Friday, February 3

aku dan baucer.

Well yes, I'm back. For the six days holiday. Alhamdulillah :) Berkat lecturer yang bakal membina masjid dan berkat lecturer yang sudi mendengar pinta kami. Maka, dapatlah jua akhirnya kami bercuti di 'Manis Rumah Manis' kami sehingga selasa ni :') Mercy Madam dan bakal Madam. Hihi. Baik, sementara masa masih ada dan malam masih muda, eloklah kiranya untuk aku mencoret - coret sesuatu di belog ini. Sekurang - kurangnya, ada jugak manfaatnya. Senang cerita, ada juga benda yang aku akan kenang bila belek - belek balik belog ni nanti bila dah tua. Hee. Besar harapan.

Aku kira, hari ni hari yang cukup bertuah. Alhamdulillah. Siang tadi, dengan tidak semena - menanya, aku keluar ke PWTC dan MPH, Mid Valley untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai pelajar berjiwa Malaysia. =.=' Oyeah. Memang ini kelemahan aku, ayat mudah terbelit bila nak ber - bombastik. Heh. Abaikan. Pendek kata, baucer RM 200 yang akhirnya aku miliki pada hari Rabu yang lalu, telah aku gunakan. Tapi bukan semua pun, aku masih ada lagi baki RM 50 untuk aku gunakan. Mungkin bukan di KL. Di Muadzam barang kali. Ataupun ekspo - ekspo yang bakal diadakan nanti. Serius, sebenarnya aku sayang nak guna baucer tu. Aishhh. Haha. Agak pelik di situ tapi entah, kalau boleh, aku nak simpan buat kenangan. Siap frame tak pun laminate voucher tu. Cewah. sekali seumur hidup je kan, so why not. :D Apa - apa pun, Alhamdulillah. Penat berjalan ulang alik KTM LRT tadi akhirnya kembali pudar dek hasil yang aku dapat dengan membeli segala yang aku inginkan. Ah - haa! Apakah? Tunggu. Heheh. Baik. Before that, aku nak korang baca nih. Abaikan penulis nya, ambil isi nya okay. Renung dan fikirkan!

#1

#2

#3

Ayat paling terkesan -> Kadang - kadang ada persoalan yang tak perlu dijawab pun, kadang - kadang ada persoalan yang tak perlu dijawab pun. ^_^

Ini adalah pendapat mereka. Anda bagaimana? Apa pun Alhamdulillah, it's rezeki. Dengan itu juga, aku dapat memenuhkan koleksi buku aku. Hoyeah! Bukan senang tau Farhana Selamat nak buat koleksi novel. Fikir banyak kali kot bila nak beli novel. Sebab biasanya, baca novel sekali je, lepas tu dah. Ye tak? Haha. Thanks to Kerajaan yang memberi 'gula - gula' ini untuk kami, para Mahasiswa Mahasiswi. Peace no war! B)


Sila jeles! Oh tidak. Sikit aje kan bukunya? :( Humm, kenapa aku pilih buku - buku ni? Sebab, bagi aku buku buku ini ada karisma dan karakter dia tersendiri dan boleh dikatakan yang paling superb di mata aku. Alhamdulillah. Tengsomac!

PS. Penulis sedang mengalami package kifarah yakni batuk, selesema dan sakit tekak. Maka penulisan ini setakat ini saja. Doakan sembuh ya.
PPS. Kini saya bersiaran langsung di Seremban. Insha - Allah esok balik Kampung. Yeay! Ergh, kepala terasa berat. Allah..

Allahumma Solli 'ala Muhammad.
- farhanaselamat -

8 comments:

D-SIM said...

hm, amek jea baucher tuu.. tp undi lain lah nnt,hehe

btw, asal buku c.jalanan tu mcm dah penah gune ? O.o

semoga cepat sembuh.

farhana | selamat said...

betoi betoi, tu lain kali boleh pikior ler kann. haha.
eh? bukannya dah guna. buku tu kan ade plastik, so garisan putih tengah tu, plastik tu ah. cer tengok betol betol. huhu.
insha - Allah amin :')

ciksengeh :D said...

fna , kau dh ade / bace buku fatimah syarha yg sebarkan cintamu tu ?

Nuruddin Azri said...

banyak novel semacam...
memang tak minat buku2 pemikiran ke?
Rasyid Ghannouchi, Tariq Ramadhan, Yusuf Qorodhowy...etc2.

maybe tak sume tempat ada...

@D-SIM tak semua benda yang dibawa kerajaan kita kena tolak..ada jugak baiknya...

farhana | selamat said...

@ciksengeh..
ama, belum lagi, nak beli tapi exceed bajet lak. enti ada ke? nak pinjam! ^_^

farhana | selamat said...

@nuruddin..
eh, banyak semacam ke novel? tak perasan lak. bukannya tak minat buku ttg pemikiran, tapi lebih minat buku ttg philosophy / pengembaraan hidup. dan bagi ana itu lagi memotivasikan. wallahu a'alam :) lain orang lain minatnya.

Aishah Indra said...

kita pon suke ayat abg syahir tuhh :D

farhana | selamat said...

@aishah indra..
sangat menusuk kan kata - kata tu. akak pun LIKE jugak! ^_^