Wednesday, January 25

cameron highlands.

Bismillah. Hello and Assalamualaikum :) Wassup Iman di kala ini? Harap sentiasa subur dalam Redha - Nya lah ya. Insha - Allah, May Allah Bless :)


Hari tu. Eh, silap. Hari kelmarin sebenarnya! ^_^ Haha. Aku seisi keluarga ke Cameron Highlands bagi mengisi kekosongan sementara masing - masing tengah cuti CNY. Alhamdulillah. Tak sangka jugak. Planning on the spot itu akhirnya menjadi. Yeay! Memang. Serius memang excited. Mana tak nya, last pergi sana pun time sekolah rendah, if I'm not mistaken. Hurmm. Memang tak ingat dan tak hayati langsung lah nikmat ke sana. Alhamdulillah, umur pun dah 19. Bagi aku, keperluan untuk meneroka seluruh pelosok itu sangat perlu. Bukan setakat pengalaman, malah banyak ilmu yang boleh didapati. See. Ingat lagi? Allah menyuruh manusia mengkaji tentang alam yang diciptakan - Nya. Semuanya kerana, pada setiap satu ciptaan - Nya itu terdapat tanda kebesaran, rahsia dan kekuasaan Allah yang perlu direnungi sebagai pedoman dan iktibar. Hanya mereka yang berakal memahami hakikat ini.

Firman Allah bermaksud.

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (tentang dalil dan bukti tersebut)?"
(Surah Az - Zariyat : 21)

"(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan."
(Surah At - Tariq : 5)

Well, that's the main purpose right? Alangkah ruginya insan yang tak menghargai nikmat yang ku kira cukup bermakna sementara kudrat dan tenaga masih berupaya. Subhanallah! Jom kita melancong! ^_^

* * *

Yeah! Di pagi yang hening, tepat pukul 5 kami semua dah bangun. Bersiap semua dan alih - alih pukul 6 after solat subuh jugak baru kami gerak ke sana. Well well, asbab kengantukan yang tak sudah. Maka, kami empat beradik, terus mengulit mimpi indah sepanjang perjalanan. Bila dah sampai sempadan Perak, barulah masing - masing terjaga. Fuhhh! Dah pagi! :O Dengan mata yang agak - agak blur, tetiba. Wah! Cantik nian scenery kat highway ni rupanya. Diselaputi kabus, kanan kiri hutan hutanan. Persis Muadzam :') Aww. Haha. Dan aku ingat lagi, jalan ni adalah jalan yang sama seperti aku ke UTP dulu. Ada air terjun. Nice! ^_^

Before we proceed, let me flash back the history of Cameron Highlands. Seperti biasa, tentang namanya yang unik dan ala - ala Barat gituh kan? Hee. Tanah Tinggi 'Cameron' mendapat nama daripada seorang surveyor atau pun juru ukur berbangsa British yang bernama William 'Cameron'. Beliau lah pegawai Inggeris yang menjalankan kerja - kerja ukur dan membuat peta di kawasan tersebut pada tahun 1885. Beliau dapati ada sebahagian besar tanah disitu yang tidak begitu curam, sedikit rata, dan mempunyai cerun - cerun gunung yang sesuai didirikan rumah - rumah dan stesen. Suhunya pula adalah sejuk dan menyamai suhu di UK bila musim panas which is approximately 17'c pada masa itu. Dalam laporan yang direkodkannya beliau menyatakan suhu di situ mengingatkannya kepada kampung halamannya di England :')

Beliau telah merekodkan penemuannya ini ke dalam buku laporannya dan ia kemudiannya dibaca oleh seorang Residen Inggeris di Pahang yang bernama Sir Hugh Low yang berasa tertarik dengan suasana yang dilaporkan oleh William Cameron.

Beliau kemudian menyatakan ideanya untuk mendirikan rumah - rumah percutian untuk berehat, ladang - ladang dan stesen atau pun markas tentera di situ. Beliau menamakan tempat tersebut Cameron dan ditambah dengan perkataan Highlands bagi menunjukkan ianya terletak di tanah tinggi. Ideanya itu tidak menjadi kenyataan pada masa itu sehingalah 20 tahun kemudian apabila Sir George Maxwell seorang pegawai Inggeris melawat kawasan tersebut dan membuat pelan perancangan untuk membangunkannya. Beliau mencadangkan tempat - tempat yang sekarang dikenali sebagai Tanah Rata dan Brinchang dijadikan tempat pentadbiran dan rumah - rumah rehat pegawai - pegawai Inggeris.

Insha - Allah, itulah sedikit sebanyak info tentang Cameron :') Btw, tadi aku ada sebut pasal Perak kan? Yup, exactly. Memang Cameron Highlands ni di Pahang tapi, still kena lalu jugak Perak sebab Cameron sempadan Perak - Pahang. Hoho. Dan masa aku pergi tu, baru aku tahu tentang ini. Serious awkward. Aku ingatkan area Genting Highland je Cameron ni. Rupanya Masha - Allah! Lalu jugak highway segala. Macam balik Johor pulak rasanya. Huhu. But it seems. So sad! Serious! Aku sedih sebab dah lupa peta Malaysia. Itulah, tak amalkan lagi ilmu Geografi yang ada, sia - sia betoi. >.<

Alhamdulillah, about 3 hours journey, we're finally arrived there. Eksaited kemain lagi adik - adik aku. Aku cool jek B) Haha. Mungkin asbab hormon adrenaline mengalir dengan kencang ke seluruh sistem circulatory badan. Kihkih. Merepek apa ni? Hadoi. Okay abaikan. Sejurus sampai di sana, aim kami terus ke Medan Selera. Pheww. Nak ke sana tu, agak parah jugak lah kan, sebab kena harung 12 km jalan yang 'bagai ular kena patuk'. Aishhh. Dugaan. Memang rasa simpati dengan ayah yang dok drive dari tadi. Tapi nak buek cano. Huhu. Tapi, serious aku rasa macam nak ambil lesen time time tu jugak. Hoho.

Then, after sarapan, maka start lah perjalanan kami ke destinasi destinasi yang berikutnya, yakni ladang teh, ladang strawberry, kebun bunga, bandar, pasar etc. Alhamdulillah, di awal perjalanan kami, trafik berjalan lancar :')

Venue : Ladang teh.


Ladang Teh Cameron Valley. Dan ini adalah tempat pertama yang kami kunjungi. Serious masa tu matahari hot dah memacak, tapi apa yang boleh aku katakan, suhu dia still sejuk, Masha - Allah! Bak kata adik aku yang kecik tu. Dia nyorokkan air - cond kot kak. Hewhew. Aku pun ye kan aje. Haha. Plan asalnya, ingat nak pergi Ladang BOH. Suddenly, tutup pulak aih ladang tu masa hari Isnin. But still aku macam pelik, awat ada jugak orang yang lalu jalan tu. Hoho. Dalam hati sedikit jealous ya, tapi, emm. Mungkin diorang tak perasan kot notice kat signboard tu. Takpa lah, yang penting, ladang teh tetap ladang teh. Huhu.

Venue : Ladang Strawberry.


Haha. Konon style ah posing gituh? kata aku kepada adik. Kihkih. Okay, actually kami tak dapat masuk ladang nya pun. Sebab CNY, so tak ramai pekerja yang boleh handle visitor. Nak masuk boleh je, tapi tengok luar ladang tu je ah. Hmm. redha jelah. Tak merasa lah kami nak petik - petik Cik Strawberry di kebun. Nak ambil gambar strawberry pun takleh. Adehhh. Apa pun, kami pun cubalah pekena "Strawberry Chocolate". Fuyooo! *Jakun sebentar!* Haha. Alahai, senang je, cicah je strawberry tu dengan chocolate then sejukkan. Harga dia RM 2 sebatang iaitu bersamaan 4 biji strawberry. Hek eleh mahal gila, satu strawberry 50 sen. Cis. Haha. Kemut betoi. Akhirnya, kami pun beransur. Mencari ladang strawberry lain :D

Venue : Cactus Point.


Seterusnya, asbab jalan raya yang mulai jammed. Kami tak jadi ke ladang strawberry yang berjuta lemon jauhnya. *Hiperbola* Kami ke Cactus Point :) Besar lah jugak tapak Cactus Point ni. Macam - macam jenis kaktus yang ada. Ada yang besar, ada yang kecil. Ada yang sewarna, ada yang warna - warni. Takda apa sangat kot kat sini. Banyak ambil gambar je. Apa - apa pun, Subhanallah! Nice sangat! Lagi - lagi yang warna - warni tu. Awkward gila :D Selain kaktus, rupanya ada juga bunga - bungaan di sini. Macam - macam lah bunganya. Cantik - cantik lagi tu. ^_^ Bunga ros, matahari, tahi ayam, etc. Tak ketinggalan, aku dapat tengok periuk kera secara live. Huhu. *Kuno gila* 


Venue : Souvenir Shop

#1

#2

#3

Serious! Best sangat sangat sangat bila kita dapat tengok seisi alam dari atas :) Terasa kekerdilan diri ini. Subhanallah. He is the Almighty ever. Ahaa, sebenarnya gambar di atas ni ada kesinambungannya. Cuba fahami. Dan gambar ketiga ni agak sadis sebenarnya. Tak sangka rupanya ada accident. Seriously, masa kami lalu jalan tu, tiba tiba jammed agak teruk. Dan gambar ketiga tu sempat ana tangkap. Kalau kita perhatikan betul - betul, kereta tu sebenarnya terpelanting dari jalan dia sebab bertembung dengan kereta sebelah area selekoh. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Kat tepi tu, ada budak kecik, yang tak berhenti menangis. Aku rasa, dia trauma mungkin. Sedih. Kesian sangat :'(

Apa - apa pun, Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar. Lepas Souvenir Shop tu. Kami pun pergi lah ke bandar Cameron Highlands. Ada pasar, so kami pun jalan - jalan membazir. Eh, tak. Membeli. Hoho. Memang kat sini lah tempat yang paling lama. Lepak - lepak jap makan, pergi kedai madu, then terus balik KL :) Alhamdulillah, cita - cita aku nak cuci cuci mata nikmati alam terlaksana. Tak sangka jugak rupanya aku ni penchenta alam :P Kini, aku tahu hikmahnya mengapa aku diterbangkan ke Muadzam. Alhamdulillah :')

- The End -

PS. 4 days and counting. Balik Muadzam. :| Tak tau nak sedih ke gembira. Huhu. Takda perasaan.
PPS. Aku harap, aku dapat pergi setiap tempat yang best best dekat Malaysia ni before kerja. Huhu. Lepas kerja, bila dah banyak duit sikit plus ehem ehem, berjalan oversea pulak lah kan. *Berangan*

Salam Cuti - cuti Malaysia!
- farhanaselamat -

5 comments:

hani said...

bestnya jalan cameron!!! penh pegi thn lepas serius rasa nak pegi lagi lagi dan lagi walaupun waktu naik dan turun jalan bengkak bengkok tu rasa macam malaikat maut ada kat depan. haha..

farhana | selamat said...

@sis hani..
hehe, betul betul. lawak lah kak hani ni. hehe. malaikat maut pun boleh :)

D-SIM said...

pergh, adik ko dress up,haha

berjalan oversea yea..hurm.. jom kite pegi haji umrah dulu laa baru jalan-jalan oberseeeeee :)

farhana | selamat said...

@d-sim..
haha, like brother like sister ah. hee. gurau je. adik yang mana? aku ada tiga adik. hee.

huhu, baik simi. doakan aku diberi kesempatan untuk jejak ke sana ya. i.Allah.

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.