Sunday, December 30

let's start now.

Bismillah.
Assalamualaikum my silent reader. Eh, ada ke?

Apa khabar kamu di sana? Semoga sihat - sihat saja hendaknya ya. Well, musim hujan kan sekarang ni. Jaga diri elok elok ya! Btw, many things going through recently. Sad, happy, excited, unpredictable, exhausted, so on ~ Yeah. Always believe. This is life. No matter what, we have to face it. Kan kan?
*Angguk kepala* >.<

Oh ya. Aku rasa, aku asyik ulang ayat yang sama je tiap kali intro. Ergh, failed! =='
Hopefully post kali ni tak panjang sangat. Nak limit masa! Banyak masa terbuang tadi. Ohoi ~
Okay let's move on.

#1 Cash @ Campus.

Nothing much to say. Cause it was just awesome! (Y)
From A to Z. And now, I get something to ponder. Even though ade je yang aku tak faham. Ahah. But at least I've gain something. InshaAllah. Step by step as a beginner. Well, I'm in this field right? It's my obligation to absorb all the knowledge about money, investment, economy etc. Hoho. Segan je kot. Sebab banyak lagi yang aku tak tahu pasal Finance ni. T_T My bad ~ Btw, many many thanks to Encik Faris from OSK Investment company because he had clarify all the things that I need to do.

"If you want something, go get it. NOW!"

Kenapa mesti now? Kenapa tak time kita dah kerja, dah ada duit, baru nak invest? Why why?
A fact that you have to digest. A simple analogy.

Kalau kita, yang sekarang ni berumur 18 tahun misalnya, invest RM10000, berapakah pulangan nya pada 40 tahun akan datang? Means 58 tahun nanti? Haaa.
Adakah ia sama, dengan orang yang invest RM10000 pada umur 30 tahun? Kalau dari 30 tahun ke 58 tahun, jaraknya sikit aje kan?
So, sudah terang lagi bersuluh lah kan yang invest umur 18 tahun lagi berbaloi - baloi. Yes! Pandai pun! We have to invest now! Now okay! Now. Not tomorrow, not next week, not next year, okay? Haa.

Sama lah jugak dengan perubahan. Perubahan kita untuk menjadi yang lebih baik. Haruslah bermula dari sekarang. Yes! You've to start now. So that investment kita pada hari akhirat kelak akan sangat sangat menguntungkan! Wahaiii ~ Nak tak macam tu? Sudah semestinya! Ayuh! ^_^v

Okay, back to the topic, bila Encik Faris dan Bro Nazrin Effendi cerita pasal career prospect finance ni, tetibe rasa macam nak kerja under investment company pulak. Oh, bisa kah? Mohon TNB izinkan diri ini. >.< Haa. Wallahu A'alam. Just saying. Heheh.

#2 Tahlil dan Bacaan Yasin @ Rumah Makcik Zah.

Alhamdulillah, hubungan yang dijalinkan pada minggu lepas tidak terhenti setakat hari tersebut sahaja. Semoga Allah murahkan rezeki Makcik Zah dan anak - anak buahnya. Amin Ya Rabb. Btw, terima kasih kepada kawan - kawan yang sudi memeriahkan majlis. ^_^

#3 Berani 2013 @ Wisma MCA, Jalan Ampang.

Baru je attend pagi tadi. Actually, this is my first time join program Dr. Azizan Osman and it was like WOW! Nak lagi ~ nak lagi ~ Haa. Nak dijadikan cerita, sebenarnya sesaje je nak try try daftar sebab seminar tu free dan kebetulan memang tarikh tu kena dengan plan nak balik KL. Huuu. But, tetiba rasa ada aura bila baca message dari Richworks yang sangat mengalu - alukan para peserta yang mendaftar ini. Dan membuatkan diri lagi bersemangat untuk menghadirkan diri.

Hah. Nah ambik ni.

Message 1. Message pengesahan pendaftaran.

"Orang yang berjaya adalah mereka yang berani bertindak. Orang yang gagal adalah mereka yang pakar mencipta alasan dan, akan terus hidup gagal. Tanpa keberanian, hidup tidak akan menjadi kenyataan. Terima kasih kerana mendaftar!"

Inspiring sungguh kan? Haa. Next, dalam beberapa jam sebelum event start pun ada message lagi tau.

"Ramai orang hangat - hangat tahi ayam dalam memperbaiki hidup mereka! Ramai juga yang sabotaj diri mereka dan sentiasa buat sesuatu separuh jalan. Adakah anda begitu? Jika tidak, pastikan anda hadir ke Seminar Berani 2013."

Ahah! Sentap tak? Haa. Awesome lah! (Y)
Siapa tak Berani, nyah kau dari sini! Muehehe.

Oyeah. Walaupun diri ini Forever Alone, ia tidak lah menjadi sesuatu yang menghalang daripada tidak menghadiri program - program sebegini. Alhamdulillah, parents izin dan everything went well. Sesampainya di sana, kelihatan jutaan manusia di dalam dewan yang besau itu. Dengan background music yang havoc nya! Phewww ~ Rasa macam kat alam lain je. Ahah. Dalam pada itu, sempat lah jugak berkenalan dengan sorang akak ni. Katanya, dia dah banyak kali join program Dr. Azizan dan dia tak pernah miss kot semua event! Peh ~ Yeah! I'm late to know all this. Tsk tsk. T_T Nvm, It's better late than never right? *Fighting!*

Dr. Azizan Osman :)
Jom kawan kawan!

Banyak sangat sangat yang Dr. Azizan share tadi. Tentang kehidupan, kebahagiaan dan keberkatan. Bukan takat di dunia sahaja, malah bekalan kita ke akhirat sana juga. Sangat terkesan, lagi lagi bila beliau berkata tentang kelemahan manusia yang takut. Kekadang manusia ni bukan takut kan kegagalan saja, malah, yang amat menyedihkan, jika kita takut untuk berjaya. Ya. Kadang kala reflect balik diri ini. Kita ni macam robot kan? For instance macam saya, pagi pergi kelas, balik kelas, makan, study, tidur. Ahh, bosan ~ Semata - mata hanya mengejar CGPA. Hmm. Bila fikir balik, tak best nya jadi orang biasa - biasa ni sebenarnya. What we have to do is, jadi lah orang yang Luar Biasa! Do extra work. Kaya dengan jiwa, kaya dengan kebahagiaan, dan bukan pada material semata - mata. Insha Allah insha Allah!

Jom bersyukur, jom senyum, jom memberi, jom belajar!
Let's move on! Oyeah!

Btw, ada kezutan buat kami tadi. Hoho. Rupanya, Afdlin Shauki mai datang bagi sharing sekali tadi. Subhanallah. Sangat mengharukan bila beliau bercerita tentang saudara - saudara kita di Gaza. The thing that he keep mentioning is about, they never complain! Even though Allah test them with a much tougher problem compared to us. Allahu ~ Mohon semangat seperti mereka juga untuk terus kuat! Amin amin.

Okay, rasanya cukuplah sampai sini membebel. Actually, banyak lagi tak share dengan korang tapi tapi. Erm.


Kakak, awak tu study pape lagi tau. Sedar tak?!

Oh oh. Okay bai ~ zZzZz =='
Klah. Nanti kita story morry lagi ya! Doakan kita success Final Exam kali ni!
Fighting ~

PS. Rasa nak kerat badan jadi 3 je esok. Kalau boleh lah kan. Huhu. Ada 3 event best esok. KLCC, Dataran Shah Alam dan Masjid Shah Alam. JOM! :D
PPS. Btw, terima kasih kawan. For the book mark! Eh.

Oh ya. Hampir saja terlupa. Mohon kalian semua sedekahkan Al - Fatihah kepada Syafiqah dan Asiah, student UNITEN KSHAS yang terlibat dalam kemalangan yang amat mengerikan. Menurut sumber, Asiah sekarang berada dalam keadaan koma dan 4 tulang rusuknya patah. Syafiqah pula hilang penglihatan mata kirinya. Allahu ~ Semoga keluarga mereka terus kuat! Amin :'(



Aci tak kalau aku kata aku malas nak ambil lesen?
Motif? Heh.

Jom doa jom!
Sungguh. Kehidupan dan kematian itu rahsia Allah.
Semoga Allah terima amal kebajikan kita dan redha sentiasa.

Things to ponder.
Who am I in the next 10 years?
Ask yourself! Berani 2013 :D
- farhanaselamat -

Sunday, December 23

hati.







Ya Allah kurniakanlah aku hati yang baru.
Agar aku bisa menjadi hamba yang suci dari noda semalam.









marathon ceritera disember.

Seems like I've not post anything for a long long time, right?
Well, it was like 3 weeks ago je pun :P

Rindu :')

So, put the first thing first. Let us say, Alhamdulillah. Alhamdulillah for the chance to live a life in this world no matter how hard the situation gone through. Syukran Lillah :') Oh ya, have you ever heard about the biggest prank in the world recently? Yup. That's it! About the Mayan's calendar. It was so silly then. It was very sad as if you believe that propaganda my dear. Don't you believe in Allah? He is the one who created this world and yet He will be the only one who knows when does this world will be ended. But after all, I guess we can take an ibrah from that. Nothing much, it's all about Zikrul Maut. Allah ~ Are we ready enough to face yaumul akhirah?

Suddenly I remember the question repeatedly being asked by our murabbi, "Kalau kita mati sekarang, ada ke bekalan kita untuk kita bawa ke sana?" Allahu ~ *Sentap* T_T

Semoga Allah kuatkan jiwa nurani kita untuk terus mengisi bekalan ke sana. Amin. Fighting!

Okay now, let's rewind the journey.
Supposedly, let's the journey begin kan?
But err err. Abaikan. Heh. =='

#1 6/12 - 9/12 : Rehlah Langkawi with UNITEN - ians.

Alhamdulillah. It was so sudden I've made an unexpectable and unpredictable decision to join this programme. :O Yeah! Being dilemma for the whole week and it was like, "Rumah ke Langkawi? Rumah ke Langkawi?" Hurmm. Pity me. For the first time I was being 'cognitive dissonance' - ed by the classmates. And nahh that's it! I joined them. Haha. Nothing much to regret actually. Many things I've learned and many people I've met up. Alhamdulillah. Everything was just nice. The scenery of Langkawi. The history. And of course, the chocolates. Yummy ~ That's the best feeling :P

Actually, this was my second time I've been there. The first one was during the Family Day past 5 years ago. Huhu. Long long time ago. So, here and there. Nothing much change. We went to the Cable Car, Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting, Kilang Batik, Kilang Gamat, Island Hopping and all the Mall and shops nearby. Okay, tak mau cakap banyak. Sebab mostly dah ke sana. Kan? Haa. Apa pun, the journey was so exhausted! About 15++ hours journey you know ~ Pehh pehh. Pergi Indon pun tak lama camtu. Eh.

 


Btw, collection baju "I <3 ____" kita dah ada dua! Yeah ~ Okay, baru dua. ==' Mohon sesiapa yang melancong ke mana mana belikan untuk titew. Masheh :P

#2 12/12 - 13/12 : Festival Kesenian Islam

1) Pameran booth yang awesome! >.<

Awesome? Why why?

Ahah. Because there were many games there. Yeah! (Y) Me iz so kanak - kanak! Hee. Okay, there were many booth opened and I went through all the booths. Many brochures given and lots of activities I've joined. Actually, takda lah lots sangat pun :P For instance, Pertandingan Tulisan Jawi dan Tulisan Khat, Teka Berat Beras etc. Alhamdulillah. Dapat jugak lah hadiah sikit walaupun saguhati. Menarik menarik! Dan sangat harus untuk diteruskan. Insha Allah.



2) Al Quran and Modern Science by Bro Shah Kirit. (Y)

Haa. Yang ni lagi terbaik wokkk! Alhamdulillah. After the first time I met Bro Shah Kirit was during the Muslim Heroes Conference at IIUM, I feel very impressed with his speech. Am very touched. Subhanallah! Here he is. Many many things that he shared with us. Basically, it's all about Al - Quran and Science. He revealed all the things about Islam. Very nice point of view from the Hindus that was revert to Islam. Alhamdulillah.

Saya sebenarnya sangat sangat teruja dengan orang orang begini. Pernah tak terfikir? Nak masuk agama lain jap then nak rasa feeling orang yang mencari dan masuk Islam seperti mereka. ^_^'' Impossible right? However it is, thanks Allah ~ Allah knows us better than ourselves :')

Just sharing some quote from Brother Shah.
Does God exist? What are we going to tell if an atheist ask us about this? There are many ways that we can answer this question. In brief, every design that was created have a designer to create it, right? Well said. Subhanallah ~


Sorry. Actually there are many many things to share with you all. But I guess it will be too long if I write it here. Hee. If anybody wants the video, roger roger me kayh? ^_^v

Sebelum pulang, Ikin dan saya menyempatkan diri untuk mengusha - usha buku yang dijual di tempat pendaftaran tadi. Well well, rambang mata takyah nak citer la. Semuanya best! Buku Harun Yahya paling banyak kot. Rasa macam nak beli semua je. ==' Tapi tapi, ongkosnya enggak ada. Maka, 1 buku pun jadi lah. "Children and Science". Sangat chumil buku tu ~ Colourful! >.< Then, pakcik yang menjual tu tanya. (Erm maaf, lupa nama pakcik tu =='). Haa beliau bertanya dan menunjukkan saya ke arah suatu buku. "The meaning of Holy Quran." Eh? Tergamam seketika. Quran ke ni? Yup, memang Quran pun cumanya ada maksud jelah, ayat arabicnya takda. Ohh. Rupanya dia tanya saya sama ada saya ada kawan non - Muslim atau tak dan jika ada boleh lah saya pass kitab tu kepadanya. Dan fikiran saya terus terpaku kepada seseorang, classmate saya yang sangat baik budinya. Dan Alhamdulillah saya telah pass kepada dia dan dia terima buku itu dengan hati yang terbuka. Best feeling :') Semoga Allah menghantar Makcik Hidayah untuk mengetuk pintu hati kamu wahai kawan. Amin amin :')

Opsss! Lari tajuk sudah. Jom kejar balik ~

3) Forum Hijrah : Membangun Jiwa Merdeka. ^_^v
by Dr. Tengku Asmadi, Ustazah Firuz Akhtar (Ustazah Pilihan), Ustaz Long Kechik.

Alhamdulillah banyak input yang saya dapat. Tapi tapi, tak tahu mengapa, agak suram jugak lah malam tu. Err. Mungkin sebab tak ramai yang join forum ni kot. And everybody seems so tired because the event was held continuously, non - stop. Huu. Well, keberjayaan sesuatu program bukan atas sebab kehadiran yang ramai, tetapi input itu yang penting. Kan?

Dan hijrah itu sangat bermakna andai kita benar benar faham pengertiannya.

"Who you are, are what you say. What you say, are what you get."

4) Islamic Finance Talk dan Persembahan Adik - adik Permata Rindu :')

Saya tak dapat join yang ni sebab ada class. Hmm. Sedih.

5) Malam Kesenian Islam by Jundullah, Sham Kamikaze, Catriona Rose, Seedrain and In-Team.

Yeah! This is the best part ~ Rindu sangat sangat suasana sebegini. Rindu Jempol. Rindu Irsyadus Sufi, Soutun Najah. Ehh. >.<' And I was so excited. Sampai kan, duduk pun nak depan je. Huuu. Semuanya saya ada rakam :) Lai lai, sesiapa yang nak copy. And the best part is actually ~ *Gunalah Wangian Al - Kautsar*. Promoting all the way ~  Alhamdulillah for the chance.

Favouritas sepanjang zaman :')

Di manakah Ar - Rijal? Haa.

Seedran, Kak Cat, Ust Anuar (Y), Abg Sham, In - Team.

#3 15/12 : Broga4Ukhwah

At first, I'm all alone there. But it never distract me to join them. Struggling hard to find the best way to go there. Alhamdulillah, thanks to everyone who helped me. And Alhamdulillah, Puan Mama is very willing to send me there at 4o'clock before the dawn. Haih, rasa sangat menyusahkan mama. Itulah. Parah takda lesen. Hmm :( Terima kasih mama :') Yet, Alhamdulillah. Being there as a volunteer to guide the Anak anak Yatim from Rumah Jalinan Kasih, Cheras. Actually, bila sampai sana baru tahu yang kena jadi volunteer, sebab niat memang nak naik Broga je. Hehe. Tapi takpe lah. Double triple ke - best - an nya! Love it. Kenal ramai Kenders yang lain. Dan mula terasa rindu :') Oh terharu seketika. Luasnya bumi Allah ini. Allah Allah ~ Nikmat nikmat, yang sangat tak terungkap. First time solat atas bukit. ^_^ Alhamdulillah. Dan tak semena - menanya. Boleh pulak ber - jejak kasih atas Broga tu. Ohoi, saya jumpa Haliza, kawan - kawan :') It was like since PMR, I don't meet her. Allah plan is the best! (Y)

Let the pictures talk. ^^,


Sunrise :')

Adik - adik RJK :')


My love, Rainbow :')

Feel the spirit, Pray for Syria, Pray for Gaza :')


Adik Haiqal fefeeling :P

Puzzle untuk disiapkan! (Y)

Jejak kasih! :'D

Family of The Telekung Project, Weekenders and RJK :')
Miss those moment a lot.

#4 15/12 : Big Bad Wolf @ MIECC

On the same day. After Broga, I went to MIECC for the sake of this!
Even though, the tiredness still dirasai. Tapi tapi, huhu. Abaikan saja kepenatan itu.

Hey hey. Tengok ni ~

Dan saya menjadi sangat gila bila berhadapan dengan timbunan buku - buku. Heaven! (Y)




Alhamdulillah. Hope to see you again ~ "Serigala buruk yang besar!" >.<

Well. Because of these two events, I din't join ISK at Terengganu with my Polka Dot - mates'. I'm sorry guys :'( It was so sad, yet still happy because can go back home after a month. Hi hi hi. >.<

#5 22/12 : Muadzam di Hati @ Rumah Makcik Zah :')

Alhamdulillah. Everything went well. Syukran jazilan to all. Makcik Azizah dan kanak - kanak comel sekalian (Tuan Rumah), Encik Zahir, Encik Nasir dan anak - anak mereka (Our Advisors), Boo, Hanif, Acap, Riri, Atie and Said (The Volunteers), and not forgotten, my beloved scholarmates, Nadia, Durga, Syahir, Farid, Faiz, Haziq and Iqbal. "We care, we share." :')


Pulut durian with kanak - kanak chumil :')

The awesome volunteers. JZKK guys ~

CSR YTN Muadzam Shah 2012 :')

US 
Let' strive for the excellent. Next, "From eye to eye!"

PS. Maaf. Jika anda rasa penulisan saya asyik mengomel ngomel terlebih. Err. Habit.
PPS. Final Exam is around the corner. Two weeks to go, Farhana! Two weeks je lagi ~ Tolonglah sedar diri. Kawan kawan, doakan ~
PPPS. Minggu minggu yang ku lalui sangat awesome. Terima kasih kepada yang terlibat. :')
PPPPS. Minggu depan diizinkan untuk balik ke KL walaupun dah dekat sangat dengan Final Exam. Alhamdulillah. Sangat rindukan adik - adik di rumah ~

Terima kasih atas peluang ini wahai Rabb,
- farhanaselamat -

Wednesday, December 5

hey awak!

Hey awak!
Jangan bersedih lagi.
Tuhan pasti ada untuk membantu.
Yakinlah kepada - Nya.
Teruskan perjuangan hidupmu.

Hey awak!
Tolong jangan jadi ego boleh tak?
Berilah peluang kemaafan kepadanya.
Sedangkan Allah memaafkan hamba - Nya.
Nabi jua memberi maaf pada umatnya.
Inikan pula kita, manusia biasa.

Hey awak!
Awak tahu tak?
Yang kita rindu sangat sangat kat awak.
Sayang sangat sangat kat awak.
Sampai kita dah tak tahu nak cakap macam mana.
Semoga kita kekal sampai sorga - Nya!

Hey awak!
Kenapa suka susahkan kita ha?
Benci! Benci! Benci!
Kita sedih sangat tau tak!
Sedih! :'(
Hm takpe lah. Mungkin ini takdirnya.
Takdir untuk kita merasa sakit di jiwa.

Hey awak!
Awak, awak dan awak!
Jom kita berpimpin tangan.
Menuju tempat asal kita.
Syurga abadi nun di sana.
Walau siapa pun awak yang saya kenali.
Ayuh!



"Allah puts people in your life for different reasons. Some to learn from, some to help you, and some to help you realize how strong you are."



Allahu.
Layakkah aku?
Untuk mendaki syurga - Mu itu.


Hey awak!
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:  "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

PS. Btw, Tahniah dan Takziah kepada brothers dan sisters UNITEN saya yang telah diberi mandat sebagai MPP bagi sesi 2012/2013. Laksanakanlah sebaiknya demi kebaikan bersama di atas landasan reda - Nya. In Sha Allah, doa saya sentiasa mengiringi kalian.
PPS. Alhamdulillah, sepanjang minggu ini, selesai sudah Program Tafaqquh  Fiddin (Sembelihan) dan Who Am I by Dr. Faiz Khaleed. Alhamdulillah, both were such a very very impressive event.

Hey awak! Si Pembunuh! :P
*Kenangan* :')

Hey awak!
Tunggu saya!
- farhanaselamat -

Sunday, November 25

carca marba.


Rasa macam dah berani sikit.
Untuk berkata tidak pada hal tertentu.
Benar, ia seakan kejam di situ.
Namun, harus diprioritikan yang mana satu.

* * *



Tolong.
Tolong jangan mencaci buta si dia.
Biarpun dia tidak lah setaraf kamu.
Tapi, tidaklah mustahil pada hari berikutnya.

* * *


Oh oh.
Berdebar.
Risau.
Cuak.
Gentar.

Tak mengapa.
Kekusutan ini kecil sahaja.
Allah kan ada :')


"..Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang - orang yang sabar."
(Al - Anfal : 46)

Let's pray for Gaza!
- farhanaselamat -

Friday, November 16

misi se - heaven magnum.

Bismillahi Alhamdulillah.

Allah masih panjangkan nafasku sehingga ke hari ini.
Pasti hikmahnya, untukku salurkan kudrat ini ke titian yang diredhai - Nya.
Jua untukku bertaubat dan segera memperbaiki diri ini.
Alhamdulillah. Allahumma Amin.

Entah mengapa. Sejak akhir - akhir ini, bait lirik 'Pusara di Lebuh Raya' asyik bermain - main di kotak minda. Lantas menjadi irama latar sepanjang perjalananku ke hulu ke hilir dinihari. First experience mungkin. Berjalan - jalan seorang diri non - stop dari hari ke hari. Lepas satu, satu. Dan seterusnya. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan untuk melihat dunia. Melihat apa yang tersirat dan tersurat di atas muka bumi - Nya ini.

"Dalam perjalan ini, menuju destinasi, berbagai lebuhraya dilalui.
Perjalananku terhenti, di lebuhraya ini, terpandang pusara diam menyepi."

- Pusara di Lebuh Raya by Ekamatra -

Erk! Fana? Asal jiwang sangat ni?

*Dush* -_-'

Sudah, cukup cukup sudah ~ Tak mahu mengomel panjang lagi. ^_^'
Cuma, cuma mungkin ingin berkongsi nikmat yang Allah beri sepanjang 'cuti' ini.

What? 'Cuti'? :O Sem break apa?

No no no. Cuti Deepavali dan Awal Muharam. Asbab cutinya di tengah tengah, maka kami genapkan terus cuti tu kepada seminggu. Wahahaha. Heaven! >.< Alhamdulillah. Hiks :')

Jumaat - TSK @ Uniten

TSK - Trilogi Sebuah Kehidupan. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk aku join program ni. Pada mulanya, memang ingat tak nak join sebab dapat tahu lambat dan dah plan siap - siap nak balik KL pada Khamis sebelum hari kejadian. But then, suddenly akak senior yang in charge program ni mintak aku tolong - tolong dia sikit. Hurm. Tak tolong, rasa serba salah pulak. Tapi kalau tolong, tak dapat lah aku balik awal nanti. T_T Peh, memang minggu dilemma betul. Fikir punya fikir dan mungkin atas ketentuan Allah, aku gigihkan jua hati ini untuk stay dan join program tersebut. 

Dan, Alhamdulillah wa syukurillah! One word. Awesome! Walaupun aku tak dapat join program tu sampai habis sebab ada hal keesokan harinya, tapi aku bersyukur sangat - sangat sebab at least aku dapat juga kutip input - input nya yang bagi aku, amat susah untuk aku dapat di tempat lain. Malah, sebenarnya aku patut sangat bersyukur, kerana kami bertemankan bimbingan dari akak - akak graduan Jordan dan Ireland untuk menelusuri TSK ini. Perspektif pemikirannya nampak berlainan sedikit. Lebih meluas. Ya. Semestinya sangat inspiring! Dan acap kali juga membuatkan aku tersedar bahawa aku ini bukanlah sesiapa tanpa bantuan dari - Nya. Subhanallah! Muhasabah dan terus muhasabah. Sungguh. Ini yang aku mahu. Alhamdulillah. Allah bagi peluang.

"Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di islam. Sekiranya dia faham."
(HR Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah. Berpeluang untuk menajamkan lagi pemahaman tentang isi yang tersirat di sebalik hadis di atas ini. Pendek kata, hadis ini dikaitkan dengan Saidina Umar yang dikatakan ibarat LOGAM. Kerasnya, tidak mudah berkarat, kuatnya tapi still boleh dibentuk. Same goes to all of us. Manusia ibarat logam :) In Sha Allah, semoga diri ini sentiasa dimotivasikan dengan hadis yang sungguh bermakna ini :)

Sabtu - Majlis bersama Pengarah YTN @ Vistana Hotel


Tadaa ~ Sila Jealous! xD
Cc : Farid, Syahir, Durga, Iqbal.

Hehe. Saja buat kejam. Alhamdulillah. Nikmat lagi. Program seterusnya, lepas saja habis TSK (Eh, time tu tak habis lagi, tapi mengelat :P), aku bersama sebilangan pelajar YTN yang lain bergegas ke Vistana Hotel, Kuantan untuk program 'Majlis bersama Pengarah YTN'. Majlis ni dikira ala - ala Majlis Apresiasi santai sambil lunch dan beramah mesra bersama Pengarah dan warga YTN yang lain. Ingat lagi, dalam ucapan Encik Azman (Pengarah YTN), beliau ada share tentang beberapa perkara. Berkenaan keperluan untuk kita mempelajari 3rd/4th language (at least). Then, we have to be clearly clear about our future, buat Career Test untuk lebih kenal diri sendiri, dan sebagainya :) Best sangat. Rasa rapat sangat dengan family YTN. Ya Allah kurniakanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki mereka. Sangat terharu :')

Lepas habis Majlis, aku pun straight lah balik ke KL. Kalau nak diikutkan, tiket aku pukul 4.45PM hari yang sama sebab dah beli awal dari tarikh notis tentang Majlis ni, so dengan harapan sempat lah aku balik Muadzam lepas Majlis tu. But then, bila kira - kira balik, haih memang tak sempat lah kan. Muadzam ke Kuantan ambil masa 1 jam setengah. Jam dah menunjukkan pukul 3 lebih. Alih - alih, dengan tak malunya, aku pun minta tumpang van staff YTN untuk balik sekali ke Bangi. Malu >.< Tapi, demi nak balik KL. Buat buat aje muka tak malu. Huuu. Terima kasih semua. Sangat terhutang budi pada kalian. Alhamdulillah.

Isnin - #KempenTutupAurat @ KLCC


Sorry. Gambar tak berapa chantek. Alhamdulillah, dapat join program ni pulak. Yang di - organise oleh ukhti ukhti #TeamHijrah dan #TeamKhemah :) Pada mulanya, aku pun tak tau ada program ni. Then, Ikin yang semangat mengajak aku ke sini bila dia tahu yang aku balik minggu ni. So secara tak langsung, aku pun mengajak lah yang lain - lain untuk ke sini juga. Dengan tak semena - menanya, Nadia dan Suhaiza pun berjaya dihasut olehku untuk ke mari. Heheh >.< Then, tejumpa pulak Aadah dan Fatin, junior Intej dulu. Alhamdulillah. Pertemuan yang tak disangka - sangka kan? Hee. Seriously. Best sangat dapat berukhuwwah dengan mereka - mereka ni. Selalunya RT tweet tweet mereka je. Tapi kali ni, berjumpa secara live dengan tuan empunya tweet yang sangat inspiring tu. Amazing Allah. Kerana mentakdirkan kami di tempat sebegini, di program sebegini.

Okay, dah lari tajuk. Hee. Basically, #KempenTutupAurat ni, tujuannya sudah semestinya untuk mengajak orang orang sekitar sana bersama - sama dengan Islam dengan mengikut cara pemakaian yang berlandaskan Islam. So, antara aktivitinya, ia lebih kepada memberi flyers tentang menutup aurat dan share something tentang Islam. Sungguh, kerja street dakwah bukannya mudah! Dan aku, hanya mampu menjadi pemerhati tegar aktiviti mereka. Terasa kecil sangat di hadapan mereka - mereka ini. T_T Sungguh, jalan dakwah ini bukan mudah. Aku berharap, aku diberi kekuatan untuk seperti mereka suatu hari nanti. In Sha Allah Amin. Doakan yang terbaik buatku ye kawan kawan :)

Selasa - Heroes Conference @ IIUM


The Muslim Heroes Conference 2012. Banyak sangat sangat sangat yang telah ku pelajari di sini. All the speakers are really awesome and very humble. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. And these are some of the best quotes that I would like to share. May Allah bless! Amin.
  • Leader is the one who serves people.
  • Use the knowledge, live the sunnah.
  • "Bro, be a real man!" - Oh you who believe, be a true believer!
  • People of dunya always judge by dunya, people of akhirah always judge by akhirah.
  • Nabi Muhammad said, "The best generation is my generation, and the next and the next." -It's ou generation!
  • Result come from action, not from talking about the action.
  • Be a leader with the sense of mission.
  • Whom separate the knowledge from action, they're the Munafiqun.
  • Gain a correct knowledge in order to have a correct action.
  • What will separate us? Not about what you know, but about what you practice.
  • Learning and success is a universal law.
  • Success comes to those who works for it, not who talks about it.
  • No gap between learning and practice. Tazkiyatun nafs. Tarbiyyatul akhlak.
  • Every single pious has a past, every single sinner has a future.
  • Sacrifice is like tandoori chicken. Do for us, die for our benefit.
And et cetera. Shukran 'ala kulli hal. Alhamdulillah. Akhirnya jejak jugak aku ke UIA ni. Tambahan, dapat jadi pelajar harom 1 malam. Huhu. Terima kasih kepada cousin Alia Sa'ad yang sudi menumpangkan kami menginap di biliknya. Mungkin lepas ni, kalau ada masa lebih, nak merasa jugak keliling UIA yang teramat lah besar tu. Huhu. Anyone? ^_^' Ohh, rindunya bi'ah solehah di INTEJ bila menapak di IIUM. Hmm :')

Btw, suka sangat lagu montaj ni. Rasa tersentuh. Sangat. ^_^



Rabu - WARIS 2 @ USIM


Pernah jumpa Prof Mohamad time K-Fiqh yang lepas. Kiranya, ini ialah pertemuan kedua antara aku dan beliau. Apa yang membuatkan aku semangat untuk ke sana? First, sebab Syura semangat tag aku kat FB untuk join program yang dia kelolakan. Kedua, sebab Prof Mohamad seorang yang sangat aku kagumi. Ketiga, nak merasa bi'ah USIM pulak. Keempat, nak jumpa member member ku yang amat dirindui. Kelima, nak memanjangkan silaturrahim dengan warga USIM. Heh :P Dah macam objektif dalam proposal pulak ha. Okay proceed, stop mengomel Fana ~ Hee. Seperti biasa, talk pasal sejarah AUKU sikit. Then, Q&A session. Dan inilah saat yang kami tunggu - tunggu sebenarnya. Macam - macam kerenah soalan yang dilontarkan.

Apa - apa pun, nak ucap a big congrats to the committee yang sangat awesome. Seperti apa yang Syura cerita, dorang mengambil masa cuma 3 hari untuk settle kan apa yang patut. Cuak jugak aku time mula -  mula tengok dorang busy and rush prepare semua tu, but then after all Alhamdulillah, mendapat sambutan kot. Bukan senang talk macam ni untuk diberi pelepasan. Kan Syura? Macam lah Syura baca belog aku ni. Heh ==' Pepun Alhamdulillah, semua objektif yang tersenarai accomplished! Alhamdulillah atas peluang ini ya Rabb.

Khamis - Home Sweet Home

Heaven! Akhirnya dapat pulang merehatkan diri di teratak bonda ayahanda.

Tapi.
Tapi.

Alangkah terkesimanya diriku. Sejurus aku pulang ke Bangsar, dan terus melayari sensawang FB. Sungguh. Ada sesuatu yang amat memeranjatkan dan menyedihkan diriku. News Feed penuh dengan gambar gambar sahabat Palestin yang terkorban dek Kekejaman Israel. Sangat sedih. Hampir saja air mata menitis. Ahh, teruknya aku ni. Lambat betul tahu tentang isu ini. Sedihnya. Kenapa? Kenapa pada Hari Tahun Baru kami, kalian sengaja bertindak kejam terhadap saudara - saudara kami di Palestin, di Syria? T_T Ya Allah. Ampunkan dosaku yang tidak membantu.


Terdiam sendiri. Tak tahu. Entah. Mengapa mereka? Dan bukan aku? T_T

Ya Allah, sungguh tak terhitung nikmat yang kau curahkan kepadaku. Ya Allah, jadikanlah aku hamba - Mu yang bersyukur. Amin.

"Misi ku se - heaven magnum."
Apalah sangat jika dibandingkan dengan sahabat - sahabat ku yang telah dijanjikan Jannah buat mereka.
Allah ~ Semoga aku berpeluang untuk menjadi sekuat, setabah, sesabar dan sekental mereka. Allahumma Amin.

#PrayForGaza
Salam Ma'al Hijrah
- farhanaselamat -

Thursday, November 15

that moment.

Aneka ceritera yang ingin dikongsi.
Hidup biar tak seindah puisi,
Namun masih teristimewa di benak hati sanubari.

Pada suatu hari.

Ada seorang Chinese yang tidak aku kenali add aku di FB. Mungkin, dia ialah kawan kepada kawan ku. Sebabnya terdapat beberapa mutual friend. So, tak kisah sangat. Tapi tapi, sebelum aku meng - approve nya sebagai friend. Dia ada menghantar message. Katanya.


First of all, aku terkedu dan tertanya - tanya.
Hormon Inkuiri ku pula semakin membuak buak.
Hati pula membisik, "There must be something."
Yes, just reply. And go on with the flow.

Mungkin.
Suatu hari nanti aku akan ketahui jua hikmah - Nya.
Ya Allah, bantulah aku untuk membantu insan insan lain.
Permudahkan lah urusanku agar aku dapat memudahkan urusan - Mu.
Amin Ya Rabb.

Semoga Allah pandu hati kita :')
-farhanaselamat -

Thursday, November 1

i don't love you.


I think it's the beginning of our story.
But my expectation is absolutely wrong.
You end up and breaks it in the middle of our journey.

You kill me. It hurts.
Yet, you know nothing about it.
Perhaps, I could be strong by my own.
Cause I'm the one who left the story untold.
I'm the one who never let you know how much am I suffering.

Well. I just don't love you.
Indeed I never care about you.
As simple as that I admit it for the sake of you.
If and only if you know how I could deal with this.
And it hurts. Really hurts.

Please Allah. Please don't distract this feeling.
Give me a chance to build up what I had ruined.
A chance to be a better person.

I'm sorry.
I'm not the best friend that you could have.
I'm sorry.
I'm not being there for you as what they do.

Walk away.
- farhanaselamat -

Monday, October 22

the syndrome of having a family like 'em.

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

"Meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada - Mu.
Namun cinta dalam jiwa, hanyalah pada - Mu.
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai - Mu.
Dalam jaga ku harap hanya diri - Mu yang bertakhta."

- Rapuh by Opick -

Gasp! >.< Pengakuan! Pengakuan!
I'm fallin' in love with this song already! Hee. ^_^v

Bait lirik ini sangat terkesan di jiwa. Biarpun acap kali juga mendengarnya sebelum ini. Namun, ia sekadar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lama kelamaan tanpa disedari, rupanya ia telah menghantui minda dan juga jiwa. Oh oh. Terlebih sudah. >.< By the way, kadang kala kita sememangnya perlu kepada sesuatu yang boleh memotivasikan diri kita dari hari ke hari. And for me, that's it! It's not about taksub but it's a medium throughout the journey. In Sha Allah :) *Fighting!*


Another syndrome detected! >.<
No words can be expressed apart, rather than the sweetness of our ukhuwwah.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Yang jauh didekatkan, yang rapat dieratkan.

Perjalanan 3 hari 2 malam, yang dianggap lama pada mulanya menjadi tafsiran yang salah dek masa yang berlalu begitu pantasnya. Aku bersama teman, bersama sahabat, masih kehausan dalam mengenal fitrah. Fitrah diri yang menjadi asas yang patut dihadam dalam melewati ranjau dunia yang berduri. Pelbagai persoalan mencanak di fikiran dan akhirnya satu persatu dirungkaikan. Kini, aku fahami, mengapa dia begini, mengapa dia begitu. Sungguh. Sungguh menarik Ya Allah ciptaan - Mu ini.

And I'm wonder if and only if I could turn my destiny to the Psychology thingy back.

Nahhh!
Don't ever look back Farhana. Life goes on!

Hoyeah! ^_^v

"Your body works like a movie projector, and the film running through the projector is all of your thoughts. By choosing higher, positive thoughts you can change what you see on the screen at any time. You have complete control of what goes into your film!"

"Change your thoughts and you'll change the world." Words run into my mind. That moment when you think you can't do it and it works as what you're not expected! I've experienced it. Allah Allah. Superb Allah, who I always believe.

Tadaaa!


Ini hasilnya. Terima kasih fasi fasi atas peluang untuk saya meng - hentam sama ini benda. >.< Dengan harapan, lepas ni bagi lah batu bata pulak ke? Haha. *Putus fius*

Maaf tak berkesempatan untuk cerita pengisian program yang saya join ini. In brief, it's Uzlah. TOT kepada Exco dan AJK dalam PPI. Basically, pengisiannya berasaskan  gerak kerja dalam PPI dan slot slot motivasi tentang kepimpinan. Akhir kata, BEST SANGAT SANGAT SANGAT! Terima kasih pihak MT yang membawa kami meneroka "Lagoona Resort."

Selingan video. Layan ~


Till then. 
Selamat ber - Qurban wahai sahabat semua.
Hari ini balik KL bersama housemates! Doakan kami :)
- farhanaselamat -

Friday, October 19

to you, my roommie.

"Take care Farhana! Pergi Indon tu elok elok. Ole - ole jangan lupa :DD"

* S E N Y U M *
Berat kakiku melangkah pergi.


* * *

Kamu,
Teman yang setia.
Pengubat duka lara.
Pencetus riangnya suasana.

Bumi dan langit menjadi saksi,
Saksi kita yang kekok pada mulanya.
Hanya menerima takdir yang dicipta.
Aku dengan duniaku, kamu dengan duniamu.

Hati berbisik, akal keliru.
Oh Tuhan, aku gentar, aku buntu.
Apakah aku akan terjatuh sasar nanti?
Sasar menjauh tidak mampu pula membantu sahabatku.

Hari demi hari ku lewati,
Tanpa disangka setahun sudah sayang ini.
Namun, ketika hari terus berganti,
Masih ada kecewa yang membelenggu di hati.
Masih ada hati menangis mengenang kamu sahabat sejati.

Aku cuba sebatikan diri,
Aku cuba bermain nurani,
Aku cuba mengajak sekali,
Dengan harapan, kamu pasti akan kembali.

Sulit bagimu untuk pulang.
Dan aku mengerti mengapa ia terjadi.
Bukan salahmu yang tidak menghargai.
Bukan jua salah ibumu yang tidak memberi.

Wahai Tuhan,
Apakah aku yang malang?
Jerihnya amanah - Mu yang hanya sekelumit.
Sungguh! Ia mudah di bibir, tidak pada jasad.

Kamu,
Sahabat yang aku sayangi.
Moga coretan ini menjadi doa dinihari.
Moga aku mampu memimpin tanganmu ke cinta Ilahi.

Sahabat,
Maafkan diri ini kerana tidak mampu menjadi berani.


May Allah help us!

"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in."
- farhanaselamat -

Wednesday, October 17

bukan padang biasa.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum my silent reader.

Many many thanks to Allah :) At last, berkesempatan juga untuk saya post something di belog yang kian berhabuk ni. *Koff koff* Nak kata busy, tak jugak. Cumanya, mungkin banyak berjalan ke sana ke mari. Macam macam >.< Pun begitu, ber - blogging masih tetap menjadi prioriti bagi diri ini biarpun apa jua yang berlaku :3

Hey hey. Jom terjah entry berhabuk dan bersawang ini. Patutnya post ni perlu di publish before entry 'empat satu kosong bla bla bla' tu, namun apakan daya. Asyik taip, send to draft, taip, send to draft. Maka, inilah jadinya. Huhu. Abaikan >.< Alright! So, here we are. To Padang, Indonesia. The one and only place where the Minang people come from. Subhanallah! To be honest, it's a very unique place to explore! Sumpah tak rugi jelajah ke sana :')

Alhamdulillah tepat jam 5 pagi biarpun matahari belum menerbitkan sinarnya, kesemua pelajar yang terlibat dengan 'Lawatan Sambil Belajar' ini telah pun berkumpul di LCCT yang terletak berdekatan dengan Nilai. Namun begitu, flight yang akan membawa kami terbang itu sebenarnya dijangka tiba pada pukul 7.20 pagi. Maka sementara menanti waktu bagi urusan penerbangan, kami telah diberikan taklimat pendek oleh ketua rombongan, iaitu Abang Fizie (Mpp Uniten Kshas) tentang perjalanan yang akan kami tempuhi di sana. Rombongan ini melibatkan kira - kira 21 orang pelajar dan 3 pensyarah serta Vice Chancellor sekeluarga. Pada mulanya, agak kekok lah jugak bersama dengan mereka sebab kebanyakan yang terlibat dalam program ini adalah senior senior saya yakni student final year. Namun akhirnya, bak kata omputih, 'age means nothing'! ^_^v Apa pun, kita enjoy!

Hmm. Sebab tu orang selalu kata aku ni matang. 
Maybe sebab selalu sangat berkawan dengan orang yang atas umur.
Heh. Kbai. Abaikan.

Alhamdulillah. Perjalanan yang agak mencuakkan lagi - lagi bagi orang yang first time naik flight macam saya ni. Hoho. Tapi kat dalam flight tu watlek watkool je! B) Dapat duduk tepi sekali pulak tu. Veli de eksaited lerr ~ Huhu >.< Bertolak jam 7.20AM dan akhirnya sampai juga pada jam 7.20AM. Eh, maksud saya, 7.20AM jam Indonesia. Hee. Perbezaan masa antara Malaysia dan Padang hanyalah 1 jam di mana Indonesia lambat sejam dari kita yang di Malaysia ni.

Akhirnya, Allah bagi peluang saya terbang walaupun seketika :')
Cantik sang awan. Berkepul kepul. Gebu.

Setelah mendarat! Alhamdulillah. Thanks to AirAsia :D In Sha Allah selamat sampai.

Sesampainya kami di Lapangan Terbang 'Bandara Internasional Minangkabau', kami disambut baik oleh Pak Henry, Mas Fahmi dan Mas Hendra, merangkap tour guider kami. Then, kami diberi map kawasan di sekeliling Padang, Bukit Tinggi, Pagar Ruyung dan kawasan sekitarnya. Dan, bersama 'Bus Pariwisata' mereka lah, kami bergerak mengelilingi bandar - bandar tersebut selama 4 hari 3 malam di sana.


Banyak perkara yang unik dan menarik yang diceritakan oleh Pak Henry tentang kawasan Padang ini. Apa yang lagi menarik adalah kerana dialek nya seakan bahasa nogori. Dah memang sebenarnya, asal penduduk Negeri Sembilan tu adalah pelarian atau orang Minang yang berhijrah ke Tanah Melayu. Haa, lagu 'Ayam Den Lopeh' tu pun asalnya dari Indonesia. Terkejut saya bila dengar Fact tersebut. Tapi itulah kebenarannya. Macam macam lah yang Pak Henry cerita sepanjang perjalanan tu. Tak jemu kami mendengar tentang keunikan sejarah dan adat budaya di sana. Dan seperkara lagi yang membuatkan saya sangat kagum dengan Pak Henry ialah beliau sangat superb bab Sejarah dan Geografi. Even though beliau adalah penduduk Indonesia, namun begitu, sejarah Malaysia pun beliau master. Huhu. Amat memalukan mengenangkan nasib diri yang jahil tentang sejarah negara watan sendiri >.<

Banyak perkara yang nak dicerita. Tapi tapi, bagi mengelakkan post ini terlampau panjang, kita cerita melalui gambar sahaja ya! ^_^

Let the journey begins!

Day 1 | Bukit Tinggi | Air Terjun Lembah Anai | Pandai Sikek | Tasik Maninjau

Welcome to Air Terjun Lembah Anai. Tengok! Bumbung pintu gerbang tu pun stail minang. Awesome! >.<

Air Terjun ini sangat sejuk. Dikatakan juga bahawa air terjun ini boleh menjadikan kita awet muda :p Wallahu A'alam. ^_^

Haaaa! Tengok ni. Tengok ni. Fokus kepada piring yang bulat tu.

Inilah dia piring Astro di Indonesia. Tapi di sini mereka panggil Parabola. Okay. Gurau saja. Ini aerial tv, line Astro takdak pun. Tapi tapi, sangat unik! >.< Okay, saja nak koba. Abaikan >.<

Nahh! Lunch time! Kelaparan to the max! Nasib baik lauk kat 'Bundo Kanduang' ni memang penuh 1 meja. Hihi.

Gerhana bulan? :D

"Kamu mau DAFTAR makanan apa sih?" xD

Setelah selesai makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan ke Pandai Sikek.
Ahah! Cuba teka apa maksud disebalik nama Pandai Sikek. Rasanya, orang N9 dah boleh agak kot maksud dia. Tercetusnya nama tempat Pandai Sikek ini adalah kerana penghuninya suatu masa dahulu merupakan seseorang yang pandai sikat rambut. Huhu. Seterusnya idea itu bercambah kepada pandai sikat kain (menenun songket). Agak lucu >.< Tapi ini based on apa yang diberitahu kepada saya. Hee.

Pandai Sikek ;)

Demonstrasi menenun songket juga ada di sini di samping jual beli kain.
Agak susah rasanya bagi saya yang bukan seorang yang teliti dan fokus 24/7 :)

Toko - toko yang menjual kain sangat banyak di sini. Dan ini adalah yang pertama yang kami kunjungi. Berbaloi - baloi :3


Betapa cantiknya sulaman yang ori dari Indonesia ini. Dah lah cantik, murah pulak tu >.<

Kebetulan pula semasa ke Toko - toko itu, kami rupanya berdekatan dengan Kincir Gonjong. Gonjong itu tepung beras. Kincir itu yang di bawah ini.

Di sini kami melihat bagaimana tepung itu diproses. Bermula daripada tekanan air yang menggerakkan kincir hingga ke tempat pemprosesan di dalam rumah. Menarik! >.< Btw, credit to the model, Bro Fizie.


Mak cik yang hanya berseorangan kerana daya kincir air itulah yang menggerakkan dan menumbuk tepung tepung itu. Haa, nampak kan batang batang kayu tu? Sebenarnya, batang kayu itu bergerak dan sedang menumpuk tepung hingga hancur. That's why mak cik tu boleh kerja sorang sorang je. Awesome kan? ^_^


Seterusnya, kami ke Tasik Maninjau melewati kelok 44.


Sepanjang perjalanan kami, sawah yang terbentang menenangkan redupan mata kami. Ini sawah bukit. Asbab kawasan ini adalah kawasan berdekatan dengan gunung berapi (Gunung Merapi, Gunung Singkarak, Gunung Sagor if I'm not mistaken :p), lava yang ada telah menyuburkan lagi tanaman di kawasan tanah tinggi ini. Masha Allah. Orang kata, gunung berapi ini bahaya, but cuba kita view dari sudut yang positive. Ia membantu dalam menghidupkan lagi tanaman di sini :)

Cantik kan? Berpetak - petak.

Haih. Kadang - kadang wondering. Sebenarnya nak diikutkan ada je pemandangan sawah macam ni kat Malaysia. Tapi kenapa bila dah ke tempat orang, baru nak bergambar bagai, sedangkan kat negara sendiri tak pulak. Hoho. Mungkin saya je lah kot yang macam tu >.<


Keagungan Allah. Masjid di tengah - tengah. Ya. Apa yang sangat best nya bila sampai di Indonesia ini ialah bila kelihatan terdapat banyak sangat masjid. Tak sampai 1 km dah ada masjid lagi 1. Allah Allah. Sangat awesome lagi bila mana setiap masjid itu sentiasa dipenuhi orang ramai. Even, time subuh pun, kami tak perlu set alarm clock sebab azan - azan yang berkumandang sangat mampu untuk mengejutkan kami yang tidur mati ini :p

Seterusnya check - in di Ambunsuri Hotel. Belum masuk lagi, dah ramai peniaga yang menjual jual di luar hotel itu. Sungguh! Mereka sangat bekerja keras. Heyybatt!


Day 2 | Sulaman Hjh. Rosma | Tabek Patah | Batu Sangkar | Istano Basa Pagaruyung | Tasik Singkarak | Pasar Atas | Jam Gadang



2nd ay journey. Ke rumah Hjh. Rosma. Eh, isteri PM kita? No no no. Hee. Tapi Hjh Rosma ni pun antara orang ternama di Indonesia.


Sulaman yang amat rumit yang mereka hasilkan. Same goes to Tenun Songket tadi. It takes about 1 - 2 months to settle up this. Mak aih ~ memang saya surrender lah kan bab bab ni. Huhu. Sangat tabik sepering kepada akak akak yang penyabar dan tabah ini :D Di sini, kami berkenalan dan berjumpa sendiri dengan Hjh Rosma di samping berbelanja aneka jenis sulaman yang ada. Tas tangan, kain, tudung, alas meja dll. Next, beransur ke Tabek Patah.

Terdapat perusahaan keropok dan kerepek di sini. Macam macam jenis kerepek ado, yang pelik yang tak pelik pun ado. Hehe. Takpe apa yang penting Halalan Thoiyyiba :)

Dan yang menjadi faveret saya ialah Kerpek Pisang Salai ini. Comel kan kipas biru tu? >.<



Next, di tempat yang sama cuma di luar nya sahaja. Hee. Ini adalah tempat rest rest sambil pekena teh/kopi/ubi. Kira kalau foreigner tu, dapat lah dorang merasai makanan zaman kita dijajah dulu. Sangat unik sebab segala kerusi meja bagai diperbuat daripada kayu semata - mata.

"Minum 1 orang enjoy 2 orang." Huhu. Menarik >.<

Teh asli ekstrak dari daun nya. Jemput lah rasa ya! Tapi rasa macam teh cina pun ada.
Next, Istano Basa Pagaruyung.

Besar dan mewah. Tapi sebenarnya, Istana ini belum siap sepenuhnya lagi, dalam 5-6 bulan baru dibuka untuk kunjungan.

Seorang brader yang sangat berpengalaman dalam bidang ukiran kayu menerangkan kepada kami bagaimana dan berapa lama ukiran ini dihasilkan. Saya kira, orang orang di Padang ini begitu kreatif dan penyabar orangnya >.<

Kuda istana yang comel tapi garang! Haha.

Pintu masuk istana yang dipenuhi ukiran. That brother said, they take about 4 years finish this. A very long journey to go right?

Seterusnya, ke Tasik Singkarak. Tapi sebelum itu, kita makan tengah hari dulu!

My favourite shot! >.<

Muka insan insan kelaparan. Kali ni makan bersila pulak.

Lepas makan, kacau monyet ni pulak! Hahaha xD

Leggo to Tasik Singkarak!


Tadabbur alam. Betapa kecilnya kita di muka bumi ini. Allah Allah.

Lihat! Betapa jernihnya tasik ini. Subhanallah! Kalau saya zoom lagi sikit, kita boleh nampak anak - anak ikan berkeliaran di dasar tasik ini. So chumil :')

Well, sementara melepak mentadabbur alam, perut kami dialaskan pula dengan Buah Kuini yang dijual di kawasan berhampiran. Yang bestnya, makcik yang jual tu siap sediakan pinggan dan servis memotong buah tu lagi. Susah kalau nak jumpa kat Malaysia kan? Kami pun apa lagi, makan jelah koje nye. Hee. Rezeki Alhamdulillah.


Next, kembali ke Ambunsuri Hotel di Bukit Tinggi. Kali ni makan malam kami di sini. "Waroeng Dja Djan". Cathcy betoi nama dia. ^_^ Menu dia pun stail jugak.



Bakso di Padang, Indonesia. Lain sikit dari kita. Tak berapa pedas dan guna yee mee + bihun. So far okay lah. Kenyang saja! >.<

Seterusnya, jelajah kami ke Pasar Atas dan Jam Gadang pula. Hotel kami sangat hampir dengan kawasan ini. So, kami berjalan kaki saja ke sana.

Gadang = 'Besar' dalam bahasa Minang. So, inilah Jam Besar yang sibuk diperkatakan >.<

Ini pula Paza Ateh (Baca : Pasar Atas) yang menjadi mercu bagi para pelancong memborong barangan. Super duper murah dari tempat tempat lain $.$

Day 3 | Padang | UNP | Siti Nurbaya Bridge | Plaza Andalas | Muaro Beach

Let's TEROPONG what are behind the scene! ^_^

Delegasi - delegasi terhormat UNITEN & UNP.

 Ahah! Sebelum tu, perasan tak dekat atas meja tu ada kotak merah putih. Mahu tahu apa ada di dalam?
Nah, check it out! ^_^

Memang budaya kat sana, time meeting pun boleh kunyah kunyah. Hehe. Saya sangat suka >.<


 Sesi bersama Dosen dosen UNP :)

Sesi keliling UNP bersama Mahasiswa/Siswi UNP!
Ayuh laungkan, "Jaya Mahasiswa!"
Miss that moment :)

"We are Intellectual and Religious Communities!"

Musholla UNP. Sangat dipenuhi Mahasiswa/Siswi. Allahu Akbar!

This is Ami a.k.a Rakhmi Amini. She is my Kawan Angkat at UNP. Sangat seronok berborak dan bercerita dengan Ami. Well, mungkin atas sebab darah kami pun lebih kurang sama. Darah Jawa gituh >.<

Next, lepak - ing at Siti Nurbaya Bridge, Plaza Andalas and Muaro Beach.




Jelas bebenor kepadatan penduduk di Indonesia ni kan?

Day 4 | Departure to Kuala Lumpur

 Sayonara Gubbai Padang, Indonesia ;)
Moga kita bisa ketemu lagi.

Alhamdulillah trip yang sangat menarik, penuh input dan unik! :D Banyak yang saya belajar. Tentang apakah erti syukur itu sebenarnya. Di Indonesia, agak jauh bezanya dengan Malaysia. Bak kata orang, Indonesia adalah Malaysia pada 20 tahun yang lalu. Mungkin benar. Apa yang boleh saya rumuskan ialah kawasan di sana sememangnya bersih (No cinema, no karaoke) dan orang - orangnya juga amat kuat bekerja. Semoga kalian berbahagia selalu. ^_^ Oh ya, hasil daripada Pertemuan Serumpun antara UNITEN dan UNP ini, secara tidak langsung kami telah mewakili Malaysia ke sana dan pihak sana telah menitipkan luahan kegembiraanya di dalam akhbarnya. Alhamdulillah, may Allah bless all of us. Many many thanks to the organizer and committee. Semoga saya terpilih oleh - Nya lagi untuk ke tempat - tempat lain pula selepas ini. Doa'in dehh! In Sha Allah Amin.

Ayuh bermusafirlah. Nescaya pelbagai ilmu yang akan kamu dapat :) Teringin nak buat Community Service sambil cycling keliling Malaysia ni >.<

PS. Agak exhausted sejak akhir akhir ini. Baru balik dari Uzlah yang very the Awesome! >.< Tak sabar nak share apa yang saya dapat dengan kalian. In Sha Allah semoga bermanfaat! :)
PPS. A big thanks to Kak Ida Fisa for the pix! :D

In Memoirs :')


Salam Musafir,
- farhanaselamat -