Thursday, January 19

pabila loser berbicara.

Terkadang, kau perlu buka mata, hati jua minda.
Nilai sejauh mana kau duiji fatamorgana kehidupan.
Hisab bagaimana kau tepis segala cacar marba fitnah duniawi.
Namun jangan kau lupa, berpijak di bumi nyata itu yang pasti.
Kau bukan wali, yang sempurna dan thiqah semua segi.
Masih jauh kau perlu kira untuk cecah kesempurnaan itu.

"Life is all about winning, no one would like to be a loser and the word 'LOSER' is as threatening as a time bomb."

Bismillahi awwalu wal akhiru. Alhamdulillah another chance to live. Alhamdulillah another chance to enjoy my life with those beautiful people. Sesungguhnya saya amat LOSER andai disia - siakan segala rasa ini. Terima kasih wahai Pemilik rasa bahagia.

Hari ini aku mengaku, aku loser. Aku loser dengan sikapku. Yang dulunya tak pernah kenal erti 'Bulatan Gembira'. Peduli apatah lagi. Merasakan ia sesuatu event wajib setiap minggu di sekolah sudah memadai. Pernah juga dibenak hati dikotori persoalan, perlu ke semua ini? Sedangkan semua yang ada itu, hanya boleh dibaca dalam buku teks PAI. Tak perlu susah - susah nak berkumpul. Tak perlu susah - susah nak buat announcement. Sebab saya cuma menantikan announcement 'Usrah Batal' je. Weehoo. Gembira teramat. Hurmm. Tak perlu juga buang tenaga, tak perlu buang masa. 30 minit je pun nak jumpa. Baik tak payah. Ceramah kat sekolah pun dah cukup. Sangat sangat sangat cukup.  Saya tak faham apa akak naqibah tu cakap. Dia cakap sangat slow dan ia membuatkan saya bosan. Kadang - kadang, akak tu tak prepare apa yang dia nak sampaikan. Macam tak ikhlas je. Hurmm. Kadang - kadang saya rasa akak naqibah tu syok sendiri. Kitorang diam je, akak tu je yang asyik bercakap. Tak best lah macam tu. Tapi, saya ni takda lah teruk sangat sampai siap nyorok dalam locker semata - mata tak nak datang usrah. Kesian jugak dekat akak tu kan. Ermm. Cumanya, asal saya datang usrah je, mesti saya lost. Saya rasa saya tak dapat apa - apa. Mana bukti yang orang kata usrah tu best? Best ke? O.o Saya tak faham. =.='

Sehinggalah suatu hari saya ditakdirkan untuk menjadi naqibah. Orang besar pulak tu. Takutnya saya. >.< Baik. Sekarang saya faham perasaan akak naqibah saya tu dulu. Walaupun hati saya bukan 100% pada usrah tapi saya tetap sayang akak naqibah saya :') Akak naqibah saya baik sebab dia selalu tanya khabar saya walaupun saya rasa macam dia sibuk pasal diri saya. Akak naqibah saya baik sebab dia selalu nasihat saya supaya rajin - rajin study. Akak naqibah saya baik sebab dia selalu tenangkan saya bila saya ada masalah. Akak naqibah saya baik sebab dia selalu bawak makanan masa usrah untuk kitorang habiskan ^_^ Akak naqibah saya baik sebab masa last day perjumpaan kami, dia belikan kami kek coklat dan tengok movie sama - sama. Dan Alhamdulillah, setiap perkara baik yang akak naqibah saya buat, saya balas balik dengan buat pada adik - adik usrah saya. Alhamdulillah, adik - adik usrah saya takda yang perangai macam saya dulu. Alhamdulillah :) Kalau ada, mungkin itu muhasabah buat saya :) *Redha*

Dan di sekolah, saya belajar tentang ayat ini. Alhamdulillah, Allah beri jalan.

Dari hari ke hari. Saya rasa seronok berbulatan gembira. Bermula dari Sekolah Harian Biasa, Sekolah Berasrama Penuh sehingga ke peringkat Universiti. Alhamdulillah. Walaupun dulu terpaksa, tapi sekarang saya dah biasa. Saya rindu untuk berbulatan gembira dan berkonferens riang. Cewah! ^_^ Tak kisahlah Usrah ke Halaqah ke Bulatan ke Bujuran ke Petak ke namanya. Apa apa pun, banyak benefit yang saya dapat. Alhamdulillah, kerana hidayah yang Allah berikan ini, saya menjadi manusia. Shukran Lillah. Tak terhitung nikmat ukhuwah yang Kau berikan ini. Orang kata, "Alah bisa tegal biasa". Alhamdulillah, walaupun saya bukan dari background yang Islamic tapi saya masih mampu menghirup suasana Islamic tu bila dijodohkan untuk bertemu mereka. Sungguh, syurga dunia bagi para daie adalah UKHWAH. Bonus dari Allah, yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dikalangan hamba - Nya yang redha dalam pencarian cinta ke arah - Nya. Sahabat, terima kasih atas teguran dan peringatan mu di kala ku terlalai. Ku tahu kau hanya inginkan keselamatan buat diri ini, agar ku tidak tersasar dari jalan yang lurus. Well, USRAH itu ibarat seorang yang mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya, namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas. Begitu juga usrah. mereka nampak kita berhimpun, berbincang, tetapi mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula Islam dalam hati kita. Sayang awak kerana Dia. Cinta awak kerana Dia. Muah muah. *Gediks*


Ku baca firman persaudaraan.
Ketika ku baca firman - Nya.
Sungguh tiap mukmin bersaudara.
Aku tahu.
Ukhuwah tidak perlu dipanjangkan.
Tidak perlu.
Kerana ia hanyalah akibat daripada keimanan.


Aku ingat pertemuan pertama kita ukhti sayang.
Dalam dua detik, dua detik saja.
Aku telah merasakan perkenalan.
Berikan kesepakatan.
Itulah roh - roh kita yang saling sapa.
Berpeluk mesra dengan iman yang menyala.
Mereka telah muafakat.
Meski belum saling sebut nama.
Dan tangan belum berjabat.


Ya, ku baca lagi firman - Nya.
Sungguh tiap mukmin bersaudara.
Aku makin tahu.
Persaudaraan tak perlu diperjuangkan.
Kerana saat ikatan melemah.
Saat keakraban kita merapuh.
Saat salam terasa menyakitkan.
Saat ku bersama terasa seksaan.
Saat pemberian bagai bara api.
Dan saat kebaikan justeru melukai.
Aku tahu yang sombong itu bukanlah ukhuwah kita.
Hanya iman - iman kita yang sedang sakit.
Atau menjerit.
Mungkin kedua - duanya.
Mungkin kau saja.
Tentu terlebih sering.
Imanku lah yang compang - camping.



Ku baca firman persaudaraan itu ukhti sayang.
Dan aku makin tahu.
Mengapa di kala lain dirasakan.
Para kekasih pada hari itu.
Sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain.
Kecuali orang - orang yang bertakwa.

(Manifestasi Ukhwah buat Akhawat)


"Oh Allah, take us in the best way, guide us every single day, and please keep us close to You, until the end of time. Amin."


Kisah ini adalah kisah fiction sebab sudah ada tokok tambah di bahagian - bahagian yang tak sepatutnya tu ya :D Saja menambah cerita padahal akak - akak usrah saya semua baik - baik belaka. Sumpah! ^_^ Apa - apa pun, semoga semua dapat gain something daripada kisah ini. Insha - Allah. Di kesempatan ini juga, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan syukran kepada akak - akak yang pernah jadi naqibah saya suatu ketika dulu (Kak Wawa, Kak Syaza, Kak Farah, Kak Sue, Kak Mar) and tak lupa jugak buat adik - adik comel saya (Aisyah, Nabilah, Qirin, Lina, Arissa, Syasya, Muthiah, MM, Noreen, Huzai, Aishah). Okay, rasanya takda yang tertinggal. Huhu. Terima kasih kalian. Insha - Allah. Ukhuwah Fillah Abadan Abada :)

This photo was tagged by Aisyah Hanapi (My dearest anak buah) Hehe. Shukran dik, simpan lagi baju ni :') *Terharu*

Kan udah ku bilang, aku memang loser sebab dulu aku tak betul betul nikmati Bulatan Gembira :'( Pity me. Tapi yang sebenarnya, aku nak habaq kat hang yang hari tu aku jatuh :'( So saddd. Aku rasa hancur tulang - belulang aku yang rapuh ni. Hoho. Baik, aku memang lembik. Kekurangan calcium mungkin. Dan mungkin itu petanda aku memang si LOSER. Haha. Sekian.

PS. Gambar - gambar di atas adalah hasil lukisan tangan Cik Farhana Selamat. Harap maklum. ^_^*
PPS. Jumaat ni dapat result Trimester 2? Jumaat ni? Esoklah! Whoaaa! Apakah? :O Nampak tak ke'eksaited'an aku nak dapat result. Muehehe. Doakan ana ya. Ya Allah, semoga yang terbaik juga buat kali ini. Amin.
PPPS. Btw, aku sangat sangat sangat jealous dengan sahabats yang dapat berbulatan gumbira di oversea. Nampak sangat yang mereka tu STRONG! Lagi - lagi yang pi sambung mengaji dekat US, UK, France, Jepun, Korea. Yang dekat Jordan, Mesir, Mu'tah, Tanta apatah lagi! Seriously, terserlah ke'BEST'annya! Kawan - kawan, saya jealous! :/






Best kan Bulatan Gembira :)
- Cahaya 'Kegembiraan' Yang Sejahtera -

2 comments:

Azree Suhazree said...

oo.. farhana, rupanya kamu tak suka pergi usrah ye dulu?

farhana | selamat said...

@suhazree..
eh, apa pulak. hehe. fiksyen semata - mata, takda kena mengena yang hidup atau yang mati.
btw, sila jangan bagitahu ustaz. haha. acah je. zaman kanak - kanak je tak suka pergi usrah. masuk sbpi terus suka. hehe.