Wednesday, March 14

datang dengan harapan, pulang dengan ?

Di suatu pagi yang hening.

9 - 11 March 2012 | Stadium UNITEN Kampus Putrajaya

Oyeah. Even dah masuk 4 hari berlalu, kepenatan, keletihan dan kecapekan nya masih terasa. Alahai. Punya lah hebat penangan KOU ni sebenarnya. Sampai habis sengal sengal satu badanku. KOU? Apakah? KOU - Kejohanan Olahraga UNITEN. Buat apa di sana Cik Farhana oi? Pom pom girl - kah? LOL. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi aku perlu jujur. V_V Ya, aku atlet. Bukan flower girl, water girl apatah lagi pom pom girl. Hihi. Actually, macam agak awkward pula kalau aku kata aku atlet. Entah. Aku sendiri rasa macam dicucuk cucuk dan digeletek gelimat bila cakap perkataan 'Atlet' tu :D Whatever it is, it's Reality not Fantasy. Sedarlah diri tu sikit wahai Farhana. Okay. Baik. Angkat bakul, masuk sendiri sudeyy. ^_^

Nak dijadikan cerita. Actually before pergi KOU ni, ada crisis sikit. Hamboi, nak gempak je perkataan 'CRISIS' tu kan. Hihi. Orait. Nanti kita cerita. Seperti biasa, selection telah diadakan untuk memilih sesiapa yang betul betul layak untuk lawan di UNITEN Bangi. So, dengan eksaited nya, aku bersama beberapa orang classmates aku yakni Nadia and Syafiqah telah membawa diri ke Politeknik Muadzam Shah bagi sesi pemilihan. Aku tak mengharap tinggi bak bintang di langit but still deep inside aku menaruh harapan untuk join at least dapat lah satu acara untuk lawan di sana. Hopefully, dapat. Aku try main 1500 meter even though tak pernah langsung try lari sejauh tu. But still aku memang serasi dengan long distance sejak dari sekolah lagi. Tapi tu pun, 800 meter je lah paling panjang. Okay. Shuh. Kita cerita kat sini je ya. Then, after selection tu, aku di - inform yang untuk acara 1500 meter, just nak 2 orang je. Ahhh, memang harapan ah aku nak masuk, lari pun macam kura - kura je. Redha jelah. Lagipun, memang stamina dah menurun sebab tak jaga makan. Sobs. Takpelah, kalau ada rezeki, ade lah kan.

Tiba - tiba, pada petang khamis yang hening bersama sepoi sepoi angin. Erk? -.-' Muncul nombor yang tidak ku kenali di kaca handset. Dengan agak nervous aku pun mengangkatnya. Perbualannya lebih kurang begini.

A : Salam. Ini Farhana Selamat ya?
F : Ya, saya. Ini siapa?
A : (Tanpa menjawab siapa gerangannya, beliau bertanya.) Awak ada kat mana sekarang?
F : Saya di UNITEN. (Dalam hati, cuak kot. Nasib baik suara perempuan. Alahai. Siapa ni? Kenapa tanya aku kat mana?)
A : Saya tahu lah kamu di UNITEN. Kamu kat Bestari ke?
F : (Eh? Macam mana boleh tahu aku dok mana ni kan. Bedal jelah.) Aah.
A : Eh? Kenapa kamu tak pergi Kompleks Sukan?
F : (Kompleks Sukan pulak?! -.-' Apakah?) Oh, saya tak terpilih, kenapa saya nak kena training pulak.
A : Oh yeke. Habis tu awak tak pergi lah training dari hari Isnin hari tu. Okay, jap ya. Saya check balik.

Kesudahannya, Alhamdulillah. Rupanya aku terpilih jugak untuk join KOU. Happy but at the same time, 'TERGAMAM'. Dah lah besoknya tu terus gerak pi Bangi. Memang 'seronok' lah kan, tak training hape pun. Aigoo >.< Takpa lah. Inilah rezeki namanya. Entah. Actually, cabaran jugak sebenarnya. Segala plan untuk study for Mid - Term weekend tu tergendala. Nak discuss assignment, buat tutorial semua extend. Haiya. Sedih sangat. Mengapakah? Allah nak uji kesabaran. Takpa, SABAR! ^_^

Dan atas kesabaran itu, Allah hadiahkan Ukhwah. Nice sangat sebab dapat kenal dengan warga UNITEN KSHAS yang lain. Oyeah. Rupanya, ramai lagi insan - insan yang tak kukenali kat sini. Humm. *Wondering* Okay, back to KOU. KOU ini dijalankan mengikut Course masing - masing. Ada 5 kontijen semua sekali termasuk di Bangi. Bagi kontijen KSHAS, kami menghantar 2 kontijen yakni Kontijen Account/Finance (Kuning) dan Kontijen COBA - HR/Marketing/Entrepreneur (Hijau), kontijen saya. ^_^ Lagi 3, ME/CE (Jingga), COIT/CFGS (Biru) dan EE/EP (Merah). Overall, sangat BEST! Dapat experience lawan dengan foreigner yang sangat lah banyak stamina nya. Dapat jalan jalan keliling Bangi ni even though dekat je dengan rumah sebenarnya. Dapat jumpa YTN - ians. Macam macam lah yang saya dapat. Sembang itu sembang ini. Last but not least, dapat PENGSAN! Ahahaha. Ini yang paling bermakna sebenarnya :) First time pengsan tanpa disedari. Aku pun tak tahu kenapa. Sedar - sedar, dah ramai dah dok keliling. ^_^ *Malu*

Takpa lah, even aku tak dapat medal, at least aku dapat berjuang. Sometimes orang tak perasan benda ni. Tapi, di mana - mana pun, as a Muslim, kita membawa nama Islam. Kata Puan Mama, "Takpalah, at least Kakak dah cuba. 'Datang dengan harapan, Pulang dengan Pengsan.' Kira okay jugak tu." LOL. Pandai Puan Mama bermadah even tengah sarat :D Apa pun, tahniah saya ucapkan kepada warga KSHAS yang berjaya! Hoyeah! Saya tumpang gembira atas kejyaan korang. Siapa lah saya nak dapat medal, kan? LULZ >.< Insha - Allah apa pun I'll try my best for the next 2 years KOU. Kenapa next 2 years? Sebab memang dia adakan setiap 2 tahun saja. Hewhew. Fighting! Yeah! (Y)

Malas nak cerita panjang walaupun dah tersangat panjang dah sebenarnya >.< Let's talk to the pictures!

2 seats untuk 1 orang. Memang ah NICE! ^_^

Barisan Kontijen.

Jalan jalan di Malam Hari. Plus, ketemu sama YTN - ians :)

Yeay! Dapat medal! >.< Opsss!


Oh ya. Olahragawan, Olahragawati dari kontijen ME/CE. Perbarisan dari kontijen COIT/CFGS. Keseluruhan, agak agak? Hmmm. ME/CE laa. Menurut sumber, 2 tahun lepas pun ME/CE menang. Haiya. Rasanya takda lah hebat mana. Cehhh. Cakap orang kan. Huhu. Kontijen kami? ^_^

"Datang dengan harapan, pulang dengan ? " =.='
Isilah sendiri. Bak kata Puan Mama, 'Pengsan'. Bak kata Member, 'Ke - Belang - an'. Haha.

PS. Doakan perjuangan disambung 2 tahun lagi. Huhu. Insha - Allah.
PPS. A very happy birthday to my BFTJ :) Best Friend Till Jannah, Nurul Suhaiza Izzati :) May Allah Bless U always. Dah 19 dah Sue.
PPPS. Puan Mama bakal masuk wad Sabtu ni. Doakan ya, kawan - kawan :) Semoga selamat Mama dan Adik ku. Amin.
PPPPS. Esok ada Mid - Term Critical Thinking. Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Karim. Doakan.
PPPPPS. Jom ke Program 'U R What U Eat'. Dijamin banyak input tentang Diet dan Halal - Haram Makanan yang boleh kita ketahui. Jom! ^_^


Badan Sihat Otak Cergas :)
- farhanselamat -

2 comments:

Azree Azhar said...

oh.. tak sangka.....

farhana | selamat said...

@suhazree..
tunggu reunion nanti. banyak lagi benda yang tak disangka sangka. huhu. gurau je.