Wednesday, February 29, 2012

290212.


Awesome. 29.2.2012 :')

Bukan kerana apa. Cuma kerana dia jarang - jarang muncul. Cuma kerana dia jarang - jarang timbul. Cukup empat tahun, dia jengah kembali. Ya. Dia sungguh unik. Dia, sungguh istimewa. Dan kerana itu, dia sungguh berharga :')

* * *

Sejurus tamatnya kelas Macroeconomics pukul 2 tadi, dengan ke - eksaited - an yang melampau, aku bersama sebilangan classmates aku yang lain ke Lobi Auditorium untuk tujuan seperti yang tertera di bawah ini. Huhu. Sesampainya kami di sana, kami agak teruja kerana keadaannya yang agak sibuk dengan seluruh ummat Uniten Kshas. Apakah? Lupa pula, 'Peak Time'. Padan ah ramai bebenor orang kat sini :O Ah - haa. Alhamdulillah, rezeki kami. Even kami sampai dalam 2 lebih, kami still dapat isi borang untuk derma darah tu. Tahukah anda, tak lama selepas kami mendaftar, kaunter pendaftaran telah ditutup asbab borang dah habis. Well, itulah dinamakan rezeki 'langkah kanan'. Ye takk? Hihi.


Next, lepas isi borang semua, kami ke section check - up. Which means to say, first, kami kena timbang berat (wajib berat more than 45kg), second, darah kami perlu diperiksa untuk diketahui apakah jenisnya (A, B, AB ataupun O) and lastly, kena check paras haemoglobin (more than 12.5Hg or not). Resultnya, seperti apa yang telah aku ketahui, berat cukup - cukup 45kg, jenis darah aku memang tetap B positive. Btw, ada ke jenis darah yang berubah? Heh. And haemoglobin aku 14.6Hg. Pehh, mantop tak? Ngee :D Okay, actually bukan takat tu je. Next, kami kena queue lagi untuk check - up dengan doctor and measure blood pressure. Setelah diukur BP, ternyata aku tak cukup kelayakan nak menderma. Adododoi. Tak lepas 90/110 something like that ah. Doctor kata, tekanan darah aku rendah plus, berat yang cukup - cukup saje. Setelah di - advise oleh doctor, beliau biasanya tak bagi orang - orang macam ni untuk menderma. T_T Sedih wa cakap lu. Tak dapat berbakti kepada masyarakat. Wuuuu.

Muka - muka excited nak derma darah! >.<

Sebenarnya, bukan aku sorang yang camni. Ada lagi yang tak berpeluang sama. Ada yang sebab baru lepas demam, ada yang sebab baru lepas operate, ada yang sebab baru lepas makan ubat, ada yang sebab tekanan darah rendah, macam aku dll. Bukan nasib kami kali ni diberi peluang untuk menderma darah ber - gallon gallon. Insha - Allah, next time. Oyeah. Misi meningkatkan tekanan darah harus disempurnakan. Jom beli garam banyak - banyak yok! Ahahahaha :D Mampuih, kena darah tinggi pulok aih.

So, disebabkan aku tak berkelayakan, aku pun membawa diri yang duka ini bersama geng - geng yang tak berkelayakan. Huhu. Ayat pasrah je. Serius, aku memang terhingin sangat. Sejak kecik lagi kot, aku memang suka tengok darah. Okay, ini tarak tipu punya. Entah. Aku pun tak tahu, mana datang kekuatan tu. Mungkin sebab fikrah aku dulu - dulu memang set nak jadi Doctor, so takleh ah takut darah kan. Hihi. Mungkin. Aku pun tak pasti. Yet, aku still ingat lagi tentang kejadian di klinik suatu ketika semasa aku bergelar 'Missi Nurul'. LOL. Senior nurse and doctor panggil saya Nurul tau kat klinik dulu. Huhu. Baik, untuk pengetahuan, disebabkan darah, aku pernah kena marah oleh Doctor. Actually, benda simple je. Tapi biasalah, doctor, lagi - lagi doctor perempuan. Mereka amatlah mementingkan keselamatan. Oh ya, apa yang aku lakukan? Tahukah anda bahawasanya saya telah membahayakan diri saya dengan mengasingkan jarum dari syringe dengan hanya menggunakan tangan sahaja tanpa sebarang lapik. Benda simple, takda lah bahaya sangat. Tapi, bagi doktor, apa yang dibebelkannya benar belaka. Beliau berkata, "Kamu tahu tak, kalau jarum tu tertusuk ke dalam jari kamu, itu sangat bahaya. Sebab apa? Kemungkinan pesakit ini menghidapi HIV, so kamu berkemungkinan akan mendpat HIV juga tanpa disedari." Begitulah ceritanya. Adoyai. Care betul doctor den ni kan? Hihi. Thanx Doc! Asal nampak darah je, saya sentiasa ingat pesanan Doc :') Hohoi, saya rindu!

Btw, dalam banyak - banyak antara kami, 4 orang je kot yang lepas derma darah. Haih. Nampak sangat masing - masing antibodi lemah belaka. Congrats to Boo, Hazreena, Riri and Nadia.

Menurut sumber, Hazreena mencatat masa paling cepat memenuhkan darah dalam beg yang diberi dengan catatan masa selama 7  minit 38 saat. Pheww. Laju gila darah dia mengalir.

Next, Boo. Haha. Ini tangan sasa beliau. Dengan catatan masa 12 minit lebih.

Next, Riri dengan kelajuan sebanyak 15 minit plus plus. Opss, gambar Riri tak ada pulok dalam camera teman. Sorry.

Nadia bersama beg darah yang masih tak berisi lagi. Hoyeah. Masa dorang tengah ambil darah, aku tak tunggu sebab ada Liqa'. Then, bila balik, budak budak ni kecoh. Rupanya, Nadia punya darah beku. Aiyoyoyo. Pelik je bunyi. Hee. Last - last, Missi tu kata, Nadia derma suku beg je. LOL. Comel je. ^_^

Disebabkan aku tekanan darah rendah. Aku cubalah try test tanya Mr. Google camane nak kasi up sikit tekanan darah, then dia habaq. Aku kena makan sarapan. Jangan tidur lambat. Kena makan daging kambing. Minum air putih atau air jarang dalam bahasa jawanya dalam kuantiti 7 - 8 gelas. Amalkan makan vitamin C. Okay, FYI, semuanya den tak buat. secara istiqamah. Hoho. Sarapan? Harapan ah. Selalunya makan brunch terus qadak dengan lunch. Minum air pun tak sampai satu botol. Tidur pun dah selalu lambat. Vitamin C? Satu supplement hape pun aku tak amalkan, lain lah masa kerja klinik dulu, setiap hari makan. So saddd :( Ehem. Okay, cool je! B) Farhana bolehhh! Insha - Allah.

Oyeah! >.<

Percayalah, sebenarnya menderma darah ini adalah sesuatu yang menyeronokkan dan bukan menyeksakan. trust me. Even though hajat saya tak kesampaian. Tapi dari riak wajah kawan - kawan saya, mereka telah buktikannya. Hihi. Awesome lah korang! >.<

Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat. Walaupun darah yang kita derma itu hanya satu beg, tetapi nilainya mampu menyelamatkan satu nyawa. Renung - renungkan dan selamat beramal :') Sesungguhnya, besar ganjarannya di sisi Allah jika kamu menolong saudaramu yang amat memerlukan. May Allah bless always!


PS. Tadi telefon mama, uri masih tak berpusing dan mama kena kerap pergi hospital buat check - up. Saya mula risau. Apa pun saya serah semuanya kepada Yang Maha Berkuasa. Mohon doa dari semua!
PPS. Weekend ni pergi Cherating. Weewit. Piknik bersama akhawat. >.< Yeay.
PPPS. Apa - apa pun saya terpaksa batalkan niat saya nak ke Expo Buku Islam kat PICC tu :'(
PPPPS. Dengar berita dukacita dari pihak Ustazah Hasiah, semoga Allah sembuhkan Ustazahku yang disayangi.
PPPPPS. Just nak update, esok dah masuk bulan Mac and ada 2 event yang syiokk dari PPI. Sila take note wahai UNITEN - ians :) 1st March - Ceramah Dia Kekasih Allah at Balai Islam. 2nd March - Audition Nasyid at USK. Sekian, harap maklum.

"Act dumb. You'll learn more."
Penangan Quiz IQ classmates, tetiba rasa SERABUT. Hoho.
- farhanaselamat -

Sunday, February 26, 2012

cheers and happiness.

Ukhuwah itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih antara duanya. Jadi, dengan bersentuhan, keduanya akan saling membersihkan. Subhanallah. Hebat caturan Allah :')


25 - 26 Februari 2012 | 3 - 4 Rabi'ul Akhir 1433 H | Tamrin Nuqaba' 2011/2012
Pusat Islam Ibnu Khaldun. Universiti Tenaga Nasional. Kampus Muadzam Shah.

* * *

Rasulullah bertanya,

"Mahukah kalian jika aku menunjukkan amalan yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?"

Sahabat menjawab,

"Tentu sahaja."

Rasulullah menjelaskan,

 "Engkau mendamaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara - saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, semua itu adalah amalah soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan diperbanyakkan rezekinya, hendaklah dia menyambung tali persaudaraan."
(HR Bukhari - Muslim)

* * *

Allah, Allah, Bismillah.

Bintang yang tersusun, bulan yang purnama, bayu yang bertiup, awan yang berarak dan kehijauan. Semua aku tinggalkan untuk pulang! *Sobs* :'(

Aku tak sangka, fasa ketiga kehidupan yang aku lalui di sini akan meninggalkan kenangan manis sebegini. Rupanya betullah, kita hanya merancang, Allah saja yang menentukan segalanya. Sungguh, pada awalnya terasa bagai Allah sambarkan petir kepada kami dan sangka kami, petir itu akan bertambah haru dengan ribut serta kilat yang sabung menyabung. Rupanya tidak. Betapa romantiknya Allah, Dia berikan kami pelangi yang paaaling chumil. Allah, sweetnya! :') Ya. Aku masih ingat lagi janji - Nya. “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan rezeki kepadamu.” Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.


Hari berlalu dengan pantasnya. Sehari bagaikan sesaat aku merindui waktu itu :') Abaikan. Saya memang jiwang. ^_^ Oh ya, lupa pula untuk saya kongsikan. Ya, program dua hari satu malam ini dinamakan Program Tamrin Nuqaba' 2011/2012 atau nama lainnya Training of Trainer Nuqaba' (TOT). Program ini boleh dikatakan program wajib setiap Semester. Motifnya? Yang utama, untuk meningkatkan skil - skil para Nuqaba' untuk cater adik - adik usrah masing - masing. Insha - Allah.

Alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat digali. Daripada Zero kepada Hero. Daripada A kepada Z. Daripada Alif kepada Yaa. Semuanya kerana, rencana Dia yang menemukan kami dengan kamu. Trust me, Ikhwah dan Akhawat UIA Kuantan is sumpah Osem! They touch our heart. They enhance our spirit. They teach us about Deen. They let us to be close with Allah the Almighty. And of course, they make us happy from the day they came here, the day they left UNITEN and Insha - Allah this happiness will maintain abadan abada till we meet in Jannah. Subhanallah. Hebat Tuhan pemberi rasa nikmat Ukhuwah ini. Allah.

Menjadi suatu kelaziman sesebuah program untuk dimulakan dengan sesi Ice Breaking. Oyeah. Kami tak ber - Ice Breaking, tapi kami ber - Ice Melting. Hewhew. Okay, pantun kejap, "Taaruf Al - Ankabut diberi nama, menjadi wadah kasih kita." Amboii. Hihi. Al - Ankabut? Apakah? Al - Ankabut is Spider. Ah - haa, which means to say, kami akan bertaaruf dan at the same time satu spider web yang besar akan terhasil antara kami. Bagaimanakah? =.='


Ini lah dia Al - Ankabut kami pada permulaannya. Okay, bukan jadi spider web, tapi jadi bintang. Alahai. Serius comel. Nak buat camane kan, kebetulan pulak masa baling - baling tali rafia tu jadi bentuk STAR! ^_^*




Pabila nikmat melihat itu ditarik balik dalam sekelip mata, apakah perasaan kamu?

Masha - Allah. Begitu hebat ujian yang Allah berikan kepada hamba - Nya. Merasakan diri sebagai seorang yang buta walaupun beberapa minit pun sudah tidak sanggup, inikan pula untuk selamanya. Allahu Akbar. Saya sangat salute kepada insan - insan ini. Sungguh, ujian kesabaran bukan calang - calang orang yang dapat melakukannya. Sungguh berat. Saat mata dalam kegelapan, aku hanya dapat mendengar insan sekeliling. Gelak tawa, jeritan, tangisan, deruman. Namun, keadaan mata yang membataskan membuatkan aku sedih. Ternyata, di dalam fikiran ini, apakah yang berlaku sebenarnya. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.

Baik, back to the main activity. Actually, LDK or game ini motif utamanya ialah untuk membawa barang amanah iaitu bola pingpong menggunakan kertas mahjung ke checkpoint yang disediakan. Apa - apa pun, tetap ada syarat - syaratnya selain menutup mata menggunakan kain hitam. Antaranya, ketua kumpulan akan memberikan arahan, tetapi arahan itu dalam bahasa yang terbalik. Misalnya, arahan untuk bergerak ke kanan, tetapi apa yang ketua akan arahkan, "Bergerak ke kiri." Begitulah sebaliknya. Dan kami yang menutup mata ini juga tidak dibenarkan bersuara. Setelah sampai di checkpoint, arahan akan diseragamkan seperti biasa. Motifnya, anak buah kena peka dengan apa yang disampaikan oleh ketua. Dan semestinya, untuk mengetahui nilai syukur atas nikmat mata dan telinga yang Allah berikan. Dan secara tak langsung sebenarnya, game ini menunujukkan betapa mulianya Allah kepada hamba - Nya. Pabila jalan yang kita lalui salah, Allah akan lagi susahkan dan pabila jalan yang kita lalui betul, Allah akan lagi mudahkan. Sebab tu bila awal - awal masa arahan terbalik tu kami rasa perjalanannya amat panjang, padahal depan Balai Islam je. Alahai. Hebat betul. Begitulah ceritanya. Simple but really Meaningful! ^_^

Banyak lagi yang nak diceritakan tentang slot - slot yang serious terkesan dalam hati jiwa dan raga ini, Fuhh! Best sangat sangat sangat! Semakin didalami ilmu sebegini, terasa semakin jahil diri ini sebenarnya. Shukran Lillah atas peluang ini. Thanks Brothers and Sisters :') Tiada apa yang kami mampu berikan, cukuplah doa menjadi penguat ikatan. Insha - Allah, till we meet again.


Sesi Usrah dan teguran membina. Setiap orang akan diberikan masa 5 minit peluang untuk bercakap seperti di dalam usrah Mengikut tajuk - tajuk yang diberikan. Misalnya, aqidah, ibadah, sirah dll. Dan seterusnya, Fasi akan tegur mana yang perlu and share some experience to improve the skills of communication. Nice :)


Ya, ternyata aku rindukan saat hembusan angin yang sepoi - sepoi ini. "Dadu dilempar, ilmu ditabur." Itu temanya. Serious best! Banyak imu yang dapat. Okay, rasanya semua orang tahu main game ni. Alaaa, yang main dadu tu. Hihi. Kalau dapat jawab soalan dengan betul, boleh lah mara beberapa tapak mengikut nilai dadu yang dilempar, kalau salah, undur saje. Soalan banyak berbangkit tentang sejarah / sirah. Memang harapan ah, nak menang. Mana taknya, para akauntan, ahli bisnes dan pakar kewangan hanya sering bermain dengan nombor. Teiba lak, tanya bab - bab ni. Memang failed ah. Seriyes rasa sia - sia je ilmu sejarah yang belajar dulu - dulu. *Sobs*


Slot Forum dari Ikhwah dan Akhawat UIA yang awesome. Tajuknya, "Nabi Teladan Daie Murabbi". Very fresh, sempoi and superb hujah dan pandangan dari mereka. ^_^


Sebilangan Ikhwah dan Akhawat UNITEN Kshas :)


Dari Kiri : Ustaz Rosli (Murobbi), Bro Syazwan (KN UIA), Bro Syamil (KN UNITEN) 


 UTK till Jannah :')
"There are times when strangers are like family. What are your dream? Eternal Happiness."
(Hlovate)

Dan hari ini, aku belajar. Untuk menghadam segala rasa sedih, kecewa dan geram atas kelakuan manusia. Untuk istiqamah dalam segala perkara. Untuk banyak bersabar dan tabah dengan kerenah orang sekeliling. Masha - Allah. Tumpahnya air matanya membuatkan hatiku sayu. Sungguh. Semoga Allah kurniakan keberkatan sepanjang hidupnya. Amin. Ya, saya ingat lagi tentang ini. Dan ia membuatkan saya terfikir dan menyoal kembali. Mengapakah aku tak mampu jadi sebegini?

Seorang Profesor memulakan kelasnya dengan memegang gelas yang berisi sedikit air di tangannya. Dia tunjukkan kepada semua pelajarnya lalu bertanya.
Prof : Berapa berat gelas ini?
Pelajar : 50 gram! 100 gram! 120gram!
Prof : Tak mengapa. Saya  pun tidak tahu beratnya yang sebenar kecuali saya timbang beratnya dahulu. Tetapi, soalan saya ialah, apakah yang akan berlaku jika saya angkat gelas seperti ini untuk beberapa minit?
Pelajar : Tiada apa - apa pun yang berlaku. Semuanya okay!
Prof : Tapi, apa yang akan berlaku jika saya angkat gelas seperti ini selama sejam?
Pelajar : Lengan prof akan mula sakit.
Prof : Ya. Betul kata kamu. Baik, cuba sekarang apa yang akan berlaku jika saya angkat gelas ini untuk sehari?
Pelajar : Lengan boleh jadi kebas, prof mungkin mempunyai tekanan otot yang teruk dan lumpuh dan seharusnya, perlu pergi ke hospital! *Semua pelajar ketawa. LOL!* 
Prof : Haha. Bijak sekali! Tetapi cuba kamu fikir balik, sebenarnya ada perubahan tak pada berat gelas tu?
Pelajar : TIDAK!
Prof : So, apa yang menyebabkan sakit lengan dan tekanan otot?
*Pelajar hairan. =.='*
Pelajar : Letakkan gelas itu ke bawah!
Prof : Ya. Tepat sekali! Masalah dalam kehidupan kita pun sama seperti ini. Bila masalah itu bertapa di kepala kamu selama beberapa minit, itu masih okay. Bila difikirkan masalah itu lama - lama, kepala akan mula terasa sakit. Bila kita fikir lagi dan lagi dan lagi tentang masalah tu, lama kelamaan, ia akan melumpuhkan kamu, bukan takat kepala, serba - serbi akan jadi tak bermaya. Mungkin akan hadir suatu instinct yang menyatakan yang kamu tak boleh nak buat apa - apa lagi dah. Tapi sebenarnya, kamu silap jika kamu melayan instinct tersebut. Apa yang penting, letakkan seluruh kepercayaan kita kepada Allah SWT. Jadi, letak lah 'GELAS itu ke bawah' setiap hari, agar hidup kita tidak berasa berat, tidak berasa stress walau apa pun yang terjadi. Insha - Allah.


"Ketenangan adalah tanda iman yang kukuh manakala kebimbangan dan tekanan adalah tanda iman yang lemah." :') Wallahu A'alam.

PS. Terima kasih berbillion billion kepada semua yang menjayakan Tamrin Nuqaba' 2011/2012. May Allah ease our way, Insha - Allah.
PPS. Shukran Jazilan 'Ala Kulli Hal to Brothas and Sistas UIA. Semoga berjumpa lagi.
PPPS. Btw, makanan masa Tamrin sedap belaka! >.< Hehe.
PPPPS. To all Uniten - ians, jom derma darah di Lobi Audi Rabu ni dan jom singgah Balai Islam, Ustaz Rujhan mai :)



Salam 1001 chenta kerana yang SATU  :)
- farhanaselamat -




Monday, February 20, 2012

alah bisa tegal biasa.


Hari ini, dia sangat teruja. Hari ini, dia sangat gembira. Hari ini, dia sangat seronok. Kenapa ya? Kenapa? Mungkin kerana giannya telah dia kerahkan pada petang tadi. Apa lah sangat yang digiankannnya tu wahai cik adik oi? Shhhhh. Masa kan aku tahu akan jawapannya straight forward begitu. Mahu tahu? Silakan lah untuk ber - retorik dengannya ya. Namun, dari riak wajahnya aku tahu kerinduannya telah terubat. Oooh, begitu. O.o Untunglah si dia andainya kerinduannya terubat dengan cara begitu. Oh ya, tapi aku masih musykil. Adakah kerinduan itu kepada 'someone' atau 'something'? -.-'

Seawal mungkin sebelum kelas dimulakan, dia telah bersiap sedia. Katanya, "Aku tak boleh lambat ni, nanti miss denda pumping." Pumping? Ya. Perkataan itu cukup membuatkan dia berasa gerun lantaran kisah silamnya tika dia bergiat aktif dalam arena kawad ini. Pumping itu boleh dikatakan perkara wajib yang perlu dia dan teman - temannya lakukan tiap kali training kawad dan baginya ia sangat sangat menyeksakan. Namun, atas perintah komandan, mana mungkin dia berani endahkan. Mahu ditambah lagi bilangan pumping? Haaa. Sila lah bermalas - malasan. Tiada lah namanya kawad itu dengan bermalas - malasan. Discipline is number ONE! Polisinya memang begitu, tak pernah berubah.

Saat kelas dimulakan, aku telah mula nampak semangatnya. Semangat seperti mana dia jalani kawad dahulu. Baginya, ilmu silamnya itu tak mungkin pupus ditelan zaman kerana apa yang dinamakan ilmu itu pasti ada gunanya dan manfaatnya yang tersendiri. Biarpun dia agak kesal atas tindakannya yang mengabaikan kawad sejak dia berpindah ke sekolah berasrama penuh. Namun, jauh di sudut hatinya, tersimpan seribu kenangan yang tak mungkin dapat diulanginya lagi. Dan akhirnya, melodi rindu itu sering bermain dalam fikirannya pabila dia bertemu kembali dengan kawad. Di sekolah menengah harian itulah dia belajar untuk mengenali era kekuatan dan kecekalan dalam membina semangat berpasukan. Tiga tahun pembabitannya, yang terkadang agak tenggelam timbul itu, telah menjadi memori yang amat bermakna untuknya. Mana mungkin dia akan lupakan segalanya. Biarpun sebenarnya, dia tidaklah sehebat rakan taulan nya yang lain yang mana mereka telah mewakili sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan atau sebagainya. Dia cuma platun tahap untuk dibuat reserve sahaja. Namun, Alhamdulillah, baginya ia sudah memadai dengan ilmu yang telah dia perolehi.

Oh ya, kalau ikutkan kisahnya ini, dia seperti seorang insan yang sangat eksaited dengan kawad kan? Hoho. Tidak sebenarnya. Nak menjadikan sesuatu itu manis, asalnya mesti ada pahit. Umpamanya seperti kopi. Bukankah pada asalnya ia pahit? Haaa, jadi bagaimana ia terasa manis pabila kita minum sehari - harian? Jawabnya. Sudah semestinya kita perlukan gula untuk memaniskannya. Kan? Percayalah. Yang pahit itu yang manis sebenarnya :') Alah bisa tegal biasa.


Tahukah anda, kawad memerlukan kita menjadi seorang yang kalis cahaya matahari. Oh, mampukah? :O Haha. Seperti yang diketahui, latihan kawad tak pernahnya dilakukan di dalam dewan atau apa - apa kawasan yang teduh dan beratap. Dan latihan di bawah panas matahari itu sudah tentu. Paling kurang dua tiga jam sehari. Kadang kala pula ia mengambil masa selama dua minggu berturut - turut latihannya. Maka, di sini kita akan dapat lihat. Yang cerah bertukar perang. Yang perang bertukar hitam. Yang hitam bertambah legam. Bagi yang puteri lagi haru dan menyedihkan terutamanya bagi yang bertudung. Bila buka tudung ada garisan pemisah antara yang terlindung dan terbuka di kawasan muka. Berminggu - minggu malah ada juga yang bertahun - tahun pula nak dapatkan warna asal kulit tu.

Tahukah anda, kawad dapat menjadikan kita seorang yang tough. Oyeah! Haha. Gerun kalau tengok perempuan tough? Watchaaa! ^_^ Seperti dimaklumkan tadi, tiada lah kawad tanpa pumping. Mahu pilihan lain, lari keliling sekolah, lari keliling padang, lari keliling court. Kau takkan lepas dengan kedua - dua ini. Ya! Kau datang lambat? Turun 50! Kau salah dengar arahan! Round sekolah 5 kali! Kau buat tak smooth! Pusing bangunan jalan itik! Erghhh! tak ke naya namanya tu? Haha. Tidak. Serious kau akan tough dan bertambah kurus gituh. tak percaya? Cer join kawad yok. Kita lihat perubahan drastik itu. Yang semput pun kadang - kadang akan bertambah baik semputnya. Betul! Ini solution terbaik bagi pendapat aku. Tak payah nak beli inhaler yang mahal tu. Kan kan?

Tahukah anda, kawad membuatkan kita menjadi seorang yang redha. Redha pada ketentuan Ilahi. Ehem. Kau ingat kawad tu huha huha je ke? Kau silap bro. Dalam kawad, kau akan terasa 'zuq' untuk berjuang. Bukan sahaja berjuang atas nama sekolah. Tapi berjuang juga atas nama Islam. Memang kita tak dapat nafikan bahawa majoriti yang masuk kawad adalah mereka yang berbangsa Melayu dan of course yang beragama Islam. Maka, secara tak langsung, sikap untuk memperjuangkan nama bangsa dan agama itu akan disahut. Segalanya bermula dengan doa dan berakhir juga dengan doa. Saat berjuang menghadapi pertempuran di hutan rimba amazon, kalah dan menang menjadikan diri tabah, cekal, sabar dan redha dengan setiap ketentuannya. Biarpun, kita telah berusaha sebelum itu, namun andai kita ditakdirkan sesat sewaktu jalani pertempuran. Mana mungkin kita menang kan? Semuanya takdir dan ketentuan - Nya. Apa - apa pun, enjoy saja! ^_^

Tahukah anda, kawad akan menjadikan anda kenal dengan lebih dekat dengan dunia ketenteraan. Eleh, buat apa pun nak tahu pasal dunia ketenteraan? Biarlah mereka saja yang tahu. Amboih! Pantang aku kalau kau bersikap begitu. Please lah, kalau anda dijodohkan dengan bakal suami atau bakal isteri yang berlatar belakangkan ketenteraan? Mahu kamu tak lepas dengan soalan yang dikemukakan oleh bakal Mertua kamu. Haha. Baik, ini sudah menyimpang :D Apa - apa pun, ilmu tetap ilmu. Ya. Ilmu inilah yang payah untuk dicari di dalam mana - mana kitab sekalipun yang kita pelajari di sekolah. Cukup sahaja dengan kita menyertai aktiviti kawad ini. Ilmu berkawad ado, ilmu menembak ado, ilmu memanah ado, ilmu berkhemah ado, ilmu masuk hutan ado, ilmu memasak ado, ilmu serba - serbi semua ado lah sonang cito. Kejarlah ilmu sedalamnya dan seluasnya kerana ilmu Allah itu tiada pemutusnya.

Tahukah anda, kawad tak pernah menjejaskan prestasi sesorang itu dalam pelajaran. Selagi kamu tahu cara untuk menguruskan masa, selagi kamu seorang yang tidak suka bertangguh, selagi kamu menjauhi sikap M dalam diri, selagi kamu rajin bertanya guru tentang apa yang tidak kamu fahami, selagi kamu fokus di dalam kelas, semuanya pasti boleh! Mungkin segelintir ada yang menganggap kawad itu memenatkan, so that tak dapat nak fokus dalam kelas sebab mengantuk. Well well, itu bergantung kepada mindset dan niat seseorang itu sebenarnya. Jadikan kawad itu sebagai cara untuk kamu gain kekuatan and niat supaya bila badan kamu sihat maka minda kamu akan cerdas. Insha - Allah awak boleh! One of my friend ada yang macam tu. Beliau kawad sampai peringkat kebangsaan, sangat busy dengan kem segala. But then, with good time management. He end up with an excellent result. He get straight A's for his PMR. Awesome right?

"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya."
(Tun Dr. Mahathir)

Kata - kata ini menjadi azimat untuk dia meneruskan perjuangan di arena tersebut sehinggalah sampai ke suatu masa di mana dia terpaksa meninggalkan pahit manis menjalani kawad bersama rakan seperjuangan kerana terpaksa berpindah ke tempat yang mungkin membuka peluang yang lebih baik baginya. Di tempat baru, suasananya begitu asing untuknya jalani kembali apa yang telah dipraktikkannya sedari tingkatan 1 dahulu. Kini dia terpaksa akur. Dia bukan lagi ahli PKBM (Persatuan Kadet Bersatu Malaysia). Semangat untuk meneruskan ilmu itu tergantung kerana persatuan tersebut tidak ditubuhkan di sekolah berkenaan. Hampa hati tidak terkata. Atas ketidak biasaannya kepada jenis kawad di sekolah baru, maka dia sudah tidak lagi bergiat aktif untuk berkawad. Sayangnya masih tumpah kepada PKBM sanjungan sekolahnya dahulu :')

"Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka (musuh) sekadar apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda - kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang - orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya.
(Suarah Al - Anfal : 60)

See. Allah dah sarankan kita untuk punyai asas kekuatan ini. So, it's still ibadah you know. Apa yang kita buat dan niatnya hanya untuk Dia. Insha - Allah, pasti ada ganjaran di sisi - Nya. 'Fun' kan? Alhamdulillah syukur.

Dan pabila dia ditanya oleh seorang rakannya, "Eh, kamu ni memang aktif kawad ke?" Huhu. Dia hanya mampu senyum saja. Dalam hati, dia tahu, ramai yang tak expect dengan kebolehannya. Namun, dia tetap berpendirian bahawa dia akan gunakan sebaik - baiknya apa yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya untuk mencurahkan serba sedikit ilmu kepada rakan - rakannya. Insha - Allah. Oh ya, tadi, dia mendapat suatu teguran yang dirasakan sangat berguna. "Awak, kalau nak keluarkan suara bukan dari tekak tau tapi dari perut." Dia musykil. "Eh? Camana tu?" -.-' Biasalah, tak pernah belajar lah pulak sumber - sumber suara yang sebenar. Barang kali, kena masuk kelas muzik lah lepas ni. Hoho. Sekian dari insan 'alah bisa tegal biasa'. ^_^

PS. Dear Kor Uniten, semoga momentum aku untuk lebih serasi dengan kamu increase rapidly. Insha - Allah. Sincerely, Me.
PPS. Tetiba teringat chief komandan kat sekolah dengan gaya koman dia yang bersahaja tu. Hoho.
PPPS. Aku suka tengok formasi kawad masa sekolah dulu. Awwh, rindunya! >.<


Salam rindu buat PKBM.
- farhanaselamat -

Friday, February 17, 2012

duri persahabatan.

Pernah tak pada suatu ketika awak rasa awak dijauhkan?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa diri awak sangat tak bernilai?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa semua pendapat awak ditolak mentah - mentah oleh orang lain?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa apa yang awak buat tu betul tetapi malangnya tidak di mata orang lain?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa down sangat sangat sangat seakan hidup ini dah tak bermakna lagi?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa nilai kemaafan yang awak lontarkan itu begitu senang diendahkan oleh si dia?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa awak tak layak untuk berdamping dengan orang se - gah dia?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa hidup awak bagaikan melukut di tepi gantang, ke mana - mana pun bukannya dipeduli?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa kebahagiaan yang awak kecapi dahulu ranap sekelip mata kini?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa hidup awak ni sampai ke tahap mati segan, hidup tak mahu?


Sedih! Perit! Sakit! Pedih! Terkilan! Tuhan saja yang tahu. Meratap indah segala memori suka ria bersama insan - insan tersayang bukan lagi menjadi mainan mimpi pada tika waktu kau dibuang begitu sahaja dalam hidup mereka. Sedih bukan kepalang. Mahu buat itu, teringat ini. Mahu buat ini, teringat itu. Serba salah atas setiap apa yang berlaku. Menyalahkan diri setiap hari menjadikan kau seorang yang tidak lagi kuat menentang cabaran malah kau lagi kecut tunduk dengan segala apa kesedihan dan kekecewaan yang menyuramkan hidup kau. Keceriaan dahulu tidak lagi kau sebarkan kepada orang sekelilingmu bila saat dirimu diabaikan oleh si dia. Hanya kerana dia yang kau agungkan. Kini, kau rasakan hidup sudah tidak bermakna, seolah - olah kau adalah alien dari planet pluto yang menjengah sesat di bumi sfera milik Allah ini.

Allah! Aku simpati. Mahu ku pujuk rayu insan sebegini. Tika diri kau alpa dengan nasib yang malang yang menimpa diri. Bukan, sebenarnya kau tak patut kata kau malang. Cuma kau belum bernasib baik untuk mengecapi hidup bahagia tika itu. Benar. Kau rasakan kau hilang dalam bait - bait dunia yang kau lalui setelah kecelakaan itu berlaku. Kau mahu berdamai, dia tak endah. Kau terangkan kebenaran, dia tak peduli. Kau tunjukkan sayang, dia hanya membenci. Akhirnya, kau hanya mampu bergelumang dengan kesedihan itu sehingga kau hilang pula segala perkara yang sebenarnya boleh buat kau bahagia tika itu. Demi Allah, mereka yang sangat kuat membenci ini adalah mereka yang sangat kecut dengan kamu. Kecut dengan kelebihan yang kau ada. Bersabarlah sayang. Kau akan temui keajaibannya.

Dan pabila, aku sendiri sering dikaitkan dalam menghadapi situasi sebegini. Aku seperti hilang arah. Susah untuk berdiri sendiri di tengah - tengah dua insan yang berkecamuk fikiran dengan egonya masing - masing. Dahulunya kau berdua, pasangan yang sangat rapat dengan penuh janji, "Walau apa pun kita akan sehidup semati! Kita kawan dunia akhirat! Apa - apa yang terjadi pada kau, aku akan jaga kau!" Kononnya. Tiba - tiba, Dushhh! Amekaw! "Kita putus kawan sampai bila - bila! Kau hidup kau! Aku hidup aku! Jangan cari aku sampai bila - bila!" =.=' Allah! What happen? Bukan sekali. Malah selalu tahu aku berdepan dengan situasi begini. A cerita ini, B cerita itu. Dan benefit untuk aku barang kali. Aku tahu pihak yang benar dan yang salah. Tapi, untuk menjadi insan yang tidak berat sebelah dan adil untuk keduanya, bukan sesuatu yang simple, petik - petik jari gitu. Dan lagi - lagi bila dua - dua insan yang bertelagah itu adalah sahabat rapat kau. Sometimes, aku terasa malang kerana terpaksa mendengar segala caci maki dua pihak. Adoi. Silap tempat. Anda hanya berbuat dosa dengan sumpah seranah itu, kawan! Sedih :( Kadang - kadang aku pun buntu. Humm. Nasib aku jenis yang tak bertanduk dua saja. Kalau tidak pasti kamu berdua, lagi aku laga - lagakan. Haih.

Cuba bayangkan. Pada suatu hari, anda sibuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok. Lalu, dengan kesuntukan masa yang anda cuba gunakan, anda pun dengan segeranya membuka laman - laman sesawang yang dirasakan berguna dan memulakan rentak jari menyudahkan segalanya demi hasil yang baik. Tapi, apakah perasaan anda sekiranya secara tiba - tiba, laptop atau komputer anda shut down begitu sahaja tanpa menge - save nya di dalam document? Pastinya anda kecewa bukan? Sedih tak terkata kerana segala perkara yang anda taip tadi hilang dalam sekelip mata. Parah! Baik, kemudian anda cuba meng - on kembali PC tersebut. Taip dan taip kembali segalanya, sudahnya tanpa anda sempat menge - save, perkara yang sama terjadi. Allah! Hancusss sudeyy! Api kemarahan pun mula membara. Alih - alih terpaksa meminta bantuan kenalan yang pakar sistem komputer untuk baiki PC tersebut. Setelah anda bawa kepada kawan anda, dia pun berkata bahawa ternyata PC anda dijangkiti virus yang super duper hebat punya! :O Katanya, jika anda tetap ingin menge - on PC ini, PC tersebut akan tetap selalu shut down sendiri. Kemudian, dia menerangkan bahawa virus ini adalah sejenis benda yang sangat menyibuk dan suka men - Sabotaj segala software dalam PC ini. Maka, wajarlah kiranya untuk mengadakan proses 'Perubahan'. Untuk mengubahnya menjadi seperti sedia kala, anda perlukan anti - virus yang super duper osem untuk menghapuskan virus yang bahaya tadi. Dan Insha - Allah, segalanya akan berjalan lancar dan anda pun boleh lah menyambung kembali assignment yang tergendala itu walaupun, segala document dahulu perlu di remove kan! Perit bukan? :|

*Abaikan jika laptop anda ada sistem recover, anggaplah PC ini adalah PC yang buruk - buruk yang tiada sistem autorecovery di dalamnya Hehe :D Yang pentingnya isi yang mahu disampaikan dapat difahami. Okay, move on!


Simboliknya di sini, Komputer ibarat 'Hati', Virus ibarat 'PHD' (Perasaan Hasad Dengki) dan Anti - Virus baru umpama 'Memberi Maaf'. Apa - apa pun yang terjadi, penawarnya ialah Kemaafan. dan sering kali diingatkan, insan yang mulia ialah insan yang menerima kemaafan tanpa pernah mengungkit kembali segala yang pernah terjadi. Andai kamu jenis ego tahap tak boleh blah punya, rendahkanlah! Malanglah kamu jika, kamu hanya ikut kepala sendiri dalam segala perkara. Tak payahlah nak 'Egocentrism' sangat! Tak ke mana pun perginya nanti. Dan jangan menangis jika Nabi tak nak mengaku kamu umatnya atas keegoan kamu yang sangat melampau. Hey, ingatlah wehhh! Sedangkan Rasulullah memaafkan umatnya, apatah lagi kita yang hina dan jahil ini. Antara meminta maaf dan memberi maaf, kedua - duanya sama penting. Memang, zaman sekarang ni, sangat susah untuk kita mulakan maaf itu sendiri. Jatuh harga dirinya katanya bila start minta maaf. K'mon laa, awak yang minta maaf tu lagi hebat tahu sebab kadang - kadang bukannya awak yang salah pun. Orang yang yang ego tu yang salah tapi, biasa lah kan, orang yang ego sentiasa merasakan dia betul. Ye dak? Wallahu a'alam.

"Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari, yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam."
(HR Bukhari)

Itulah ukhwah :) The main point is not only about friendship. But it can be about our relationship in our family, siblings, neighbour, schoolmates, housemates, classmates and so on. Sebab apa yang terjadi ini, pasti dirasai oleh semua orang tak terkecuali diri yang menulis ini. Kita ni, nak jaga ukhwah bukan takat foundation je, degree je, dunia je, tapi kita nak kekal sampai akhirat kan? So, cara nak handle kena pandai. Jangan ikut kepala dan nafsu semata. Abaikan yang remeh dan matangkan diri dalam segala perihal. Baik. Suka pula untuk saya kongsikan lagi, kalau kedua - dua belah tapak tangan kita kotor, macamana kita nak hilangkan kotoran pada keduanya? Mesti kita akan geserkan kedua - dua tapak tangan kita, kan? Begitu juga pergeseran antara kita dengan sahabat. Janganlah kamu cetuskan permusuhan yang berlarutan, sebaliknya anggap ia sebagai satu proses untuk kita lebih kenal sahabat kita, tahu kelebihan dan kekurangan dia, faham apa yang dia suka dan tidak suka. Yeah. I learn a lot from that. Positifkan diri atas segala yang berlaku. Kadang - kadang memang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, semuanya kerana supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Hidup ini penuh seni dan sangat menarik andai kita mampu lalui liku - likunya kan? :')


"Orang mukmin dengan mukmin lainnya laksana bangunan yang satu bahagian dengan bahagian lainnya saling menguatkan  - Rasulullah merangkai jari-jarinya,"
(HR Bukhari)

Biar setinggi mana ombak dugaan melanda. Biar seganas mana badai masalah menghempas. Tanamkanlah sauh ketetapan Iman. Agar tidak berganjak haluan. Manisnya ukhwah kita ini sahabat kerana kita disatukan dalam akidah yang sama, bertuhankan Tuhan yang sama, jadi seharusnya kita juga bersama dalam mengekalkan keindahan dan keutuhan ukhwah kita, Insha - Allah. Semoga ukhwah kita harum dan kekal selamanya, hingga ke Syurga ya! ^_^

"Jangan bergantung kepada manusia kerana manusia akan pergi. Bergantunglah kepada Allah, kerana Dia yang akan kekal selamanya."
(Ustazah Heebah, Sebarkan Cinta - Mu)

PS. Salam rindu buat sahabat yang jauh di mata, tapi dekat di hati. Heheh. Semoga kiriman doa setiap hari menjadi tautan ikatan kita okayy! ^_^
PPS. Aku ngap kau, kau ngap aku. Ganas tak? Hehe. Jangan jadi cannibal sudah. Oh ya, teringat pula assignment Kor Uniten pasal cannibal island yang tak start bergerak lagi ni. Aigoo! =.='

Salam kawan sampai syurga!
- farhanaselamat -

Wednesday, February 15, 2012

pray for syria.


"I am not the Syrian daughter who came because her parents wanted to practice medicine and flourish financially. I am the child of a man who miraculously escaped in the trunk of a Beetle, and helped by a Lebanese priest, fled the country. I am the daughter of a woman who was grabbed by her neighbor seconds before entering into her apartment to warn her that the Syrian Secret Police were inside waiting for her. She watched her two roommates hauled into mukhabarat (Secret Police) vehicles, then thrown into torture cells for nine years. I am the granddaughter of a man shot by the mukhabarat, and later killed."

Allah Allah Bismillah. How 'WOW' you today? Alhamdulillah bikhair jiddan :) Ah - haa. Insha - Allah. Maybe, a short reminder for today. However it is, let's spread the word yo' :) Let's pray for Syria. Let's pray for our beloved brothers and sisters. They really need our prayer very very much. Jom doakan! :')


Sahabat. Tahukah kamu, bahawa doa kamu itu hebat sangat sangat andai kamu ikhlas kerana - Nya. Kamu ingat lagi? Ya. Hadis Rasulullah ada menyebut, "Doa itu senjata Mukmin." Walaupun secanggih mana machine gun dan segala jenis persenjataan yang ada pada abad moden ini, segala strategi dan kaedah peperangan bagai. Apa - apa pun, kekuatan dan kedahsyatan doa tetap tidak dinafikan lagi. Insha - Allah. Berdoalah selagi mampu. Memang. Memang agak impossible kalau anda mahu ke sana jika tanpa usaha dan preparation yang sungguh - sungguh. Well, this is the best medium and the right alternative to help them. Yeah, it's all by our prayer. Berdoalah kawan. Berdoalah seperti mana yang telah ditauladankan dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, salafus soleh. Wallahu Taala A'alam :) Anda mampu mengubahnya, bi iznillah!

Isu ummah isu saudara mara kita. Cubit paha kanan, paha kiri terasa jua sakitnya. Mari kita menjadi warga yang cakna dengan isu ummah! Bukan takat retis - retis hot yang bergaya lagi sensasi. Erk? =.=' Ya. Dunia tanpa sempadan dan itulah gunanya. Anda boleh google sahaja untuk ketahui isu isu sebegini. Dan mungkin anda boleh klik ini atau ini untuk pembongkaran segala prejudis yang berlaku di Syria nun jauh di sana. Insha - Allah, semoga bermanfaat. Apa pun, tragedi dahsyat ini, membuatkan aku terasa akan kepedihannya. Serius, menusuk pedih ke dalam kalbu. Aku tahu aku tak mampu ke sana. Aku sedih. Allah, bantu mereka Ya Allah. T_T Jom doa untuk mereka jom! :'(

Insha - Allah. Allah kata, Kun Fayakan. "Jadilah maka jadilah." Alhamdulillah, syukur atas nikmat kedamaian yang dikurniakan. Semoga Allah lindung sentiasa. Amin.

I saw those rockets and bombs shining in the sky,
Like drops of rain in the sun’s light,
Taking away everyone dear to my heart,
Destroying my dreams in a blink of an eye.

What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child,
But is your conscience still alive.

I will caress with my bare hands,
Every precious grain of sand,
Every stone and every tree,
Cause no matter what they do,
They can never hurt you,
Cause your soul will always be free.

 - Maher Zain -

PS. Oh ya, pukul 12 ++ sudeyy. Apa pun, good nite sahabat. Jangan lupa subuh awal, even tak dapat qiyam pun. Hoyeah, esok ada lagi 1 quiz. Doakan ana semoga dipermudah ya! Tata! ^_^


Salam untuk Syria :'(
- farhanaselamat -

Friday, February 10, 2012

he always there.



Suatu hari, si ibu sedang mengait sulaman dengan penuh teliti. Oh ya, si ibu sememangnya handal dalam bab - bab menyulam ini. Dari hari ke hari, satu persatu objek yang disulam oleh si ibu. Sedang beliau leka menyulam, datang si anak menghampiri ibunya. Memandangkan si ibu duduk lebih tinggi dari anaknya, terpaksalah anaknya mendongak ke atas melihat apa yang sedang dilakukan oleh ibunya. Namun, si anak mulai hairan, dia cuma lihat ada benang - benang yang berselirat di bahagian bawah sulaman. Lantas si anak bertanya, "Ibu, apa yang sedang ibu lakukan?" Fikirnya, si ibu hanya menghasilkan corak yang begitu buruk dan tidak berfaedah. Mana taknya, serabut sungguh sulaman si ibu. Namun begitu, si ibu meminta anaknya bersabar menunggu hasilnya. Akhirnya, hasil sulaman si ibu pun siap. Beauty! Begitu indah hiasan bunga, pokok, rama - rama yang berwarna - warni yang dihasilkan oleh si ibu. Terpegun si anak melihat betapa cantiknya gambar yang di atas berbanding benang - benang yang berselirat di bahagian bawah. Si ibu pun mula berkata, "Wahai anakku, manusia yang berada di bawah selalu melihat banyak cabaran, rintangan dan kekusutan dalam kehidupan tanpa melihat hikmahnya. Sebaliknya manusia lupa bahawa ada suatu pandangan yang 'Di Atas', Our Rabb The Almighty Ever yang sedang menyulam kehidupan kita dengan begitu teratur dan sempurna." Nampak kan? Sweetnya Allah! ^_^ Ana Uhibbu Allah Daiman


"Adakah kamu menyangka, kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang amat sangat dan mereka gementar (ketakutan) sehingga berkata rasul dan orang yang beriman bersamanya. Bilakah tibanya pertolongan Allah? Ingatlah, bahawasanya pertolongan Allah itu hampir tiba." (Surah al - Baqarah : 214)

Dalam kehidupan pasti ada cabaran, suka dan duka. Tidak bernama kehidupan tanpa cabaran, ia ibarat warna - warni yang menghias diri. Namun, seberat mana masalah yang menimpa, jangan mudah berputus asa. Rahmat dan nikmat Allah sentiasa meliputi kita. Sebenarnya tujuan Allah menyakitkan adalah bagi menyembuhkan, begitu juga Allah menyempitkan adalah untuk meluaskan. Hebatnya perancangan Allah bagi menguji hamba - Nya. Once ayah pun pernah cakap, "Orang gagal sering melihat beban kesusahan setiap kali di landa masalah manakala orang berjaya melihat peluang memajukan diri di sebalik masalah." Sungguh! Itu benar.


Awak tahu? Allah tidak akan bebani kita lebih daripada apa yang kita boleh pikul. Biarpun Dia bebani kita seberat - beratnya sedemikian. Sebenarnya ini semua kerana, Dia tahu, bila kita jatuh, bila hati kita tercalar, dan ada luka - luka terbuka, kita akan begitu banyak bersabar, bertoleransi malah kita punyai kuasa untuk berdiri kembali. Ya kita semua merungut, bersungut dan menangis bahkan berkata 'Mengapa Saya!' tetapi, mengapa kita lupa bahawa permainan hidup ini adalah ujian. Allah menciptakan kita untuk bersama - Nya, bukan menjauhi - Nya. He is always by our side, He is our shadow and our guiding light. Merci Ya Rabb!

Butterflies can't see their wings. They can't see how truly beautiful they are, but everyone else can. People are like that as well. Right?

Oh Allah, don't let us ever turn away from You, no matter how many trials and difficulties You test me with. Let these difficulties serve to make us stronger and more sincere to You. Amin Ya Rabbal Alamin.

PS. Cabaran mematangkan diri. Kan?
PPS. May Allah ease my way. Please be nice to me dear Macro, Biz Management and Critical Thinking. Sincerely, Me.

Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' itu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa - apa.
(Hlovate, Contengan Jalanan)

Assalamualaikum, see ya!
- farhanaselamat -

Monday, February 06, 2012

muhammad mustofa.

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya


* * *

Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa



Adakah dipeduli?
Adakah diraikannya?
Adakah diingati sejarah perjuangan Nabi SAW?
Adakah didalami akhlak dan keperibadian Nabi SAW?
Adakah dimanfaatkan cuti umum itu dek kerana kasih dan cinta kepada Nabi SAW?
Tepuk dada. Tanya Iman. Allah :')
Landasan sudah ada, semuanya di tangan kita.
Masuk atau sebaliknya.

"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri."
Dan Sayyidina 'Umar berkata.
"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri."
(HR Bukhari)

Assalamualaikum, awak dah selawat hari ni? Jom! Allahumma Solli 'Ala Muhammad :')

Ya Muhammad Nabiyyuna, maafkan kami umat akhir zaman. Yang tiada malu melakukan maksiat. Yang tiada segan melakukan dosa durjana. Yang banyak bergoyang kaki tatkala Islam semakin tenat. Maafkan kami Ya Rasulullah. Maafkan kami Ya Muhammad. Maafkan kami Ya Nabiyyuna. Sungguh, sebak sekali diri ini pabila menyingkap segala yang kau dan para sahabat lalui demi umat mu kini. Allah.. Mulianya dikau wahai Qudwah Hasanah. Semoga Allah berikan kekuatan untuk berjuang menyambung seru mu. Insha - Allah. Amin.

Sungguh, kau amat mulia.

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa berselawat ke atas Nabi."
(Surah al - Ahzab : 56)

Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah dan para Malaikat sentiasa memuji baginda. Insha - Allah. Semoga awak, saya dan kita dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan Maha Pencipta dan Rabbul Alamin yang menciptakan segala isi tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi serta kesekelian makhluk makhluk baik yang ghaib mahupun yang zahir. Wah wah! ^_^ Allah Allah Bismillah. Alhamdulillah. Kbai!


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud.

"Seseorang yang tidak mempunyai perasaan kasih sayang kepada orang lain, maka orang itu tidak layak mengharapkan kasih sayang daripada orang lain untuknya."

"Kasihanilah orang yang di bumi, nescaya penduduk di langit akan mengasihanimu."

Sejauh mana kecintaan kamu kepada Baginda? Sedalam Lautan Pasifik? Seluas Kota China? Setinggi Banjaran Himalaya? Tentukan. Moh kita increase kan Kasih Sayang kepada Baginda Rasulullah rapidly selamanya.

Orang lain Valentine, kita Rasulullah SAW.
Orang lain cinta sebatas dunia, kita cinta yang menembus syurga.
- Hilal Asyraf -

Insha - Allah Amin.

PS. Saya tahu, hari ni dah masuk 13 Rabiul Awal. Apa pun, ia masih tidak membantutkan semangat saya untuk mencoret entry khas buat DIA :)
PPS. Oh ya, Barakallahu lakuma buat My Sepupu. Ejan and wife. Yakni anak Mak Long yang bongsu. Beliau baru 24 okay. Agak muda lah jugak bagi seorang Bujang - an. Apa - apa pun, semoga kekal hingga ke sorga! Amin. ^_^


Okay, fine. Kalau nak diikutkan, memang Adat Perkahwinan kat Johor lah kan guna tol tol segala. Haha. Mine? Will not be like this kot. Asbabnya, serius agak banyak expenses yang perlu digunakan plus mungkin akan berlakunya pembaziran. "Innal mubazzirin kaanu ikhwaana shayaatiin." (Sesungguhnya orang - orang yang membazir itu adalah saudara - saudara syaitan). Kan? Hihi. Kata orang, "Biar mata anak, Jangan mati adat." Kata saya, "Biar mati adat, Jangan mati anak." Haha. Acewah. Apa - apa pun, rewang time is really really really enjoying! Walaupun, secara jujurnya, saya takdelah tolong banyak mana pun. But at least, serious best bila sambil - sambil buat kerja tu, kita sembang - sembang dengan sepupu - sepapat. ^_^ Dan bagi saya, kenduri kendara itu sangat EKSTREM. Lagi lah untuk mereka yang hidup bermasyarakat. Well, silap tempat ah kalau niat buat catering kat kampung kan :D Mahu dipulau dek orang kampung. Ye tak?

"Dek eih wes mantu?" - Soalan cepumas seh. Hihi. >.<
Tak paham? Baik, abaikan saja. ^_^

"Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. Frame the yesteryear." 
(Hlovate, Contengan Jalanan)

Salam, sekian celotehan.
- farhanaselamat -

Friday, February 03, 2012

aku dan baucer.

Well yes, I'm back. For the six days holiday. Alhamdulillah :) Berkat lecturer yang bakal membina masjid dan berkat lecturer yang sudi mendengar pinta kami. Maka, dapatlah jua akhirnya kami bercuti di 'Manis Rumah Manis' kami sehingga selasa ni :') Mercy Madam dan bakal Madam. Hihi. Baik, sementara masa masih ada dan malam masih muda, eloklah kiranya untuk aku mencoret - coret sesuatu di belog ini. Sekurang - kurangnya, ada jugak manfaatnya. Senang cerita, ada juga benda yang aku akan kenang bila belek - belek balik belog ni nanti bila dah tua. Hee. Besar harapan.

Aku kira, hari ni hari yang cukup bertuah. Alhamdulillah. Siang tadi, dengan tidak semena - menanya, aku keluar ke PWTC dan MPH, Mid Valley untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai pelajar berjiwa Malaysia. =.=' Oyeah. Memang ini kelemahan aku, ayat mudah terbelit bila nak ber - bombastik. Heh. Abaikan. Pendek kata, baucer RM 200 yang akhirnya aku miliki pada hari Rabu yang lalu, telah aku gunakan. Tapi bukan semua pun, aku masih ada lagi baki RM 50 untuk aku gunakan. Mungkin bukan di KL. Di Muadzam barang kali. Ataupun ekspo - ekspo yang bakal diadakan nanti. Serius, sebenarnya aku sayang nak guna baucer tu. Aishhh. Haha. Agak pelik di situ tapi entah, kalau boleh, aku nak simpan buat kenangan. Siap frame tak pun laminate voucher tu. Cewah. sekali seumur hidup je kan, so why not. :D Apa - apa pun, Alhamdulillah. Penat berjalan ulang alik KTM LRT tadi akhirnya kembali pudar dek hasil yang aku dapat dengan membeli segala yang aku inginkan. Ah - haa! Apakah? Tunggu. Heheh. Baik. Before that, aku nak korang baca nih. Abaikan penulis nya, ambil isi nya okay. Renung dan fikirkan!

#1

#2

#3

Ayat paling terkesan -> Kadang - kadang ada persoalan yang tak perlu dijawab pun, kadang - kadang ada persoalan yang tak perlu dijawab pun. ^_^

Ini adalah pendapat mereka. Anda bagaimana? Apa pun Alhamdulillah, it's rezeki. Dengan itu juga, aku dapat memenuhkan koleksi buku aku. Hoyeah! Bukan senang tau Farhana Selamat nak buat koleksi novel. Fikir banyak kali kot bila nak beli novel. Sebab biasanya, baca novel sekali je, lepas tu dah. Ye tak? Haha. Thanks to Kerajaan yang memberi 'gula - gula' ini untuk kami, para Mahasiswa Mahasiswi. Peace no war! B)


Sila jeles! Oh tidak. Sikit aje kan bukunya? :( Humm, kenapa aku pilih buku - buku ni? Sebab, bagi aku buku buku ini ada karisma dan karakter dia tersendiri dan boleh dikatakan yang paling superb di mata aku. Alhamdulillah. Tengsomac!

PS. Penulis sedang mengalami package kifarah yakni batuk, selesema dan sakit tekak. Maka penulisan ini setakat ini saja. Doakan sembuh ya.
PPS. Kini saya bersiaran langsung di Seremban. Insha - Allah esok balik Kampung. Yeay! Ergh, kepala terasa berat. Allah..

Allahumma Solli 'ala Muhammad.
- farhanaselamat -