Thursday, January 05, 2012

kisahku twenty eleven.

terima kasih 2011! saya tidak akan lupakan awak :') sungguh! banyak sangat kenangan kita bersama.. detik inilah detik paling bermakna kerana ia detik pengantara ku dari dunia kecilku ke jendela dunia.. for sure, i'll miss these moment a lot..

tahun 2011 aku mulakan sebagai seorang lepasan SPM.. dan pada masa itulah segala apa yang aku rancang sedari waktu SPM dulu, aku laksanakan sebaiknya.. ya, aku masih ingat lagi.. aku sangat beria - ia dan gelojoh untuk ambil lesen kereta dan motor.. tetapi sudahnya apa yang terjadi, asbab kesibukan hidup bekerjaya yang  melampau, aku biarkan sahaja lesen L itu terbengkalai.. sayang memang sayang, tapi entahlah, mungkin aku akan cuba cari masa yang sesuai dan biar aku dah benar - benar yakin boleh bawak kenderaan kenderaan tersebut, huhu.. takpun, nanti aku upah ler sesiapa jadi driver aku, huhu.. *berangan* and the moment yang  paling best is bila aku ditakdirkan untuk mengulit pengalaman indah bekerjaya di KFC dan satu Klinik swasta area Bangsar ni.. eventhough aku bergelar pekerja KFC dalam masa hanya 10 hari, namun banyak perkara yang aku pelajari.. kat KFC, ada 3 major section, CSC, cashier and foods.. dan aku, pernah kerja di bahagian CSC dan cashier.. CSC tu apa..? CSC yakni Customer Service di mana aku kemas - kemas meja, lap meja, buang sampah yang dipenuhi ayam, basuh pinggan, mop lantai, sapu lantai dan sebagainya.. yeah! sangat seronok sebenarnya, sebab selalunya, aku akan dapat melihat pelbagai jenis orang di situ, and sometimes, suka jugak berborak dengan diorang.. and sangat tak boleh belah nya setiap hari ade je orang orang yang aku kenali makan dekat KFC Kl Sentral tuh, pehhh! *muka tahan malu* jelah waktu tu.. kejap kejap datang classmates lama, kejap kejap datang senior sekolah, kejap kejap datang pulak jiran rumah sebelah.. mahu aku nak nyorok je time tuh, lagilah mereka mereka ni tengok aku berpakaian kemeja KFC, tapi time kat sekolah bertudung labuh elok, huhu, seriyes malu ^.^ dan tak ketinggalan, ada juga kenangan yang paling sedih dan lucu sebenarnya masa aku kerja CSC, iaitu.. disebabkan aku punyalah rajin time kerja tu, aku pun pergi lah kemas, lap lap meja yang dah kosong.. *tiba - tiba*

"adik! mana air saya dekat sini tadi ha?!"
"eh?! ingatkan dah habis makan..?"
"mana ada, saya nak duduk lagi ni, saya pergi basuh tangan saja tadi.. apalah!" *geleng - gelang kepala*
"sorry uncle, saya tak sengaja, sorry.. sorry.. T.T"

hah, itulah benda yang aku takut time tuh.. mulalah aku pikir macam - macam, habislah aku, dah sakitkan hati customer, macam mana nak jawab dengan manager kalau manager nampak and kalau uncle customer tu complain pasal service yang tak bagus.. hurmmm, redha jelah aku time tu.. then, tiba - tiba, aku kena kerja cashier pulak, pada mulanya aku rasa sangat best! tapi hakikatnya, sangat menguji kecekapan dan kecepatan aku berkata - kata.. macam - macam aku belajar before tuh, kena jaga posture badan, kena senyum, okeyh tu simple.. kena lancarkan kata - kata aluan dia la, huhu.. then, yang tak tahannnya kena lancarkan menu menu kat situ.. huhu.. sebagai seorang yang amat jarang sekali makan KFC memang agak parah ah nak menghapal nya, and aku ada masalah dalam tekan - tekan machine tab tu.. eh..? ape tah touch screen tab tu ah.. *parah* and bila kita salah tekan or customer nak tukar order, kita kena merantau cari manager untuk ambil kad void.. dan aku sangatlah tak suka terjerit - jerit tanya manager kat mana manager kat mana.. seriyes, daripada mula - mula aku suka kerja CSC then bila dah kerja cashier, aku rasa stress yang amat.. ya, mungkin ah sebab aku lembik siket orangnya, erk..? banyak kot, aku asyik lambat je prepare makanan untuk customer and yang pastinya, siapa yang queue dekat line aku harus bersabar lebih.. then, apa yang menyebabkan aku jadi lagi sangat tak suka ialah bila aku short RM50 and aku kena marah dengan manager tuh, then kena bayar on the spot lima puluh hengget tuh.. memang sedih time tuh, dah lah setiap hari balik pukul dua belas, bukan tengah hari tau tapi tengah malam.. perghhh! siapa je yang tahan kerja kat situ.. huhu.. *ayat kejam* apa - apa pun, aku selalu terfikir yang aku ni menjatuhkan profit KFC je, then that's why aku stop di samping aku tak tahan time schedule dia yang terlebih padat, solat pun selalu je lambat.. sedih T.T tapi apa yang bestnya, aku pernah lah jugak dapat pegang PDA - ambik order.. and sebab kan PDA tu lah, aku boleh apply dalam Computing yang aku belajar sekarang.. heh.. then, apa lagi yang best..? mestilah sebab dapat makan KFC hari - hari.. semua menu aku pernah try, cakap lah ape je.. ayam? twister? egg tart? nasi ayam? coleslow? wedges? huhu.. ok then, stop KFC, proceed tu nurse!

woot woot! ana pernah jadi nurse.. well, kerja KFC 10 hari je then sambung pulak jadi nurse.. ah - haa, kerja nurse ni tak dirancang kot.. ingat dah malas dah nak kerja lepas kerja KFC tu but then, tiba - tiba bonda suruh try cari kerja kosong.. rupanya ada satu klinik ni sangat memerlukan staff.. so apa lagi.. mintak, then terus dapat and boleh bekerja esoknya.. fuhhh! seriyes ke ni weh aku jadi nurse..? harharhar.. itulah persoalan yang pertama mencanak di fikiran aku bila aku kena kerja nurse.. sebab bagi aku kerjaya sebaga nurse ni memerlukan seseorang yang educated and ada experience pasal ubat - ubatan, tapi.. aku yang ZERO ni jugak nak diambil bekerja, itulah namanya rezeki and aku anggap semua tu sebagai preparation untuk aku yang bakal bergelar psychiatrist suatu hari nanti.. rasanya, aku pernah jugak cerita pasal nurse kat sini, so jemput- jemputlah :') hee.. baik, aku baru perasan, aku tak pernah cerita banyak tentang kerja dulu - dulu kan, huhu.. nah, amekaw macam karangan pulak dah tang KFC tuh..

sorry to say, ini sekadar pengalaman, and tiada niat buruk untuk menjatuhkan sesiapa sahaja..
inilah sebenarnya kenangan indah tahun 2011 yang pastinya aku takkan dapat untuk tahun - tahun yang berikutnya.. RINDUNYA! *senyum*

fuhhh, memang dah terlalu panjang rasanya kalau nak cerita satu demi satu.. mari, ini sedikit perkongsian tentang apa yang aku pernah lalui.. semoga ia sentiasa tersemat di hati sanubari dan diari online ini :')

dapat result SPM yang amat tak ku sangka - sangka..

dapat pergi merasa interview banyak tempat..

dapat ramai member baru kenal time interview tu..

dapat banyak tawaran and terpaksa pilih the first one which is YTN disayangi <3

dapat YTN so that makes me a UNITEN student now and in future..

dapat hidup di Bumi Muadzam, bumi harmoni yang tak pernah dijejaki..

dapat tahu akan dapat adik baru tahun 2012 nanti, huhu..

dapat the best result for trimester one hari tu and hopefully for this 2nd sem too..

and banyak lagi sebenarnya..

:')


 


yeah! betul orang kata..

"as long as you enjoy whatever you do, love everything you do, insya Allah, you'll just be fine and happy!"

and i'm really happy of what i've now..
cause for me everything happen for a reason..
each time you laugh, someone in the world is crying..
and each time you wake up, some body else is dying..
each time you hug someone, another's up and fighting..
and every moment you say the truth, somebody else is lying..
each time you make love, another's being raped..
and every time you make a plan, for some its really late..
so, just be grateful!
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah :')

PS. even dah masuk 2012, aplah salahnya kan refresh balik 2011 :')

fakta 2012 :
adik saya tiga tiga exam besar,
SPM ada, PMR ada, UPSR pun ada :D
- farhanaselamat -

4 comments:

Azree Suhazree said...

KFC 10 hari? aq Pizza Hut 5 hari je..

miss oldy said...

wah tahniah bakal dapat adik baru ! im going to miss our moments too :')

~ farhana selamat ~ said...

@suhazree..
aah, 10 hari je..
heh, ingat kan aku sorang je kerja paling kejap, rupanya ada lagi kejap.. ^.^

~ farhana selamat ~ said...

@miss oldy..
hehe, thanks, rezeki family kami, doakan selamat :')
yup! i'll miss each moment with all of you too :'D