Wednesday, March 28, 2012

bidadari dunia.


Alhamdulillah. Plan awal yang mulanya entah-jadi-entah-tidak atas sebab kepadatan dan kesenakan masa yang teramat sangat, akhirnya menjadi juga. Allah beri kesempatan untuk saya menimba seberapa banyak ilmu dalam majlis konvensyen tersebut. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Thanks to Sahabat iaitu Suhaiza Izzati yang tak putus - putus memujuk saya untuk join konvensyen ni dan of course a big thanks to Ayah and Mama atas keizinan :)

Dua hari saya di PICC adalah dua hari yang penuh makna. Serius, sangat menyeronokkan. Sangat padat dengan ilmu yang saya kira amat sukar dicari di luar sana. Alhamdulillah. Tak terhitung nilai ilmu di benak dada dibandingkan dengan yuran yang perlu kami bayar. Alhamdulillah. Semangat tu sentiasa berterusan untuk saya gali dan terus gali segenap ilmu Allah di muka bumi ini. Dalam pada itu, ter - reflect kembali kata - kata murabbi, "Jika kamu ingin berjaya di dunia, kamu perlukan ilmu. Jika kamu ingin berjaya di akhirat, kamu perlukan ilmu. Jika kamu ingin berjaya di kedua - duanya, sudah semestinya kamu perlukan ilmu." ^_^ Subhanallah. Apa pun, konvensyen ini adalah konvensyen yang julung - julung kalinya yang saya sertai. I don't know what to say, but overall it's AWESOME! Oh ya, ia menjadi bertambah Awesome kerana, kesemuanya di situ adalah 'Bidadari' which means to say, they are all women! Best gilerrr :D We laugh, we think hard, we even cried during the talk. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan atas chenta ini :')

Hari Pertama : Majlis Perasmian by CEO ILuvIslam - Bro Imran Koyube, Bidadari Impian by Ukht Fatimah Syarha, Cahaya Kemanisan Iman by Ustazah Zawiah Hassan, Wanita dan Kerjaya by Dr. Nikki Shuhada Shukor, Wanita Penyejuk Mata by Ustazah Siti Nor Bahyah, Wanita Berkarisma by Datin Zaleha Omar and lastly, Forum, Fashion - Yes or No? by Sis Wardina Safiyyah, Sis Catriona Ross, Pn. Suryati Daman and Datin Zaleha Omar.

Hari Kedua : Soalnya Hati, Bahagia dan Membahagiakan by Prof Dr. Muhaya Mohamad, Ibu Luar Biasa by Puan Jamilah Samian, Kesucian Mawar Putih by Ummi Ross (Raudatus Sakinah), Solehah Itu Indah by Dr. Rubiah Kulop, Wanita dan Dakwah by Dr. Harlina Halizah Siraj and lastly, Forum, Titian Syurga by Sis Nora, Sis Irma Hasmie, Ustazah Firus, Datin Yusmira and Dato Azlina.

Ah - haa, masa saya first time tengok tajuk - tajuk slot ni pun saya dah teruja. Sangat curious nak tahu apa yang akan mereka sampaikan kepada kami :D Pun begitu, actually, saya tak berkesempatan untuk tunggu sampai habis. Sedih. Atas keterbatasan waktu, saya relakan. Last slot yang saya dapat is Slot Ummi Ross. Then, jumpa Mama di hospital seterusnya bertolak balik ke Muadzam sebab esok pagi nya ada kelas :( Sedih pulak tak dapat join sampai habis. Tapi takpa lah, at last, saya dapat juga jumpa Mama. Oh ya, Mama sedang menunggu hari. Operation nya 16 April ni, doakan ya :) MadamJ saya dah lepas, dapat baby gegirl :) Orait, saya dah lari topik. Maaf =.='

Apa apa pun, saya just nak share something yang harap - harapnya dapat inspired dan menyemarakkan lagi semangat saya, awak dan kita semua untuk terus gagah dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah - Nya. Insha - Allah :)
  • Seindah perhiasan adalah wanita solehah. Memang BERUNTUNG orang yang mendapatknnya meskipun sebagai anak mahupun pasangan hidup. sebabnya, dia memperoleh THE BEST perhiasan di dunia ini.
  • 4 wanita yang HEBAT di muka bumi ini :) 1) Asiah Binti Muzahim : Isteri kepada Firaun yang mengaku dirinya Tuhan. 2) Maryam Binti Imran : Satu - satunya wanita yang namanya dan riwayatnya diceritakan secara detail dalam Al - Quran, Surah Maryam. Subhanallah! 3) Khadijah Binti Khuwailid : Isteri Rasulullah yang pertama dan beliau pernah bercerai sebelum Rasulullah menikahinya. 4) Fatimah Az - Zahraa : Anak Rasulullah dan Siti Khadijah, juga seorang isteri kepada Saidina Ali. Ukht Fatimah Syarha ada menceritakan kisah - kisah wanita hebat ini. Sungguh Osem! Katanya, hanya ada 1 persamaan yang menjadikan mereka diangkat sebagai wanita HEBAT oleh Allah iaitu "Kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Menjadikan Rasulullah itu sentiasa dekat di hati mereka."
  • Dalam beribadat dengan Allah SWT, at first kita kena paksa diri. Kalau tak paksa tak jadi. Kerana apa? Kerana kalau kita nak tunggu ikhlas itu datang. Sampai mati pun belum tentu.
  • Happiness is not about taking but giving.
  • Don't be disappointed if people refuse to help, but just say I'm very thankful to all those who said no, because of them i did it myself.
  • If we feel complete, we don't need to show off.
  • What matters most is how you see yourself.
  • Allah tak akan memberi kalau kita tak mencari.
  • Menghijabkan diri dari luaran memang mudah, namun menghijabkan diri dari dalaman? Tak semua penuhinya.
  • If you think you are too small to have an impact, try going to bed with a mosquito in the room :)
  • Bagaimana dunia melayan kita, ia menunjukkan bagaimana kita melayan dunia.
  • 3 kunci kebahagian ♥ - Allah dan Rasul, manusia kerana Allah dan benci perkara Allah benci.
  • Keys to live happily hereafter : Intention. Attention. No tension.
  • Fact : Senyuman yang wajib adalah senyuman selama 7 saat kepada setiap orang :)
  • Berhentilah membeli barang kemas, tapi sentiasalah perkemaskan diri.
  • We are happy not because the world is right.
  • The room is beautiful isn't because of the arrangement, but how I arrange my mind to see that the room is beautiful.
  • Buatlah apa sahaja yang Allah redha, bukan apa sahaja yang manusia suka.
  • Pakaian yang paling baik adalah pakaian TAQWA.
  • Saidatina Fatimah itu walaupun cantik tapi bukan kerana kecantikannya beliau disebut - sebut, tetapi ianya kerana bagaimana beliau pandai menguruskan rumah tangga. - Which means to say, beliau disebut bukan kerana rupa, tetapi kerana ilmunya.
  • Fact : Perkataan ilmu disebut 880 kali di dalam Al - Quran.
  • Tidak berjumpa dengan kekasih hati yang BELUM HALAL, sudah mula rindu sampai separuh mati. Tapi, tidak berjumpa dengan KEKASIH ALLAH, tidak pernah pula di ambil peduli :(
  • AGAMA harus menjadi tulang belakang dalam mencari pasangan!
  • Perlu YAKIN bahawa kita cantik. Bukan RASA kita cantik kerana RASA CANTIK itu mengundang ke NERAKA.
  • Manusia selalu berasa mereka tidak HEBAT kerana dia tidak sedar yang HEBAT itu sebenarnya datang dari ALLAH.

Wallahu Ta'ala A'alam. Sedikit sharing untuk semua. Insha - Allah, semoga kita semua dapat amalkan segala ilmu yang kita perolehi ini istiqamah sepanjang perjalanan hidup kita :')

Panelist hebat belaka :D

With Ukht Fatimah Syarha and Suhaiza :')
Great moment together. Insha - Allah, jumpa lagi.

Insha - Allah klik di SINI untuk mengikuti Forum, Fashion - Yes or No? Sangat nice! ^_^

PS. Maaf. Agak kelewatan share benda ni.
PPS. Kami ke HICOM Automotive hari ini. Syiokkk sangat sangat sangat! >.< 
PPPS. Tomorrow - Critical Thinking Quiz and Friday - Finance Mid Term. May Allah ease, Pray for Me yahh! ^_^
PPPPS. Haiyya haiyya jundullah. Nazhabu ila Stadium Melawati fil yaumil Jumu'ah.


Saya cuba untuk menyempatkan diri dalam keterbatasan waktu ini, namun, saya tak mampu. Serius sedih :( Kadang - kadang, saya seperti tidak adil kerana sentiasa melebih - lebihkan masa untuk duniawi saya yakni study, assignment, project work and etc. Tapi cukuplah, semoga Allah sentiasa tahu hasrat hati ini yang sebenar - benarnya. Insha - Allah.

‎"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words."
(Donna Roberts)
Sincerely from me,
- farhanaselamat -

Tuesday, March 27, 2012

tentang aku, si telefon bimbit.

Aku sebuah telefon bimbit. Nama aku MyIman D818. Aku dilahirkan di Malaysia sahaja, tidak jauh dan tidak sehebat rakan - rakanku yang dilahirkan di UK, US, Finland dan sebagainya. Badan aku berwarna pink dan putih, di mana terdapat pelbagai butang di atasnya. Muka aku pula mampu memaparkan pelbagai imej. Aku ada satu telinga pada tapak badanku, satu mata dan satu mulut di belakang badanku. 

Pada satu hari aku dijual kepada seorang wanita bernama Pa'an dengan harga RM399 oleh jejaka penjual gajet di Bazar, KL. Tuan baru aku itu seorang pelajar di sebuah kampus di Pahang. Jauh bukan, Pahang dan KL? Oh ya, rupanya, rumahnya di Bangsar. Dekat sahaja dengan Bazar itu. Duit yang digunakan untuk membeli aku juga sebenarnya adalah duit hasil gaji pertama yang dia dapat semasa bekerja sebagai seorang jururawat di kawasan rumahnya. Kiranya, aku adalah telefon bimbit yang pertama yang hadir dalam hidupnya. 

Aku dijaga dengan penuh rapi oleh tuan ku. Beliau tidak banyak menggunakan aku sebenarnya, cukuplah hanya untuk telefon dan sms keluarga dan kenalannya sahaja. Selain itu, disebabkan keistimewaan aku yang tidak ada pada rakan seangkatan ku, tuanku selalu menggunakan khidmat ku untuk menghadam seberapa banyak makanan rohani yang ada pada ku. Alhamdulillah, aku dilahirkan dari keluarga yang Islamik dan aku pasti, itulah sebabnya, tuanku memilih aku daripada memilih gajet lain sebagai teman hidupnya. Alhamdulillah, syukur :)

Aku dibelai dimanja. Aku bahagia. Aku disarungkan dengan sarung yang unik. Aku hairan, namun kata tuan ku, "Harapnya, tak calar malar lah body dia nanti. Sayang sangat nak bukak cover ni." Itulah kata - kata yang aku pernah dengar terbit dari mulut tuan ku yang amat kukasihi :) Hampir setahun juga aku digunakan, di bawa ke sana ke mari. Serius! Aku tak sangka bahawa aku telah memuatkan pelbagai contact number baru. Sangat seronok! Dapat kenal dengan pelbagai jenis orang. Pelbagai jenis ragam. Dari situ aku rasakan, aku perlu kuat, kerana tuan ku amat memerlukan aku walau di mana jua dia berada.

Namun, lama kelamaan tahap kesihatanku tidak begitu mengizinkan untuk aku bergiat aktif. Bateriku cepat saja melemah. Malah, charger yang menjadi sumber untuk aku meng - recharge energy ku tidak lagi mampu berfungsi. Sangat sedih. Namun, ketabahan tuan ku membuatkan aku terus bersemangat untuk bangkit. Beliau melengkapkan aku dengan charger yang baru. Hoyeah! Gembira tak terkata :D Alhamdulillah, perjalanan hidupku kembali stabil. Namun, aku harus menerima hakikat, sarung ku lusuh lantaran banyak kotoran dan telah pun compang - camping mungkin atas faktor tuan ku yang agak ganas. Takpa, aku terima. Maka, calar - malar lah badanku. Aku sedih sangat. Aku harap tuan ku tahu tentang itu :( saat aku kesedihan, aku ditimpa lagi dengan kehilangan si stylus yang melekat di badanku. Sedihnya, satu persatu cacat cela yang terpaksa aku tanggung. Takpa lah, aku redha. :/

Biarpun, keadaanku semakin uzur, aku amat terharu dengan kecekalan tuan ku. Walaupun beliau diasak oleh rakan seperjuangannya untuk membeli telefon bimbit yang baru, namun, dia tetap setia pada ku. Alhamdulillah. Aku terhutang budi kepadanya. Namun, ajal, jodoh, pertemuan dan perpisahan itu di tangan Tuhan yang Maha Esa. Aku tak sangka, dalam sekelip mata, aku terpaksa berpisah dengan tuan ku dalam keadaan yang kami sama - sama tidak sedar. Sangat sangat sangat sedih. Aku terhempas ke bawah pada waktu ketika tuan ku sedang busy menuju ke kedai. Pada mulanya, aku diletakkan di ribanya ketika dia masih di dalam kereta, namun pabila dia keluar dalam keadaan yang gopoh, beliau terlupa bahawa aku di ribaanya. Lantas, aku terjatuh keluar lalu terhempas dalam keadaan yang amat sibuk itu. Sungguh, tragedi ini amat memilukan. Maka, tamatlah riwayatku bersama tuan ku. Aku pasti, beliau merasakan dunia ini seperti tiada ertinya tanpa kehadiranku di sisinya.

* * *


Ya.
Andai kau masih bernyawa.
Aku mahu kau tahu.
Bahawa aku rindu kamu :'(

Monday, March 26, 2012

monolog buat hamba.

Bila kau buat segala benda yang kau rasa kau mampu buat demi menceriakan hati orang - orang yang kau sayang, dan dengan harapan mereka mungkin 'nampak' usaha kau untuk menyenangkan hati mereka, tapi malangnya reaksi mereka membuatkan kau rasa macam apa yang kau buat selama ni seolah - olah tak ada makna langsung. Mungkin memang tak ada makna pun, bagi mereka.

Kau sedar selama ni kau banyak susahkan mereka. Dan bila kau makin membesar, usia yang makin matang mengajar kau untuk bertolak - ansur dengan kepentingan diri. Kau cuba bayar balik dengan berusaha sekeras mungkin untuk bagi mereka sedar yang kau tak nak lagi susahkan mereka. Mungkin, mungkin juga, usaha kau belum cukup. Tapi sekurang - kurangnya apabila kau bersusah - payah buat kerja - kerja yang mereka biasa buat, dan cuba untuk kurangkan beban mereka, pasti ada secebis pun harapan dalam hati untuk melihat mereka menghargai usaha kau, kan?

Maka, salahkah kalau hati kau bersedih bila mereka tak tunjuk langsung reaksi gembira mahupun sekecil - kecil penghargaan pada kau? Malah apa yang lahir adalah kritikan tajam, mengatakan bahawa apa yang kau lakukan seolah - olah tidak bermakna.

Sekecil - kecil kesilapan yang kau lakukan tiba - tiba jadi sebesar bukit di mata mereka. Sedangkan selama ni kau berpayah melawan hati yang sering merungut apabila cuba meringankan beban mereka. Tak cukup ikhlas kah hati tu? Susahkah untuk manusia memberi secebis penghargaan kepada manusia lain? Payah kah?

Tahukah kau bahawa itu hidup? Hidup adalah di mana kau terpaksa pujuk hati sendiri apabila penghargaan yang kau harapkan hanyalah wujud sebagai kritikan yang menambah luka dalam hati. Kalau kau tak tahu, aku dah bagitahu. Maka bersedialah untuk berjalan atas duri - duri realiti dan berpegang lah pada janji antara kau dengan Tuhan, bahawa kau akan kuat untuk mengenggam tugas berat sebagai Khalifah di bumi - Nya.

Sungguh, putus asa bukan ciri seorang Muslim. Bukalah hati itu seluas yang mungkin. Walaupun semua orang tahu, "Easier said than done."

* * *

Hati menangis lagi. Sedu sedan akhir akhir ini membuat aku tertanya. Apakah yang terjadi kepada diri. Mengapa tidak sekuat dahulu. Sedih. Biarpun puas sudah ku pujuk rayu sama hati. Namun, ia masih sama. Sudah ku cari ketenangan. Namun, ketenangan belum sempat menyapa sepenuhnya. Maaf, kerana aku bukan lagi aku akhir akhir ini.

Dalam pencarian ku ini, Alhamdulillah, masih ada suara yang mendamaikan bicara hati ini. Masih ada lagi jiwa - jiwa bahagia yang mampu menceriakan jiwa sesak ini. Terima kasih Allah atas nikmat ukhuwah ini. Kini, aku tahu. Aku kenal, siapa dia kawan, rakan dan sahabat. Tidak mengapa. Aku tidak mahu menuding kepada sesiapa. Memang sukar untuk ku cari yang benar benar ikhlas berada di sisi. Alhamdulillah, sesungguhnya cukuplah Allah dan sahabat - sahabat ku berada di sisiku. Yang tidak putus - putus mendoakan ketenangan dan mencalit rasa bahagia. Bersabarlah :/

Monday, March 19, 2012

don't worry, i'm okay. yes, i'm okay.

People think I'm strong.
For the struggles I've had.
Problems I've encountered.
And pains I've left.
But they're absolutely wrong.
Because I have a weak heart.
But behind me is a strong God.
Alhamdulillah. Thanks dear Allah :')

Credit to my Intej Junior :')

Sometimes in life, you find a special friend. Someone who changes your life just by being part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop. Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. This is forever friendship. When you're down and the world seems dark and empty, your forever friend lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full. Your forever friend gets you through the hard times, the sad times an dthe confused times. If you turn and walk away, your forever friend follows. If you lose your way, your forever friend guides you and cheers you on. Your forever friend hold your hand and tells you that everything is going to be okay. And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry. You have a forever friend, and forever has no end :')

Yup. She makes me smile. She cheer me up. Thanks awak. Sayang awak sampai sorga! Dia beri saya cokelat itu dan dia kata, "Hati ini lembut macam cokelat ni. Sungguh, hati takkan pernah kuat, jika kita tidak kembali kepada Sang Pencipta Hati." ^_^ That's true. Very true. Crying in sujud, feeling like nothing else exists between you and Allah. Insha - Allah. Insha - Allah.

I'm okay guys.
Yes. Pretend?
Nope, I guess so.
Alhamdulillah.
Be strong, Farhana!

Anyone can make you smile or cry. But it takes someone special to make you smile. When you already have tears in your eyes.

* * *

Lepas meet - ing tadi, aku rasa okay sikit. Alhamdulillah. Masih ada yang memahami. Menenangkan jiwa yang terseksa. Humm. Entah. Axtually, aku tak terasa beban pun dengan segala program gini just that, mungkin aku banyak berfikir sejak dua menjak ni. And maybe salah satu salah aku, aku bangun subuh lambat tadi so that semua benda yang aku buat tergendala. Betul lah orang cakap, segala apa aktiviti yang kita lakukan sepanjang hari, akan start dari Subuh kita. Kalau Subuh pun dah wenggg, apatah lagi yang lain - lain. Serabut! Serabut bak ang! Aku dah rasa. So, jom Islah Nafsak! :)


Dua kali Allah tegaskan.
Dua kali ayat chenta - Nya berbisik.
Mengapa mahu ragu lagi?
Percaya lah pada janji - Nya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (HR Imam Tirmizi)

Sehinggalah dia datang menghadap Allah tanpa ada dosa sedikit pun.
Betapa Allah sangat sayang. ^_^

Kemurungan.
Kematian.
Kebahagiaan.

Itu semua di tangan Dia.
Ketenangan itu terasa jika diri ini sedar akan fitrahnya dia :)
Semoga, semoga, semoga kau kembali wahai diri. Aku pohon.

Jangan risau. Aku okay. Aku bersama Dia dan dia :')

PS. What a hectic day come across. Pray for me.
PPS. Aku seperti tidak biasa dengan semua ini. Mengapakah? Faktor usia kah? Sudah lah. Alasan.
PPPS. Esok dah start program 'You Are What You Eat'. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya. Ya Allah Ya Rahman, Yusahhil! >_< Insha - Allah.

I learn to be grateful for every person in my life, from every opportunities that come my way and from every smile that I come across with. Thanks for giving me this. I really appreciate it!
- farhanaselamat -

Sunday, March 18, 2012

seksa jiwa.

Entah.
Mengeluh.
Mengeluh.
Dan, mengeluh.

Sedih.
Tidak seperti selalu.
Buntu.
Memikirkan segalanya.
Sakit.
Hati saja tahu.

Ketenangan.
Belum puas kuhadap - Nya.
Infiniti noda culas yang bersarang.
Dan aku adalah pendosa.

Tuhan.
Aku sedih.
Kekuatan, aku pohon.
Cuma itu.
Jangan seksa jiwa ini.
Jauhkan.

Wednesday, March 14, 2012

datang dengan harapan, pulang dengan ?

Di suatu pagi yang hening.

9 - 11 March 2012 | Stadium UNITEN Kampus Putrajaya

Oyeah. Even dah masuk 4 hari berlalu, kepenatan, keletihan dan kecapekan nya masih terasa. Alahai. Punya lah hebat penangan KOU ni sebenarnya. Sampai habis sengal sengal satu badanku. KOU? Apakah? KOU - Kejohanan Olahraga UNITEN. Buat apa di sana Cik Farhana oi? Pom pom girl - kah? LOL. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi aku perlu jujur. V_V Ya, aku atlet. Bukan flower girl, water girl apatah lagi pom pom girl. Hihi. Actually, macam agak awkward pula kalau aku kata aku atlet. Entah. Aku sendiri rasa macam dicucuk cucuk dan digeletek gelimat bila cakap perkataan 'Atlet' tu :D Whatever it is, it's Reality not Fantasy. Sedarlah diri tu sikit wahai Farhana. Okay. Baik. Angkat bakul, masuk sendiri sudeyy. ^_^

Nak dijadikan cerita. Actually before pergi KOU ni, ada crisis sikit. Hamboi, nak gempak je perkataan 'CRISIS' tu kan. Hihi. Orait. Nanti kita cerita. Seperti biasa, selection telah diadakan untuk memilih sesiapa yang betul betul layak untuk lawan di UNITEN Bangi. So, dengan eksaited nya, aku bersama beberapa orang classmates aku yakni Nadia and Syafiqah telah membawa diri ke Politeknik Muadzam Shah bagi sesi pemilihan. Aku tak mengharap tinggi bak bintang di langit but still deep inside aku menaruh harapan untuk join at least dapat lah satu acara untuk lawan di sana. Hopefully, dapat. Aku try main 1500 meter even though tak pernah langsung try lari sejauh tu. But still aku memang serasi dengan long distance sejak dari sekolah lagi. Tapi tu pun, 800 meter je lah paling panjang. Okay. Shuh. Kita cerita kat sini je ya. Then, after selection tu, aku di - inform yang untuk acara 1500 meter, just nak 2 orang je. Ahhh, memang harapan ah aku nak masuk, lari pun macam kura - kura je. Redha jelah. Lagipun, memang stamina dah menurun sebab tak jaga makan. Sobs. Takpelah, kalau ada rezeki, ade lah kan.

Tiba - tiba, pada petang khamis yang hening bersama sepoi sepoi angin. Erk? -.-' Muncul nombor yang tidak ku kenali di kaca handset. Dengan agak nervous aku pun mengangkatnya. Perbualannya lebih kurang begini.

A : Salam. Ini Farhana Selamat ya?
F : Ya, saya. Ini siapa?
A : (Tanpa menjawab siapa gerangannya, beliau bertanya.) Awak ada kat mana sekarang?
F : Saya di UNITEN. (Dalam hati, cuak kot. Nasib baik suara perempuan. Alahai. Siapa ni? Kenapa tanya aku kat mana?)
A : Saya tahu lah kamu di UNITEN. Kamu kat Bestari ke?
F : (Eh? Macam mana boleh tahu aku dok mana ni kan. Bedal jelah.) Aah.
A : Eh? Kenapa kamu tak pergi Kompleks Sukan?
F : (Kompleks Sukan pulak?! -.-' Apakah?) Oh, saya tak terpilih, kenapa saya nak kena training pulak.
A : Oh yeke. Habis tu awak tak pergi lah training dari hari Isnin hari tu. Okay, jap ya. Saya check balik.

Kesudahannya, Alhamdulillah. Rupanya aku terpilih jugak untuk join KOU. Happy but at the same time, 'TERGAMAM'. Dah lah besoknya tu terus gerak pi Bangi. Memang 'seronok' lah kan, tak training hape pun. Aigoo >.< Takpa lah. Inilah rezeki namanya. Entah. Actually, cabaran jugak sebenarnya. Segala plan untuk study for Mid - Term weekend tu tergendala. Nak discuss assignment, buat tutorial semua extend. Haiya. Sedih sangat. Mengapakah? Allah nak uji kesabaran. Takpa, SABAR! ^_^

Dan atas kesabaran itu, Allah hadiahkan Ukhwah. Nice sangat sebab dapat kenal dengan warga UNITEN KSHAS yang lain. Oyeah. Rupanya, ramai lagi insan - insan yang tak kukenali kat sini. Humm. *Wondering* Okay, back to KOU. KOU ini dijalankan mengikut Course masing - masing. Ada 5 kontijen semua sekali termasuk di Bangi. Bagi kontijen KSHAS, kami menghantar 2 kontijen yakni Kontijen Account/Finance (Kuning) dan Kontijen COBA - HR/Marketing/Entrepreneur (Hijau), kontijen saya. ^_^ Lagi 3, ME/CE (Jingga), COIT/CFGS (Biru) dan EE/EP (Merah). Overall, sangat BEST! Dapat experience lawan dengan foreigner yang sangat lah banyak stamina nya. Dapat jalan jalan keliling Bangi ni even though dekat je dengan rumah sebenarnya. Dapat jumpa YTN - ians. Macam macam lah yang saya dapat. Sembang itu sembang ini. Last but not least, dapat PENGSAN! Ahahaha. Ini yang paling bermakna sebenarnya :) First time pengsan tanpa disedari. Aku pun tak tahu kenapa. Sedar - sedar, dah ramai dah dok keliling. ^_^ *Malu*

Takpa lah, even aku tak dapat medal, at least aku dapat berjuang. Sometimes orang tak perasan benda ni. Tapi, di mana - mana pun, as a Muslim, kita membawa nama Islam. Kata Puan Mama, "Takpalah, at least Kakak dah cuba. 'Datang dengan harapan, Pulang dengan Pengsan.' Kira okay jugak tu." LOL. Pandai Puan Mama bermadah even tengah sarat :D Apa pun, tahniah saya ucapkan kepada warga KSHAS yang berjaya! Hoyeah! Saya tumpang gembira atas kejyaan korang. Siapa lah saya nak dapat medal, kan? LULZ >.< Insha - Allah apa pun I'll try my best for the next 2 years KOU. Kenapa next 2 years? Sebab memang dia adakan setiap 2 tahun saja. Hewhew. Fighting! Yeah! (Y)

Malas nak cerita panjang walaupun dah tersangat panjang dah sebenarnya >.< Let's talk to the pictures!

2 seats untuk 1 orang. Memang ah NICE! ^_^

Barisan Kontijen.

Jalan jalan di Malam Hari. Plus, ketemu sama YTN - ians :)

Yeay! Dapat medal! >.< Opsss!


Oh ya. Olahragawan, Olahragawati dari kontijen ME/CE. Perbarisan dari kontijen COIT/CFGS. Keseluruhan, agak agak? Hmmm. ME/CE laa. Menurut sumber, 2 tahun lepas pun ME/CE menang. Haiya. Rasanya takda lah hebat mana. Cehhh. Cakap orang kan. Huhu. Kontijen kami? ^_^

"Datang dengan harapan, pulang dengan ? " =.='
Isilah sendiri. Bak kata Puan Mama, 'Pengsan'. Bak kata Member, 'Ke - Belang - an'. Haha.

PS. Doakan perjuangan disambung 2 tahun lagi. Huhu. Insha - Allah.
PPS. A very happy birthday to my BFTJ :) Best Friend Till Jannah, Nurul Suhaiza Izzati :) May Allah Bless U always. Dah 19 dah Sue.
PPPS. Puan Mama bakal masuk wad Sabtu ni. Doakan ya, kawan - kawan :) Semoga selamat Mama dan Adik ku. Amin.
PPPPS. Esok ada Mid - Term Critical Thinking. Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Karim. Doakan.
PPPPPS. Jom ke Program 'U R What U Eat'. Dijamin banyak input tentang Diet dan Halal - Haram Makanan yang boleh kita ketahui. Jom! ^_^


Badan Sihat Otak Cergas :)
- farhanselamat -

Thursday, March 08, 2012

sleep.


This is not an Albert Einstein’s theory. Enjoy reading this :)

Dedicated to DotAers, students, hard cores, dieters and my dear friends. This is based on my own research, reading, experiment, experiences and conclusion but will not guarantee 100% correct but will almost reach the 100%.

* S L E E P *

According to dictionary, sleep is a condition of body and mind such as that which typically recurs for several hours every night, in which the nervous system is relatively inactive, the eyes closed, the postural muscles relaxed, and consciousness practically suspended. It is a norm in Malaysia that people sleep at 12.00 to 5.00 or 6.00 which is 5 or 6 hours. Some maybe sleep till 7 or 8 hours, if they slept at 12 a.m. So, here a question. Does we need to sleep exactly 6 hours or 8 hours? The answer is we only need to sleep a total of around 4 hours only. Didn’t believe me?

Let’s say that you sleep at 12 am. Eventually you'll wake up around 6 am without the help of an alarm clock. If u sleeps at 2 am, you'll wake up at at 10 am. And if you sleep at 4 am, you'll wake around 1 pm averagely.

12 - 6 = 6 hours
2 - 10 = 8 hours
4 - 1 = 9 hours

So here a conclusion, why don’t we sleep at 9.30 pm right after isya' prayers? We'll wake up at around 1.30am, which only 4 hours of sleeping. As you also know that it is important to have the quality of sleeping, not the quantity. There is a rumor saying that para sahabat also sleep after isya'. Well, 1 doesn’t simply state that we should sleep at 9.30 pm and wake up at 1.30 am without a valid reason.

To students, when you wake up in the morning, which is the time that your brain is totally fresh for studying. Don’t ask why, it is a fact. According to a student, nerve cells in human brain replenish or refresh itself at night starting from 10 pm to 1 am. During this period also, the brain records the memory for that day. But this process only happens when we are sleeping. Therefore 9.30 pm to 1.30 am is a suitable time.

To dieters, to avoid getting fat, 1 of the ways that you can do is to take a bath before subuh which is around 5.50 am. The cold water will avoid the fat from being coagulated in your body.

To DotAers, if you sleep less, you can play more. Simple theory ma. ^_^

Based on history, during the glory age of the Islam, all the scholars and the leaders only sleep around 4 hours only, which we think that it is impossible. But the history shows that at that time Islam rule the world with only 4 hours of sleeping. And they woke up early in the morning too. And as a Muslim, we also can perform our tahajjud prayers at this hour.

I have make an experiment on myself an its works just fine. The only hard thing to do is to stay awake and not go back to bed when you're already awake at 1.30 am. It is only hard because it has become our norm that we will think we didn't get enough sleep if we already awake at 1.30 am. Rethink, the important thing is the quality not quantity. So may you all have a good sleeping time and reset your biological alarm clock.

Regards,
Me.

PS. C&P from a friend of mine. Ilmu Allah itu luas. Sesungguhnya setiap kejadian even sebesar dan seremeh zarah pun, pasti ada hikmahnya.
PPS. Awesome sangat kalaulah saya berkesempatan untuk kaji sebegini. Subhanallah! Thanx sahabat!


I love to investigate!
 - MrsConanWannaBe -

Monday, March 05, 2012

iman empat sendi.

Iman itu dibina di atas empat sendi iaitu keyakinan, kesabaran, perjuangan dan keadilan. (Saidina Ali)

Saya sedang makan aiskrim. Aiskrim ini sedap. Kawan saya nampak saya makan. Saya ingat nak belikan untuk dia. Tapi duit saya dah habis. Jadi, saya decide untuk share dengan kawan saya. Biarpun dia tak dapat nikmatinya dari permulaan, at least saya tak nak rasa nikmat ini sorang - sorang. Saya cuma mahu dia tahu dan dia rasa segala kenikmatan yang saya rasai ketika itu. *Manis*

Insha - Allah. Itulah anologi yang saya kira, saya patut share dengan anda tentang MK yang saya join weekend lalu. MK itu apakah? In short, it is an outdoor camping. ^_^ Erghh. Asyik pergi camping je mu ni, Farhana. Takdok benda lain ke? :O Well, entah. Saya ini bukan jenis yang cepat bosan. Sebab saya tahu, setiap camping yang saya pergi tu punya kelainannya yang tersendiri. Ada aura gituh. So, menurut 'inche eksaited' yang bermaharajalela dalam diri, adalah lebih baik saya join camping tu daripada menghabiskan masa dengan sia - sia begitu sahaja di Bumi Amazon tersayang.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Terisi juga dada hina ini dengan serba - serbi ilmu yang bagi saya, saya terlalu amat tersangat dahagakan itu semua. Sumpah! Tersangat syiok tahap dewa program tu. Susah untuk saya gambarkan dengan tulisan. Apa apa pun, Alhamdulillah, Allah pilih saya. Walaupun at first, saya agak terpalit untuk ke sana asbab kos nya yang agak mahal, yakni enampuluh hengget. Tapi apalah sangat enampuluh hengget itu jika dibandingkan dengan nikmat ilmu, ukhuwah dan iman yang saya dapat masa tu. Alhamdulillah, mercy ya Rabb! Tidak ternilai rasa syukur kepada - Mu atas segala kurnia. Sungguh, Engkau Maha Pemurah, biarpun aku adalah pendosa tegar :'(

Menariknya program ini adalah kerana, pesertanya adalah dalam kalangan akhawat saja. Saya kira, ini adalah camping yang pertama saya dengan kaum sejenis. Sangat nice, pabila bidadari sorga bergabung bekerja :) Saya rindu. Sangat. Fulsetop.


Rasanya, cukuplah kalau saya ceritakan randomly apa input yang akan saya outputkan dari sana. Kalau mahu details, boleh lah calling calling. Okay, saya gurau je. ^_^ Dimulakan dengan Ice Breaking. Eh, Bismillah lah :) Hee. Sangat seronok sebab kami main bulat kecil bulat besar, pusing - pusing sampai pening dan bertaaruf dengan orang depan dan belakang. Pening? Okay, saya tahu kamu tak paham. Paham - paham jelah. Awesome sangat bila kenal dengan mereka yang se - fikrah, se - chenta dan se - sinonim seperti mereka. Oh ya, lupa pula saya. Actually, MK ini di - organise oleh Sisters UIA Kuantan. So, mostly yang join adalah mereka. Just that ada lah jugak kelompok kecil dari UMP dan UNITEN termasuklah saya sendiri. Maka, berkenalanlah kami dan akhirnya, ramai sisters yang ada bau bau 'badam' dengan saya sebenarnya. Convert perkataan 'bacang' kepada 'badam' kerana sesungguhnya, sahabat mereka adalah sahabat saya. Baik, abaikan ke - Bombastik - an itu :D Sungguh, dunia ini kecil. Banyak kali saya bilang ini sama hati. Alhamdulillah. Nice sangat! ^_^

Tidak cukup satu, saya rasa seperti mahu lagi, lagi dan lagi. Serius! Sangat tidak cukup untuk roh saya yang sangat tenat pada saat ini. Sometimes, diri terasa macam dah cukup bagus, padahal bila diri dilewati insan insan superb kelas pertama ilmu Islam nya, sungguh kau akan rasa seperti seekor semut hitam, yang kadangkala kelam ditelan gelap. Betapa hinanya diri. Sebelum tidur, sempat juga terfikir, apakah sudah saya lunaskan persiapan untuk ke syurga. Mulut hanya bisa berkata - kata. Hati mengeluh banyak dosa :(

Alhamdulillah, ke - chenta - an ini saya semadikan bersama mereka, akhawat yang tak kering gusi melimpahkan ilmu. Saya belajar, untuk mentadabbur alam bersama Mukjizat teragung. Bayangkan, masa tengah explorace bawak Quran. First time kot. Mana tak nya, semua clue checkpoint, dia bagi sepotong ayat, so that teka ayat tu berkaitan dengan apa. Hebat! Hebat! ^_^ Saya juga belajar untuk menjadi serikandi mujahidah yang punyai kekentalan fizikal tahap gaban. Oyeah. Hal inilah yang bikin saya punya otot cramp sampai nak gelak pun, sakit satu badan. Allah.. Kami kena lari keliling dewan selama 5 minit untuk beberapa pusingan. Kami kena sit - up, push - up semua. Okay, simple je. Gaya macam teruk sangat je kan. Hihi. Actually, aktiviti kami ini sisters relate - kan dengan isu ummat yang fofuler sekarang. Btw, anda tahu tentang GMJ. Baik, Alhamdulillah. Ramai yang mengangguk tanda tahu. GMJ is the short form for Global March to Jerusalem. Pe pun, actually saya pun baru lah jugak tahu perkara ni setelah di - uar uar kan oleh classmates and seniors saya. Jadi GMJ ni sebenarnya adalah satu wasilah untuk menyelamatkan saudara - saudara kita di sana. Untuk details, boleh lah ke sini. Insha - Allah.

Seterusnya, mereka uji kami. Sisters and Commitee tarik salah satu ahli kumpulan kami untuk dijadikan tawanan. Kiranya, nak bagi kami cuba rasakan kehidupan 1400 tahun yang lalu. Allah, masa tu sangat dahsyat! Tetiba rasa, eh betul ke aku kat Malaysia ni? Cuba awak bayangkan, sisters semuanya berpurdah, laksana ninja dan menengking nengking kami asbab sedang melakonkan watak sebagai kafir yang tamak dan berjiwa terrorist. Dan di situ, kami melantik ketua bagi pihak Muslimin dan nego dengan Kafir laknatullah tersebut. Melihat saudara sesama Islam ditengking, diherdik, dicela, membuatkan kami tergamam. Tak tahu nak buat reaksi apa masa tu. Sedih sangat waktu tu. Si kafir meminta harta sebagai ganti kepada tawanan. Maka kami berikan. Dan di situ sebenarnya, banyak ibrah yang kita boleh ambil. Jika kasar di tambah kasar, akan bertambah kasar. Namun kelembutan dan kerasionalan Islam sebagai agama kedamaian, segalanya selesai. Pendek kata, ukhuwah kami menandingi segalanya. Subhanallah!

Orang yang mahu berjaya di dunia, perlukan ILMU. Orang yang mahu berjaya di akhirat, perlukan ILMU. Orang yang mahu berjaya kedua - duanya yakni dunia dan akhirat juga, perlukan ILMU. Masha - Allah. Terima kasih Tuhan atas kesempatan ini :') Dan ilmu ini sesungguhnya bukan untuk dibungkus semata - mata. For sure, we've to share it. Ayat biasa tapi sangat bermakna, "Sharing is Caring".

Apa pun, sayang anda semua sampai sorga. Nyanyi sikit. Lagu yang saya belajar di sana bila nak wish orang yang buat baik dengan kita :) Osem. Saya rindu suasana ini sama seperti di InteJ dulu :') Jazaki, jazaki, jazakillahu khairan wa laki wa lana, Insha - Allah fil Jannah, Insha - Allah fil Jannah. Rindu untuk berperang bagai. Rindu perform masa Quranic Night. Hihi. Rindu untuk berdonut - donut - an. Haha. Kami belajar buat donut, pelengkap sebagai sang isteri lah katakan. Opppsss! OVER pulok! >.< Alhamdulillah banyak sangat yang terisi di jiwa. May Allah bless selamanya. Semoga kita sentiasa kekal di bawah satu hati yakni ISLAM :D

Nyum nyum >.< Resepi asli.

PS. A short post. Semoga aku tak lupa tentang ini. Gtg. Beberapa minit sebelum kelas Macroeconomics. Hihi.

Manisnya ukhuwah, terima kasih sahabat!
- farhanselamat -