Sunday, January 22

bimbang hati tersinggung.


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat - sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan, "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Seandainya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil - kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan biarpun juga dari orang bukan Islam. Lantas, wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain - mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Namun, malangnya dia tidak berjaya. Rancangannya sama sekali di - TEWAS - kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Masha - Allah.

Subhanallah! Ohsemnya Rasulullah dalam menjaga hati - hati insan sekelilingnya. Truly, Rasulullah SAW is the best of mankind. Kadang - kadang, kita sendiri, sedikit pun tak terfikir nak buat macam tu bila berhadapan dengan sesuatu sebegini, kan? Bahkan, lagi memaki cela orang tu ada lah. Na'uzubillah. Hebatnya kekasih Allah. Perancangan si zalim juga terus meleset pabila Rasulullah berbuat demikian. Perghhh. Awesome sangat  Allahumma Solli 'Ala Muhammad :') Terharu sangat dengan Baginda. Jadi, jom Sahabats! Contohi Qudwah Hasanah kita. Apalah kiranya jika kita hargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Apalah kiranya jika kita ucap terima kasih dan terima dengan hati yang ikhlas serta terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah. Kan kan kan? Insha - Allah. Sama - samalah kita ingat - mengingatkan :)

Memandangkan esok Tahun Baru Cina, tiba - tiba pula tadi saya terfikir hendak berkongsi cerita tentang Rasulullah dan buah limau :) Apa - apa pun di kesempatan ini, saya ingin ucapkan, "Xin Nian Kuai Lei" to all my Friends, Amelia, Jia Yi, Boo, Yap, Yong, Sher Lee, Chia Huey and tak lupa, buat Azlin, Iqbal, Fitri, Kak Ehsan, Abg Syimir (Untunglah berdarah Cina! Hee :P) and others, who celebrate it. Jangan lupa! Hang Pou? Limau? Hoho.


Sincerely for ME :)

Okeyh, bila tanya Mr. Google pulak pasal image buah limau. Boleh pulak Mr. Google tunjuk gambo ni. Apo - apo yolah. LOL.

LOL. 9gag! :D

ROFL! Hahaha :D Masuk akal jugak kan?

Okay, abaikan je. Saja merepek di siang hari. Bosanggg!
Btw, hari ni hari ulang tahun adik ana. Selamat Hari Lahir buat adinda Muhammad Azwan Hakkim :) Semoga Allah memberkati hidup Akim. Semoga sukses PMR 2012. Belajo rajin - rajin. Insha - Allah, straight A. Jangan gian sangat main bola tu. Huhu. Apa - apa pun, thanks sebab jadi adik yang baik :) Walaupun kakak selalu buat Akim emo. Huhu. Yeap, memang adik saya seorang yang sangat sensitif dan baran. Wuhuuu. Walaupun aku tahu adik aku jenis yang macam tu, aku tetap suka menyentap dia. Bapak kejam nya lah kakak dia ni kan. Well, apa - apa pun, sebab tulah aku sayang adik aku. Hee. Jaga elok - elok jersi yang kakak bagi tu ye!

Hee. Selalunya tulisan kek tu, Selamat hari Lahir. Tapi, ayah kata, better Selamat Panjang Umur. Style sikit. Huhu. Baik ayah! ^_^

The awkward moment when the parking lot have a few cars. Selalunya penuh sampai bertindan - tindan. Hoho. Macam Hari Raya Aidilfitri pulok kan. Kosong je. Okay fine, baru ingat, hari ni KL dah start Cuti Raya Cina. Hew hew. Happy holiday U'ollz! ^_^


Esok poie Cameron Highland! Wee :)
- farhanaselamat -

4 comments:

ciksengeh :D said...

hui ! lamenye tak denga kaba ..

farhana | selamat said...

@ciksengeh..
huhui ama, tulah hang. busy memanjang. bila nak ajak aku keluaq ni? kihkih.

D-SIM said...

" Seandainya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya. "


jauh sekali akhlak dia dgn kita..hurm

farhana | selamat said...

@d-sim..
sungguh, Rasulullah adalah insan teristimewa. akhlaknya tiada tandingannya.