Friday, February 17

duri persahabatan.

Pernah tak pada suatu ketika awak rasa awak dijauhkan?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa diri awak sangat tak bernilai?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa semua pendapat awak ditolak mentah - mentah oleh orang lain?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa apa yang awak buat tu betul tetapi malangnya tidak di mata orang lain?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa down sangat sangat sangat seakan hidup ini dah tak bermakna lagi?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa nilai kemaafan yang awak lontarkan itu begitu senang diendahkan oleh si dia?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa awak tak layak untuk berdamping dengan orang se - gah dia?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa hidup awak bagaikan melukut di tepi gantang, ke mana - mana pun bukannya dipeduli?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa kebahagiaan yang awak kecapi dahulu ranap sekelip mata kini?
Pernah tak pada suatu ketika awak rasa hidup awak ni sampai ke tahap mati segan, hidup tak mahu?


Sedih! Perit! Sakit! Pedih! Terkilan! Tuhan saja yang tahu. Meratap indah segala memori suka ria bersama insan - insan tersayang bukan lagi menjadi mainan mimpi pada tika waktu kau dibuang begitu sahaja dalam hidup mereka. Sedih bukan kepalang. Mahu buat itu, teringat ini. Mahu buat ini, teringat itu. Serba salah atas setiap apa yang berlaku. Menyalahkan diri setiap hari menjadikan kau seorang yang tidak lagi kuat menentang cabaran malah kau lagi kecut tunduk dengan segala apa kesedihan dan kekecewaan yang menyuramkan hidup kau. Keceriaan dahulu tidak lagi kau sebarkan kepada orang sekelilingmu bila saat dirimu diabaikan oleh si dia. Hanya kerana dia yang kau agungkan. Kini, kau rasakan hidup sudah tidak bermakna, seolah - olah kau adalah alien dari planet pluto yang menjengah sesat di bumi sfera milik Allah ini.

Allah! Aku simpati. Mahu ku pujuk rayu insan sebegini. Tika diri kau alpa dengan nasib yang malang yang menimpa diri. Bukan, sebenarnya kau tak patut kata kau malang. Cuma kau belum bernasib baik untuk mengecapi hidup bahagia tika itu. Benar. Kau rasakan kau hilang dalam bait - bait dunia yang kau lalui setelah kecelakaan itu berlaku. Kau mahu berdamai, dia tak endah. Kau terangkan kebenaran, dia tak peduli. Kau tunjukkan sayang, dia hanya membenci. Akhirnya, kau hanya mampu bergelumang dengan kesedihan itu sehingga kau hilang pula segala perkara yang sebenarnya boleh buat kau bahagia tika itu. Demi Allah, mereka yang sangat kuat membenci ini adalah mereka yang sangat kecut dengan kamu. Kecut dengan kelebihan yang kau ada. Bersabarlah sayang. Kau akan temui keajaibannya.

Dan pabila, aku sendiri sering dikaitkan dalam menghadapi situasi sebegini. Aku seperti hilang arah. Susah untuk berdiri sendiri di tengah - tengah dua insan yang berkecamuk fikiran dengan egonya masing - masing. Dahulunya kau berdua, pasangan yang sangat rapat dengan penuh janji, "Walau apa pun kita akan sehidup semati! Kita kawan dunia akhirat! Apa - apa yang terjadi pada kau, aku akan jaga kau!" Kononnya. Tiba - tiba, Dushhh! Amekaw! "Kita putus kawan sampai bila - bila! Kau hidup kau! Aku hidup aku! Jangan cari aku sampai bila - bila!" =.=' Allah! What happen? Bukan sekali. Malah selalu tahu aku berdepan dengan situasi begini. A cerita ini, B cerita itu. Dan benefit untuk aku barang kali. Aku tahu pihak yang benar dan yang salah. Tapi, untuk menjadi insan yang tidak berat sebelah dan adil untuk keduanya, bukan sesuatu yang simple, petik - petik jari gitu. Dan lagi - lagi bila dua - dua insan yang bertelagah itu adalah sahabat rapat kau. Sometimes, aku terasa malang kerana terpaksa mendengar segala caci maki dua pihak. Adoi. Silap tempat. Anda hanya berbuat dosa dengan sumpah seranah itu, kawan! Sedih :( Kadang - kadang aku pun buntu. Humm. Nasib aku jenis yang tak bertanduk dua saja. Kalau tidak pasti kamu berdua, lagi aku laga - lagakan. Haih.

Cuba bayangkan. Pada suatu hari, anda sibuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok. Lalu, dengan kesuntukan masa yang anda cuba gunakan, anda pun dengan segeranya membuka laman - laman sesawang yang dirasakan berguna dan memulakan rentak jari menyudahkan segalanya demi hasil yang baik. Tapi, apakah perasaan anda sekiranya secara tiba - tiba, laptop atau komputer anda shut down begitu sahaja tanpa menge - save nya di dalam document? Pastinya anda kecewa bukan? Sedih tak terkata kerana segala perkara yang anda taip tadi hilang dalam sekelip mata. Parah! Baik, kemudian anda cuba meng - on kembali PC tersebut. Taip dan taip kembali segalanya, sudahnya tanpa anda sempat menge - save, perkara yang sama terjadi. Allah! Hancusss sudeyy! Api kemarahan pun mula membara. Alih - alih terpaksa meminta bantuan kenalan yang pakar sistem komputer untuk baiki PC tersebut. Setelah anda bawa kepada kawan anda, dia pun berkata bahawa ternyata PC anda dijangkiti virus yang super duper hebat punya! :O Katanya, jika anda tetap ingin menge - on PC ini, PC tersebut akan tetap selalu shut down sendiri. Kemudian, dia menerangkan bahawa virus ini adalah sejenis benda yang sangat menyibuk dan suka men - Sabotaj segala software dalam PC ini. Maka, wajarlah kiranya untuk mengadakan proses 'Perubahan'. Untuk mengubahnya menjadi seperti sedia kala, anda perlukan anti - virus yang super duper osem untuk menghapuskan virus yang bahaya tadi. Dan Insha - Allah, segalanya akan berjalan lancar dan anda pun boleh lah menyambung kembali assignment yang tergendala itu walaupun, segala document dahulu perlu di remove kan! Perit bukan? :|

*Abaikan jika laptop anda ada sistem recover, anggaplah PC ini adalah PC yang buruk - buruk yang tiada sistem autorecovery di dalamnya Hehe :D Yang pentingnya isi yang mahu disampaikan dapat difahami. Okay, move on!


Simboliknya di sini, Komputer ibarat 'Hati', Virus ibarat 'PHD' (Perasaan Hasad Dengki) dan Anti - Virus baru umpama 'Memberi Maaf'. Apa - apa pun yang terjadi, penawarnya ialah Kemaafan. dan sering kali diingatkan, insan yang mulia ialah insan yang menerima kemaafan tanpa pernah mengungkit kembali segala yang pernah terjadi. Andai kamu jenis ego tahap tak boleh blah punya, rendahkanlah! Malanglah kamu jika, kamu hanya ikut kepala sendiri dalam segala perkara. Tak payahlah nak 'Egocentrism' sangat! Tak ke mana pun perginya nanti. Dan jangan menangis jika Nabi tak nak mengaku kamu umatnya atas keegoan kamu yang sangat melampau. Hey, ingatlah wehhh! Sedangkan Rasulullah memaafkan umatnya, apatah lagi kita yang hina dan jahil ini. Antara meminta maaf dan memberi maaf, kedua - duanya sama penting. Memang, zaman sekarang ni, sangat susah untuk kita mulakan maaf itu sendiri. Jatuh harga dirinya katanya bila start minta maaf. K'mon laa, awak yang minta maaf tu lagi hebat tahu sebab kadang - kadang bukannya awak yang salah pun. Orang yang yang ego tu yang salah tapi, biasa lah kan, orang yang ego sentiasa merasakan dia betul. Ye dak? Wallahu a'alam.

"Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari, yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam."
(HR Bukhari)

Itulah ukhwah :) The main point is not only about friendship. But it can be about our relationship in our family, siblings, neighbour, schoolmates, housemates, classmates and so on. Sebab apa yang terjadi ini, pasti dirasai oleh semua orang tak terkecuali diri yang menulis ini. Kita ni, nak jaga ukhwah bukan takat foundation je, degree je, dunia je, tapi kita nak kekal sampai akhirat kan? So, cara nak handle kena pandai. Jangan ikut kepala dan nafsu semata. Abaikan yang remeh dan matangkan diri dalam segala perihal. Baik. Suka pula untuk saya kongsikan lagi, kalau kedua - dua belah tapak tangan kita kotor, macamana kita nak hilangkan kotoran pada keduanya? Mesti kita akan geserkan kedua - dua tapak tangan kita, kan? Begitu juga pergeseran antara kita dengan sahabat. Janganlah kamu cetuskan permusuhan yang berlarutan, sebaliknya anggap ia sebagai satu proses untuk kita lebih kenal sahabat kita, tahu kelebihan dan kekurangan dia, faham apa yang dia suka dan tidak suka. Yeah. I learn a lot from that. Positifkan diri atas segala yang berlaku. Kadang - kadang memang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, semuanya kerana supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Hidup ini penuh seni dan sangat menarik andai kita mampu lalui liku - likunya kan? :')


"Orang mukmin dengan mukmin lainnya laksana bangunan yang satu bahagian dengan bahagian lainnya saling menguatkan  - Rasulullah merangkai jari-jarinya,"
(HR Bukhari)

Biar setinggi mana ombak dugaan melanda. Biar seganas mana badai masalah menghempas. Tanamkanlah sauh ketetapan Iman. Agar tidak berganjak haluan. Manisnya ukhwah kita ini sahabat kerana kita disatukan dalam akidah yang sama, bertuhankan Tuhan yang sama, jadi seharusnya kita juga bersama dalam mengekalkan keindahan dan keutuhan ukhwah kita, Insha - Allah. Semoga ukhwah kita harum dan kekal selamanya, hingga ke Syurga ya! ^_^

"Jangan bergantung kepada manusia kerana manusia akan pergi. Bergantunglah kepada Allah, kerana Dia yang akan kekal selamanya."
(Ustazah Heebah, Sebarkan Cinta - Mu)

PS. Salam rindu buat sahabat yang jauh di mata, tapi dekat di hati. Heheh. Semoga kiriman doa setiap hari menjadi tautan ikatan kita okayy! ^_^
PPS. Aku ngap kau, kau ngap aku. Ganas tak? Hehe. Jangan jadi cannibal sudah. Oh ya, teringat pula assignment Kor Uniten pasal cannibal island yang tak start bergerak lagi ni. Aigoo! =.='

Salam kawan sampai syurga!
- farhanaselamat -

4 comments:

Cik NY said...

nak ngap kamu lah .... ape pun nice entry.....

ciksengeh :D said...

miss u lots dear :')

farhana | selamat said...

@cik NY..
amboi, sampai hati nak ngap saya :P

farhana | selamat said...

@ciksengeh..
ahninuki jiddan amaa :')
btw, saya dah baca sebarkan cinta - Mu. ada member bagi pinjam :) best sangat sangat!