitm yea..?

~ farhana selamat ~ said...

@nasot..
hehe, alhamdulillah dah lepas..