Friday, January 20

thumbs up!

Alhamdulillah. Segala Puja Puji buat Pujaan Hati. Allah the Almighty and the Most Merciful. Hew hew. It's Jumu'ah, Sahabats! ^_^

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy.
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr.
Miswaking! Miswaking!
Miswaking! Miswaking!
Pray, Pray, Pray, Pray.
Got to read Surat Al - Kahf.


Hoyeah. Bait - bait lirik ni yang paling ana suka. Nice one. Shukran to Faisal Siddiqi atas lirik yang ohsem ni. Well, of course terima kasih kepada yang 'Di Atas' itu lebih utama kerana mengilhamkan lirik tersebut kepadanya :) Okay fine, dah Yaumus Sabt dah sebenarnya kan. Hee. *Done promoting!* ^_^ (Sorry, bab intro ni memang failed sikit). Okay. *Mood serius* Abaikan ke'merepek'an itu :D

Maka, setelah disoroti desas - desus tarikh keramat itu. Akhirnya! Seakan dalam beberapa pejaman dan celikan mata rasanya. Hari dan detik 8 malam yang dinantikan telah tiba. Fuhhhhh. Serius! Menggeletaq tak sudah. Nampak je macam KOOL. Tapi hakikatnya, Tuhan saja yang tahu. Apa - apa pun, aku redha. Aku pun bukannya hebat sangat nak dibandingkan dengan classmates aku yang lain - lain. Takpa Farhana! Usaha sudah, Tawakal pun sudah. Now, it's the time for you to build up the spirit for the next next journey. Insha - Allah. "Allah tidak melihat kepada natijahnya, tetapi Allah melihat kepada usaha kita." Benar belaka. Dan dengan ini, Alhamdulillah. Shukran Lillah. Result ini amat bermakna. Sekali lagi, aku rasa terhutang nikmat kepada Pemberi Nikmat yang Maha Esa. Sudah banyak nikmat yang Dia berikan, terkadang aku berasa malu, atas noda, dan atas ketidak sempurnaan aku sebagai hamba - Nya. Ya Allah, terima kasih atas nikmat ini. Semoga nikmat ini tidak menjadikan aku seorang yang riyak apatah lagi bangga. 'A' is not a Destination but it is a Journey! ^_^ Yeah! I'll always remember this.

Alhamdulillah, keputusan yang tak dijangka dan lepas jugak targetnya! Hew hew. *Sengeh* Alhamdulillah, syukur! Memang tak sangka dapat lagi result yang best ni. Sebab sebenarnya kan, aku cuak sangat sangat sangat dengan Microeconomics. Kau cuak Micro Farhana? Orang cuak lah Business Maths ke, Computing ke. Huhu. Baik. Serius weh. Aku cuak Micro. Hmm. Tapi kenapa? Meh aku bocorkan perasaan yang dah lama bertapa sejak habis Final hari tu. Wuuu. T.T Anda tahu tak, aku dah ter - salah buat soalan structure yang ketiga tu which is Marginal Utility (Theory of Consumer Behaviour). Okay, fine ah. Aku memang rasa macam KOOL je buat soalan tu mula - mula, tapi tetiba rasa agak awkward di situ bila semua jawapan aku tu banyak gila perpuluhan. Dan tetiba sampai ke anak - anak soalan tu, langsung tak dapat jawapan. Soalan apakah ini? :O Hmmm. Dalam hati, mungkin ini trick exam kot. Haha. KOOL lagi B) Then, after habis je paper tu. Terus tanya Nadia (Kawan den). "Nadia, kau dapat tak jawapan banyak - banyak perpuluhan tadi?" Dalam hati, mintak - mintak la Nadia kata ye. Sudahnya! "Eh? Takda pun jawapan macam tu. Aku salah kot Fana." =.=' "Ehh, tak tak aku yang salah kot." Wuuu. T_T Balik je exam hari tu, aku dah terus gelabah. Terus check paper Micro tadi. Padahal esok ada paper lagi (Academic Study Skills). Peduli apo den time tuh. Sedih tak terkata. Bila aku belek punya belek check semua, baru aku perasan rupanya aku salah kira. Patutnya aku cari dulu Marginal Utility then baru divide dengan Price tapi, Aku dengan sewenang - wenangnya main kira je Total Uitility yang dia dah bagi divide by Price. Sedih jugak. Sedih sebab benda yang aku salah simple - mimple. Sedih sebab ter - hijab mata dari dapat jawab dengan betul. T_T Dan, lagi tragis bila soalan tu keseluruhan dia 20 markah. Pehhh. Mana lah tak gigil time tu. Takpe lah, redha. Nak buat macam mana. Senang - senang je 20 markah tu pergi. Nak cari 1 markah kat soalan tu pun memang payah, soalan pulak relate antara satu sama lain. Kalau atas dah salah, confirm - confirm lah bawah pun salah kan. Jadi, asbab kecuakan yang melampau, dengan rajinnya, aku check balik soalan MCQ pulak. Okay, aku salah 3 soalan. *Sobs* Punya lah semangat ambil calculator semua. Kira - kira balik plus minus dengan Carry Marks aku, Alhamdulillah dapat A. Itu pun, kalau betul aku dapat 3 je salah untuk MCQ and full mark untuk 3 soalan structure yang lain. Tolonglah. Dah semput dah rasanya. Serius berharap yang amat. Aku selama ni diam je sebab malas nak ingat kesilapan aku tu. Tapi apa - apa pun, Alhamdulillah. Allah masih sayang :') Microeconomics pun masih sayang. Weehoo! Nah!  *Hati bunga bunga* Ekekeke.

Apa - apa pun, congrats to all my dearie Sahabats, Classmates, Scholarmates, Housemates and all UNITEN - ians. Tak kisahlah, berapa - berapa pun pointer yang kamu genggam. Apa - apa pun bersyukurlah. Learn from Yesterday, Live for Today and Hope for Tomorrow. Insha - Allah. The Best will always be with you! ^_^ Good Luck for the next next journey Sahabats!

"Ya Allah, hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan. Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Kau berikanlah kekuatan seandainya aku tidak mendapat sesuatu yang diinginkan. Jadikan aku orang yang redha dan bersyukur, Ya Allah. Jauhkan aku dari sifat riak dan takbur seandainya aku mendapat kejayaan yang diinginkan."

Awak masih bersedih? V_V Jangan begitu.
Sebenarnya Allah suka menguji hamba - hamba - Nya yang beriman. Terdapat satu kisah yang suka saya kongsikan. Meh baca meh :)

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah.

"Ya Allah, apakah yang telah berlaku? Hamba - Mu yang menyekutukan - Mu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hamba - Mu yang menyebut nama - Mu, Kau tidak memberikan dia apa - apa."

Allah menjawab.

"Yang menyekutukan - Ku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepada - Nya? Tetapi Hamba - Ku yang beriman itu, Aku hendak mengganjarkan - Nya syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran iman - Nya."

Nah, jangan awak kecewa bila diuji. Even awak tak berjaya dalam exam walaupun dah study gila - gila, walaupun awak sanggup korban masa main awak untuk study dan walaupun awak tak tidur malam sampai rupa pun dah jadi mata panda. O.o Tapi, awak ingatlah, sesungguhnya, itu semua adalah sebahagian dari ujian Allah. Dan ingat! Allah hanya menguji  mereka yang dikasihi :)

Bukankah ALLAH SWT ada berfirman.

"Apakah kamu mengira Kami akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?"

Jika awak gagal exam, itu cuma exam. Awak masih belum gagal dalam kehidupan. Dan bukan juga niat untuk menyuruh awak rasa tak kisah kalau tak berjaya, tapi redha lah dengan takdir Allah. Mungkin kita tak cukup berusaha. Mungkin kita tak cukup berdoa. Dan mungkin bukan masanya lagi untuk Allah beri apa yang kita inginkan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. Insha - Allah, awak kena yakin yang Allah akan beri sesuatu yang bermakna kepada awak. Mungkin bukan hari ini, tapi esok. Mungkin bukan esok, tetapi minggu akan datang. Mungkin bukan minggu akan datang, tetapi bulan akan datang. Mungkin bukan bulan akan datang, tetapi tahun akan datang. Mungkin bukan tahun akan datang, tetapi di alam akan datang :') Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka, seandainya hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita bersyukur. Dan itulah tandanya, Allah masih lagi dekat dengan kita kerana ujian itu adalah tanda kasih sayang dan perhatian - Nya kepada kita. ^_^ Cool je. Hihik.

PS. Alright, 9 days and counting. Balik Uniten!
PPS. Happy Chinese New Year kepada yang menyambutnya! And Happy Holiday too.
PPPS. Thanks to Allah, Thanks to Beloved Lecturers, Thanks to Awesome Friends. :)


Thanks korang, thanks sangat sangat sangat. Sungguh! Siapa lah diri ini sebenarnya :')
Apa - apa pun Alhamdulillah! Thumbs up untuk semua :)

Nightmare dah jadi Sweetdream:)
Yeay! Alhamdulillah. Salam Alaik.
- farhanaselamat - 

4 comments:

syaheela said...

tahniah farna..
jgn luper blanje..
haha..

farhana | selamat said...

@syaheela..
shukran syeela. okay, aku belanja kau support duit ah. haha. deal?

D-SIM said...

amboi 4flat -..-

tahniah !

farhana | selamat said...

@d-sim..
hehe, syukran simi. ^_^